Sejarah Tokey Kurma, Yusof Taiyoob

Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.

Yusuf Taiyoob Sdn Bhd


                                         Yusuf Taiyoob Sdn Bhd

Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.


Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.

Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.


Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.


Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

Logo Merdeka Baru


ingat lagi x iklan ni??



Apa perkembangan mereka nie erk...sape tahu

Kat Malaysia dah ada ke mesin susun bata macam ni? Awesome!


Macho dengan spek hitam =)


Tahukah anda?


Madah cinta dari Abang lori untuk yang sedang bercinta=)


Amboi Mak Cik biar betik!!


Ibu


Ikan paus terdampar dekat pantai Jawa



SEBUAH bot penyelamat berada dekat seekor ikan paus yang terdampar dekat pantai Pakis, Jawa Barat semalam. 
- AFP


JAKARTA - Seekor ikan paus sepanjang 11 meter terperangkap dekat pantai Pakis, Jawa Barat di kawasan air cetek kelmarin.
Menurut seorang penyelamat dari Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta, Benvika, usaha menyelamat ikan tersebut terjejas kerana bunyi enjin bot.
"Kami hampir melepaskan ikan itu beberapa kali kelmarin tetapi bunyi enjin puluhan bot menyebabkan haiwan tersebut keliru menyebabkan ia tidak dapat berenang ke laut," katanya semalam.
Beliau berkata, seramai 16 orang penyelam terlibat dalam usaha untuk menyelamatkan ikan tersebut.
Menurutnya, sebelum ketibaan pasukan penyelamat itu, sekumpulan nelayan cuba menarik ikan tersebut kembali ke laut.
Namun, Benvika berkata, bahagian belakang ikan itu lebam semasa proses menarik ikan tersebut dilakukan oleh para nelayan.
Beliau berkata, seramai 30 buah bot membawa pelancong turut bergerak di sekitar ikan tersebut.
Menurutnya, setiap penduduk tempatan membayar sebanyak AS$0.50 (RM1.57) untuk melihat ikan paus tersebut dengan menaiki bot. - AFP

Sebatang kayu jadi tumpuan ribuan orang



SEJUMLAH orang menyaksikan sebatang kayu yang dipercayai mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit di Kampung Prey Yeang, Kemboja pada 19 Julai lalu. - AFP


PHNOM PENH - Sebatang kayu di Kampung Prey Yeang, wilayah Pursat menjadi tumpuan ribuan orang yang percaya ia mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit dan meramalkan nombor tiket loteri yang akan menang, kata beberapa pegawai kelmarin.
Kayu itu sepanjang 13 meter dan ditemui pada awal bulan ini semasa sebuah keluarga menggali sebuah kolam.
"Sekurang-kurangnya,dalam tempoh seratus orang melawat kayu itu sehari untuk meminta nombor tiket loteri dan menyembuhkan penyakit mereka," kata ketua kampung itu, Hun Nov menerusi telefon.
Nov menyatakan beberapa orang meletakkan bedak di atas kayu itu dengan harapan untuk melihat nombor tiket loteri.
Menurutnya, beberapa orang lagi meminum air dari kolam tersebut dan melumurkan badan mereka dengan lumpur sebagai usaha untuk menyembuhkan penyakit mereka.
Kira-kira 4,000 hingga 5,000 orang telah mengunjungi lokasi kayu tersebut. - AFP

Pasar malam tempat tibi menular


WARGA asing bukan sahaja mengunjungi pasar malam sebagai pembeli malah turut terlibat secara langsung sebagai peniaga.



KUALA LUMPUR - Siapa sangka pasar malam yang selama ini menjadi tempat tumpuan orang ramai membeli pelbagai barangan basah serta makanan kini menjadi antara kawasan yang berisiko tinggi merebaknya penyakit berjangkit terutamanya tuberculosis atau tibi.
Penyebaran penyakit batuk kering itu dipercayai berpunca daripada kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membawa virus tibi di tempat-tempat awam terutamanya pasar malam dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan.
Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR), Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif berkata, situasi itu kini berada pada tahap membimbangkan apabila pada tahun lalu sahaja pihaknya telah menerima kira-kira 1,500 kes dengan 15 peratus daripada penghidapnya terdiri daripada warga asing.
"Kita bimbang dengan angka berkenaan kerana mereka (PATI) ini dilihat semakin ramai berada di kawasan awam seperti pasar malam dan pada masa yang sama menyebarkan virus penyakit tibi," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Beliau memberitahu, pelarian dari Myanmar merupakan antara penyumbang utama penyebaran penyakit tibi terutamanya di sekitar ibu negara khususnya di kawasan Pudu dan Bukit Bintang.
"Warga Myanmar yang rata-rata kebal kepada ubat penyakit itu biasanya telah pun menghidap tibi sebelum masuk ke negara ini," ujar beliau.
Menurut Abdul Razak, keadaan itu telah meningkatkan risiko penyebaran penyakit tibi dalam kalangan penduduk tempatan yang secara langsung atau tidak langsung berinteraksi dengan mereka.
Katanya, kadar penyebaran penyakit itu dalam kalangan mereka juga adalah tinggi kerana golongan tersebut kebiasaannya tinggal beramai-ramai di sebuah rumah.
"Sebuah rumah biasanya didiami oleh kira-kira 40 orang pelarian dan ia memudahkan penyakit itu disebarkan antara mereka kerana keadaan itu pasti mewujudkan sistem pengudaraan yang tidak baik.
"Golongan yang dijangkiti ini pula seterusnya akan ke kawasan awam dan menyebarkan penyakit itu kepada orang ramai," ujarnya.
Selain warga Myanmar, PATI dari Indonesia, Nepal serta Bangladesh turut menyumbang kepada peningkatan penyakit tibi di negara ini.
"Selain pasar malam, pasar-pasar awam juga menjadi kawasan penyebaran penyakit itu seperti Pasar Borong Selayang yang dipenuhi oleh warga Bangladesh," ujarnya.

Pelarian palestin pilih Malaysia tempat perlindungan


28 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Lebih 3,000 rakyat Palestin yang terpaksa meninggalkan tanah air ekoran kekejaman rejim zionis Israel memilih Malaysia sebagai negara yang paling baik untuk mereka mendapatkan perlindungan sementara kerana yakin dengan keamanan dan kestabilan politik di negara ini.
  
Menurut Pengerusi Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM) Muslim Abu Umar, Malaysia menjadi pilihan kerana tidak banyak negara Islam yang stabil tetapi Malaysia membuktikan sebaliknya apabila keamanan negara ini sangat terjamin.
  
"Walaupun ada di kalangan mereka yang sudah berhijrah ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada tetapi ramai yang mahu menetap di Malaysia kerana kemanan dan kestabilan yang sedang dinikmati oleh negara," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
Muslim, rakyat Palestin yang berusia 25 tahun serta empat lagi petugas PCOM sendiri tidak mungkin dapat pulang ke negara mereka untuk satu tempoh yang lama, kecuali keputusan muktamad dibuat oleh masyarakat antarabangsa terhadap kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
  
Katanya pelarian Palestin kali terakhir memasuki Malaysia pada tahun 2006 apabila 92 individu termasuk kanak-kanak kecil melarikan diri dari Iraq selepas negara Arab itu ditakluki tentera Amerika Syarikat dan keamanan semakin tergugat di sana.
  
"Kami (PCOM) memerlukan bantuan untuk membantu nasib 92 rakyat Palestin yang ditimpa malang itu. Mereka dahulunya lari dari kawasan Haifa (Palestin) yang ditakluki Israel untuk ke Tebing Barat pada tahun 1948. Bahang peperangan kemudian tiba ke Tebing Barat dan memaksa mereka pergi berlindung di Iraq, Iraq pula dilanda perang dan mereka kemudian berhijrah ke Malaysia," katanya.
  
Kebanyakan pelarian di bawah status Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) ini tidak dibenarkan bekerja dan ini sangat menyusahkan mereka, katanya.
  
Beliau berkata ada juga rakyat Palestin yang mendapat perlindungan di negara ini tidak mempunyai dokumen yang membolehkan mereka bekerja.
  
"Kerajaan Malaysia dan rakyat sebenarnya telah banyak membantu kami... yang sakit hanya dikenakan bayaran yang rendah di hospital kerajaan dan ada rakyat yang menawarkan sewa pangsapuri atau bilik yang sangat berpatutan kepada pelarian Palestin yang majoritinya tinggal di Ampang dan Pulau Pinang," katanya.
  
Namun begitu, Muslim berkata cuma ada beberapa isu walaupun kecil tetapi sebenarnya merupakan dilemma yang panjang iaitu kos yang terpaksa ditanggung untuk anak Palestin menyambung pelajaran di sekolah serta golongan tua yang berpenyakit dan terpaksa menerima rawatan khas termasuk pembedahan.
  
Keadaan bertambah sukar kerana Palestin terbahagi kepada dua puak utama iaitu Hamas dan Fatah, Hamas yang menang pilihan raya di Palestin tahun 2006 tidak diiktiraf sebagai pemerintah sah negara itu dan dunia antarabangsa masih mahu Fatah memerintah.
  
Katanya kedua-dua pihak sedang dalam percubaan untuk bekerjasama dalam menyelesaikan banyak isu Palestin di luar negara.
  
Muslim berkata oleh kerana tidak diiktiraf, Hamas tidak dibenarkan membuka kedutaan dan kumpulan itu dengan kebenaran kerajaan Malaysia menubuhkan PCOM yang sebenarnya bertindak sebagai kedutaan tidak rasmi Hamas yang hari ini terus berkuasa dan mendapat sokongan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza.
  
"Peranan yang dimainkan oleh PCOM bukan sekadar sebuah pertubuhan kebudayaan. Kami berusaha keras untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah pelarian Palestin di negara ini melalui pendekatan dan rayuan kepada badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, parti politik dan bermacam pihak," katanya.
  
Beliau berkata orang ramai atau NGO yang mahu menghulurkan bantuan kepada pelarian Palestin di Malaysia, boleh menghubungi PCOM di laman www.pcomalaysia.org atau difacebook.com/pcom1.   - Bernama

DAP: Impian Pas laksana hudud mustahil


28 Julai 2012
Dr Tan Seng Giaw
Dr Tan Seng Giaw
KUALA LUMPUR - Hasrat Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih
dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.
  
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.
  
"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (Pas) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.
  
Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.
  
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelanta,n Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
 
Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.
  
"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.
  
Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata, pendirian Pas untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti tersebut banyak perbezaan dan tidak sealiran.
  
Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) berkata kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.
  
"Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.

 Chandra juga berkata tindakan Pas yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-oleh bahawa hukuman tersebut mencermikan tamadun Islam.
  
"Ini tak betul kerana yang mencerminkan kegemilangan Islam adalah ilmu pengetahuan dan keadilan," jelasnya. - Bernama

:::Etnik Rohingya:::

1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara

Jika Mampu Untuk Berjihad, Pergilah...
Jika Mampu hanya Untuk Menderma, Dermalah,
Dan Jika Hanya Doa Kemampuan Kita, Berdoalah Setiap masa, Kerna Doa Itu Senjata Bagi Orang Mukmin...

Cucuk Ferrari


Rakyat malaysia memang sesuka hati je main cucuk2...ferrari pun kena cucuk gak hahahaha...rasanya kos membaiki kerosakan kecil ferrari lagi mahal kot dari repair kete wira tu hahahaha

Dunia Taliban Pakistan mahu pertahan Rohingya

Islamabad: Pergerakan Taliban Pakistan semalam mengancam untuk menyerang Myanmar bagi membalas dendam jenayah yang dilakukan terhadap penduduk Islam Rohingya.

Pada masa sama, ia juga mendesak kerajaan Pakistan memutuskan hubungan dengan kerajaan Myanmar selain menutup kedutaannya di sini sebagai syarat tidak meneruskan niatnya itu.
Dalam satu kenyataan mengenai nasib penduduk Islam di luar negara yang jarang disuarakannya sehingga hari ini, kumpulan Tehreek-e-Taliban (TTP) cuba menunjukkan diri mereka sebagai pembela wanita dan lelaki Islam di Myanmar.

“Kami akan balas dendam terhadap kematian anda,” menurut kenyataan pergerakan itu. Sehubungan itu, jurucakap TTP. Ehsanullah Ehsan menuntut kerajaan Pakistan menamatkan semua hubungan dengan Myanmar dan menutup kedutaannya di Islamabad.

Ancam serangan

“Jika tidak, kami bukan hanya akan menyerang kepentingan Burma di mana-mana saja tetapi juga akan menyerang rakan Burma mereka di Pakistan satu persatu,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

TTP sering kali mendakwa bertanggungjawab atas serangan terhadap pasukan keselamatan di Pakistan tetapi keupayaan mereka untuk melancarkan keganasan di luar negara itu diragui.
Tetapi, pegawai Amerika Syarikat berkata, ada bukti bahawa kumpulan terbabit adalah dalang dalam satu cubaan serangan di Times Square di New York yang menemui kegagalan pada 2010 apabila seorang warga Amerika berketurunan Pakistan, Faisal Shahzad dipenjarakan seumur hidup.

Pemimpin TTP, Hakimullah Mehsud juga didakwa di Amerika berhubung pembunuhan tujuh ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mati apabila seorang ejen al-Qaeda dari Jordan meletupkan bom di sebuah pangkalan tentera Amerika di Af-
ghanistan pada Disember 2009.

Pertempuran yang meletus baru-baru ini di bahagian barat Myanmar antara etnik Buddha Rakhine dan penduduk Islam Rohingya menyebabkan 78 maut dan berpuluh ribu lagi hilang tempat tinggal.

Dianggarkan 800,000 etnik Rohingya tinggal di Myanmar pada masa ini.
AFP

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TalibanPakistanmahupertahanRohingya/Article

Maskot Olimpik London 2012 yang menyeramkan


London 2012 mascots, Wenlock and Mandeville: Are they creepy?

Take a look at Wenlock and Mandeville, the London 2012 Olympic mascots, below. Then decide what they best resemble:

A) A bottle opener. 
B) These aliens from “The Simpsons”
C) Well, um, ahem: They’re kind of phallic?
D) A security camera
E) A parking meter
No matter what you chose — my vote is for the bottle opener — this year’s plush pair is generating buzz, and not the good kind. Wenlock and Mandeville have been described as “sinister,” “terrifying,” and like “a drunken one-night stand between a Teletubby and a Dalek.
The pair were designed by London agency Iris, but according to their origin story, they are droplets of steel left over from the building of the Olympic stadium, said to symbolize the U.K.’s Industrial Revolution. Their names come from towns in England: Much Wenlock is a Shropshire town that inspired the modern Olympic games, and the Buckinghamshire town of Stoke Mandeville is where the Paralympics were founded.
These mascots are monstrous. Giant grey eyeballs, no fingers or feet, and, for poor Mandeville, sharp ridges on his head. They more closely resemble an Oxo kitchen tool than any plush toy ever made. Their design seems to be calculated to offend no one, and appeal to no one as well. And as for those eyeballs! They’re said to be cameras to “record everything” in the games, which brings to mind London’s extensive network of security cameras and gives the whole thing an extra sinister, Orwellian touch. Others have concluded that because of the creatures’ shapes, along with the fact that they could be described as “one-eyed monsters,” the entire thing is a dirty joke being played on London.
Wenlock and Mandeville aren’t the worst Olympic mascots of all time — that honor might go to Izzy, the mascot for Atlanta in 1996 that looked like the outer-space version of Looney Toons’ Tasmanian Devil (and whom this author remembers as a distinctly disappointing Happy Meal toy). Izzy, Wenlock and Mandeville are among the few Olympic mascots that do not resemble actual animals, and all of those have been remembered as failures — same goes for the anthropomorphic snowball of Turin and the “skiing sperm” of Grenoble (You can see these and other past mascots in our gallery below). However, the weirder the mascot, the better the games — or so Fast Company says. According to its assessment, some of the most popular Olympic games, including Atlanta, have had hideous mascots.
The mascots for the Sochi Winter Olympics in 2014 are a step in the right direction: a polar bear, hare, leopard, snowflake girl and “ray of light” boy. They harken back to Vancouver’s Mukmuk, Sumi, Quatchi and Miga, which might be the cutest Olympic plush toys to have ever been made. As for Rio in 2016? Designs have not yet been announced, but officials have proposed the idea of a Muriqui monkey, as well as a Golden Marmoset. It’s cute — and, unlike Wenlock and Mandeville, relatively parody-proof.
olympic mascots

GALLERY: Click on the image above to see Olympic mascots, past and present.

Ermm..kenapa harus nk bermata satu..tak leh ke wat 2 mata..

Orang Islam berbuka puasa di Seluruh dunia

Dubai, UAE


Mumbai, India


Mumbai, India


Islamabad, Pakistan


Islamabad, Pakistan


Islamabad, Pakistan


Baghdad, Iraq


Khartoum, Sudan


Khartoum, Sudan


Hebron, Palestin


Gaza Strip, Palestin


Hebron, Palestin


Kashmir


China 


Kazakstan


Adana, Turkey


Sivas, Turkey


Istanbul, Turkey


Mulga, Turkey 


Istanbul, Turkey 


Istanbul, Turkey 


Istanbul, Turkey 


Jepun


China


Palestin


Malaysia


Indonesia


Mashdad, Iran

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)