Pengalaman keje part time..

Dulu masa cuti semester 3 bulan aku keje part time..keje part time oil and gas woo..takda lah..keje pump attendant je...pump minyak shell kt bayan baru..stesen minyak tu cina punya..dr supervisor ke cashier semua adik bradik tokey pump..aku keje senang ja..arah kete masuk ikut pump yg betul ikut tank kt kete dorang..tolong ajar dorang pakai kad kredit..sapu sampah ngn lap2..larang org pakai hp masa pump..keje mcm ni memang penat..abis hitam muka aku kena panas..check engine kete org..suggest suruh beli minyak hitam..

apa yg buat kagum ngn tokey minyak ni..dorang low profile betul..pakai kete murah ja..pastu aku byk kali wat silap pun dorang x marah pun..aku pun naik pelik..pastu masa aku jaga pum minyak moto ada gak short duit sbb salah kira tp still dorang x potong gaji aku..respek..

Selain pum minyak aku pernah keje kt kfc..kt sini lain sikit sbb manager ngn assistant manager semua melayu..ada gak manager ni yg kerek gila duk marah2 staff walaupun br keje..berlagak dhmcm restoran tu dia punya..tp x semua lah..dlm 3 org tu..cuma sorang ja baik..lg 2 org memang kerek..

mcm2 aku wat masa keje kt kfc..masak bubur..masak nasik lemak..nasik ayam..wat twister..yg best keje kfc cuma time rehat leh makan ayam seketul..burger yg kecik tu seketul..air satu..ok lahdpt pengalaman sikit dlm industry food hehe..

Semoga kamu kuat dan tabah

Terbaca kt fb kisah budak ni curi duit tabung masjid sbb dah 3 hari tak mkn..sedeh aku baca sbb aku dulu pun masa student kt utm skudai..pernah gak lah berhari2 tak mkn nasik..rasanya 2 minggu x mkn nasik..tiap2 hari mkn maggie sampi nk muntah..kurus kering betul...tp tkda lah smpi curi duit tabung Masjid sbb lepas abis semua stok2 maggie aku balun..trus masuk bulan puasa..bila puasa masjid utm ada buat bukak puasa..jd tiap2 hari aku bukak puasa kt masjid..Ramai gak bukak puasa kt masjid..kebanyakkanya memang budak2 yg takda duit nk mkn..huhu..sedehkan..bila aku tgk student2 lain yg bukak posa skali rasa mcm nk nangis je tgk dorang tp ku tahan hahaha

rasanya kt universiti ke politeknik ke memang byk kes budak takde duit nk mkn..dulu aku nk g mintak duit zakat kt masjid tp malu..hehe..nk pinjam kt kawan pun malu..walaupun aku tau ramai kawan2 aku yg kaya tp aku tgk kawan2 aku yg kaya pun makan berkira sbb walaupun mak ayah dorang kaya tp mak ayah dorang kasi duit sikit ja kt dorang..sedeh gak kan..hehe

Nasib baik aku x sampai pergi mengemis minta sedekah..klau tak dh viral satu malaysia...hehe..kpd student2 yg takda duit tu aku nasihatkan g lah minta duit zakat..insyallah dpt walaupun aku x pernah try..cara lain try cr part time mcm kt kfc ke.mcd ke..kedai buku..kedai komputer ke..cara lain bawak rice cooker masak sendiri nasik..pastu rice cooker tu leh guna utk masak lauk gak..ini kawan aku pernah buat..











Tenggelamnya kapal TLDM KD SRI PERAK. Cerita sebenar bekas anak kapal yang terselamat

Assalamualaikum... SELAMAT MENYAMBUT HARI TLDM KE 78.....

Masih ingatkah tentang tragedi tenggelamnya kapal TLDM KD SRI PERAK? Salah seorang anak kapal yang terselamat.... 

BEKAS anggota tentera laut, Ismail Abdul Aziz, 54, mahu membukukan pengalaman getir 72 jam yang dilalui oleh mereka yang terselamat apabila kapal KD Sri Perak tenggelam di Laut China Selatan 28 tahun yang lepas.

"Saya memang suka menulis. Sekarang saya coretkan catatan pengalaman hidup-mati di laut dalam blog saya dan saya harap dapat membukukannya satu hari nanti," kata bekas anggota tentera Tentera Laut DirajaMalaysia (TLDM) itu.

Buku yang mahu dinukil oleh Ismail menyingkap kembali sejarah hitammembabitkan kapal peronda KD Sri Perak, yang tenggelam berdekatan Pulau Natuna dan mengorbankan tiga anak kapal.

Bekas Laskar Kelas 1 itu membuka bicara bersama penulis dengan berkata pengalaman yang bermula pada tanggal 8 Jan, 1984 adalah sesuatu yang tidak akan dilupakan sampai ke akhir hayat.

Walaupun meninggalkan dunia ketenteraan pada 1990, namun Ismail atau lebih mesra menggelarkan dirinya Pak Mail, setiap detik cemas semasa tenggelamnya kapal itu dan pengalaman 72 jam atas pelampung menantibantuan tiba masih segar dalam ingatan Ismail bagaikan baru saja berlaku.

Sesekali dahinya berkerut apabila menceritakan saat-saat berhadapandengan maut di tengah-tengah laut yang luas.

HARI KEJADIAN

Pelayaran KD Sri Perak bermula pada 6 Jan, 1984 daripada Pangkalan TLDM di Lumut dengan kapal itu belayar secara konvoi bersama-sama KD Sri Terengganu dan KD Hang Tuah ke Labuan.Ismail adalah antara 29 anggota, pegawai dan pegawai kadet di atas kapal malang itu dan beliau bertugas sebagai pengawal radio.

Separuh daripada anak kapal KD Sri Perak adalah muka baru termasuk Ismail yang baru melaporkan diri pada akhir 1983. Malah Pegawai Memerintah (PM) Kapal, Lt Chandran dan Pegawai Laksana Lt Madya FuadIthnin juga baru ditugaskan atas kapal itu.

KD Sri Perak berada dalam keadaan baik untuk memulakan perjalanan selepas baru menjalani penyenggaraan di limbungan Kuala Terengganu.Pada 7 Jan, konvoi kapal singgah di Tambatan Pangkalan Malaysia di Woodland Singapura untuk bermalam sebelum belayar ke Labuan padakeesokkannya bagi siri latihan untuk pegawai-pegawai kadet baru TLDM.

Namun ketika berada di Laut China Selatan, antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak, KD Terengganu yang berada di belakang KD Hang Tuah menghadapi masalah teknikal menyebabkan konvoi berpecah dua.

KD Sri Perak, yang berada paling belakang di arah menuju ke Labuan sendirian sementara KD Hang Tuah terpaksa mengiringi KD Terengganuuntuk mendapatkan bantuan.

"Ketika itu ombak kuat menghempas kapal, hingga anak-anak kapal susah untuk beristirehat atau tidur serta jarak pemandangan amat terhad.

"Akibat hempasan yang kuat itulah dipercayai 'hatch' atau penutup keselamatan atas geladak di hadapan kapal renggang menyebabkan air laut memasuki kapal sedikit demi sedikit," katanya.

DETIK CEMAS

Ketika itu tiada siapapun yang menyedari air laut telah memasuki kapal dan sekitar pukul 4.30 petang Ismail yang berada di bahagian *****an kapal dikejutkan dengan teriakan berkali-kali dari atas geladak yangmenyuruh semua naik.

Kapal berukuran kira-kira 30 metre (100 kaki) panjang itu sudah mula tenggelam.Walaupun sukar mempercayainya, namun beliau tetap naik ke atas untuk mengetahui apa yang berlaku dengan laskar kelas 2, yang dikenalisebagai Ibrahim, memberitahu bahawa air telah masuk ke dalam kapal dari bahagian hadapan.

"Saya pergi ke bahagian hadapan dan mendapati air telah naik sehinggaparas betis. Saya kembali ke stesen saya dan terus menghubungi Stesen Radio Markas Panglima Armada, namun tidak berhasil," katanya.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memaklumkan apa yang berlaku dan Ismail turut mencuba membuat panggilan MAYDAY namun tetap tidak berhasil.

"Dengan dibantu Ibrahim, saya tetap cuba untuk berhubung menggunakan radio tetapi tiba-tiba radio GSB 900 kami senyap, kerdipan lampu pada radio terpadam dan radio itu tidak lagi berfungsi," katanya.

Memandangkan haluan kapal semakin tenggelam dan keadaan bertambah cemas, pemerintah kapal mengarahkan semua anak kapal berkumpul di geladak *****an dan pelbagai perasaan bermain dalam fikiran Ismail pada masa itu.

Memandangkan haluan kapal semakin tenggelam dan keadaan bertambah cemas, pemerintah kapal mengarahkan semua anak kapalberkumpul di geladak *****an dan pelbagai perasaan bermain dalam fikiran Ismail pada masa itu.

Menyedari kapal tidak lagi boleh diselamatkan, anak kapal dan pegawaibersiap sedia menerima arahan selanjutnya daripada pemerintah kapal.

Ismail masih ingat dalam suasana kelam kabut itu, ada yang sempat memakai jaket keselamatan dan ada yang tidak memakainya termasuk Ismail.

Juga masih segar dalam ingatan Ismail wajah masing-masing ketika itu, dalam keadaan ketakutan tambahan pegawai pemerintah memaklumkan satu daripada dua pelampung penyelamat di bahagian haluan telah hilangdipukul ombak.

Atas inisiatif laskar kanan Bakar Satiman dan Laskar Kelas 2, yang dikenali sebagai Mokhtar, mereka memotong tali yang diikat pada pendakap dan mencampakkan pelampung keselamatan ke laut.

Haluan kapal ketika itu tenggelam 45 darjah hingga menyebabkan ada di kalangan anak kapal menggelongsor dan terpaksa berpaut pada mana-mana besi untuk menyelamatkan diri dan ada juga yang terjatuh ke laut.

"Ia berlaku terlalu pantas dan kami terpaksa terjun ke laut menyelamatkan diri. Pelampung penyelamat yang dicampakkan ke laut terbuka dengan baik dan kami terus berenang menuju ke pelampung," katanya yang sempat melihat kapal itu tenggelam sepenuhnya di tengahlautan pada kira-kira pukul 5 petang.

SAAT SEDIH

Ismail berkata ketika berada dalam pelampung mereka melihat tiga daripada rakan dalam air dan langsung tidak bergerak.

Mereka ialah Pegawai Laksana Mohd Fuad, Laskar Kanan Kelas 2 Shaharuddin Sharani, 22 dan Mokhtar Amir Nawi, 20.

"Ketiga-tiga mereka memakai jaket keselamatan. Tidak tahu kenapa, mungkin terlalu panik, atau tidak yakin menyebabkan mereka tidak berenang ke pelampung penyelamat walaupun jarak ketika itu hanya dalam 30 meter sahaja.

"Keadaan ombak yang kuat dan tinggi, menolak pelampung dengan kuat mengikut arah angin sehingga dalam beberapa minit sahaja, ketiga-tiga orang itu hilang daripada pandangan," katanya.

"Waktu itu, jam di tangan menunjukkan pukul 5.05 petang. Walaupun sedih dan sesal kerana tidak mampu membantu tiga rakan itu, namuntidak ada apa yang mampu dilakukan melainkan berdoa agar bantuan cepat sampai.

"Bersyukur kerana kejadian itu berlaku pada petang, kerana masih siang. Jika malam, mungkin lebih ramai lagi yang menjadi korban," katanya.

Tetapi pelampung penyelamat yang hanya boleh menampung 15 orang, kini menampung 26 orang dalam keadaan berhimpit-himpit dengan masing-masing berada dalam posisi yang sama sepanjang masa.

Peralatan survival yang terdapat dalam pelampung penyelamat itu, seperti air tin, biskut, alat memancingdan beberapa bahan lagidikongsi bersama-sama.

"Ketika itu air menjadi keperluan yang amat penting. Dengan jumlah yang ramai bekalan tak cukup, jadi kami banyak bergantung kepada air hujan untuk diminum sepanjang 4 hari tiga malam di tengah lautan," katanya.

HARI YANG PANJANG

Semasa terapung di laut tanpa arah, masa berlalu amat perlahan, katanya.

Berada di tengah lautan luas terbentang, dengan hanya berbumbungkan langit, berhimpit serta tidak diketahui nasib seterusnya membuatkan masing-masing melayan perasaan sendiri.

Kebanyakan anak kapal masih bujang, termasuk Ismail yang ketika itu berusia 26 tahun.

"Hanya tujuh atau lapan orang sahaja yang telah berumahtangga ketika itu. Mungkin perasaan mereka berbeza dengan saya kerana tanggungjawab berat yang dipikul sebagai suami dan bapa.

"Saat itu, kami membantu menaikkan semangat antara satu sama lain, malah ketika itu langsung tidak terlintas di fikiran saya tentang takdir yang menunggu kami," katanya.Kegelapan malam, diikuti dengan hujan serta ombak kuat membawa mereka entah ke mana dengan hujan turun pada dua malam.

"Pada malam pertama itu, kami melihat satu cahaya terang jauh di ufuk iaitu sebuah kapal dagang yang bergerak seakan menghampiri kami. Saya mengambil pistol kecemasan 'flare' untuk dinyalakan bagi menarik perhatian kapal, selain beberapa rakan menjerit-jerit minta tolong.

"Tapi sebab alunan ombak kuat, ditambah kegelapan malam, sukar bagi kapal tu melihat kami yang kecil di lautan yang luas dan kami hanya mampu melihat dengan kecewa kapal itu berlalu," katanya.

Ismail juga tidak melupakan kenangan bersama sekumpulan ikan lumba-lumba yang mengiringi dan menghampiri pelampung mereka padawaktu siangnya.

Masuk hari ke dua dan ketiga di tengah lautan, kekuatan hati mula tercabar dan masing-masing mula merasa bimbang akan nasib yang bakal menimpa sekiranya bantuan tidak juga datang.

Dengan kaki yang kejang, kerana tidak boleh bergerak atau berlunjur dalam keadaan berhimpit-himpit itu, serta tidur yang hanya sekadar melepaskan pedih di mata, cukup mencabar emosi dan fikiran ketika itu.

"Bekalan makanan yang ada di pelampung juga semakin kehabisan. Masing-masing sudah mula bersuara meluahkan kebimbangan. Ada yangmerintih meluahkan rasa sedih sekiranya ajal datang, terutama yang telah ada keluarga. Semua itu sukar untuk diungkapkan ketika itu," luahnya.

BANTUAN TIBA

Pada hari keempat, 11 Jan mereka berdepan dengan masalah baru.

Pelampung itu semakin kekurangan angin membuatkan perasaan bertambahbimbang.

Menjelang tengah hari, hujan sederhana lebat turun dan dengan air itu ditadah untuk diminum.

Selepas hujan berhenti, tiba-tiba, mereka mendengar deruan enjin yang kuat di udara dan melihat sebuah pesawat jenis AP-3C ORION milik Tentera Udara Australia terbang rendah.Pesawat itu adalah daripada pasukan penyelamat yang terlibat dalamoperasi mencari dan menyelamat.

Ismail berkata, beliau dan semua di atas pelampung melambai-lambaikan tangan ke arah kapal terbang itu dan ketika itu kegembiraan jelas terpampang pada raut wajah masing-masing, malah ada yang menangis menjerit kesyukuran termasuk dirinya.

"Kapal terbang itu membuat satu pusingan dan kembali semula sambil melepaskan tembakan 'flare' di empat penjuru pelampung kami untukmenandakan lokasi.

"Kemudian juru terbang membuat pusingan sekali lagi dan menjatuhkan bungkusan plastik berisi makanan dan minuman sebelum berlalu," katanya.

Lebih kurang satu jam kemudian, pada lebih kurang pukul 5 petang, sebuah kapal dagang MV Thunderhead yang berada tidak jauh tiba untuk mengambil kesemua yang terselamat.

Beliau berkata, ada antara anak kapal yang terpaksa dipapah naik ke atas kapal kerana lemah dan kejang di kaki.

Kesemua mereka kemudiannya diberi layanan dan makan minum di atas kapal itu sebelum mereka diambil pula oleh kapal KD Mahawangsa untuk diberikan bantuan sewajarnya.

Keesokkan harinya, 12 Jan, dua buah helikopter Nuri membawa mereka ke Kuching sebelum menaiki pesawat Hercules 130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbang ke Ipoh.

Mereka disambut oleh Panglima Tentera Laut ketika itu, Laksamana Madya Datuk Mohd Zain Mohd Salleh dan pegawai-pegawai kanan lain.Usaha mencari dan menyelamat tiga orang yang hilang di lautan terus dijalankan namun mereka gagal ditemui.

BUKUKAN PENGALAMAN

Beliau berkata setelah 28 tahun berlalu, tidak ada seorangpun di kalangan mereka yang sama-sama terlibat dalam tragedi itu membicarakan dan berkongsi pengalaman pahit.Semuanya bagai tertutup rapi dalam kenangan masing-masing.

"Saya harap hasrat untuk membukukan pengalaman itu akan terlaksana.Ini sebagai satu tanda kenangan peribadi saya untuk anak dan cucunanti," katanya yang telah berumahtangga dan mempunyai tiga orang anak berumur antara 17 dan 23 tahun.

Ismail yang kini bekerja sendiri, sedang berusaha mengesan rakan-rakan yang terlibat untuk berkongsi pengalaman dan perasaan mereka untuk dibukukan.

"Hanya yang melalui dan merasainya tahu bagaimana keadaan ketika itu dan saya adalah antara yang terpilih untuk melaluinya dan bersyukur masih hidup dan dapat berkongsi pengalaman itu," katanya mengakhiriperbualan. - BERNAMA

lINK ASAL >>>http://mstar.com.my/mingguan/cerita....mstar_mingguan

Memori Sekolah Rendah



Macam2 aku wat masa sekolah rendah..masuk bendang tolong tanam anak pokok padi..gagau ikan..main gasing.main guli..main wau.main senapang kayu buah ceri.main taplom.main chess hahaha..sbb tu lah result upsr aku teruk sikit sbb byk main cuma dpt 2 A 2B 1C..A tu bahasa malaysia pemahaman dan penulisan wokeyyy..kelas tak haha..C tu English lah..hahaha

Anugerah aku pernah dpt time sekolah rendah..pelajar paling bersih..thanks to my mom yg rajin iron baju sekolah aku ehehe..kasut sekolah putih memang slalu aku tonyoh ngn kapur papan hitam bg nmpk putih haha...aku sekolah rendah g naik beskal ja..klau beskal rosak aku jalan kaki ja...

Sebab kenapa aku dh start datang lambat...

Sejak dua menjak ni aku dh slalu datang lambat terutamanya utk meeting atau kursus..bukan apa aku dh fed up lah datang awal..dh 6 tahun lebih keje tak pernah start on time..mesti 30 minit lewat..so semua dh start lewat aku pun dtg agak2 30 minit lewat..so bila sampai je cantik2 dh leh start..bijak tak aku..hehe

Tak kira lah bangsa apa pun..kalau budaya kt malaysia ni memang lambat..tak sama dgn jepun...kalau start on time boleh balik awai..jalan pun tak jem..ok itu je aku punya bebel..tata..

Review perlawanan badminton antara Lee Chong Wei dan Lin dan

Hoyey hoyey hoyey..chong wei menang.walaupun rubber set janji menang..kali nie chong wei lawan dgn lebih tenang..kurang unforce error bola out..kurang main net sbb lin dan hebat main net..mcm chen long gak hebat main net..memang jurulatih china byk menekankan serangan net..net kills.

kali nie juga smash chomg wei byk yg tepat..iaitu target line kena..kali ni juga chong wei main dgn corak yg berbeza dan byk crosscourt net pastu push ke baseline bila return balik tinggi chong wei smash.

Byk gak point chong wei dpt dr drop shot..kesimpulan utk game ni..chong wei byk dpt angkat smash lin dan..dan chong wei dpt control kepenatan dgn control pernafasan dan dpt control tempo game..

Game ni rally semua panjang2 sbb dorang nak lawan sapa yg akan buat unforce error dulu..tp kali ni rally panjang chong wei menang

Review perlawanan bola Palestin Vs Malaysia

Semalam kita dh dikejutkan dgn kekalahan malaysia di tangan palestin dgn 6 berbalas kosong..pastu aku komen lah kt page harimau malaya pastu admin harimau malaya suruh aku tulis pasal bola kt blog..tak sangka plak admin HM tau aku ada blog..so kt sini aku nk review sikit  lah pasal perlawanan semalam dr pandangan aku seorang pemain badminton ptg2..haha

Dari skill individu kesemua player palestin ada skill yg tinggi..kesemua player palestin mampu mengejar bola dan merampas bola dari malaysia dgn mudah..

Dari segi ketinggian kesemua player palestin lebih tinggi dari malaysia..jd bila bola tinggi byk dimenangi oleh palestin..

Dari segi pertahanan malaysia tak pandai marking..mcm mana marking kalau duduk jauh dr org yg marking tu..pastu lebih ramai player malaysia tgk bola.penat agaknya..palestin bila menyerang sampai ada tujuh org dalam kotak penalti..

Kita tahu semalam palestin pakai player naturalisasi dr uruguay dan paraguay..jd malaysia pun patut pakai player import sementara nk tunggu budak2 NFDP besar..budak2 NFDP ni pun bila dorang besar nanti mungkin dr segi ketinggian akan kurang sikit dr player negara lain tp possesion bola dorang tinggi jd pihak lawan akan kurang peluang utk hntar bola tinggi..

Malaysia dh kena tukar coach..amik kepakaran luar..main tiki kiki lala ke..main one touch ke.main through pass ke..main shot on target dr luar kotak penalti ke...ni tak asyik bola lambung je..

Berbalik kpd gol2 semalam..ada gol disebabkn kesilapan defender..ada gol sebab perangkap offside palestin.ada gol disebabkan clearing yg lemah..ada gol sbb kita kalah bola tinggi tp kebanyakannya sbb marking loose..posession bola yg lemah..ok itu je review dr seorang blogger yg pandai ckp je hahah


Sebab kenapa aku dah tak lepak kedai mamak

" bro, malam ni lepak mamak nak ".
" tak mau lah aku ".
" apsal, bini ko tak kasi ke? ".
" tak lah aku bini aku bg je ".
" mak ayah ko marah ke? ".
" tak de lah ".
" ke ko ni takut hantu? ".
" lagi lah tak ".
" habis tu kenape? ".
" esok pagi² subuh aku dah kena gerak awal ke tempat keje..nk elak tol jd kena guna jalan alternatif bro!!!!".

P.S Lepas ni ada plak oreo goreng cheese.OMG.OMG OMG

Fakta Bukti Kurma Adalah Buah Paling Berkhasiat Di Muka Bumi


Buah kurma adalah buah kegemaran baginda Rasulullah S.A.W di mana baginda sentiasa mengamalkan memakan buah tersebut. Buah kurma bukanlah asing bagi masyarakat Islam di Malaysia kerana buah ini pasti dijual di merata-rata tempat di bulan puasa.

Hebat buah ini telah di ceritakan oleh baginda sendiri melalui hadisnya yang berbunyi:

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Dan,

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". 

Kenapa baginda begitu menekankan pemakanan buah ini, hebat sangatkah buah ini?


Jadi, di sini kami akan berkongsikan kepada anda fakta khasiat dan fungsi buah ini kepada tubuh badan kita.

- Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.
- Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
- Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
- Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
- Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
- Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
- Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
- Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

- Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
- Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
- Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
- Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?
- Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

- Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?
- Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?
- Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?
- Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

- Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?
- Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?
- Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?
- Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?
- Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?
- Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

- Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?
- Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

- Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?
- Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?
- Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

- Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan  mencegah konstipasi?
- Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?
- Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?
- Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?
- Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?
- Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?
- Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

- Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?
- Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari  1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?
- Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?
- Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?
- Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?
- Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?
- Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?
- Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?
- Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

- Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?
- Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

- Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?
- Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

- Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?
- Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?
- Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?
- Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?
- Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

Jadi, persoalan kenapa Nabi Muhammad S.A.W menekan pemakanan buah ini telah terjawab. Sungguh banyak rupanya khasiat buah kurma yang kita tidak tahu.

Jadi terbuktilah buah kurma adalah buah paling berkhasiat di muka bumi

P. S / Bagi yang dh lama tak dapat anak makan kurma tiap2 hari sebiji atau lebih

Jawapan yang kreatif




Jenjalan kt quill mall kl

Seronok betul harraz main kt sini..sekali masuk rm40 takda had masa..masuk skali ngn mak ayah..tp semua kena pakai stokin termasuk kanak2..sampai tak mau balik lah dia main kt sini...org utaqa kata perak buihhh hehehe..aku pun skali jd perak buihhh..jakun org ckp..klau dalam bahasa baku dewan bahasa..berasa pelik dengan sesuatu yang baru...hehe


Pinjaman peribadi BSN

Nk share sikit story pasal personal loan ni...dulu masa aku nk kawin dulu aku buat personal loan dgn BSN...ye la kan klau nk kumpul sikit2 mau lambat lah aku kawin kan..aku pinjam rm15k je..

Minggu ni aku tambah lg personal loan BSN ni utk byr deposit rumah teres yg kami beli kt nilai..tak dpt guna acount 2 kwsp sbb dh guna utk rumah yg ada skrang..itu lah kesilapan kami..beli rumah jenis tak bertanah dulu pastu nk beli rumah teres dh tak leh pakai kwsp..sbb tu terpaksa pakai personal loan

Klau korang nk buat personal loan dgn BSN ke..bg email korang kt komen bwh ni..nanti aku bg num phone org BSN tu kt email korang..tak leh publish kt sini..salah dr segi etika..nk tolong org melayu kita gak..

Tips:guna acount 2 kwsp utk byr ansuran bulanan rumah..account 2 kwsp hanya boleh kuarkan utk deposit rumah sekali je..jd guna kan utk beli rumah teres..sbb rumah teres harga lebih mahal

Cepat atau lambat dapat anak...

Arini terbaca dalam facebook luahan sepasang suami isteri tentang bagaimana dorang usaha nk dapatkan anak..aku rasa ada benarnya apa yg dia ckp..aku share balik kt sini dia punya summary:


  • Solat jgn tinggal..aku tambah lg sikit..slalu solat berjamaah suami dan isteri pastu lepas abis solat suami baca doa nabi zakaria bersama2 isteri
  • Slalu beri hadiah kepada kanak2 dan bayi..pegang kanak2 dan bayi amik berkat sbb malaikat akan mendoakan kita sbb kanak2 dan bayi ahli syurga..
  • Jangan bg isteri stress dan sentiasa bg isteri happy..aku tambah lg..isteri juga kena bg suami happy sbb boleh effect sperma hehehe..
Aku tambah lg sikit..makan kena jaga..kurangkan mknana yg byk pengawet dan bahan perisa..gula dan garam kena kurang..bykkan mknan fresh dan semulajadi...lelaki kena byk mkn taugeh dan tembikai..pompuan aku tak ingat dah..mkn buah delima..dan madu

Misteri Kehilangan DJ Radio Akhirnya Terjawab

"Saya ingat saya hilang sehari rupanya dua bulan", demikian cerita DJ sambilan, Azhar Muhammad, 45, atau dikenali DJ Kahong yang hilang dua bulan di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang, Jalan Kapar, Klang.

Gambar oleh Sinar Harian 

Dia yang ditemui oleh orang ramai dalam keadaan berlumpur di lokasi sama telah menceritakan bertemu seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim yang mengajaknya bersembang serta menyerahkan kepadanya rantai leher dan tangan berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil tertulis ayat al Quran.

Sebelum hilang, dia mencari siput di kawasan hutan bakau di pengkalan nelayan dan disahkan hilang pada 10 Ogos lalu.

Baca selanjutnya : Sinar Harian

Masih relevan ke blogging ni?

Erm dh lama tak menaip kt blog nie entah lah tiap2 hari asyik main facebook dan wasap je...ramai dah tak tulis blog..ramai duk online fb je 24 jam...aku ingat pasni dalam blog aku nk tulis review game2 badminton atau bola sepak yg aku tengok lah..

Ataupun tulis review pasal movie2 yg aku tengok...Check duit nuffnang pun sejak 2 tahun lepas naik sikit je..sampai sekarang 2 ratus lebih je..nuffnang pun dh kurang income kot..zaman dah berubah..

Traffic blog ni byk dtg dr google je skrang..

Kereta apa yang sesuai untuk lepasan graduan?

Ok ikut pengalaman aku dulu..byk kengkawan aku yg lepas grad beli kete myvi..tak kira lah dia lepasan diploma atau degree.ada gak yg beli persona.yg gaji besar sikit ada yg beli honda city.ada yg masih pakai kete kelisa sejak dari uni lg tapi gaji dia 3.5k masa first gaji..

Persoalannya di sini kereta apa yg sesuai utk yg lepas grad??

Aku plak beli vios hehe.menyesal?taklah cuma rasa kurang sesuai sbb komitmen bulanan yg agak tinggi...so base dari penglaman kete yg paling sesuai dibeli selepas grad adalah kete perodua viva/axia atau proton saga sebab kete2 ni lebih murah komitmen tiap2 bulan..jangan beli kete second..biar kecik takpa janji baru..

Biar first impression kurang janji kita ada lebih kewangan untuk beli rumah yg lebih besar..yup..rumah lebih penting sekarang..komitmen rendah bermakna kita ada duit yg banyak utk menyimpan dan berbelanja..

Ok itu je..bye2..

Mentaliti Malu Bawa Bekal 'Time Lunch', Kenapa Hanya Melayu Malu?


Memang sangat pelik apabila mentaliti orang melayu khususnya apabila berbincang mengenai bawa bekal, memang bukan pilihan malah seboleh-bolehnya mengelak untuk membawa bekal ke pejabat.


Lelaki Melayu terutamanya memang  jarang ataupun seakan pupus lelaki membawa bekal ke pejabat yang sememangnya mempunyai banyak manfaat.

Jika kita lihat kaum lain khususnya Cina, mereka bangga dengan bekalan yang dibawa kerana mereka lebih percaya khasiat dari rumah yang sememangnya tidak diragukan.

Penulis sendiri pernah diajukan soalan sebegini oleh rakan kerja seorang lelaki cina yang merasakan fenomena lelaki melayu dengan bekalan adalah sangat jarang malah boleh dikatakan tiada.

Untuk wanita melayu juga jarang-jarang mereka membawa bekal. Jadi apa sebenarnya yang berlegar dalam kepala otak orang melayu yang tidak menggemari aktiviti membawa bekal?

- 'Kau ini tak ada duit sangat ke?'
- 'Kau ini macam perempuan lah bawak bekal.'
- 'Isteri kau queen kontrol ke?'
-' Kesian hari-hari mengadap bekal.'

Biasa kan dengar, dikalangan kita, jika melihat atau berbincang mengenai perkara ini pastinya kita meletakkan diri kita pada kalangan yang tidak menggunakan bekal tersebut.


Antara kebaikan membawa bekal ke pejabat:

1. Jimat
Memang menjimatkan anda kerana, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar dan boleh mengaturkan sendiri diet makanan anda.

2. Makanan yang berkhasiat dan seimbang
Sememangnya, anda akan masak bekalan anda dengan seimbang tanpa perlu memikirkan kolestrol serta minyak dalam masakan.



3.Eratkan hubungan kekeluargaan
Dengan cara membawa bekal, suami dapat menghargai masakan isteri dan mengeratkan hubungan sesama suami isteri.

Ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi, kikis mentaliti bawa bekal sesuatu yang memalukan. Pujian harus diberikan kepada mereka yang mampu menangkis perasaan malu kerana tiada yang salah dengan membawa bekal. Semoga ia menjadi satu budaya yang dibanggakan suatu hari nanti. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)