Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Desas-desus kadar tol naik

Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI
berita@kosmo.com.my

SEBANYAK 13 lebuh raya dikatakan akan terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Selepas siri kenaikan harga petrol, diesel dan gula pada tahun ini, pengguna perlu bersedia kemungkinan kadar tol dinaikkan bermula tahun depan.

Menurut sumber, desas-desus kenaikan kadar tol itu dijangka antara 30 sen sehingga RM1 melibatkan beberapa lebuh raya di Malaysia.

Katanya, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014 malahan terdapat cadangan kenaikan sekitar 20 peratus sehingga 40 peratus.

Kenaikan tersebut dikatakan tidak dapat dielakkan memandangkan pada akhir tahun ini terdapat beberapa syarikat pengendali lebuh raya yang perlu mematuhi perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya terdapat semakan semula struktur kadar tol pada tahun depan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Hakcipta terpelihara

P.S / Tak patut lah tol dinaikkan...takkan nak pakai alasan harga tol malaysia masih rendah di kalangan negara asean kot..harga tol skang pon dh mahal  

Bila harga tol naik harga barang pun akan naik..sbb penghantaran barang byk guna highway gak..secara tak langsung inflasi akan naik..maybe dorang pakai alasan nak kurangkan jem kt higway kot hahaha...

Sebelum pilihan raya aritu siap ada tol lg yg mansuh..lepas menang je terus naik...janji dicapati betul lah hehehe

Project Serangan Subuh (Dawning Raid september 1981)


Diterajui oleh mantan PM kita iaitu Dr Mahathir Mohamed,projek hebat yang berlaku pada sept 1981 di mana Malaysia mengejutkan Kerajaan British dengan pengambil alihan Guthrie, Sime Darby n Golden Hope (Ketiga-tiganya sykt British masa tu) melalui projek khas dikenali Projek Serbuan Subuh dengan membeli saham di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa. Apa yang menariknya projek yang diterajui oleh Tun M yang menghantar 4 orang (Ku Li, Ghafar Baba, ?3,?4) bukan saja berjaya membawa kembali beratus ribu ekar tanah milik Malaya, malah tanah-tanah lain kepunyaan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut di seluruh dunia dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM36 Billion.


Ada satu versi lagi yang mengatakan pada April 1981, Tun M melancarkan ASN. Rupa2nya tujuan ASN tu bukan sahaja sebagai tabung pelaburan rakyat, tapi sebagai cara untuk mengumpul wang bagi tujuan dawn raid project. 5 bulan kemudian (Sept 1981) dengan duit ASN itulah yang digunakan untuk membeli semua saham2 Guthrie di LSE. Walaupun guna duit ASN, tapi projek tu amat berbaloi kerana jumlah aset Guthrie yang dimiliki adalah jauh lebih besar iaitu sebanyak 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie. Seolah-olah Guthrie diperolehi secara percuma.


Margeret Thatcher


Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut. Tapi akhirnya Tun M dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Setelah dimalukan di atas kejatuhan Guthrie kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang2 di LSE dengan mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. Kesan daripada peristiwa tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan pengambilalihan Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya mengadakan kempen Buy British Last dan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang seterusnya menutup terus mulut Britain pada masa itu.

Sumber : http://hakim125.blogspot.com/2011/07/project-serangan-subuh-dawning-raid.html

Ce teka sape patung wanita nie...


Bagaimana pemimpin baru dipilih


P.S / Aku setuju dengan gambar nie..ini lah kelemahan demokrasi yang paling ketara..parti yang akan menang adalah parti yang akan beri paling banyak janji (rasuah) cthnya beri air percuma, elektrik percuma, turunkan harga minyak, turunkan/hapuskan harga tol, turunkan harga kereta, hapuskan ptptn, beri pendidikan percuma, berikan makanan percuma, pendek kata bagi semua percuma hehe...

Socrates dan plato juga tidak menerima demokrasi. Socrates ckp kelemahan demokrasi adalah apabila rakyat yg jahil mengundi ataupun rakyat yg ditipu mengundi ataupun rakyat yg tidak tahu apa-apa mengundi maka pemimpin yg dipilih juga jahil. Sekiranya di dalam sesuatu kawasan itu terdapat lebih ramai penjahat dari mereka yang baik maka pemimpin yg jahat juga akan dipilih

Melayu Jangan Berpecah; Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
190362_367773616639258_1656173792_n (1)Sekarang ini orang Melayu sibuk berpecah. Melayu di negara ini ada lebih kurang 60%. Daripada 60% ini berpecah kepada parti A, parti B, parti C dan kumpulan-kumpulan lain lagi. Orang Cina dalam negara kita hampir 30%. Diikuti orang India, dan seterusnya agama-agama yang lain.

40 orang paling kaya di Malaysia yang tersenarai dalam majalah Forbes, 27 orang daripadanya adalah orang cina. Saya bukan kata jangan bagi mereka kaya. Tidak mengapa mereka kaya. Tetapi saya hendak muhasabah kita orang Melayu yang tidak sudah-sudah duduk bertengkar sesama sendiri. Siapa di kalangan kita yang kaya?

Kita orang Melayu yang mewakili 51% rakyat Malaysia, kita hanya ada 8 orang kaya sahaja. Cina yang mewakili 27% rakyat dalam negara ini ada 27 orang kaya. Orang India yang mewakili hanya beberapa peratus dalam negara ini ada 5 orang kaya.

Jadi di mana kedudukan kita? Macam-macam sudah kerajaan berikan kepada orang Melayu, subsidi itu subsidi ini, bantuan itu bantuan ini. Kerja orang melayu ialah meminta. Apabila minta tak dapat, lompat masuk parti lain pula.

Itu penyakit orang kita, tidak ada nilai dan erti kesyukuran. Kerja kita hanya mengharap. Perkara ini perlu untuk kita muhasabah. Perlu untuk kita periksa semula diri kita.

Kita asyik bertanya apa yang kerajaan beri kepada kita. Pernahkah kita bertanya apa tanggungjawab kita sebagai rakyat kepada pemimpin dan negara.

Sebab itu, Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu apabila orang mengkritiknya pada zaman pemerintahannya, di mana pada zamannya berlaku peperangan Siffin, Jamal, dan ini semua adalah peperangan yang besar mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.

Orang bertanya kepadanya, mengapa zaman pemerintahannya tidak seperti zaman pemerintahan Abu Bakar dan Omar? Jawab Ali radhiyallahu ‘anhu,

“Ketika pemerintahan Abu Bakar dan Omar, aku adalah rakyatnya, tetapi pada zaman pemerintahanku, kalian adalah rakyatnya.”

Jadi pemerintahan sangat memerlukan kepada kerjasama antara rakyat dan pemimpin. Pemimpin perlu tunaikan amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahu-bahu mereka. Rakyat juga kena tunaikan tanggungjawab mereka terhadap pemimpin dan negara.

Wallahu a’lam.

Sumber : http://ustazfathulbari.wordpress.com/

Keberadaan umat Islam dalam demokrasi tidak menjadikan sistem itu Islami & baik

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Sekarang ustaz sendiri terlibat dalam sistem demokrasi. Ustaz terlibat dengan gerakan yang mengaplikasikan sistem demokrasi.

Jawapan:
Sekarang kita bercakap tentang dua topik yang berbeza. Pertama, demokrasi itu sistem Islam atau tidak. Saya katakan secara prinsipnya, demokrasi bukan sistem Islam.




Kedua, penglibatan ataupun keberadaan kita dalam sistem demokrasi.
Sekarang saya tidak nafikan saya berada dalam sistem demokrasi. Saya tidak nafikan teman-teman dan sahabat saya di dalam PAS contohnya yang hendak memperjuangkan hukum Islam, mengatakan perlembagaan ini bukan daripada perlembagaan Islam, tetapi mereka juga terlibat dalam sistem ini.

Mengapa mereka terlibat dalam sistem ini adalah atas usaha untuk membaik pulih atau memperbaiki sistem ini agar kembali berada di kedudukan dan tempat yang betul. Maka kalau dulu mereka berdalilkan sedemikian rupa iaitu untuk memperbetulkan keadaan, begitu juga saya berusaha untuk memperbaiki dan mengislah keadaan dan berusaha untuk mengembalikan manusia ke jalan yang lebih baik dan lebih benar.

Satu lagi saya hendak tekankan di sini. Keberadaan kita di dalam sistem ini tidak menjadikan kita
menyatakan sistem ini sistem Islam. Jangan kita ambil sesuatu yang haram kemudian kita halalkan. Jangan kita ambil khinzir kemudian kita halalkan khinzir kerana kita hendak makan khinzir tersebut.
Ini satu permisalan yang sangat jelas. Sistem demokrasi bukan sistem Islam, tetapi keberadaan kita dalam sistem ini bukan bererti kita terima semua, tetapi kita mengawal dan berusaha untuk mendisiplinkan diri kita daripada terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang di dalam sistem ini.

Sebab itu Islam meletakkan kaedah, apabila manusia berhadapan dengan dua kemudharatan, kita memilih kemudharatan yang paling ringan dan minimum kesannya yakni kaedah yang disebut “akhaffu dhararain”.
Akhaffu dhararain bagi kita adalah kita berusaha untuk meminimumkan kemudharatan yang datang dan terhasil daripada demokrasi. Sebab itu kita tidak bersetuju dengan demonstrasi contohnya. Kerana kita melihat ia mendatangkan kemudharatan yang lebih besar dan ia juga bukan dari syariat Islam. Maka kita mengawal demokrasi pada hari ini dengan menolak demonstrasi yang diadakan untuk memastikan dakwah Islam serta adab di dalam Islam terjaga. Wallaahua’lam.

Soalan: Adakah ustaz mengatakan demokrasi tidak boleh dijadikan dasar dalam menentukan halatuju bangsa dan agama Islam?

Jawapan:
Ya, demokrasi tidak boleh dijadikan dasar. Itu prinsip. Sebab Islam tidak boleh bergantung pada suara ramai. Adakah kita hendak mengatakan negara yang mempraktikkan demokrasi sebagai negara Islam? Bagaimana dengan Amerika Syarikat, Denmark, Norway, UK, di mana mereka mempraktikkan demokrasi? Adakah mereka negara Islam? Tidak.

Jadi jangan mudah kita berdalilkan bahawa demokrasi itu adalah sistem Islam dan jangan kita katakan demokrasi itu adalah sistem yang adil kerana memberi hak kepada semua untuk bersuara.

Sedangkan Islam sebenarnya telah memberikan keadilan yang terbaik. Islam menimbang antara kemaslahatan dan kemudharatan untuk melakukan sesuatu keputusan.Nabi SAW sendiri pun telah menetapkan bahawa asas kerajaan yang diiktirafkan di dalam Islam ini adalah kerajaan yang bersifat sama ada khilafah, beraja, imam, jadi itu adalah sistem Islam yang asas.

Wallaahua’lam.

Sumber : http://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/11/13/keberadaan-umat-islam-dalam-demokrasi-tidak-menjadikan-sistem-itu-islami-baik/

Jgn sampai tidak bertegur sapa!!!

Jgn sampai suami isteri bercerai kerana politik
Jgn sampai sesama kawan tidak bertegur sapa kerana politik
Jgn sampai sesama jiran tidak bertegur sapa kerana politik
Apa pun sekali undi anda adalah rahsia..hehehe
Jgn sampai org tahu parti mana anda undi hehehe
Akhir sekali

SAYA PILIH MENGUNDI!!!

Parlimen Bubar Hari ini 3 April 2013! Are You Ready?

bubar parlimen

Bubar parlimen : Sekarang ini, keadaan di sekitar bangunan Putrajaya kembali “panas” apabila desas-desus Datuk najib akan bubar parlimen hari ini (3 April 2013). Afa yang mengatakan apabila Najib berjumpa Yang Dipertuan Agong sebelum ini (SEPERTI DI SINI), Datuk Najib akan bubar parlimen pada hari itu juga. Tidak, tidak sama sekali. Terpulang kepada Datuk Najib bila mahu mengumumkannya……
Tunggu punya tunggu, akhirnya….

Pengumuman Bubar Parlimen Hari Ini Oleh Datuk Najib

bubar parlimen

Datuk Najib dijangka akan mengumumkan bubar parlimen hari ini. Hari ini juga genap 4 tahun Datuk Seri Najib bergelar Perdana Menteri Malaysia keenam. Dan….hari ini juga, akan diadakan sesi bergambar terakhir melibatkan jemaah Menteri penggal yang berkenaan sebelum Najib bubar parlimen selepas itu.
Hari ini merupakan mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Perdana Menteri akan bubar parlimen selepas itu…
Dengan pengumuman Najib bubar parlimen ini kan menandakan gendang perang untuk pilihan raya bakal dipalu secara rasmi hari ini. Are you ready for the Malaysian 13th General Election (Pilihanraya Umum ke 13)?

(BERITA) Rosmah Guna Bomoh

Rosmah Guna Bomoh - Deepak Jaikishan melaporkan untuk Berita Keadilan Daily. Berita Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan kuasa bomoh tersebar dalam surat khabar Suara Keadilan.

Rosmah Guna Bomoh

Najib, Rosmah, Deepak

Rosmah Guna Bomoh

Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan bomoh untuk menguasai pentadbiran kerajaaan termasuk mengawal kontrak Kementerian Kewangan, kata ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

“Rosmah juga menggunakan ilmu sihir terhadap musuh politik, malah menggunakan bagi ‘menundukkan’ suaminya, Datuk Seri Najib Razak,” Deepak.
“Saya yang bawa bomoh itu ke rumah Rosmah di Kuala Lumpur, menyediakan hotel penginapan, tiket perjalanan, malah nombor akaun bomoh itu pun saya ada,” Deepak.
“Bomoh itu digunakan untuk orang akur atau perlu diakurkan. Saya sendiri saksikan upacara perbomohan,” Deepak.
Deepak juga mengakui memiliki bukti berbentuk gambar, nama, alamat, bayaran berkaitan penggunaan khidmat bomoh yang bakal dimuat dalam buku keduanya.

Beliau yang diketahui umum rapat dengan Rosmah sebelum ini hingga menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai ‘kakak’ bercadang mendedahkan butiran lengkap melalui buku berjudul ‘Black Rose 2.0: Black Magic Women.’
Katanya, buku setebal 47 halaman itu yang dijadual dimuat naik ke internet mulai 16 Februari ini, bakal memapar kecenderungan Rosmah terhadap amalan ilmu hitam.
“Gambar upacara ilmu hitam itu juga dimuatkan dalam buku berkenaan,” kata Deepak.
“Mereka boleh tak pedulikan saya tapi mereka tidak boleh nafikan kebenaran dan hukuman tuhan. Saya simpati pada Najib sebab ada isteri sejahat itu,” kata Deepak.

sumber: Suara Keadilan

P.S / Terkjut aku baca berita nie..dasyat giler tuduhan si deepak nie..sapa deepak nie..tak kenal sgt lah..

"Kami sama-sama suka dan Rozita balas cinta saya" - Najib Razak

Itulah ungkapan dan keratan akbar milik Harian Metro hari ini iaitu 27/1/2013. BERITA panas hari ini, disiarkan di Metro Ahad muka surat S21 ruangan selebriti. Metro Ahad menyiarkan pengakuan Najib Razak yang mendakwa beliau sama-sama suka dengan pelakon Rozita Che Wan.

"Kami sama-sama suka, dan Rozita balas cinta saya" kata Najib Razak seperti yang dipetik dari Metro Ahad hari ini, 27 Januari 2013 dalam sebuah artikel dua muka di akhbar itu yang bertajuk "bukan syok sendiri".

Tinjauan yang dibuat orang ramai hanya edisi selangor je yang berlaku kesalahan ejaan nama ini. Mereka yg membeli harian metro di negeri lain contohnya seperti johor mempunyai ejaan yang betul iaitu zain saidin.

Agak pelik kenapa harian metro edisi tengah berlaku kesilapan seperti ini..lebih-lebih lagi membabitkan nama perdana menteri malaysia..

Ini bukan photoshop ye..ini betul2 bukan cobaaaaaannnnn hehehe



Isu Bawani, Sharifah dan Pendidikan Percuma

Tahun lepas ialah detik di mana saya mendengarkan sebuah sistem yang agak kelakar yang dipanggil sebagai, “Pendidikan Percuma.” Terus menerpa di minda saya, apa yang akan kita hilang jika pendidikan kita dipercumakan? Sebelum mengulas lanjut, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar Ibrahim dan sekutunya kerana memberikan harapan palsu mengenai ‘pendidikan percuma’ yang sebenarnya tidak WUJUD langsung. Sebagai contoh, kalau saya ambil 50 sen sehari daripada anda, kemudian saya menyediakan perkhidmatan yang tanpa perlu anda membayarnya, ianya tidak boleh dipanggil sebagai percuma kerana tanpa sedar anda sedang membayar perkhidmatan itu, melalui saluran yang lain secara tidak langsung.

Marcapada, kita dapat melihat bagaimana Malaysia dihujani dengan isu antara Bawani dan Sharifah. Dalam isu tersebut, Bawani membawa kenyataan bagaimana 4 buah negara dunia ketiga ini mampu memberikan percuma. Jawapan yang keluar daripada Sharifah pula ialah menyuruh Bawani ke negara-negara yang disebut, kenapa masih lagi di Malaysia. Juga beberapa perumpamaan tidak matang seperti menyamakan dengan binatang.

Saya sebenarnya tak mahu mengambil kisah sangat mengenai pergaduhan kanak-kanak antara mereka tetapi perkara yang merungsinkan saya ialah ketika Bawani menyentuh mengenai negara seperti Brazil, Venezuela Cuba, Brazil dan Argentina sebagai negara contoh yang melaksanakan pendidikan percuma dan bertanyakan kenapa tidak kita? Izinkan saya di sini untuk menemplak klon Anwar Ibrahim ini dengan dengan hujah-hujah saya yang tidak bersifat bias dan berat sebelah.

Libya

Saya tak beberapa dengar Bawani bercakap mengenai Libya tetapi memandangkan Sharifah ada menyentuh mengenai Libya, maka saya tertarik untuk melontarkan hujah saya. Pemimpin hebat seperti Gadaffi ini telah banyak menyumbang kepada bangsa Libya yang tidak pernah kenal erti kesyukuran. Saya tidak mahu mengambil pusing mengenai fitnah barat ke atas beliau melainkan telah terbukti benar, saya sendiri akan meminta maaf. Dia telah banyak menyumbang kepada Libya.


Eletrik Percuma
Tiada riba dalam pinjaman
Pengantin baru menerima elaun
Pendidikan dan khidmat kesihatan percuma.
Petani akan dibantu oleh kerajaan ketika permulaan tani
50% subsidi pembelian kereta
Petrol dalam 14 sen sahaja
Bantuan kewangan kepada penganggur
Loyalti minya kepada bank


Sekarang bandingkan kekayaan Malaysia dan Libya pula.



Populasi Malaysia mencecah lebih 22.6 juta jika dikira perbezaan dengan Libya. Perbezaan natural gas dan minyak merupakan faktor utama. Gas asli adalah sumber kepada pemanasan, eletrik, minyak, plastic dan bahan kimia. Ini sangat berbeza dengan minyak Malaysia. Tambahan pula dengan bilangan rakyat Mereka yang menandingi kita, maka dengan ini tidak adil membandingkan Malaysia dan Libya.

Cuba
Ianya benar. Presiden Fidel Castrol memperkenalkan pendidikan percuma, diiring oleh:
Sekolah percuma dengan makanan percuma
Had jumlah pelajar
Sekolah dibuka lebih masa
Guru dihantar ke rumah mereka yang tak mampu ke sekolah

Komunis telah bertungkus lumus menentang Amerika Syarikat, tetapi saya tidak pernah kagum. Bawani sepatutnya memandang jauh ke dalam sejarah, kerana dia boleh menipu anda, tetapi bukan saya.

Fidel Castro hanyalah sekadar boneka kepada sebuah empayar yang telah mati iaitu Marxsis-Lenin yang pernah berpusat di Moscow - Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). Sejak pembubaran Kesatuan Soviet, kedudukan Castro mula sukar di Cuba dan mula mengenakan cukai yang tinggi dalam usaha untuk membiayai pendidikan percuma Cuba, yang bermaksud Cuba telah dibayar untuk pendidikan mereka. Oleh itu, ia bukanlah pendidikan percuma sebenarnya.


Amerika Selatan

Saya kecewa dengan Venezuela memberikan pendidikan percuma hanya ke tahap yang lebih tinggi. Untuk membandingkan Malaysia dengan Venezuela akan memerlukan sejumlah besar kejahilan, walaupun jumlah penduduk mereka adalah cukup dekat kepada demografi Malaysia.

Saya tidak faham apa yang Naib Presiden Elias Jaua maksudkan dengan, "Sama ada pendidikan adalah percuma atau tidak bukan perdebatan untuk anda; pendidikan adalah dan akan terus menjadi percuma di Venezuela kerana terdapat sebuah revolusi. Kini, perjuangan adalah untuk mempunyai pendidikan yang berkualiti dan infrastruktur yang lebih baik dan untuk guru-guru juga dibayar ", tiada siapa yang berfikir tentang itu kerana Venezuela harus menjadi negara terkaya sekarang. Mereka adalah raja minyak.

Malah Arab Saudi kini di tempat kedua di bawah minyak rizab Venezuela. Jika Gaddafi boleh menawarkan pendidikan percuma dengan hanya 47.5billion, bayangkan apa sebuah negara dengan kira-kira 254.37billion boleh menawarkan. Malah Harley boleh memberi bayaran pada kadar 1.00, mungkin melalui penyelesaian Bawani. Jadi, anda perlu sama ada yang cacat mental, atau jahil, kerana membuat perbandingan ini. Venezuela mendahului rizab minyak Malaysia pada kadar lebih daripada 50 kali!

Genius. Anda sebenarnya membandingkan Rusia dan Vatican City, dan cuba untuk memenangkan Vatican City sebagai wilayah terbesar. Inilah dia Pakatan Pembangkang berfikir. Kaki kencing rakyat!

Brazil
Saya tidak dapat memahami mengapa Brazil pun dimasukkan. Jika pemimpin Malaysia mempertimbangkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh kerajaan Brazil, saya pasti setiap anak Malaysia akan menggulingkan BN nanti. Kenapa? Okey, lihat di bawah.

Berikut adalah gambaran:



Selepas melihat di atas, saya pasti akan ada soalan.
Apa itu KDNK nominal dan KDNK PPP?
Menurut investopedia , KDNK nominal adalah seorang angka dalam ekonomi yang telah tidak diselaraskan dengan inflasi, dan biasanya akan dijelaskan dalam bentuk matematik yang menarik.

Ia boleh mengelirukan apabila inflasi tidak diambil kira dalam angka KDNK kerana KDNK akan muncul lebih tinggi daripada sebenarnya. Konsep yang sama yang terpakai untuk (ROI) terpakai di sini. Jika anda mempunyai ROI 10% dan kadar inflasi bagi tahun pada 3%, kadar pulangan sebenar anda akan menjadi 7%. Begitu juga, jika angka KDNK nominal melonjak sehingga 8% tetapi inflasi hanya 4%, KDNK sebenar hanya meningkat 4%.
KDNK PPP (purchasing power parity) di sisi lain adalah satu teori ekonomi yang menganggarkan jumlah pelarasan yang diperlukan pada kadar pertukaran antara negara-negara dalam usaha untuk pertukaran menjadi sama dengan kuasa beli setiap mata wang. Dalam erti kata lain, kadar pertukaran perlu disesuaikan supaya sama dalam kedua-dua negara yang berbeza, tetapi mempunyai harga yang sama apabila dinyatakan dalam mata wang yang sama.

• Mengapa KDNK PPP Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan angka Brazil?

Mudah, anggaran penduduk menunjukkan kepada kita jawapannya.



Brazil mempunyai jumlah anggaran hampir 200million, manakala Malaysia hanya terdiri 30 million. Oleh itu, jika KDNK per kapita telah didarabkan kepada bilangan penduduk negara-negara masing-masing, anda akan menemui jumlah KDNK.



Brazil tewas pada Malaysia pada jumlah rizab gas yang terbukti tidak relevan untuk perbandingan tetapi Malaysia kemudiannya akan kekurangan rizab minyak walaupun Brazil menggunnakan mintak lebih banyak daripada kita.



Jadi, bagaimanakah Brazil memberi pendidikan percuma tanpa kelebihan daripada sumber semula jadi? Bagaimanakah Brazil memberi pendidikan percuma apabila kedua-dua negara telah menikmati lebihan dagangan yang lebih kurang sama?

Pada segi teknikal pula, jawapannya ialah melalui kekejaman, kerana bukan sahaja Brazil harus menawarkan pendidikan percuma - Brazil mesti menawarkan pendidikan percuma. Jika anda seorang penyokong bagi pendidikan percuma, Brazil akan menjadi mimpi ngeri anda terburuk. Anda tidak akan mahu masuk Brazil apabila keseorangan. Anda akan kalah sebelum anda boleh menyatakan pendapat anda.
Menurut ke thebrazilianbusiness: Hidup di Brazil bermakna membiasakan diri untuk melakukan banyak pengiraan semasa bulan pertama tahun ini.

Cukai di Brazil akan memberi kengerian kepada orang-orang Yahudi, kerana semuanya sudah cukup untuk mengembalikan nostalgia Holocaust. Terdapat sekurang-kurangnya 17 cukai yang dikategorikan sebagai paling biasa dan 3 cukai setiap hari. Saya akan kongsikan kepada anda dan memberi butir-butir yang kaya dengan fakta mengenai cukai di Brazil.

1. CIDE (Rate: 10%) - pembayaran royalti, pemindahan teknologi dan pampasan bekalan teknologi, dan bantuan teknikal; mesti dibayar oleh orang-orang yang mengimport atau mengkomersialkan barangan dan aset yang dilindungi oleh cukai.

2. Cofins (Rate: 3% / 6% -7%) - Pembiayaan Keselamatan Sosial digunakan kepada invois bulanan, cukai negeri yang dibayar oleh syarikat-syarikat yang mengumpul cukai berdasarkan nilai tambah.

3. CSLL (Rate: 9% -15%) - sumbangan sosial berdasarkan pendapatan bersih yang terpakai kepada keuntungan bersih; dikenakan atas setiap entiti bermastautin undang-undang di negara ini dan mereka yang dirawat oleh undang-undang cukai.

4. Duti Import (Rate: berbeza-beza) - duti import yang terpakai kepada kemasukan produk asing di Brazil; didakwa atas pengimport, penerima perkapalan antarabangsa yang dinamakan oleh pengirim.

5. IOF (Rate: 1% -25%) - dikenakan ke atas transaksi kewangan, seperti operasi yang melibatkan kredit, pertukaran mata wang, insurans dan keselamatan.

6. IPP (Rate: 0% -300%) - digunakan untuk output barangan kebangsaan dari kilang, untuk pelepasan kastam apabila produk datang dari luar negara dan jualan awam.

7. KCP (Rate: sehingga 0.03% -20%) - cukai tanah luar bandar yang terpakai kepada harta yang terletak di luar kawasan bandar.

8. PIS / Pasep (Kadar: 0.65% -1,65%) - terpakai kepada pendapatan kasar yang diperolehi oleh semua jenis entiti undang-undang termasuk bukan keuntungan pembuat dan organisasi yang dipegang oleh kerajaan.

9. IRFF (Rate: 0% -27,5%) - cukai pendapatan peribadi bahawa setiap orang dikehendaki untuk memotong daripada pendapatan tahunan mereka.

10. IRPJ (Rate: 15% -25%) - cukai pendapatan korporat dan terpakai kepada keuntungan bersih mana-mana entiti undang-undang di Brazil; cukai persekutuan dibayar oleh entiti awam atau swasta undang-undang tinggal di Brazil, tanpa mengira pada tujuan mereka atau kewarganegaraan.

11. IRRF (Rate: 15% kepada 27.5%) - untuk pendapatan buruh, pendapatan modal, kiriman wang ke luar negara dan pendapatan lain, seperti hadiah, perkhidmatan pengiklanan yang disediakan oleh entiti undang-undang dan saraan bagi perkhidmatan yang disediakan oleh entiti undang-undang.

12. IE (Rate: 30% -150%) - cukai import yang digunakan untuk pengeksportan produk nasional

13. ICMS (Rate: 7% -25%) - cukai nilai tambah ke atas jualan dan perkhidmatan dan terpakai kepada pergerakan barangan, perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi, dan untuk membekalkan apa-apa barang; dibayar oleh orang-orang swasta dan entiti undang-undang yang mengkomersilkan apa-apa yang baik.

14. IPVA (Rate: 2% hingga 5%) - cukai kenderaan yang digunakan untuk milikan kenderaan bermotor, cukai negeri dan mesti dibayar oleh sesiapa sahaja yang memiliki kenderaan bermotor.

15. IPTU (Rate: berbeza-beza mengikut perbandaran) - cukai hartanah digunakan untuk harta yang terletak dalam had bandar; dikenakan oleh perbandaran dan perlu dibayar oleh pemilik harta.

16. ITBI (Kadar: 2%) - terpakai kepada hak harta dan penghantaran yang berkaitan dengannya; cukai perbandaran dan ia telah dibayar oleh pembeli atau penerima pindahan harta atau hak.

17. ISS (Kadar: 5%) - cukai yang digunakan untuk perkhidmatan yang disediakan kepada pihak ketiga oleh syarikat atau profesional dan dibayar oleh pembekal perkhidmatan; terdiri daripada pendapatan bulanan pembayar cukai dan harga perkhidmatan.

Anda perlu menyemak senarai cukai di atas, dan kemudian anda akan bertanya, pendidikan percuma? Sekarang anda boleh lihat mengapa saya tidak boleh memahami sebab Brazil juga perlu dimasukkan dalam hujah Bawani.
Dalam pemahamaan saya, cara yang Brazil gunakan diumpamakan seperti kerajaan menyerap semua wang dari rakyat dan pendidikan dipanggil menjadi percuma. Ia hanya politik. Saya bagaimanapun akan menyokong jika kerajaan Malaysia memberikan pendidikan kepada Bawani secara percuma tetapi mengenakan semua cukai ini kepada beliau dan keluarganya. Setuju tak?

Argentina

Saya simpan negara seperti Argentina untuk yang terakhir dalam penghujahan saya kerana negara ini menawarkan setiap contoh yang anda perlukan untuk menentang pendidikan percuma.

Pendidikan percuma yang menyumbang kepada kegagalan Argentina. Malaysia tidak seperti Jerman. Kebanyakan rakyat Malaysia bukanlah mereka yang menghargai ilmu pengetahuan (lihat rakan pembangkang). Jika tidak, Mahathir akan berbangga kerana impiannya tercapai - ekonomi berasaskan pengetahuan - sebelum peletakan jawatan beliau. Malah jika Malaysia mempunyai rizab minyak terbukti sepuluh kali jumlah Venezuela dan negara-negara Arab yang digabungkan, sistem ini masih ***** dan masih perlu dibantah; kecuali, sudah tentu, keadaan telah berubah.

Dengan pendidikan percuma, Malaysia akan menjadi Argentina seterusnya, dan itu adalah fakta.



Debat PTPTN

Sekarang saya sudah selesai dalam memperkatakan pergaduhan antara dua perempuan mentah. Kini, saya mahu memberi tumpuan kepada perdebatan bersejarah antara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Wing UMNO, dan Rafizi Ramli, strategis PKR. Seperti mana yang kita tahu, Rafizi telah menyebarkan kekarutan yang amat banyak dalam perdebatan tersebut. Justeru, Saya ingin meminta maaf kepada Niinistö Sauli, Presiden Finland, untuk dua pembohongan terang-terangan dibuat oleh Rafizi ini.

Finland sebenarnya tidak miskin daripada Malaysia, dan mereka mempunyai lebih daripada sekadar Nokia untuk ekonomi mereka. Industri mereka berkisar banyak aspek, untuk menamakan beberapa: logam dan produk logam, elektronik, jentera dan lain-lain. Saya tidak tahu di mana fakta Rafizi jumpa, tetapi dia tetap salah.

Ranking Finlad menurut pendapatan perkapita mereka mengatasi banyak negara eropah sebenarnya.



Adakah Finland miskin, atau sedikit lebih kaya, daripada Malaysia? Tidak sesekali. Finland mempunyai kekayaan hampir dua kali per kapita Malaysia. Sektor terbesar mereka yang menjanakan ekonomi mereka adalah perkhidmatan, pembuatan dan penapisan. Bukan hanya Nokia seperti penipuan si Rafizi.

Terdapat hampir 70 syarikat besar-besaran di Finland, yang terdiri daripada bukan hanya Nokia tetapi:

• pengangkutan udara
• elektronik dan tenaga
• kewangan
• Makanan
• kertas
• kertas
• peruncitan
• perkapalan
• telekomunikasi dan perkhidmatan

Statistik menunjukkan bahawa elektronik (21.6%), jentera, kenderaan dan produk logam (21.1%), industri hutan (13.1%), dan bahan kimia (10.9%) mengekalkan kerajaan Finland pada trajektori pertumbuhan mereka. Bukan Hanya Nokia. Terdapat lebih daripada satu ratus saham yang disenaraikan di Bursa Saham Helsinki, dan abjad, Nokia adalah pada kedudukan 60, yang masih bermakna Bukan Hanya Nokia. Terdapat beratus-ratus bank menguruskan urusan kewangan mereka. Bukan Hanya Nokia.

Mengapa Finland mampu untuk memberikan pendidikan percuma? Dua perkara - Bukan Hanya Nokia, hujahnya: penduduk lebih 5 juta sahaja. Ini adalah fakta bahawa Rafizi tidak mahu anda tahu - Bukan Hanya Nokia. Cukai pendapatan mereka maksimun 50 % manakala cukai pendapatan kita hanyalah sekadar dalam lingkungan 20 % maksimun sahaja.

Turki

Turki menawarkan pendidikan percuma, hanya untuk sekolah-sekolah awam dari grade 1 hingga 12 wahai Encik Rafizi. Tetapi, ya, anda ada point di situ, walau bagaimanapun, pewaris kepada Empayar Uthmaniyyah ini tidak menyediakan pembiayaan untuk rakyat apabila anda mencapai peringkat kolej dan universiti

Pada bulan Oktober 6, 2011, beratus-ratus pelajar ditahan sepanjang kempen protes 'pendidikan percuma'. Adakah mereka ini gila sebab meroyan atas benda yang sudah diberikan? Rafizi berkata, Turki memberikan pendidikan percuma dalam debatnya! Jadi bagaimana dengan semua kempen di atas itu wahai Donald Duck?

Saya benar-benar mahu melihat Rafizi vs Perdana Menteri Erdogan dalam perbahasan, dan Rafizi vs Perdana Menteri Jyrki Katainen, bertajuk Bukan Hanya Nokia dalam perdebatan mereka. Mungkin wang yang dijana dari orang-orang perbahasan boleh membantu Rafizi dalam kes saman beliau.
sumber:

http://www.ism-global.net/clash_turkey_rally_nyc_jan27

Kesimpulan

Dalam dunia zaman moden, tiada apa yang datang percuma. Anda juga perlu membayar untuk membuang air besar di dalam tandas awam. Tiada pendidikan percuma sebenarnya. Analoginya senang, seseorang memberkan andai kursus $ 50,000 secara percuma tetapi mengambil $ 1.00 dari poket anda secara sembunyi, itulah yang boleh diibaratkan dengan konsep pendidikan percuma ini. Ia hanya percuma di atas kertas, tetapi dibayar melalui cukai yang membebankan semua.

Selain itu, ia merupakan api dalam sekam terhadap pelajar. Mereka tidak akan peduli jika mereka gagal. Kebanyakan daripada mereka yang menyertai demonstrasi, atau melibatkan diri dalam politik dengan sikap pra-matang inilah yang berdiri di belakang idea palig ***** ini. Mahathir membantah Malayan Union. Anda membantah terhadap satu fakta yang tidak dapat dinafikan



CREDIT TO AFDS
TRANSLATED BY H.E


http://www.facebook.com/ILOVETUNM

Sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=399919

Fenomena listen listen listen

Skang tengah heboh kt fb, forum dan blog citer pasal video listen listen listen..citer pasal komen seorang budak perempuan india tentang perhimpunan bersih itu sah dan pendidikan percuma untuk rakyat. Pastu ada sorang ahli panel tu turun dari pentas dan cakap listen listen listen byk kali hehehe..pastu dia bagi contoh byk giler tentang masalah binatang sbg perbandingan dengan masalah manusia hehehe..

Bg pandangan aku dua2 tak betul..aku jugak betul hahaha..gurau je..takde lah..mana ada manusia yg perfect kan..ahli panel tu pun salah..jawab solan tak berapa kena dengan solan budak tu...budak tu bangkitkan isu perhimpunan bersih itu sah..aku rasa tak sah sbb dorang buat kat jalanan.pastu merata2 plak tu..kat sogo lah.kat pudu lah kat jalan lah....perhimpunan yang sah buat kt tempat yang selamat mcm stadium ke..

Isu kedua budak tu bangkit kan isu nak pendidikan percuma untuk semua..jawapannya mungkin boleh dan mungkin tidak..pastu dia compare ngn negara lain.pastu dia ckp duit dan bajet negara cukup nak bagi pendidikan percuma..tengok keadaan kewangan sesebuah negara tu...pastikan dulu negara takda hutang berbilion2.skang hutang negara kita dh hampir 456.1 billion..billion tau bukan million hehe.klau semua benda kerajaan bagi percuma mana kerajaan nak dapat sumber duit balik nak bagi kt rakyat..nak harap eksport minyak sawit ke, perindustrian ke..keuntungan petronas ke..cukup ke..itu pun kalau minyak tak bagi free gak haha..

Tak salah nak bagi pendidikan percuma kpd rakyat tapi jgn sampai negara berhutang berbilion sampai terjadi balik krisis ekonomi mcm dulu..kita gak teruk...sampai ramai kena berhenti keje mcm dulu..rumah terpaksa bank lelong..kete pun bank terpaksa lelong dulu...huhu takut2..tp klau kerajaan mampu aku pun nak bende percuma sapa tak nak hahaha


Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin

Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir
“Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them.”
- William Faulkner, Intruder in the Dust.

SAYA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk ‘Forum Suara Mahasiswa Part 4’ bertajuk ‘Seiringkah Mahasiswa Berpolitik’ yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013.

Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan ‘ikrar mahasiswa’ untuk ‘menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah’ dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil ijazah sarjana muda dahulu, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari.
Universiti atau Tadika?
Bawani memulakan komen beliau dengan bertanya kepada Saudari mengenai tuduhan  terhadap Ambiga (Pengerusi bersama Bersih) sebagai pencetus anarkis di Malaysia dan Pak Samad sebagai pencetus kepada orang-orang gila yang membuat demonstrasi jalanan. Beliau kemudiannya  menjelaskan kepada sidang dewan mengenai pergerakan Bersih yang menurutnya sah di sisi undang-undang serta sebuah gerakan non-partisan.
Perkara pertama yang tidak saya fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan ‘confront’ audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang saya tidak fikir ‘intimidation’ sebegini perlu.
Kemudian Bawani meneruskan komen beliau dengan memberi contoh negara seperti  Argentina, Venezuela dan Brazil yang dikatakan memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bermula dari prasekolah sehingga kepada ijazah pertama. Seterusnya Bawani memperkatakan mengenai keupayaan PTPTN melalui matematik mudahnya iaitu peruntukan sebanyak 10 bilion daripada keseluruhan 200 bilion perbelanjaan Persekutuan dengan memberi contoh Cuba sebagai negara yang pernah melakukannya. Lebih menarik Bawani melakukannya dengan membentangkan tahap literasi Cuba sebagai yang tertinggi di dunia.
Kemudiannya situasi menjadi lebih menarik. Bawani membentangkan GDP Cuba (saya tertanya-tanya apakah jurusan pengajian saudari Bawani?) namun malangnya ketika saya teruja untuk mendengar hujah lanjut Bawani, hujah beliau disambut dengan 10 kali lafaz ‘Listen’ oleh Saudari! Soalan kedua saya ialah, berapa minit komen yang diberikan kepada audien untuk bertanya soalan serta apakah tindakan ini dilakukan semata-mata untuk menutup keupayaan hujah Bawani?
Sebagai ahli akademik saya percaya kepada kebebasan berhujah dan berbeza pendapat. Saya percaya kewibawaan Saudari akan lebih dihormati sekiranya hujah dibalas hujah, bukan hujah dibalas ‘Listen’.  Lebih ironi, Saudari kemudiannya mengucapkan ‘Let me speak’ sehingga 7 kali! Saya begitu hairan, dalam bidang pedagogi selalunya perkataan diulang-ulang digunakan hanya untuk anak-anak prasekolah, bukan mahasiswa dengan fakta literasi dan GDP. UUM ini universiti atau tadika?
Hujah vs hujah
Seterusnya saya tidak berminat untuk mengulas mengenai hujah balas Saudari kepada Bawani mengenai ‘When I speak, you listen’, ‘jangan samakan negara lain dengan Malaysia’, ‘apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya’ (Libya?), ‘you must understand what is democracy, you must understand – what is perhimpunan lebih dari 3 orang di sesebuah tempat’, ‘animals have problem’,   ‘kucing ada masalah’, ‘anjing boleh menggonggong’, ‘lembu kambing ada masalah’, ‘kita manusia lebih rakus daripada ikan’, ‘and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?’, ‘pernah makanshark finn?’ atau ‘you are very much to go to another university’.
Saya tidak nampak kaitan fakta yang dibentangkan oleh Bawani bermula dari jumlah perbelanjaan negara serta idea untuk pendidikan percuma sehingga kepada GDP negara Cuba dengan jawapan Saudari seperti ‘pernah makan shark finn?’. Saya cuma terkesan apabila Bawani cuba menggunakan bahasa Melayu asas dengan saudari, saudari balas dengan bahasa Melayu rojak.
Saya fikir bukan ini caranya seseorang dengan status ‘degree holder’ seperti Saudari berhadapan dengan mahasiswa seperti Bawani. Saya sendiri tidak berapa setuju dengan hujah Bawani. Faktor sosial, budaya dan georgrafi negara kita sangat berlainan dengan Cuba dan tidak memungkinkan perumpamaan mudah GDP untuk digunakan sebagai hujah.
Walaubagaimanapun saya percaya Malaysia sedang mengalami fasa-fasa menuju kematangan demokrasi. Oleh yang demikian di dalam sebuah universiti yang subur budaya ilmu dengan golongan intelek dan terpelajar, hujah perlu dijawab dengan hujah, bukan dengan  ‘When I speak, you listen!’.
Fungsi Mahasiswa
Saya kini dengan rendah diri ingin mengajak Saudari kembali merenung fungsi golongan mahasiswa. Saya percaya ilmu yang terbaik ialah ilmu yang kembali kepada masyarakat. Oleh yang demikian graduan yang paling bermanfaat ialah graduan yang kembali ke masyarakat untuk menyelesaikan 1001 masalah negara.
Dalam Indeks Kebebasan Media, kita berada pada kedudukan 122, di bawah Sudan dan Congo. 10 tahun kebelakang ini berdasarkan Bank Dunia, kenaikan gaji purata rakyat Malaysia hanyalah 2.6% di belakang kadar inflasi iaitu 2.8%. Data Epu/HIS menyatakan jurang pendapatan di kalangan rakyat semakin meningkat dengan 52.8% isi rumah memperoleh pendapat kurang daripada RM 3000 sebulan.
Kedudukan Malaysia di dalam indeks pendidikan antarabangsa seperti PISA dan juga TIMSS juga turun mendadak (PISA 2009, 55 daripada 74 negara; TIMSS 2011 – Matematik daripada 519 kepada 440, Sains daripada 492 kepada 426). Inilah masanya untuk kita gunakan mahasiswa sedia ada dalam bidang masing-masing samada pendidikan, ekonomi mahupun sains sosial untuk berdebat dan berhujah tentang masalah-masalah tersebut.
Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, ketakutan saya ialah apabila mahasiswa yang ada kini sibuk bermain Dota, Facebook, menonton Raja Lawak atau sibuk memuat turun siri kegemaran drama Korea. Graduan harus berfikir lebih jauh daripada kerja, kahwin, beli kereta, rumah dan ‘settle down’.
Fungsi mahasiswa yang sebenar ialah melibatkan diri dengan keputusan kerajaan serta memperkasa masyarakat dengan melengkapkan mereka dengan isu semasa, masalah sosial, isu masyarakat marginal serta golongan tertindas. Golongan terpelajar ini kelak akan memimpin negara, seharusnya asas perjuangan mereka sejak dari awal diletakkan lebih besar dari berkhidmat kepada diri sendiri.
Apa selepas ini?
Saya tidak menulis mewakili Bawani. Jauh sekali mewakili mana-mana gerakan mahasiswa dalam negara. Saya hanya menjalankan tanggungjawab kerana rasa terpanggil akibat status saya sebagai mahasiswa juga. Dan semestinya lorong menggerakkan mahasiswa dan perubahan itu pelbagai. Saya setuju tidak semestinya gerakan mahasiswa itu terdorong untuk berjuang atas ‘politik-merengek’ sahaja, baring-baring atas jalan raya, demonstrasi ataupun berkhemah di Dataran Merdeka.
Tetapi saya juga percaya gerakan yang sama juga tidak akan terbina hanya melalui lawatan ke rumah anak yatim, rumah angkat di kawasan pedalaman (tanpa meremehkan prorgram terbabit) ataupun program-program dalaman universiti ala-ala sambutan tahun baru yang membosankan. Saya percaya asas kepada perjuangan mahasiswa ini ialah ilmu dan sikap. Saya menjemput Saudari untuk membaca karya Ali Shariati khususnya makalah ringan ‘Ideologi Kaum Intelektual’. Namun jika Saudari begitu sibuk dengan persatuan ‘Suara Wanita 1 Malaysia’, saya sedia meminjamkan buku tersebut untuk dibaca oleh saudari.
Saya juga percaya sebenarnya banyak forum-forum sebegini diadakan di seluruh negara namun mereka bijak kerana tidak memuat naik ke atas talian. Malah perkara yang paling sedih dan memalukan ialah sikap mahasiswa di dalam dewan yang bertepuk tangan dan menjerit menyatakan sokongan ketika Sharifah memalukan Bawani dengan serangan peribadi. Berbanding dengan kemarahan warga Internet melalui Twitter dan Facebook; saya melihat jalan ke hadapan mahasiswa untuk berubah masih panjang dan penuh ranjau. Bayangkan dalam dewan dengan 2300 warga mahasiswa, mereka hanya mampu memeluk diri, tersenyum dan menepuk tangan ketika Bawani diperlakukan sedemikian rupa di dalam institusi pengajian tinggi mereka.
Untuk Saudari Sharifah, saya menunggu balasan daripada Saudari. Mungkin jika Saudari berkelapangan saya akan usahakan agar sebuah forum lanjutan dapat diadakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk menggalakkan penggunaan akal, etika dan anti korupsi di kalangan mahasiswa 1 Malaysia. Saya akhiri surat ini dengan bait dari Buya Hamka;
Kalau hidup sekadar hidup,
babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja,
kera di hutan juga bekerja.
Izinkan saya menyambung sedikit kiasan Buya Hamka di atas;
Kalau mahasiswa setakat belajar,
Lembu di padang juga belajar.
(Selain belajar untuk membuang air, lembu juga belajar untuk membiak)
 * Zul Fikri Zamir Mohamad Munir ialah kolumnis di The Malaysian Insider serta Co-Founder Teach For The Needs (TFTN), sebuah gerakan aktivis pendidikan yang boleh dicapai di www.teachfortheneeds.org

Patutkah kita bimbang???


Aku rasa tak perlu lah kita bimbang..biar kerajaan yg uruskan hehehe...

AES tumbang atau ditumbangkan?


P/S : Ini bukan khianat ini kemalangan....kemalangan memang tak dapat diatasi walaupun pasang kamera AES....itulah namanya Qada dan Qadar....hu hu hu..

kot ye pun marah ngn AES jgn lah sampai g langgar hehe

10 Penjenayah Terkemuka Malaysia



Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah. Antara kes kes jenayah yang pernah berlaku dalam negara kita yang aman ini adalah seperti rompakan, rogol, penyeludupan senjata api, kegiatan kongsi gelap dan pembunuhan yang mengerunkan. Pasti korang tahu pasal kes kes jenayah dan penjenayah yang tersebar luas dalam media massa. Sejak zaman dulu pun dah ada penjenayah. Tak tahu la sama ada korang kenal atau tidak (penting ke kenal diaorang? ada masuk dalam SPM subjek "Sejarah" ke?) Yang pasti, hari ni aku nak kongsikan cerita pasal penjenayah penjenayah yang pernah fofular sewaktu ketika dulu.

1. Botak Chin



Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya. Botak Chin tidaklah berkepala botak sebaliknya nama itu adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN dalam bahasa hokkien membawa maksud Tiada (BO) Kerja (TAK) CHINA (Chin) atau 'jobless chinese'. Pada tahun 1967, Botak Chin mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah seperti merompak dengan menggunakan senjata api yang dirampas oleh kumpulannya atau dibeli di Thailand dengan menggunakan wang hasil dari rompakkannya. Pada September 1969, dia mula menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun. November 1974 selepas dibebaskan dari penjara dia memulakan kehidupan baru sebagai sebagai penjual sayur tidak ianya langsung tidak memuaskan hatinya. Oleh itu, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Kegiatan rompakan oleh mereka semakin aktif seperti di pusat perjudian haram di Sentul, sebuah bank di Jalan Imbi Kuala Lumpur, kuil Cina di Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur, sebuah bar di Sentul, di Kelab Kereta api Sentul dan juga di Kelab Lumba Kuda sekitar Kuala Lumpur. Segala hasil rompakan digunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand. Kedudukannya sebagai ketua mula terancam oleh anggotanya sendiri, Ah Wong, dan Ketua Geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek. Kedua dua mereka ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga berjaya merampas senjata api, peluru dan bom. Pada 22 November 1975, kejadian berlaku di malam hari. Sebuah kereta Datsun hijau yang dinaiki oleh Botak Chin dan ahli gengnya yang lain mengekori rapat sebuah kereta yang dinaiki oleh pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam. Pegawai berkenaan adalah sasaran mereka. Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ DSP S Kulasingam. Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam. Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu. Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin. 16 Februari 1976, episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan menunggu kemunculan Botak Chin. Sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan. Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Dengan pantas pihak polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang dan berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis, masing masing melepaskan tembakan. Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Manakala pengikut pengikutnya yang lain telah mati ditembak. Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu. Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali. Botak Chin dihukum gantung sampai mati pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

2. Bentong Kali



Penjenayah yang amat dikehendaki sekitar awal tahun 1990 an. P. Kalimuthu atau digelar Bentong Kali (tempat asalnya) terkenal dengan sikap barannya yang suka membunuh orang ramai secara sesuka hati. Puluhan orang awam tidak bersalah menjadi mangsa tanpa sebarang sebab disamping turut terlibat dengan aktiviti dadah dan rompakan. Keganasannya amat melampau hingga beliau masih membunuh orang awam walau ketika polis telah melancarkan operasi seluruh negara untuk menangkapnya yang dikenali sebagai 'Ops Buncit'. Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Penjenayah mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu. P. Kalimuthu menyertai Kumpulan kongsi gelap Cina 04. Pernah dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu. Namun ianya tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut, Sungei Way dan Ampang. Ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah di tempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada tahun 1987. Peluan kedua yang diberikan langsung tidak dihiraukannya. Kali ini dia menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Kegiatan yang mereka lakukan adalah seperti mengedar dadah. dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka. Antara pembunuhan yang dilakukan adalah dengan melepaskan tembakan rambang dalam satu majlis sambutan hari lahir menyebabkan 2 orang maut di tempat kejadian. Juga melepaskan sedas tembakan ke atas seorang penjual roti canai kerana menegur tindakan kurang ajar Bentong Kali yang kencing berhampiran rumahnya. Semua jenayah berlaku di kawasan perumahan Taman Tanming Jaya. Ini dikaitkan dengan Bentong Kali kerana penjenayah itu turut menyewa selama tiga bulan di Taman Tanming Jaya sebelum melarikan diri. Tindakan P. Kalimuthu menyebabkan penduduk di taman itu hidup dalam ketakutan. Ada antara mereka yang berpindah buat sementara waktu ke kawasan lain kerana khuatir menjadi mangsa seterusnya. Terbabit juga dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki dan mencederakan seorang lelaki lain di Kampung Sungai Tepi, Jalan Klang Lama. Penemuan bukti kelongsong peluru 9mm dari pistol Sig Sauer menyebabkan polis mengesyaki pembabitan P. Kalimuthu atau Bentong Kali dalam kejadian siri pembunuhan berkenaan. Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama. Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur pada 29 Jun 1993. Drama tembak menembak berlaku dan akhirnya penjenayah dan tiga lagi rakannya berjaya ditembak mati oleh polis.


3. Mona Fandey



Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, adalah seorang penyanyi pop, dukun, dan pembunuh dari Malaysia. Dia disabitkan melakukan jenayah berat dengan terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli politik, Mazlan Idris, pada tahun 1993. Kerjayanya sebagai penyanyi pop tidak bertahan lama, namun ia masih berjaya menghasilkan satu album. Selepas itu, Mona mula terlibat dalam kegiatan sihir spiritual yang dikenali sebagai bomoh atau dukun tempatan. Dia menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan dan sebahagian besarnya daripada masyarakat kelas atasan termasuk ahli ahli politik. Dikhabarkan bahawa Mazlan Idris, seorang ahli politik Adun Batu Talam, Pahang, telah berjumpa dengan Mona untuk mendapatkan perkhidmatan darinya. Mazlan Idris pernah menuntut di Amerika Syarikat dan merupakan seorang ahli politik hebat dan berkuasa dari United Malays National Organisation (UMNO) parti. Pada saat itu, Mona bekerja dengan suaminya Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Hassan. Mona dan suaminya berjanji untuk membantu Mazlan dengan memberinya beberapa "benda" yang sama dimiliki oleh bekas Presiden Sukarno demi meningkatkan dan mengekalkan kekuasaannya. Mona menuntut RM 2.5 juta daripada Mazlan sebagai bayarannya. Oleh itu Mazlan telah membayar kepada pasangan tersebut dengan sejumlah wang RM 500,000 sebagai deposit dan memberi mereka 10 sijil tanah sebagai jaminan untuk sisa RM 2 juta. Satu perjanjian telah dibuat diantara mereka untuk melakukan pembersihan ritual yang akan dilakukan di rumah Mona. Mazlan disuruh berbaring di lantai sementara Mona menaburkan kelopak kelopak bunga kepadanya. Dia kemudian menyuruh Mazlan untuk menutup mata dan menunggu wang untuk "jatuh dari langit". Dengan sepantas kilat, Juraimi menghayun sebilah kapak menghentak Mazlan dan dicincangkan nya seluruh anggota badan Mazlan. Mayat Mazlan ditemui oleh polis pada 22 Julai 1993 dimana anggota tubuhnya dipisahkan dalam 18 bahagian yang dikebumikan di sebuah gudang dekat rumah Mona di Pahang. Mazlan dilaporkan hilang pada tarikh 2 Julai 1993 selepas menarik RM 300,000 dari bank. Setelah pembunuhan itu, Mona dilaporkan telah membelanjakan wang yang diterimanya dengan membeli sebuah Mercedes-Benz. Namun demikian, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Mona, suaminya, dan Juraimi akhirnya ditangkap dan diadili di Mahkamah Tinggi Temerloh. Sepanjang persidangan, Mona memperlihatkan perilaku aneh termasuk muncul ceria, terus tersenyum dan berpose untuk photographer wartawan. Dia berpakaian mewah dengan design yang cerah dan berwarna warni pada gaun. Dia juga berkata, "saya seperti mempunyai ramai peminat". Mona juga dilaporkan pernah mengucapkan kata kata "Aku Takkan mati" dan masih tenang dan tersenyum. Mahkamah Tinggi mendapati mereka bertiga bersalah dan menghukum mereka gantung sampai mati. Mona, Affandy, dan Juraimi akhirnya digantung pada tarikh 2 November 2001 di Penjara Kajang.

4. Hanafi Mat Hassan





Hanafi Mat Hassan, 38 tahun, seorang pemandu bas ekspres Kiara telah melakukan dua jenayah besar, rogol dan bunuh, di dalam basnya sendiri yang bercermin gelap. Mangsa, Noor Suzaily Mukhtar, seorang jurutera komputer dirogol oleh Hanafi pada 7 Oktober 2000 antara waktu 8.50 pagi di Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan pukul 9.15 pagi di sebatang jalan di kawasan projek pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang. Selepas dirogol, mangsa dibunuh kejam. Hanafi yang berasal dari Bachok, Kelantan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. Perogol telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas subuh dan mayatnya dibawa ke Hospital Kajang sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke Binjai, Kelantan. Jenazahnya kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai.


5. Geng Azhar
Geng Azhar Kastam merupakan kumpulan penjenayah yang beroperasi di Malaysia. Pada 3 Januari 2009, 10 suspek menyamar sebagai pegawai kastam dan polis lalu menyerbu sebuah bengkel kereta di Selat Selatan, Pandamaran, Pelabuhan Klang , Selangor. Kononnya mahu melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang terdapat di situ. Suspek membawa keluar dua buah kereta iaitu Subaru Impreza dan BMW dengan alasan kedua dua buah kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan rekod oleh kastam. Pemilik bengkel dikatakan diminta membayar wang sejumlah RM50,000 untuk dua kereta itu sekiranya mahu menyelesaikannya di luar. Pada 7 Januari 2009 jam 4.00 petang, seorang suspek lelaki berjaya ditangkap di Plaza Tol Batu 11, Kajang yang membawa kepada tangkapan 10 lagi ahli kumpulan berkenaan di Cheras dan Ampang pada 8 Januari 2009. Semua suspek berusia dalam lingkungan antara 27 hingga 48 tahun. 8 lelaki dan 3 wanita.

6. Prebet Adam



Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu. Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian. Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia. Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

7. Ahmad Najib


Ahmad Najib Aris, 33 tahun, bekas pencuci kabin kapal terbang pasrah dan reda setelah hakim mengekalkan keputusan hukuman gantung sampai mati ke atasnya. Walaupun Ahmad Najib masih boleh merayu kepada Lembaga Jemaah Pengampunan Selangor sebagai usaha terakhir, namun ianya jarang dapat menyelamatkan pesalah daripada hukuman tali gantung. Kisah bermula dari sebuah parti keraian. Canny Ong Lay Kian, 28 tahun, menghadiri majlis makan malam bersama kawan kawannya dan ahli keluarga yang lain pada hari Jumaat 13 Jun 2003. Ibu Canny, Pearley Viswanathan dan kakaknya Elsie juga turut hadir ke majlis itu. Kereta mereka diparkir di tempat letak kereta dalam pusat beli belah Bangsar yang menempatkan Restoran Monte, lokasi parti tersebut. Pada 10.30 malam, Canny bersama kakak dan ibunya hendak pulang ke rumah. Ketika hendak membayar tiker parking di mesin tiket, mereka baru perasan yang tiket tersebut tertinggal dalam kereta. Jadi Canny pergi bersendirian mendapatkan tiket kereta itu. Dari situlah permulaan kisah yang membawa kepada kematian Canny. Kamera litar tertutup di bangunan tersebut menunjukkan bahawa kereta Proton Tiara milik ibu Canny dipandu laju dan merempuh penghadang laluan keluar. Sebelum Canny dirogol, Ahmad Najib mengakui mengacu pisau kepada mangsa. Tertuduh dalam pengakuannya menganggap hubungan seks dengan Canny adalah atas kerelaan mangsa. Bagaimanapun, perbuatan Ahmad Najib mengeluarkan sebilah pisau ditafsir mahkamah sebagai tindakan mengugut bagi membolehkan Ahmad Najib merogol mangsa. Bukti paling kukuh yang menuduh Ahmad Najib sebagi pesalah adalah apabila ujian DNA terhadap sepasang seluar jeans yang dipakai Ahmad Najib akhirnya didapati mengandungi percikan darah Canny dan ianya cukup kuat bagi membuktikan dia bertanggungjawab membunuh mangsa.

8. Mat Komando



Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad, 37 tahun, mengetuai satu kumpulan jenayah yang dikenali sebagai Kumpulan 13. Kumpulan yang diketuainya telah melakukan lebih 40 rompakan bersenjata di seluruh negara sebelum ditumpaskan. Mat Komando kekal menjadi satu satunya penjenayah yang telah merompak Bank BSN dan Pejabat Pos. Anak kedua daripada lapan beradik dari Kampung Selengkoh, Yan ini bukanlah anggota komando yang cukup terlatih dan berpengalaman luas kerana kerjayanya di dalam perkhidmatan tentera hanya selama dua tahun. Selepas berhenti daripada perkhidmatan tentera, Mat Komando bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur. Tugas barunya itu pun tidak bertahan lama dan selepas itu dia sering bertukar kerja lain seperti menjadi pemandu teksi dan pemandu bas. Mat Komando dikatakan bukan seorang yang bersifat bengis, keras hati walaupun terlibat dalam kegiatan jenayah. Ramai rakannya juga tidak percaya dia terlibat dalam perbuatan itu kerana dia jarang bercakap tentang apa yang dilakukannya dan tidak menunjukkan reaksi keras jika tidak menyetujui sesuatu perkara. Satu sifat yang terdapat pada diri Mat Komando ialah dia sering membantu orang lain dan kerap membawa balik buah tangan untuk saudara maranya walaupun nilainya tidak seberapa. Sebelum dia menjadi buruan polis, Mat Komando sempat menyiapkan rumah baru itu untuk kediaman isterinya dan seorang anak tunggal berusia 10 tahun yang cacat pendengaran. Mat Komando dikatakan mempunyai ilmu kebal dan mampu menghilangkan diri walaupun telah dikepung oleh pihak polis beberapa kali walaupun rakan rakanya yang lain mati ditembak polis. Mat Komando pernah terlepas daripada kepungan polis ketika anggota kumpulan itu pulang daripada bercuti bersama keluarga dan teman di sebuah pusat peranginan di Tasik Pedu. Mat Komando muncul semula enam bulan kemudian di Gemas, Negeri Sembilan pada 28 Julai lalu apabila sekali lagi dia bolos daripada kepungan polis. Rakan sepelariannya, Shukri Husain yang terlepas daripada buruan polis ketika bersembunyi di sebuah rumah di Gemas, Negeri Sembilan akhirnya menjadi musuhnya. Menurut pihak polis, Mat Komando dikatakan cuba membunuh Shukri di sebuah kampung di Baling baru baru ini. Shukri yang dibelasah dengan teruk sempat menyelamatkan diri tetapi akhirnya ditahan oleh polis. Mat Komando telah mati ditembak menembusi kepalanya dalam satu ops yang dinamakan Ops Api Sawit di Pendang Kedah.

9. Al Ma'unah



Al Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves. Serangan itu menyebabkan hanya kerosakan kecil sahaja. Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul Anuar, kemudiannya diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di pinggir kota Kuala Lumpur dengan senjata pelancar bom tangan yang dirampas daripada kem tentera. Mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Pada awal pagi 2 Julai 2000, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut. Mereka menyatakan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm. Anggota geng tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Amin mengagih agihkan semua senjata yang dilarikan tersebut kepada orang orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampung telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Walaubagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah. Sepanjang 4 hari menjadi tawanan, anggota pasukan keselamatan telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Amin mengetahui identiti Truper Matthews, Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh Jemari Jusoh menembak Truper Matthews. Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Koperal Detektif Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar. Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat. Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said, komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Jeneral Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan. Jeneral Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau. Dua jam sebelum insiden tersebut, ASP Abd Razak Mohd Yusoff terlebih dahulu bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20 orang anggota pasukan elitnya 69 Komando PGK PDRM menaiki bukit ke arah di Kumpulan Al Ma'unah berkhemah. Setelah mendapat perlindungan yang sesuai untuk ahli kumpulannya, Abdul Razak bergerak bersendirian menyelinap masuk ke kubu. Beliau menemui sendiri Ketua Kumpulan Al Ma'unah iaitu Amin. Berlakulah perdebatan antara Abdul Razak dan Amin yang mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya, ketua kemupulan Al Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri. Maka, setelah Amin setuju untuk menyerah diri barulah ASP Abdul Razak memanggil Pasukan Leftenan Jeneral Zaini untuk proses perletakkan senjata. Di atas keberanian dan kebijaksanaan berbincang ASP Abdul Razak telah dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) atas jasanya.

10. Rasidi Ismail

Tanggal 5 Januari 2010, empat sekeluarga ditemui mati dibunuh dengan kejam dalam dua rumah berasingan di sebuah kawasan ladang terpencil di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. Dalam kejadian, mangsa, Atan Daud, 90 tahun, bekas imam Masjid Kampung Batang Rokan ditemui terbaring berlumuran darah berhampiran mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80 tahun. Mayat Atan ketika ditemui putus tangan kanannya dipercayai ditetak. Mayat isterinya, Sufiah pula putus tangan kiri. Turut ditemui berhampiran ialah mayat menantu mereka, Ismail Awang, 76 tahun, dalam keadaan tidak berkepala. Mayat seorang lagi mangsa iaitu anak Ismail, Siti Khadijah, 22 tahun, ditemui dengan pisau tercacak di bahagian dada di rumah bersebelahan. Kejadian itu disedari seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 19 tahun, yang pulang dari sekolah pada pukul 2 petang. Di lokasi kejadian, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, unit anjing pengesan dan Unit Forensik berada di kawasan ini sejak petang tadi mencari petunjuk mengenai kejadian tersebut. Polis menemui senjata yang digunakan dalam kejadian bunuh itu. Sementara itu, polis sedang mengesan seorang lelaki, Rashidi Ismail berusia 34 tahun yang dipercayai boleh membantu siasatan kes bunuh empat sekeluarga ini. Polis menolak sama sekali motif pembunuhan itu sebagai kes samun kerana barang kemas dan wang tunai didapati tidak hilang daripada mangsa yang dibunuh. Akhirnya pembunuh kejam yang merupakan ahli keluarga mangsa berjaya di tangkap di ibu negara di Stesen LRT Masjid Jamek KL. Semasa penangkapan itu, suspek bertindak ganas dan cuba menyerang anggota polis yang ingin menahan dia dengan menggunakan sebilah pisau yang dibawanya. Suspek dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan masalah penagihan dadah mengikut data polis. Mengikut maklumat dari keluarga suspek, dia adalah seorang anak yang baik tetapi telah putus tunang sebanyak 2 kali dan kebelakangan ini, suspek sering ketawa, menangis dan bercakap sendiri. Sebelum itu, kepala seorang mangsa yang dipenggal gagal ditemui oleh pihak polis sehingga suspek memberikan hasil maklumat. Kepala bapa kandung yang dipenggalnya telah ditanam 200 meter dari pintu masuk utama ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21 Shah Alam. Berikutan dengan kenyataan dari Rasidi Ismail yang masih mengekalkan pengakuan bersalahnya atas tuduhan tersebut kerana mendakwa dia mendapat arahan untuk bunuh keluarganya itu dari langit. Oleh yang demikian, mahkamah Tinggi mengarahkan supaya tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Tampoi, Johor selama sebulan. Pada 7 September 2010, Rasidi Ismail dibebaskan dari pertuduhan membunuh empat orang ahli keluarganya pada 5 Januari lalu oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan tersebut. Rasidi Ismail disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu mengalami halusinasi, ilusi, paranoid dan kepercayaan palsu oleh pakar dari Hospital Permai, Johor. Doktor pakar berkenaan turut merumuskan tertuduh tidak sedar ketika kejadian berlaku ekoran terpengaruh kepercayaan palsu selepas mendapat arahan tulisan di dinding dan bisikan suara halus. Dengan keputusan itu Rasidi Ismail terlepas dari hukuman gantung namun dia diperintahkan ditahan di Penjara Kajang, Selangor sehingga diperkenankan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

P.S / Bagi aku prebet adam bukan penjenayah tapi mangsa keadaan dan ketidak adilan undang2 di malaysia masa tu..sedeh2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)