Penduduk terkejut ribuan ikan melompat dari laut 'bunuh diri'


Gambar Apple Daily Hong Kong

Penduduk di Hong Kong dikejutkan apabila puluhan ribu ikan memilih 'membunuh diri' secara beramai-ramai dengan melompat keluar dari laut dan terdampar di darat.

Kejadian luar biasa yang berlaku di St. Stephen’s Bay di daerah Stanley itu segera mengundang kebimbangan orang ramai mengenai bencana yang mungkin berlaku.

Sinchew Daily melaporkan, para pakar mengaitkan kejadian itu dengan beberapa kemungkinan termasuk perubahan cuaca secara mendadak.

Fenomena itu juga dikaitkan sebagai petanda awal berlakunya gempa bumi dan taufan.

Selain itu, kapal besar yang melintas juga mungkin mengejutkan kumpulan ikan seterusnya mendorong mereka melompat keluar dari laut.

Kejadian itu berlaku pada pukul 4 petang, Ahad lalu dan kemunculan ikan yang ramai di pantai berbatu mengeluarkan bunyi tertentu apabila ikan tersebut 'melompat-lompat' di darat.

Pakar perikanan memberitahu ikan tersebut adalah ikan sardin sementara pakar kajian haiwan berpendapat fenomena itu luar biasa dan jarang berlaku.

"Fenomena itu merupakan kelakuan luar biasa daripada haiwan. Ikan biasanya tidak akan berenang secara berkumpulan ke arah pesisir pantai, apatah lagi melompat ke darat," katanya.


http://malaysiagazette.com/ms/akhbar...kan-bunuh-diri

0 Budak Comel Komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...