"Ayam apa ada..?????"

Ok2, aku nak citer satu kisah lucu klasik yg berlaku time aku lepak kat mamak baru-baru ni. Mase tuh cume 4 org jer lepak. Aku, Syahbo (dulunye Shah, kene tukar name sket sbb mcm name btol), Mawasdi ( formerly known as Gagak, atas request die yg tak mau name berbentuk kebinatangan, aku pon tukar), dengan Wan Ah Kong ( seblum ni aku tulis name die One, tp inilah name sebenar die).

Arakian lepaklah kami berborak2 membuang mase dengan membicarakan pelbagai isu2 hangat seperti bile Mawasdi nak kawen, kenape Wan Ah Kong ghey, aper rahsia Syahbo memikat wanita, sesi mengumpat member2 lain, termasuklah beberapa isu sensitip utk disiarkan di sini. Kadangkala masuk jugaklah isu2 dalam negara dan luar negara, huhu. Malaysia GLOKAL BOLEH!!

Disebabkan berborak panjang, Mawasdi pon terase lapar. Die panggil lah Ane (name general pelayan restoran mamak), utk mengorder makanan.

Mawasdi: Ane, kasi saya Nasi Lemak Ayam satu aa. Ayam kasi drumstick.

Ane: Nasi Lemak Ayam, Drumstick, okeh.


Dlm beberapa minit selepas tu, datanglah Ane tuh membawa makanan Mawasdi. Ini yg best lepak kedai mamak, servis cepat, nak-nak lagi sbb kitorang slalu lepak kedai mamak yg same. Tapinye, Ane tu bwk Nasi Lemak Ayam bukan drumstick. Tak salah aku die bwk Nasi Lemak Ayam bahagian Dada.

Mawasdi: Ane, saya mintak drumsticklah. Ini apa?

Ane: Ini ayam lah. Drumstick habis lah macha.

Mawasdi: Aiseh. Tukarlah. Ayam apa ada..??

Ane: (Sambil memandang ke dapur..) Ayam ada..itu dada juga, kepak pon ada, tahi ada..


Aku, Syahbo ngan Wan Ah Kong tergamam kejap.

Wan Ah Kong: Tahi Ayam pon ada kaa boss???

Ane tuh dah blank dah. Aku rase die tgh pikir aper yg die salah cakap. Sampailah..

Mawasdi: Ane, bukan tahilah. Thigh, itu atas peha ayam. Thigh, not tahi.

Selamber kitorang tibai gelak kat situ gak. Tak kira dah Ane tu malu ker tak. In fact, aku rase Ane tu tatau pon TAHI tu aper. Isk..kotor sungguh.

Ane: Ya, ya, btol la, Tahi.

Mawasdi: ...sigh..Thigh..takpelah Ane, kasi tukar sama Thigh.

Ane: Ok, saye tukar dada ini dengan tahi.


Rase nak terburai perut kitorang gelak. Nasi Lemak Ayam, part TAHI. How cool is that?? GROSSSSSS! Dan akhirnye sampailah Nasi Lemak kegemaran Mawasdi tu...kitorang tahan gelak jer tgk die makan. Huuhuhuh.

BLERGH~~~ Klasik abis ah.

Sumber:http://snubnosse.blogspot.com/2006/01/ayam-apa-ada.html

4 comments:

Anisa Hang Tuah said...

tanak makan ayam.

banyak lemak
hiks

Mss Ieza said...

haha..
lalu x mkn..?? XD

hana said...

ish..
x selera kalau cmtu..
hahaah

belogkiter said...

hihi... mamak tu buat hilang selera je nak makan.. tapi u all bedal je kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)