Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Penduduk terkejut ribuan ikan melompat dari laut 'bunuh diri'


Gambar Apple Daily Hong Kong

Penduduk di Hong Kong dikejutkan apabila puluhan ribu ikan memilih 'membunuh diri' secara beramai-ramai dengan melompat keluar dari laut dan terdampar di darat.

Kejadian luar biasa yang berlaku di St. Stephen’s Bay di daerah Stanley itu segera mengundang kebimbangan orang ramai mengenai bencana yang mungkin berlaku.

Sinchew Daily melaporkan, para pakar mengaitkan kejadian itu dengan beberapa kemungkinan termasuk perubahan cuaca secara mendadak.

Fenomena itu juga dikaitkan sebagai petanda awal berlakunya gempa bumi dan taufan.

Selain itu, kapal besar yang melintas juga mungkin mengejutkan kumpulan ikan seterusnya mendorong mereka melompat keluar dari laut.

Kejadian itu berlaku pada pukul 4 petang, Ahad lalu dan kemunculan ikan yang ramai di pantai berbatu mengeluarkan bunyi tertentu apabila ikan tersebut 'melompat-lompat' di darat.

Pakar perikanan memberitahu ikan tersebut adalah ikan sardin sementara pakar kajian haiwan berpendapat fenomena itu luar biasa dan jarang berlaku.

"Fenomena itu merupakan kelakuan luar biasa daripada haiwan. Ikan biasanya tidak akan berenang secara berkumpulan ke arah pesisir pantai, apatah lagi melompat ke darat," katanya.


http://malaysiagazette.com/ms/akhbar...kan-bunuh-diri

UFO terhempas punca ikan mati

Okinawa: Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas ke dalam laut di Okinawa, didakwa menjadi punca berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu minggu lalu. 

Berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu dan setakat ini lebih 50 tan sudah dibersihkan di sepanjang pantai dan beberapa wilayah yang berhampiran. 

Lebih menghairankan bangkai yang ditemui mati itu menunjukkan kesan terbakar dan pendarahan di bahagian mata. 

Laman web Veteran Today melaporkan, wartawan mereka menghubungi dengan sumber boleh dipercayai pemerintah Jepun yang menyaksikan proses mengeluarkan UFO yang terhempas itu. 

Kesan kemalangan UFO 

“Saya dapat mengesahkan bahawa jutaan ikan yang mati di perairan Okinawa adalah kesan daripada ‘kemalangan’ UFO terbabit. 

“Kami mempunyai pakar yang ditempatkan di kapal JS Kurama di laut Jepun yang bertanggungjawab membawa bangkai UFO itu ke permukaan,” kata sumber itu yang dipetik laman berkenaan. 

Sumber itu juga menyatakan Perdana Menteri Jepun sudah dimaklumkan bahawa cecair misteri yang mengalir dari UFO terbabit menyebabkan asap beracun naik ke permukaan laut. 

Katanya, cecair itu bukan saja membunuh ikan tetapi asap yang dihasilkan menyebabkan anggota penyelamat sukar menaikkan bangkai UFO terbabit. 

Halang media siar 

“Pakar turut menyatakan kebimbangan bahan kimia UFO itu boleh mencemarkan air laut dan membunuh hidupan di sekitarnya. Malah ketika diangkat, air laut di sekitar UFO terbabit mendidih,” kata sumber itu. 

Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda dilaporkan menandatangani perintah menghalang media di negara itu melaporkan mengenai nahas yang berlaku. - Agensi

P.S / Tak sangka UFO masih lagi melawat bumi hehe..secanggih pesawat UFO pun boleh terhempas..

Dunia hadapi krisis obesiti

Davos: Pakar kesihatan menggesa pemimpin dunia menangani masalah obesiti dengan tidak hanya menyalahkan penduduk sebagai kurang semangat untuk menurunkan berat badan. 

Mereka menyifatkan obesiti kini satu pandemik global kerana menjangka lebih separuh penduduk dunia akan obes dalam tempoh dua dekad. 

Pakar kesihatan, pemakanan dan kecergasan memberi gambaran itu ketika berucap di Forum Ekonomi Dunia di sini. 

Mereka percaya, dunia perlu menangani krisis obesiti dengan menggunakan pendekatan sama seperti dalam usaha membanteras tabiat merokok. 

Oleh kerana semakin banyak makanan tidak baik untuk kesihatan dan kian ramai memilih untuk tidak bersenam, dunia perlu mencari jawapan kepada masalah penyakit jantung dan diabetes yang membunuh 2.8 juta orang setahun, kata mereka. 

Pada masa ini, angka rasmi menunjukkan 1.4 bilion orang dewasa sudah mempunyai berat badan berlebihan dan angka itu akan meningkat. 

Perkara itu dijelaskan oleh dekan Kajian Kesihatan Awam Mailman di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, Linda Fried kepada panel mengenai obesiti di forum berkenaan. 

“Dalam tempoh 20 tahun lagi, jika keadaan dibiarkan, 50 hingga 60 peratus penduduk dewasa dunia akan mempunyai berat badan berlebihan. 

Meningkat dengan pantas 

“Jika ini adalah penyakit berjangkit, kita tentu menggelarnya pandemik. Ia juga bukan terhad kepada wilayah tetapi global. Ia juga meningkat dengan pantas dan berterusan, suatu takrif pandemik,” kata Fried. 

Punca utama ialah makanan berkalori tinggi dan gaya hidup kurang aktif, kata pakar. 

Naib Presiden Sukan Nike, Lisa MacCallum Carter, berkata obesiti ada kaitan dengan krisis ‘gaya hidup tidak aktif’ disebabkan arus kemodenan. 

Beliau merujuk kepada penyelidikan menunjukkan warga Amerika kurang aktif 32 peratus berbanding 1967 dan boleh mencapai 50 peratus menjelang 2030. - AGENSI

Godam mesin ATM guna kad sim

Kuala Lumpur: Empat mesin juruwang automatik ATM sebuah bank iaitu dua di di Subang Jaya dan Petaling Jaya serta dua lagi di Johor Bahru digodam rakyat asing dipercayai dari Amerika Latin, menggunakan kad SIM telefon bimbit dan berjaya melarikan hampir RM1 juta, semalam.

Setakat ini polis mengesahkan jumlah wang tunai yang hilang daripada tiga ATM terbabit lebih RM830,000 manakala jumlah kehilangan wang daripada satu lagi ATM di Johor Bahru belum dapat dipastikan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kejadian di Lembah Klang serta di Johor itu dilakukan kumpulan yang sama.

Menurutnya, berdasarkan semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), anggota kumpulan itu mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan wang di mesin ATM menggunakan kad sim syarikat telekomunikasi tempatan sebelum menggodam sistem komputer ATM menggunakan alat khas berteknologi tinggi.

Beliau berkata, suspek membuka mesin ATM menggunakan sekeping kad dipercayai kad sim telefon sebelum menarik mesin ATM ke hadapan.

"Seterusnya suspek menggunakan alat khas untuk menggodam sistem mesin ATM terbabit bagi mengeluarkan wang.

"Kita akan siasat kenapa kumpulan terbabit hanya mensasarkan ATM satu bank sahaja," katanya ketika dihubungi hari ini.

Adik ‘syiling’ kasihani nenek

Kuala Lumpur: “Adik kumpul duit syiling sejak tadika sebab nak bayar yuran sekolah. Duit tak laku, yang satu sen pun adik pungut masuk tabung sebab adik nak kaya, boleh belajar kat Mesir jadi doktor,” kata Nur Khatijah Abdullah.
Dia yang lebih mesra disapa Tijah, 7, berkata, tiada siapa mendidiknya mengenai amalan menabung sebaliknya kesedaran itu timbul selepas melihat kepayahan hidup nenek dan datuknya membesarkannya sejak kematian ibu akibat penyakit tibi.

“Mak meninggal dunia ketika Tijah umur dua tahun, ayah pula tak ada. Nenek kerja tukang cuci, tok wan (datuk) tak kerja sebab sakit jadi Tijah kesian, masa tadika Tijah kumpulah duit sendiri untuk masuk tahun satu.

“Tijah cakap kat nenek Tijah nak belajar sampai Mesir nanti boleh jadi doktor, boleh ubatkan sakit tok wan,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Taman Dagang di sini semalam.

Kisah murid Sekolah al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang itu mula mendapat perhatian media apabila gambarnya membawa duit syiling berjumlah RM64 untuk membayar yuran sekolah berjumlah RM130 tersebar di Internet.

Prihatin dengan nasib dialami, guru sekolah berkenaan kemudian mengutip wang sumbangan peribadi sesama mereka bagi menampung baki jumlah yuran terbabit.
Menceritakan semula peristiwa berkenaan, nenek kanak-kanak itu, Shamsiah Yusof, 55, berkata Tijah pergi ke sekolah berkenaan membawa bersama duit syilingnya itu untuk membayar yuran sambil ditemani suaminya, Mohd Rodzi Ariffin, 61.

“Setibanya di sekolah, suami mengeluarkan syiling itu dari uncang kain yang dibawa sebelum beberapa guru membantu menyusunnya di atas meja untuk mengira jumlahnya bagi membayar yuran paling rendah berjumlah RM130.
“Suami pula tidak sangka pada masa sama seorang guru mengambil gambar tersebut dan berkongsi kisah itu melalui Whatsapp dengan rakan-rakannya yang lain sehinggalah semalam (kelmarin) baru saya diberitahu kisah Tijah sudah tersebar luas di Internet,” katanya.

Shamsiah yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang berhampiran dengan pendapatan bulanan RM900 berkata dia memang tiada niat meraih simpati.

“Selagi mampu bekerja saya akan kerja untuk menampung kehidupan kami tiga beranak dan sejak kisah Tijah tersiar, banyak sumbangan diterima daripada orang ramai dan saya berjanji akan memegang amanah itu untuk kos pendidikan Tijah sehingga dia berjaya,” katanya menahan sebak.
Boleh rujuk entry sebelum ni

Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kete wira


Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta

KULIM - Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.

"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - Bernama

Ghaib ketika nak buang air

Jempol: Kehilangan seorang penduduk di Ladang Sawit FELDA Raja Alias 2, di sini, sejak Jumaat lalu menggemparkan orang ramai apabila timbul khabar angin kononnya lelaki berusia 33 tahun berkenaan dilarikan ‘orang bunian’.

Pekerja kontrak yang hilang, Mohd Nizam Ahmad, kali terakhir ditemui rakan sekerja kira-kira jam 5.30 petang pada Jumaat lalu, selepas dia yang pulang menaiki van bersama rakan lain dari tapak pembinaan di Kuala Klawang, dekat sini, berhenti membuang air kecil di ladang itu sebelum pulang ke rumahnya di FELDA Raja Alias 4.

Namun, rakan sekerja yang menunggu Mohd Nizam di dalam van terkejut selepas mendapati lelaki terbabit tidak membuang air kecil, tetapi sekadar menghadap sebuah pokok sebelum berlari ke dalam ladang berkenaan.

Hampir seminggu tidak ditemui, sebuah badan bukan kerajaan bersama 80 penduduk akhirnya menjemput ustaz dari sebuah pusat rawatan Islam kelmarin, bagi menggerakkan operasi mencari selepas keluarganya bimbang kehilangan itu.


Dalam solat hajat, bacaan Yasin dan zikir, pengamal perubatan Islam, Ustaz Abd Ghani Ahmad Zaighu mengetuai gerakan mencari bersama penduduk jam 9.45 malam.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Ghaibketikanakbuangair//Article?BeritaUtama

P.S / Hati2 lah masa buang air kt dalam ladang atau hutan ye..jaga adab..jgn buang dalam lubang2 tanah atau lubang pokok..sbb tu tmpt tinggal jin dan binatang mcm ular..jgn buang air di tempat yg air bertakung atau tenang..kena buang kt tempat mcm sungai yg mengalir

Jun tarikh akhir tebus rebat Touch n Go bagi yg guna 80 kali sebulan





SHAH ALAM – Pengguna Touch ‘n Go yang belum menebus rebat Disember 2013 masih berpeluang berbuat demikian sehingga tarikh akhir Jun ini.

Pegawai khidmat pelanggan Touch ‘n Go yang enggan namanya didedahkan berkata, ini kerana syarat penebusan rebat yang perlu dilakukan dalam tempoh enam bulan sebelum luput.

“Setakat ini, kami hanya menerima arahan tarikh akhir bagi pengguna yang ingin menebus rebat Disember 2013 ialah pada Jun ini. Manakala, penebusan bagi penggunaan pada tahun 2014 masih belum ada hitam putih.

“Jadi, kami tidak boleh komen mengenainya. Sekiranya ada sebarang maklumat, kami akan umumkan dari semasa ke semasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pihak Touch ‘n Go juga telah memberi notis kepada semua pekerja di kaunter perkhidmatan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pengguna.

Ketika ditanya mengenai kesahihan pemberian rebat Touch ‘n Go sebanyak 20 peratus dimansuhkan bermula tahun ini, beliau berkata, perkara itu akan diumumkan sendiri oleh kerajaan.

“Segala keputusan terletak pada Kementerian Kerja Raya. Buat masa ini, kami belum menerima sebarang arahan.

“Oleh itu, kerja-kerja operasi dan pengurusan berkaitan hanya akan dilaksanakan selepas kerajaan membuat keputusan,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, sumber Touch ‘n Go berkata, kerajaan boleh mengambil langkah untuk memansuhkan rebat tanpa notis.

“Memandangkan ini adalah hadiah daripada kerajaan kepada rakyat, jadi itu hak mereka untuk terus atau sebaliknya.

“Pengurusan Touch ‘n Go tidak berhak untuk memberi sebarang kenyataan berhubung hal ini,” katanya.

Kadar rebat Touch 'n Go sebanyak 20 peratus diberi kepada pemegang kad yang menggunakan kemudahan tol 80 kali sebulan.

Sumber:  http://www.sinarharian.com.my/nasional/jun-tarikh-akhir-tebus-rebat-touch-n-go-1.236591

Letak anak dalam car seat di kerusi hadapan supaya tak lupa...

Mati dipercayai lemas, lapar dalam kereta
 

Baru-baru ni berlaku lagi kes lupa anak dalam kereta..memang dah takdir..kita tak boleh lawan takdir..byk faktor yang menyebabkan lupa salah satu sbb busy nak masuk opis..kedua sbb letak anak kat seat belakang..tapi kalau letak depan bahaya juga kalau berlaku kemalangan sbb boleh kena airbag...tp 2 kes yang berlaku sebelum nie sbb letak kat belakang...faktor2 lain mungkin sbb tinted yang terlalu gelap..jadi org luar tak nampak apa yang ada kt dalam kereta...

Apa-apa pun sama2 lah kita berdoa agar perkara sama tak berulang lagi...aminn

Tindakan Jinping mengejutkan rakyat China

Jinping (kiri) menikmati roti kukus sambil berbual dengan beberapa pelanggan di sebuah restoran di Beijing.

Beijing: Presiden China, Xi Jinping, mencetuskan kegemparan apabila beliau dilihat beratur dan membeli roti kukus di sebuah restoran di Beijing hujung minggu lalu. 

Dalam langkah bertujuan menonjolkan sikap rendah dirinya, Jinping singgah di kedai roti kukus popular Qingfeng kelmarin dan membayar dengan duit sendiri roti campuran daging dan bawang, sayur hijau dan hati goreng yang berharga 21 yuan (RM11.38), lapor Beijing News. 

Gambar dan video lawatan Jinping segera tersiar di internet China dengan sebahagian pengguna terkejut dengan berita itu di negara yang menyaksikan pemimpin jarang kelihatan di khalayak ramai. 


Seorang pragmatik 

“Jinping ialah seorang pragmatik yang mahu bergaul dengan rakyat. Penduduk perlu menyokong cara ini,” tulis seorang pengguna. 

Sementara itu beberapa pihak lain memberi reaksi curiga dan berpendapat, kakitangan restoran dan pelanggan lain ketika lawatan Jinping ialah pelakon dan pengawal peribadi. 

Ia juga dilihat peluang rakyat biasa untuk bergambar dengan beliau dan tidak membicarakan mengenai sama ada pemimpin itu bergaul dengan rakyat biasa. 
“Tanya beliau berapa harga satu paun roti kukus. Anda rasa beliau tahu?” tulis seorang penulis yang tidak kagum dengan keadaan itu. 

“Jangan kata presiden, tetapi pernahkah anda lihat pegawai di mukim ini membeli roti sendiri?” tulis seorang lagi. 

Jarang keluar 

Presiden China dan pemimpin atasan lain jarang keluar melepasi Zhongnanhai, pekarangan dikawal ketat yang menempatkan beberapa ibu pejabat kerajaan pusat, untuk bercampur dengan penduduk Beijing. 

Sebahagian lain mengaitkan tindakan itu dengan lawatan mengejut ke restoran oleh pemimpin Amerika Syarikat, Naib Presiden Joe Biden dan Setiausaha Perbendarahaan, Jack Lew, yang menjadi tajuk utama ketika lawatan ke China beberapa tahun lalu dengan meminta makanan murah di sebuah restoran di Beijing. 

Seorang pengguna yang memberi reaksi kepada perbandingan itu menulis: “Kemajuan adalah kemajuan. Kita tidak perlu selalu membandingkan negara ini dengan Amerika.” - AFP

Desas-desus kadar tol naik

Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI
berita@kosmo.com.my

SEBANYAK 13 lebuh raya dikatakan akan terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Selepas siri kenaikan harga petrol, diesel dan gula pada tahun ini, pengguna perlu bersedia kemungkinan kadar tol dinaikkan bermula tahun depan.

Menurut sumber, desas-desus kenaikan kadar tol itu dijangka antara 30 sen sehingga RM1 melibatkan beberapa lebuh raya di Malaysia.

Katanya, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014 malahan terdapat cadangan kenaikan sekitar 20 peratus sehingga 40 peratus.

Kenaikan tersebut dikatakan tidak dapat dielakkan memandangkan pada akhir tahun ini terdapat beberapa syarikat pengendali lebuh raya yang perlu mematuhi perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya terdapat semakan semula struktur kadar tol pada tahun depan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Hakcipta terpelihara

P.S / Tak patut lah tol dinaikkan...takkan nak pakai alasan harga tol malaysia masih rendah di kalangan negara asean kot..harga tol skang pon dh mahal  

Bila harga tol naik harga barang pun akan naik..sbb penghantaran barang byk guna highway gak..secara tak langsung inflasi akan naik..maybe dorang pakai alasan nak kurangkan jem kt higway kot hahaha...

Sebelum pilihan raya aritu siap ada tol lg yg mansuh..lepas menang je terus naik...janji dicapati betul lah hehehe

Sokong keputusan jumaat dan sabtu cuti umum di johor

Semalam sultan johor dah umum hari jumaat ngn sabtu sbg cuti umum..memang sgt sokong lah sbb tiap2 jumaat cedeh aku tgk ramai org melayu islam duk makan lagi time solat jumaat..takkan asyik musafir je kot dorang nie hehe....

Patut bende ni kena laksana di seluruh malaysia supaya senang sikit bila kita nk buat urusan keje ngn negeri lain yg cuti sabtu ahad...lagipun bila ayah tak keje jumaat boleh lah ayah bawak anak2 dorang g masjid..kita ni negara islam..tp kita ikut british buat cuti sabtu ahad sbb dulu british nak g church setiap pagi ahad...tp tak ramai pun aku tgk g church pg ahad..patut negara islam kena utamakan dulu org islam yg nak pergi solat jumaat...

Lagi satu skarang nie kelantan dah nak laksanakan hudud..aku rasa bende ni memang bagus..negeri lain pun patut contohi..Kita boleh tgk skang berita bunuh dan rompak tiap2 hari berlaku kat malaysia..ada org ckp org islam potong tangan dan org bukan islam tak kena potong tangan tak adil..sbenarnya bila laksanakan hudud org yang bukan islam pun kena potong tangan gak..kuasa di tangan pemerintah. Sampai bila nk tunggu suasana kondusif baru nk buat hudud..hanya org jahil je yg akan sentiasa mencari alasan supaya tak dpt buat hudud...buat skang..brunei pun dh mula buat...


Petanda atau hanya kebetulan kejadian alam...

BAKRI Awang, 45 menunjukkan ikan puyu yang telah mendarat di padang Sekolah SK Sri Rantau Panjang Satu. Ianya petanda awal banjir akan tiba dalam masa terdekat mengikut ramalan penduduk kampung di sekitar Sungai Golok, Rantau Panjang. FOTO Fathil Asri

P.S / Petanda atau hanya satu kebetulan kejadian alam yg tidak dpt kita rungkaikan..cewah ayat aku hehe..

Kisah Sebenar Kenapa Bapa Pelajar Di Putrajaya Memohon Pengecualian Anaknya Daripada Aktiviti Keagamaan Di Sekolah Terungkai..



Kecoh dua tiga hari ini mengenai surat seorang bapa kepada pihak sekolah yang meminta anaknya dikecualikan dari pembelajaran perkara asas agama Islam di sekolahnya.
Memang sah kewujudan data murid tersebut dan surat tersebut bukan sengaja digembar-gemburkan.
Di bawah adalah surat tersebut.


Kisah ini mendapat perhatian ramai dan kami cuba menyingkap alasan sebenar ianya terjadi.
Berhubung isu surat bapa mohon sekolah jangan libatkan anak dgn aktiviti agama di sekolah, berikut respon yg di terima:

” Imam surau kejiranan Presint11 dh dpt citer sebenar dr guru sekolah tu. Dia br pindah ke putrajaya, tak sangka ramai bertudung kat sekolah anak dia. Dia jumpa tudung dlm beg sekolah anak. Si anak bawak sorok2. X nk ayah dia tau. Ayah dia terus hubungi sekolah. X nk org dakwah anak dia. Masa kelas agama anak dia diatur masuk kelas pendidikan moral. Ayah juga buat laporan supaya tiada dakwah agama kpd anak dia.

Statement si ayah:

“kuno rupanya putrajaya ni. Ramai pakai tudung. Ingat kan moden”
Hmmm…masih ada lagi yang berfikiran kolot seperti ini. Kepada masyarakat sekeliling, harap tidak terus menghentam pelajar tersebut, perlu juga dilihat latar belakang bapanya yang kelihatan agak jahil ini.. -Sumber

Keanehan budak dari Marikh


BORISCHA, kanak-kanak Rusia yang menggemparkan saintis dengan pengetahuannya yang terperinci tentang bumi dan Marikh.


LAPORAN akhbar minggu ini tentang pakar astrofizik Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman dicadangkan sebagai individu pertama untuk berkomunikasi dengan makhluk asing sememangnya mencuri perhatian.
Bagaimanapun, Mazlan berkata, tugasan yang didakwa diberikan kepadanya itu sebenarnya tidak wujud.
"Memang menarik menjadi orang pertama berkomunikasi dengan entiti luar, namun saya perlu menafikan kesahihannya," katanya melalui e-mel kepada akhbar The Guardian di London.
Sebelum itu, laman web berita media Australia, www.news.com.au melaporkan Mazlan dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk berinteraksi dengan makhluk asing jika kewujudan entiti itu disahkan secara saintifik.
Walaupun berita itu turut disangkal oleh Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB (UNOOSA): hal ini sekilas menerbitkan kembali tanda soal di minda kita. Wujudkah makhluk asing? Hakikatnya saintis-saintis juga masih menyelongkar jawapannya.
Malapetaka
Apabila berbicara tentang makhluk asing atau hidupan di angkasa lepas, kisah seorang kanak-kanak lelaki Rusia, Boriska Kipriyanovich atau Borischa sangat menarik untuk dikongsi. Kanak-kanak itu mendakwa dirinya berasal dari Marikh, planet yang terletak sekurang-kurangnya 55 juta kilometer dari bumi.
Bukan setakat itu, Borischa juga bertegas masih ada hidupan di Marikh dan mereka terpaksa tinggal di bawah tanah serta bernafas dengan gas berasaskan karbon.
Dilahirkan pada 11 Januari 1996, Borischa membuat dakwaan itu ketika usianya tujuh tahun. Berita tentang Borischa mula berlegar di Rusia pada tahun 2004 apabila media Truth Report Russia melaporkannya.
Dunia semakin mengenali kanak-kanak aneh itu apabila sebuah badan mengkaji misteri, Camelot Project dari Amerika Syarikat menemu bualnya pada tahun 2007 dan videonya dimuat naik di laman Youtube pada awal tahun 2008.
Kini, jika dihitung, kanak-kanak itu sudah berusia 14 tahun.

LENSA teropong NASA pernah merakam imej seperti manusia di planet Marikh. Mungkinkah makhluk itu berketinggian tujuh meter seperti yang digambarkan Borischa?


Borischa bukan tiba-tiba muncul ke bumi dari Marikh sebaliknya dia dilahirkan seperti anak yang lain, daripada rahim ibunya, Nadezhda Kipriyanovich di Zhirinovsk, Volgograd, Rusia.
Borischa mendakwa dia merupakan seorang penduduk Marikh yang berketinggian tujuh meter dalam kehidupan masa lalu.
Bunyinya seperti lucu tetapi teruskan membaca.
Kanak-kanak berwajah menarik itu mula mendedahkan 'pengetahuannya' tentang Marikh ketika menyertai satu ekspedisi di zon anomali, Medvedetskaya Gryada dekat Volgograd.
Di hadapan para peserta ekspedisi yang rata-ratanya orang yang berpengetahuan tinggi dan berfikiran terbuka, dia yang ketika itu berusia tujuh tahun memukau dengan bicaranya tentang tamadun Marikh, bandar-bandar megalitik, kapal angkasa mereka, penerbangan ke planet-planet lain dan tamadun purba Lemuria di bumi seperti dia benar-benar menyaksikannya.
"Boleh anda bayangkan, apabila semua orang duduk mengelilingi kem api, tiba-tiba seorang budak berusia sekitar tujuh tahun meminta semua orang memberi perhatian kepadanya. Ramai orang terkejut tentang dua perkara.
"Pertama, kanak-kanak itu benar-benar berpengetahuan. Daya intelektualnya sangat jauh jika dibandingkan dengan kanak-kanak tipikal.
"Profesor di universiti pun belum tentu mampu bercerita tentang sejarah Lemuria dengan begitu terperinci. Anda takkan menemuinya dalam buku teks sekolah.
"Kedua, kami semua tertawan dengan ucapan budak itu. Bahasa yang digunakan tidak seperti kanak-kanak biasa.
"Pengetahuannya tentang terminologi yang spesifik serta terperinci berkenaan Marikh dan bumi mengagumkan semua orang," kata seorang profesor universiti, Gennady Belimov, antara saintis yang mula-mula melaporkan keluarbiasaan Borischa.
Tamadun Lemuria merujuk kepada tamadun purba yang dipercayai wujud di bumi 800,000 tahun yang lalu.
Kisah Borischa menarik perhatian para saintis Rusia tahun 2004.
Profesor Vladislav Lugovenko lantas menyifatkan kanak-kanak itu sebagai kanak-kanak indigo iaitu yang mempunyai keupayaan mental yang luar biasa.
"Borischa salah satu daripadanya. Kanak-kanak indigo juga seperti mempunyai misi khas untuk mengubah masyarakat bumi," katanya.
Ibu Borischa yang merupakan seorang dermatologis di klinik awam serta bapanya, seorang pegawai bersara juga berasa aneh tentang anak mereka itu.
Nadezhda atau Nadya berkata, dia tidak berasa sakit semasa melahirkan Borischa dan bayi itu merenungnya seperti pandangan seorang dewasa kala ditunjukkan kepadanya.Permainan Huruf
Pada usia satu tahun, Borischa memberinya permainan huruf-huruf dan pada usia setahun setengah dia sudah boleh membaca surat khabar bercetakan besar. Pada usia dua tahun pula dia boleh melukis dan mewarna.
Belum pun umurnya mencecah tiga tahun, Borischa sudah bercerita kepada ibu bapanya tentang alam semesta
"Dia boleh menamakan semua planet dalam sistem suria termasuk satelit-satelitnya. Dia menyimbah saya dengan nama-nama dan bilangan galaksi.
"Pada mulanya, saya berasa takut dan fikir anak saya mungkin hilang akal, tetapi apabila saya periksa apa yang dikatakannya memang benar wujud.
"Saya cari buku-buku berkenaan astronomi dan terkejut apabila mendapati anak saya tahu banyak mengenainya. Tidak ada sesiapa yang mengajarnya.
""Apabila saya bawa anak saya kepada banyak saintis termasuk ufologis, ahli astronomi dan sejarahwan, mereka setuju bahawa adalah mustahil untuk menyatukan semua ini menjadi satu cerita.
"Terma-terma asing dan saintifik yang digunakannya hanya diguna pakai oleh mereka yang pakar dalam bidang sains itu sahaja," tambahnya.
Kebijaksanaan Borischa turut menyulitkannya untuk belajar di sekolah. Selepas interbiu pertama, dia dipindahkan ke gred kedua, tetapi pihak sekolah seperti cuba untuk menyingkirkannya.
Dia dikatakan terus menerus mengganggu pengajaran cikgu dan sering menyatakan yang mereka salah. Kemudian, dia berguru dengan tutor persendirian.
Semasa ditemu bual pada Oktober 2007 oleh Camelot Project, Borischa berusia hampir 12 tahun. Dia ketika itu dikatakan sedang belajar di sebuah sekolah berdekatan Moscow yang dikhaskan untuk kanak-kanak genius.
Sebagai seorang yang meniti usia remaja, penemu bual daripada Camelot Project menyifatkannya sebagai seorang yang mempesona, ceria, malu-malu, peka dan sensitif.

KAPAL angkasa manusia sering gagal mendarat di Marikh kerana, menurut Borischa, terdapat signal khas yang dikeluarkan oleh planet itu.


Jurnal cuba untuk menjejaki perkembangan terbaru Borischa di laman Internet, namun gagal mendapatkan sebarang maklumat.
Maklumat terakhir yang diperoleh adalah pada September 2008 apabila Kerry Cassidy daripada Camelot Project yang pernah menemu bualnya meninggalkan mesej di sebuah forum di Internet:
"Borischa berada dalam keadaan yang amat baik dan membesar dengan baik. Dia akan memulakan persekolahan di Moscow dalam masa terdekat dan akan menetap di tempat baru.
"Kami akan lihat sama ada dia mempunyai akses Internet di rumahnya.
"Amat sukar untuk mereka mempunyai Internet di dalam apartmen mereka tetapi ia boleh berubah jika mereka mendapat tempat tinggal yang lebih baik.
"Kami ada menghubunginya beberapa bulan lalu. Dia dan ibunya ketika itu sedang kembali ke kampung halaman mereka untuk mengemas barang bagi perpindahan ke Moscow."
Kanak-kanak ini juga nampaknya bukan seorang yang pandai bercakap tentang sains astronomi tapi juga mempunyai perspektif yang murni tentang kehidupan.
"Anda perlu menjadi seorang yang berbelas kasihan kepada orang lain. Kalau seseorang menyakiti anda, peluklah dia, minta maaf kepadanya dan berlutut kepadanya.
"Jika seseorang itu membenci kamu, sayangi dia dengan sepenuh hatimu dan minta keampunan," ujar Borischa.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2l8mjilZ3 
Hakcipta terpelihara 

Berita terkini: Banjir di bandar baru bangi (2013)










Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH?


PASIR PANJANG - Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar, malam kelmarin.

Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.

Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.

Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.

Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.

Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu.

"Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu.

“Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.

“Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
“Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.

“Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut.

Pada waktu siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga tidak kelihatan.

'Spirit of the Coin' dakwaan 108 pelajar dirasuk


Sebahagian guru sekolah berkenaan mendengar taklimat kaedah kawalan dan pemulihan gangguan histeria daripada PPD dan KIK semalam

HULU SELANGOR - Tindakan 'suka-suka' sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Bukit Beruntung bermain 'Spirit of the Coin' pagi Jumaat minggu lalu berakhir dengan musibah apabila 108 pelajar termasuk tiga guru diserang histeria secara berperingkat.

Kejadian tersebut pada mulanya hanya melibatkan lapan pelajar perempuan sesi pagi (tingkatan 3 dan 5) pada Jumaat lepas, namun semakin melarat apabila ia berjangkit kepada 26 pelajar sesi pagi hari Isnin, diikuti 23 pelajar sesi petang (peralihan, tingkatan 1, 2, 4) pada Selasa dan 12 pelajar sesi petang hari Rabu.

Keadaan bertambah serius semalam apabila 35 lagi seperti dirasuk, kali ini turut membabitkan tiga guru wanita yang cuba merawat mangsa dan seorang pelajar lelaki.

Wartawan Sinar Harian cuba memasuki kawasan sekolah berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar, namun dilarang pihak pengurusan. Bagaimanapun beberapa pelajar sempat ditemui bagi menceritakan punca kejadian.

Calit darah pada dinding tandas

Salah seorang pelajar, Nurul, 16, berkata, segala-galanya bermula apabila kumpulan pelajar perempuan berkenaan bermain permainan pemujaan roh yang dikenali sebagai Spirit of the Coin dalam sebuah kelas tingkatan 4 di tingkat satu bangunan sekolah berkenaan dipercayai pada awal pagi.

"Tapi saya tak pasti di mana mulanya sebab sedar-sedar ramai budak perempuan mula menjerit," katanya.

Bagaimanapun menurut Nurul, apa yang dia tahu, pelajar pertama diserang histeria baru pertama kali mencuba permainan yang turut dikenali sebagai Ouija Board itu.

Seorang lagi pelajar dikenali sebagai Ira, 17, berkata, dia juga mendapat tahu daripada salah seorang rakannya bahawa beberapa pelajar yang mengikuti kelas tambahan di situ memang bercadang mencuba permainan tersebut pada Khamis malam 29 Ogos lalu.

"Saya tak tau cerita asal, tapi itu yang diberitahu seorang kawan. Mereka main sampai satu tahap bergerak dari kelas itu menuju ke tandas perempuan. Lepas tu lukakan jari sendiri dengan pisau dan calit darah pada dinding tandas.

"Mungkin itulah agaknya punca gangguan histeria ini," katanya.

Bukan pertama kali

Dalam pada itu, sekumpulan pelajar yang ditemui berkata, kejadian pagi semalam cuba dikawal dengan bacaan surah Yasin oleh pelajar perempuan dan laungan azan daripada pelajar lelaki.

“Pelajar perempuan duduk dalam satu bulatan membaca surah Yasin, manakala pelajar lelaki buat satu lagi bulatan sambil melaungkan azan.

“Lepas tu, satu demi satu pelajar terkena histeria dimasukkan dalam dua bulatan itu, tapi macam tak berkesan kerana semakin ramai yang kena.

“Paling mengejutkan apabila tiga guru wanita pun terkena histeria. Kami tak pernah dengar lagi cerita cikgu turut terkena," kata mereka yang mengakui kejadian berkenaan bukan pertama kali berlaku.

Sinar Harian difahamkan, pada tahun 2010 pernah berlaku kejadian yang sama melibatkan dua hingga lima pelajar diserang histeria dan ia berlarutan selama sebulan.

"Lepas tu senyap saja sampailah berlaku kejadian ini," kata mereka lagi.

Pelajar sesi petang direhatkan

Sementara itu, sebagai langkah pencegahan, Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Selangor memutuskan untuk merehatkan pelajar sesi petang (Tingkatan 1, 2 dan Peralihan) dan tingkatan 4 bermula semalam dan hari ini.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan 3 dan 5 bersekolah seperti biasa kerana mereka perlu menjalani ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam pada itu, Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) di bawah Majlis Daerah Hulu Selangor yang sedang menjalankan Program Tangani Histeria di Sabak Bernam turut berkunjung ke sekolah tersebut semalam bagi menangani masalah berkenaan.

Difahamkan, keputusan merehatkan pelajar hanya sebagai langkah pencegahan awal, namun jika berterusan pada sesi sekolah Isnin depan, kaedah lain pula akan digunakan.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/spirit...rasuk-1.199144

P.S / Hebat bebudak sekolah nie main dlm kelas pastu pas seronok tgk bende tu gerak sendiri g main dlm tandas plak siap lukakan jari calit darah kt dinding tandas..expert giler..mana dorang belajar nie...tgk kt tenet lah nie...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)