Tiga tokoh hebat malaysia yang rajin

Rajinnya tokoh-tokoh yang bebudak sekolah ni tulis hehehehe..eja anwar imbrahim pun tak betul kahkahkah

Project Serangan Subuh (Dawning Raid september 1981)

Diterajui oleh mantan PM kita iaitu Dr Mahathir Mohamed,projek hebat yang berlaku pada sept 1981 di mana Malaysia mengejutkan Kerajaan British dengan pengambil alihan Guthrie, Sime Darby n Golden Hope (Ketiga-tiganya sykt British masa tu) melalui projek khas dikenali Projek Serbuan Subuh dengan membeli saham di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa. Apa yang menariknya projek yang diterajui oleh Tun M yang menghantar 4 orang (Ku Li, Ghafar Baba, ?3,?4) bukan saja berjaya membawa kembali beratus ribu ekar tanah milik Malaya, malah tanah-tanah lain kepunyaan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut di seluruh dunia dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM36 Billion.

Ada satu versi lagi yang mengatakan pada April 1981, Tun M melancarkan ASN. Rupa2nya tujuan ASN tu bukan sahaja sebagai tabung pelaburan rakyat, tapi sebagai cara untuk mengumpul wang bagi tujuan dawn raid project. 5 bulan kemudian (Sept 1981) dengan duit ASN itulah yang digunakan untuk membeli semua saham2 Guthrie di LSE. Walaupun guna duit ASN, tapi projek tu amat berbaloi kerana jumlah aset Guthrie yang dimiliki adalah jauh lebih besar iaitu sebanyak 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie. Seolah-olah Guthrie diperolehi secara percuma.

Margeret Thatcher

Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut. Tapi akhirnya Tun M dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Setelah dimalukan di atas kejatuhan Guthrie kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang2 di LSE dengan mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. Kesan daripada peristiwa tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan pengambilalihan Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya mengadakan kempen Buy British Last dan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang seterusnya menutup terus mulut Britain pada masa itu.

Sumber : http://hakim125.blogspot.com/2011/07/project-serangan-subuh-dawning-raid.html

Boleh kah jamak solat kerana Jalan Sesak, traffic jem?

Jawapan:

Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara jelas menunjukkan wajibnya ditunaikan semua solat lima waktu di dalam waktu-waktu yang telah ditetapkan. Allah SWT berfirman:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Terjemahannya: “Sesungguhnya solat itu difardhukan ke atas orang-orang yang beriman pada waktu-waktu yang telah ditetapkan.” (al-Nisa’: 103)

Tidak boleh dijamakkan antara zohor dengan asar, maghrib dengan isyak melainkan jika ada keuzuran seperti sakit, bermusafir atau seumpamanya yang termasuk dalam perkara-perkara yang mendatangkan kesempitan jika ditunaikan setiap solat di dalam waktunya. Ibn Abi Syaibah meriwayatkan daripada Abi Musa al-Asy’ari dan ‘Umar bin al-Khattab R’anhuma yang berkata:
الجمع بين الصلاتين من غير عذر من الكبائر

Terjemahannya: “Melakukan jamak antara dua solat tanpa keuzuran adalah termasuk di dalam dosa-dosa besar.”  Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, daripada Ibn ‘Abbas RA yang mengatakan:

صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا، والمغرب والعشاء جميعا في غير خوف ولا سفر ولا مطر

Terjemahannya: “Rasulullah SAW pernah menunaikan solat Zohor dengan Asar secara jamak, Maghrib dan Isyak secara jamak bukan disebabkan wujud ketakutan dan bukan juga disebabkan bermusafir, bukan juga disebabkan hujan.”

Hadis ini bukanlah bermakna baginda pernah melakukan jamak tanpa ada keuzuran. Bahkan hadis sendiri menunjukkan baginda melakukan jamak tersebut kerana wujudnya keuzuran lain. Kerana itu apabila ditanya kepada Ibn ‘Abbas RA: “Apa yang menyebabkan baginda melakukan sedemikian itu?” Jawab beliau: “Baginda tidak mahu umat baginda berada dalam kesempitan atau kesusahan.” Ini menunjukkan ketika baginda menjamakkan solat-solat tersebut, keuzuran sememangnya wujud dalam bentuk jika tidak dijamakkan sudah tentu akan mendatangkan kesempitan dan kesusahan kepada para sahabat.

Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdullah bin Baz RH ketika memberi komentarnya terhadapFath al-Bari berkata:

الصواب حمل الحديث المذكور على أنه صلى الله عليه وسلم جمع بين الصلوات المذكورة لمشقة عارضة ذلك اليوم من مرض غالب أو برد شديد أو وحل ونحو ذلك ، ويدل على ذلك قول ابن عباس لما سئل عن علة هذا الجمع قال : (لئلا يحرج أمته) وهو جواب عظيم سديد شاف

Terjemahannya: “Yang benar cara memahami hadis ini, baginda SAW menjamakkan beberapa solat disebabkan ada kesempitan yang mendatang pada hari tersebut seperti penyakit yang merebak, cuaca yang bersangatan sejuk, tanah berbecah teruk dan seumpamanya. Hal ini berdasarkan jawapan Ibn ‘Abbas ketika baliau ditanya tentang sebab baginda melakukan jamak tersebut, dengan menyatakan: “baginda tidak mahu umat baginda berada dalam kesempitan atau kesukaran.” Ia merupakan satu jawapan yang penting, tepat lagi menyeluruh.”

Cumanya sebahagian ulama mengharuskan jamak solat ketika ada keperluan dan dalam keadaan akan mendatangkan kesukaran dan kesempitan jika pasangan solat jamak itu dilakukan berasingan. Pandangan ini menjadi pilihan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH, juga tarjihan dari al-Syeikh Ibn Uthaimin RH, beliau berkata:

الجمع ليس مرتبطاً بالقصر, الجمع مرتبط بالحاجة، فمتى احتاج الإنسان للجمع في حضر، أو سفر فليجمع، ولهذا يجمع الناس إذا حصل مطر يشق على الناس من أجله الرجوع إلى المساجد, ويجمع الناس إذا كان هناك ريح باردة شديدة أيام الشتاء يشق على الناس الخروج إلى المساجد من أجلها, ويجمع إذا كان يخشى فوات ماله، أو ضرراً فيه, أو ما أشبه ذلك يجمع الإنسان، وفي صحيح مسلم عن عبد الله بن عباس - رضي الله عنهما - قال جمع النبي صلى الله عليه وسلم بين الظهر والعصر, وبين المغرب والعشاء من غير خوف ولا مطر

Terjemahannya: “Jamak tidak terikat dengan dengan qasar, jamak terikat ketika adanya keperluan, ketikamana manusia memerlukan jamak sekalipun tidak bermusafir atau ketika musafir maka lakukanlah jamak. Kerana itu orang ramai boleh jamak ketika berlaku hujan lebat yang menyukarkan untuk kembali ke masjid, atau ketika berlaku angin kuat sehingga menyukarkan untuk keluar ke masjid, atau boleh juga jamak ketika bimbangkan harta yang terdedah kepada kecurian atau kemusnahan atau seumpamanya. Di dalam Sahih Muslim daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas RA yang berkata: Nabi SAW pernah menjamakkan solat antara Zohor dengan ‘Asar, Maghrib dengan Isyak, bukan disebabkan ketakutan dan hujan.” Lalu ditanya kepada beliau: “Apakah tujuaan baginda?” beliau menjawab: “baginda tidak mahu umat baginda berada dalam kesempitan atau kesukaran.” Maka ini merupakan garis ketetapan, ketikamana orang ramai mendapati kesempitan jika tidak menjamakkan solat, maka harus untuk dia lakukan jamak, jika tiada kesempitan, maka jangan dia jamak.” (Majmu’ Fatawa wa Rasail oleh Ibn ‘Uthaimin, soalan no 1098)

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata di dalam Fatwa Mu’asarahnya:

“Kadang-kala jika terdapat kesusahan untuk menunaikan setiap solat pada waktunya, maka solat secara jamak boleh dilakukan sebagai mengambil keringanan yang diperuntukkan dalam agama. Asalkan perkara ini tidak dijadikan kebiasaan. Sebaliknya perkara ini diharuskan secara sekali-sekala ketika berhadapan dengan sesuatu kesempitan atau kesukaran. Dr. Yusuf al-Qaradhawi memberikan contoh situasi yang dibenarkan jamak solat kerana kesusahan antaranya:

1.    Polis Trafik yang ditugaskan sebelum waktu maghrib sehinggalah selepas waktu ‘Isyak. Dia boleh menjamakkan solat Maghrib dengan Isyak berdasarkan kemampuannya.

2.    Doktor yang merawat pesakit yang tidak boleh ditinggalkan. Dia boleh menjamakkan solat bersesuaian dengan kemampuannya.”

Ketika mengulas soalan bolehkah menjamakkan solat kerana terbabit dengan sesuatu majlis sambutan, beliau menjawab:

“Adapun menghadiri mana-mana majlis sambutan, maka saya tidak dapati adanya keperluan dan keuzuran untuk membolehkan jamak solat. Selama-mana seseorang insan mendapati ruang/kelapangan untuk solat, maka semestinya dia tidak malu untuk menunaikan solat dimana sahaja tempatnya, kerana malu untuk menunaikan solat adalah suatu yang tidak dibenarkan. Sebaliknya wajib dia mendirikan solat sebagai contoh kepada orang lain, kerana solat itu termasuk di dalam syiar yang wajib dizahirkan. (Nukilan secara ringkas dari Fatawa Mu’asarah, Juzuk Pertama. Melalui lamanweb rasmi: qaradawi.net)

Wallahu a’lam.Jawapan:

Wallahu a’lam.

Sumber: http://bin-sahak.blogspot.com

Kesimpulannya kalau jem tu kita tak sangka akan jem kerana ada accident ke kt depan..selalu tak jem pun dan kita tak sempat solat kerana tidak ada surau di sepanjang jalan maka kita boleh lah jamak ke waktu seterusnya...magrib ke isyak atau zohor ke asar..yang penting kita berusaha untuk solat dulu..islam itu mudah...

TAK SEMPAT BACA FATIHAH

Soalan; saya ingin bertanya tentang makmum yang belum habis fatihahnya sedangkan imamnya telahpun ruku’. Adakah ia perlu juga menghabiskan fatihahnya atau ia terus ruku’ bersama imam –sekalipun fatihah belum habis dibaca-?

Jawapan;

Para ulamak berikhtilaf dalam masalah; adakah makmum juga wajib membaca al-Fatihah di belakang imamnya?

1. Menurut mazhab Imam Syafi’ie; makmum wajib membaca al-Fatihah sebagaimana imamnya juga sama ada dalam solat/rakaat yang dibaca perlahan atau di baca kuat, yakni bacaan al-Fatihah imam tidak memadai untuknya.

2. Menurut mazhab-mazhab yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali); makmum tidak wajib membaca al-Fatihah di belakang imamnya, yakni memadai bacaan imam untuknya atau dalam pengertian yang lain; imam telah menanggung bacaan untuknya, jadi tidak wajib lagi ia membacanya. Cuma sebahagian mereka mensunatkan makmum membacanya dalam solat/rakaat yang tidak dibaca kuat (oleh imam) atau jika makmum tidak dapat mendengar bacaan imamnya.

Merujuk kepada masalah di atas, apabila imam telah ruku’ dan kita belum selesai membaca al-Fatihah, mengikut pandangan jumhur; hendaklah kita terus ruku’ bersama imam dan tidak perlu kita berusaha menghabiskan bacaan Fatihah kita kerana ia telah ditanggung oleh Imam kita. Namun jika pandangan Imam Syafi’ie yang kita ikuti, wajiblah kita menghabiskan juga fatihah kita sebelum ruku’ kerana Fatihah wajib atas makmum sebagaimana wajib atas imam. Untuk dikira rakaat kita bersama imam, kita hendaklah ruku’ sebelum imam bangun dari sujud yang kedua. Ini kerana menurut mazhab Syafi’ie, makmum –atas sebab keuzuran (yakni lambat dalam bacaan)- hanya diizinkan untuk ketinggalan dari imamnya setakat tiga rukun panjang sahaja.[1] Jika kita masih belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam telah pun bangun dari sujud keduanya, maka tidak perlu lagi kita ruku’, sebaliknya kita menunggu imam di rakaat berikutnya dan meneruskan solat bersama imam seperti biasa, kemudian apabila imam memberi salam kita pun menambah rakaat yang ketinggalan itu.

Itu bagi makmum yang mengikuti imamnya dari mula solat lagi. Adapun makmum yang datang lewat di mana ia sampai ketika imam hampir hendak ruku’ (mengikut pemerhatiannya), hendaklah ia bertakbir dan terus membaca al-Fatihah. Apabila imamnya ruku’, hendaklah ia ruku’ bersama imam tanpa perlu menghabiskan fatihahnya. Jika ia sampai ketika imam telah ruku’, hendaklah ia bertakbir dan kemudian terus ruku’ bersama imam (tanpa perlu membaca fatihah lagi). Bagi kes ini –dalam mazhab Syafi’ie sendiri-, bacaan fatihah makmum telah ditanggung oleh imamnya. 

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mugni, Imam Ibnu Qudamah, 1/394.
2. al-Fiqh al-Manhaji, 1/81.
2. 60 Hadis Sifat Solat Nabi, Us. Ahmad Adnan Fadzil.

Misteri tapak kaki alien dan bigfoot terbongkar

kalau ada kat msia confirm kecoh smpi masuk Metro ni

Sumber : http://hakim125.blogspot.com

Kereta yang paling mesra alam di dunia berada di malaysia

Sangat lah mesra alam sehingga pokok boleh tumbuh..kuar ikut enjin

Nama murid dan hobinya

Cikgu: okey murid murid saya cikgu baru kat kelas ni, boleh bagitau nama nama korang dan hobi?

Murid: boleh cikgu..!!

Murid 1: nama saya Ali bin Jul hobi saya tengok embun..

Murid 2: nama saya Abu bin Tang hobi saya tengok embun..

Murid 3: nama saya Jus Tin bin Ber hobi saya tengok embun

Cikgu: waaa hobi semua sama tengok embun ok murid perempuan plak..

Murid 4: hye semua.. Nama saya embun..

Cikgu: errrkkk! %!#^§¥@?..kok bgitu...kui3

Amaran yang sangat keras di tandas

Siap bagi kaedah nak menghancurkan lgi hehehe

Notis untuk customer hotel

Confirm hotel bajet ni hehehe

Sedapnya koko krunch nie

Kerja shift malam..

Malam ni aku keje shift malam lg..dari kul 9 malam sampai kul 7 pagi..klau shift pagi dari 7 pagi sampai kul 2 ptg.shift ptg dari kul 2 ptg sampai kul 9 mlm...keje shift nie ada best dan ada yg tak bestnya..yang bestnya g keje tak kena waktu jem..klau keje malam plak waktu siang leh g bayar bil ke, servis kete ke..yang paling tak bestnya sabtu ahad kene keje..kenkadang masa raya pun kena kerja..

Kalau keje malam plak mata memang tak tahan mengantuk giler wa cakap lu hehe..sbb tu aku tulis entry ni tak nak bg ngantuk sgt..tak leh tidoq woo..sbb klau kita tidoq dah kira tak amanah kan..gaji pun tak berapa berkat kan.wahh wahh baiknya aku hehe..biaq betul....hehe

seyes ckp keje malam bila balik pagi kepala pening dan badan rasa letih sgt..kenkadang otak akan rasa mcm di awang awangan..sgt bahaya balik dlm keadaan mengantuk..

Aku kenkadang ada gak tertidur depan komputer..kenkadang aku tak tahan tidoq gak mcm style dlm pic bawah nie.bangun2 je leher ada lekuk kihkih..dh mcm alien teman nengoknyaa

Bukan gambar sebenar aku hehe
Kenkadang sementara tunggu keje masuk..aku main counter strike dulu..kenkadang main ping-pong..kenkadang main karom..tp karom dah diharamkan dalam opis sejak staff-staff aku kantoi dulu..staff aku main karom pastu big bos mai waktu malam wat spot check cam warden asrama gitu....bos tgk dia senyap je..tp esoknya dia hantar email tanya sapa yg main tu kahkah..kami semua rilek je.hehe..ingat bos senyap tu tanda setuju hehehe...

Lupa nak ckp kenkadang aku update blog sementara tunggu keje masuk haha..

Busy kerja

Dah lama tak bukak blog. Bebebebebebeeerapa hari ni busy sangat mengalahkan perdana menteri nepal hehe..

Time tulih entry ni pun sedang berada kat opis, stop keja sat relax2 sambil tulis entry sambil korek2 hidung..ops..tu aku tipu je..jgn caya plak..tp tp masa memandu memang realiti kahkahkah...

Malaih bebenor nak menulis sbb klau tulis pun tak ramai baca pun hehe..korang tengok gambar je kan kan..k lah bubbye...nk cari bahan nk update blog jap

Nasihat mak yang bernas

Geniussnyaaa hehehe..tp arnab pun makan kangkung gak hehe

Rahsia mama...

Suami : "Maa... kalo Papa marah Mama, Mama tidak pernah membalas marah-marah kat papa...???" Apa yer rahsianya sehingga Mama kuat menguasai diri...???"

Istri : "Emm... Mama melempiaskannya dengan membersihkan toilet...!!!"

Suami : "Aiik, Macam tu pun boleh...!!!? apa hubungannya membersihkan toilet dengan melempiaskan marah Mama tu...???"

Istri : "Iyalah! Mama membersihkan toiletnya dengan BERUS GIGI PAPA yang tiap hari Papa Pakai tu...!!!"

Suami : AaaaPPAA..!!!?@#$%^&*? "stroke mendadak"

Istri : " hahaha....!

Hadiah untuk pengantin

berat tu nk usung hehehe

cafe untuk peminat liverfool

cafe untuk peminat liverfool

Waiter level: 185

Waiter level: 185

Janganlah buang kucing sini....

hehe kesian hospital terpaksa jaga kucing2 sekali

Tudung jenama apple tu..

Mampu ke korang nak beli tu hehehe..kelas ko jah pakai tudung apple hehe

Doa untuk mendapat zuriat

Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak walaupun beliau sudah tua dan isterinya mandul. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as. Di sanalah Zakaria mendo'a kepada Tuhannya seraya berkata:

P.S / Kami dah kawin setahun lebih tapi masih belum dikurniakan anak.:-( harap sapa2 yang baca blog nie dpt sama2 doakan kami cepat dikurniakan anak.moga2 termakbul amin...ada produk2 apa yang pernah korang cuba ke bleh gak share kt komen ye...wassalam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)