Tahukah korang?
- Kat kotak popcorn, ada tulis bertih jagung ketika dimasak, ianya 'meletup'
kerana dikatakan ditengah biji jagung tu sebenarnya masih tersimpan wap
air. Apabila dipanas dgn suhu yg tinggi, wap air disejat secara pantas
menyebabkan bertih jagung itu 'meletup'.. Ntah ye ke tak..
- Bertih2 jagung yg tidak 'meletup penuh' ketika dimasak itu, omputih memanggilnya 'old maids' @ dlm bahasa melayunya 'amah tua'. Dikatakan walau tidak meletup, 'old maids' itu masih sedap dimakan. Tapi aku mmg tak percaya 'old maids' tu sedap..hihi..
- Dikatakan jika anda berteriak selama 8 tahun, 7 bulan & 6 hari secara terus menerus tanpa henti, tenaga yg korang 'lepaskan'
akan berjaya memanaskn secawan kopi. Tapi aku percaya, mesti takde
sesiapa yg dpt berteriak begitu lama apatah lagi bg mereka yg lemah
tenaga batin.. cukup 3 hari je dh kiok..hihi...
- Dikatakan jika anda kentut secara konsisten tanpa henti selama 6 tahun,
9 bulan, tanpa miss seround pun, energi aura kentut yg anda hasilkan
mampu menghasilkan sebiji bom atom bersaiz mini. Itu hanya sukatan utk
manusia biasa.
- Semua beruang kutub
KIDAL! Manusia yg melakukan ujikaji ni amat pasti dgn penemuan ini
kerana tiap kali mereka kena pelempang dari beruang2 kutub tu, semuanya
dgn tangan kiri..klau korang kena pelempang dr tgn kiri dorang adalah spesis bruang kutub!!!
- Setiap tahun, seorg
manusia akan membuang lebih kurang 50-60 gelen hingus. Ini adalah
bersamaan isipadu air penuh di dalam sebiji bathtub!
- Belalai seekor gajah mengandungi 50,000 otot! Apabila
diperlukan, otot2 belalai gajah ni akan mampu melakukan kerja2 paling
berat spt menolak brg2 berat mahupun kerja2 yg paling ringan spt
mengupas sebiji kacang. Belalai gajah ini juga boleh digunakan utk
menyedut sbnyk 7 liter air utk minum @ mandian.
- Dikatakan setiap 5 org yg diinterbiu supaya menyebut warna kesukaan
mereka dgn pantas, secara purata 3 org akan menyebut warna 'merah'. Betul atau tidak, tidak dpt dipastikan..klau tanya kt org politik warna yg kerap disebut adalah biru dan hijau hehehe.
- Rasa bawang dan epal adalah sama sahaja tapi yang membezakan mereka ialah baunya...mcm tak betul je...klau mcm tu baik tumis epal je bila nk masak nasik goreng hehe...
- Jikalau kita menyemburkan racun serangga ke arah semut, sebelum menghembuskan nafas yg terakhir, semut itu akan menterbalikkan badannya ke sebelah kiri sebelum terkorban di medan perang dgn kedua2 kaki ke atas. Tidak diketahui kenapa semut2 itu berkelakuan sedemikian
No comments:
Post a Comment