Mentaliti Malu Bawa Bekal 'Time Lunch', Kenapa Hanya Melayu Malu?


Memang sangat pelik apabila mentaliti orang melayu khususnya apabila berbincang mengenai bawa bekal, memang bukan pilihan malah seboleh-bolehnya mengelak untuk membawa bekal ke pejabat.


Lelaki Melayu terutamanya memang  jarang ataupun seakan pupus lelaki membawa bekal ke pejabat yang sememangnya mempunyai banyak manfaat.

Jika kita lihat kaum lain khususnya Cina, mereka bangga dengan bekalan yang dibawa kerana mereka lebih percaya khasiat dari rumah yang sememangnya tidak diragukan.

Penulis sendiri pernah diajukan soalan sebegini oleh rakan kerja seorang lelaki cina yang merasakan fenomena lelaki melayu dengan bekalan adalah sangat jarang malah boleh dikatakan tiada.

Untuk wanita melayu juga jarang-jarang mereka membawa bekal. Jadi apa sebenarnya yang berlegar dalam kepala otak orang melayu yang tidak menggemari aktiviti membawa bekal?

- 'Kau ini tak ada duit sangat ke?'
- 'Kau ini macam perempuan lah bawak bekal.'
- 'Isteri kau queen kontrol ke?'
-' Kesian hari-hari mengadap bekal.'

Biasa kan dengar, dikalangan kita, jika melihat atau berbincang mengenai perkara ini pastinya kita meletakkan diri kita pada kalangan yang tidak menggunakan bekal tersebut.


Antara kebaikan membawa bekal ke pejabat:

1. Jimat
Memang menjimatkan anda kerana, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar dan boleh mengaturkan sendiri diet makanan anda.

2. Makanan yang berkhasiat dan seimbang
Sememangnya, anda akan masak bekalan anda dengan seimbang tanpa perlu memikirkan kolestrol serta minyak dalam masakan.



3.Eratkan hubungan kekeluargaan
Dengan cara membawa bekal, suami dapat menghargai masakan isteri dan mengeratkan hubungan sesama suami isteri.

Ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi, kikis mentaliti bawa bekal sesuatu yang memalukan. Pujian harus diberikan kepada mereka yang mampu menangkis perasaan malu kerana tiada yang salah dengan membawa bekal. Semoga ia menjadi satu budaya yang dibanggakan suatu hari nanti. 

0 Budak Comel Komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...