kate 'tengah'ton(Middleton)..kat kampung orang panggil ton je kt kate ni..hehehe...orang perak plak panggil kate..sebab kate (sebutan 'te' bnyk digunakan kt perak) tu mcm loghat perak sikit..ce citer ce citer..
1. Kate Middleton kata akan mekap muke dia sendiri untuk perkahwinannya. Kata beliau (ke baginda?? ah hentam je) penggunaan mak andam adalah tidak perlu dan membazirkan boreh ajo, ujar beliau sambil swipe kad kredit Putera William untuk bayar bil rebonding rambut yang berharga £2 Juta.
2. Anjing peliharaan Kate yang bernama Otto sukakan barang perhiasan yang mahal. Suka dalam ertikata suka memakannya. Dia dilaporkan pernah menelan sepasang subang yang diberi Putera William kepada Kate. Kita berharap Otto juga akan memakan cincin pertunangan Kate yang berharga £500,000.00 itu juga.
3. Kate Middleton adalah 6 bulan lebih tua daripada Putera William. Ini bermaksud jika hari jadi Kate jatuh pada bulan Januari, maka harijadi Putera William pula akan jatuh pada bulan Julai. Terer tak aku kira?
4. Berkahwin pada usia 29 tahun, Kate menjadi pasangan wanita diraja yang tertua berkahwin. Kebanyakan puteri diraja berkahwin pada usia remaja. Kate: Kawin cepat pun wat pe? Tak kawen pun William tanggung belanja shopping aku jugak pe? Hahahah!!
5. Pada bulan Mac 2002, Putera William membayar $200.00 untuk di barisan paling hadapan untuk menonton Kate memperagakan pakaian dalam pertunjukan fesyen universitinya. Kate pula membayar £200 kepada universiti untuk membenarkannya memperaga pakaian tak senonoh tersebut.
6. Kate Middleton pernah mencatat rekod dalam pertandingan lompat tinggi di Universitinya. Rekod yang dipecahkannya adalah 1.2 meter yang dicatat oleh seekor beruang panda berumur 79 tahun.
7. Kate Middleton and Prince William mempunyai bau-bau bacang. Mereka adalah 12pupu. (Ko kira sendirilah).
8. Prince William and Kate Middleton telah berdating selama 8 tahun sebelum mereka bertunang tahun lepas. Para wartawan menggelar Kate sebagai “Katey Penunggu” kerana sanggup menunggu begitu lama untuk Putera William. Yelah macam lah pompuan lain takkan tunggu 1,000 tahun untuk kahwin dengan Putera Raja.
9. Menurut sumber-sumber di Britain, kawan Kate pernah mengatakan padanya bahawa dia sungguh bertuah dapat bersama Putera William. Kate dilaporkan menjawab “Dia yang bertuah dapat bersama akulah samdol”, sambil tergelak ala-ala kuntilanak.
10. Kate Middleton dirujuk sebagai ikon fesyen dalam pembikinan kerana fesyen topinya yang menarik perhatian. Cuba la pakai tudung plak Kate oi. Barulah jadi isteri solehah.
P.S Semoga berkekalan..jangan tiru macam yusri dan erra..kawin bagai nak rak.wedding of the year lah.tayar good year lagi bagus..tahan lg lama...kawin pastu last2 putus gak..artis lain pun sama..kawin punya lah grand livina tapi cerai gak..isk2..tengok orang kampung..kawin sembelih sekor tenuk je boleh bertahan sampai cucu cicit cucuk..eh silap bukan tenuk k tapi lembu..cian tenuk jadi mangsa lawak bodoh aku hahahaSumber:http://encikshahir.belidiweb.com/2011/04/fakta-lucu-perkahwinan-kate-middleton-dengan-prince-william/
4 comments:
hahaha...
kalau uat grand2 dah macam membazir je kan..
hahaha
kalo aku anak raja pun awek aku akan tunggu punya nak kawen dengan aku
funny :)
lawak suda. tergelak aq sorang2 pkl 1 pg nih..
Post a Comment