Cara untuk belajar bahasa baru
Cepat beli rumah di nilai!!!
1. Pembangunan yg lebih jauh dari nilai pesat membangun mcm ainsdale dan seremban 2 dan seremban. Jadi secara tak langsung rumah area nilai naik
2. Byk shopping mall tgh buat kt nilai..dh ada tesco, mesamall dan giant.rumah2 kedai pesat membangun
3. Dekat ngn klia dan putrajaya.
4. Dengar2 cerita highspeed train akan lalu nilai
5. Byk highway keliling nilai
6. Byk kolej dan uni kt nilai
7. Nilai akan jadi bandar mcm bangi dlm 5 ke 10 tahun akan datang..nilai adalah sempadan bangi
8. Nilai masih lg kawasan yg ramai didiami org melayu.
9. Ada khabar angin LCCT baru akan di buat kt nilai
Jadi sapa yg dh keje tu. cepat2 beli rumah area nilai..rumah teres kt nilai dh cecah 400 ribu lebih..kondo masih murah dlm 250 ribu lebih..pemaju takkan turunkan harga rumah klau permintaan byk.pemaju akan tunggu hingga kita terpaksa beli sbb dh takda rumah lain..
Tips sbelum balik kg hari raya
1. Pastikan semua pintu berkunci dgn padlock yg berkualiti
2. Jangan kedekut elektrik..bukak satu atau dua lampu supaya rumah tidak sentiasa gelap waktu mlm..
3.Cari radio pastu bukak sentiasa..tp jgn terlalu kuat.cukup sekadar dengar dr luar perlahan je..kalau x jiran ko mengamuk haha..
4.Pasang alarm dan cctv
5.Bela hantu raya utk jaga rumah..ok ni aku gurau je..jgn buat betul2 plak..
Kebaikan duduk rumah semi D atau corner lot
Sedar x sedar dh sebulan lebih aku duduk rumah atas tanah ni..ye lah sblum ni dh lama duduk rumah atas langit..
Kami beli rumah corner lot satu tingkat setengah..tingkat atas tu atas bwh ruang tamu dan bilik bwh jd bila siang rumah tak panas tp bilik atas panas haha..tp siang kita duduk bwh kan..
Lg satu sejuk sbb ada byk tingkap belah tepi..pencahayaan pun bagus..
Lg satu ada tanah lebih sikit kt tepi utk kuar lepak2 ke..buat barbeque ke..nk bercucuk tanam ke..
Lg satu rumah corner lot parking byk kalau tetamu dtg..x ganggu parking jiran lain..
Ok lah..aku paham x semua mampu beli corner lot atau semi D..tp utk long term aku rasa berbaloi..kurangkan duit kt kereta ke.melancong ke.itu lebih penting
tips sebelum masuk university
- Jangan download atau copy movie atau drama..kalau tak korang takkan dpt study dan bilik korang akan jadi pawagam..bila korang tak stdy korang fail bila korang fail korang repeat..bila dh grad takda keje sbb pointer rendah..
- Jangan beli handphone mahal2 lepas dapat loan atau biasiswa.beli yg murah2 je..vivo ke.lenovo ke.xiaomi ke..minimouse ke.coco crunch ke.sbbnya nnti korang tak stdy gak duk main hp..pastu korang akan abis duit nk mkn..pastu mkn maggie..makan maggie jd bodo..pastu fail kena repeat..
- Jangan kapel masa kt u..sbbnya nnti korang tak stdy sbb asyik dating tgk wayang je..lebih teruk kalau korang putus cinta masa kt u.korang akan tertekan.pas tertekan korang fail..pastu kena repeat hahaha..lg satu klau termengandung korang kena kawin pastu kena repeat gak
- Jangan beli komputer jenis desktop..beli laptop murah2 pun ok sbbnya kalau korang buat discussion ngn kengkawn kt luar senang..nk guna wifi library pun senang haha..nk pindah senang haha..nk balik kg pun senang leh buat asignment kt kg..nmpk tak nampak tak
CARA UJI KESEGARAN TELUR
========================
Sebelum membuat kek, sila buat ujian kesegaran telur dulu ye kerana tahap kesegaran telur sangat mempengaruhi kejadian kek yang bakal anda hasilnya. Jika boleh, belilah telur dipasar atau pasaraya yang ramai pengunjungnya untuk mengelakkan dari membeli telur yang lama dan tidak fresh.
Ujian kesegaran Telur
=================
Rendam telur di dalam besen dan perhatikan tahap kesegaran telur anda. Jika:
1. Sangat Segar- Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.
2. Berusia Seminggu-Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit
3. Berusia 3 minggu- Telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.
4. Telur Busuk- Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air.So jangan makan.
Untuk membuat kek, telur yang tenggelam dan terbaring elok sangat sesuai digunakan.
ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI
1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.
2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.
3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.
4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.
5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.
6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.
7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar.
8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.
9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.
10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.
11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.
12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.
Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).
1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.
2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.
3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.
4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.
5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.
6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.
7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..
8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.
Kredit: Segamat Outdoor World
Tips semasa musim panas...
1. Tutup peralatan elektrik yg mengeluarkan haba mcm decoder astro dan tv dan lampu.
2. Buat ais dan buat mcm gambar kt bawah



3. Untuk kesan yg lebih maksimum buat mcm yg pic kt bawah. Letak ais dalam bekas..pastu tabur garam sikit supaya ais lambat cair.ataupun letak air dalam botol bagi beku..


4.Kalau peti ais pun takda nk buat ais..amik air paip letak dalam mangkuk pastu tala kipas ke air dlm mangkuk tu..
5.Kalau kipas pun takda tak dapek lah nk nolong aih..haha
Kereta apa yang sesuai untuk lepasan graduan?
Persoalannya di sini kereta apa yg sesuai utk yg lepas grad??
Aku plak beli vios hehe.menyesal?taklah cuma rasa kurang sesuai sbb komitmen bulanan yg agak tinggi...so base dari penglaman kete yg paling sesuai dibeli selepas grad adalah kete perodua viva/axia atau proton saga sebab kete2 ni lebih murah komitmen tiap2 bulan..jangan beli kete second..biar kecik takpa janji baru..
Biar first impression kurang janji kita ada lebih kewangan untuk beli rumah yg lebih besar..yup..rumah lebih penting sekarang..komitmen rendah bermakna kita ada duit yg banyak utk menyimpan dan berbelanja..
Ok itu je..bye2..
cara nak hilangkan sakit belakang untuk ibu mengandung
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.
Mengatasi Sakit Belakang Dan Pinggang (Source: Kak Engku Bidan Bersalin)
Sakit pinggang dan sakit belakang adalah gejala sinonim dengan ibu hamil. Ia seringkali menggangu dan membuat ibu hamil tidak selesa malah mengganggu kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan. Tiada ubat khas untuk masalah ini melainkan kaedah pergerakan tubuh yang betul bagi mengurangkan kesan masalah ini. Berikut antara cara yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah tersebut.
Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.
Elakkan berdiri terlalu lama.
Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.
Tips hilangkan sakit belakang sewaktu mengandung (Source: Bengkung Moden)
Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.
Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian,wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta
Profesor Madya 7 Kali Gagal STPM...
Malah, Prof Madya Dr Bustam Kamri, 57, juga pernah bekerja sebagai boneka jalanan ketika mudanya selama lebih 5 tahun bagi menyara kehidupan ketika menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras, di samping bertujuan menghiburkan masyarakat khususnya kanak-kanak.
Minat mendalam dalam dunia kanak-kanak membuatkan Bustam dahulunya turut dikenali sebagai antara penghibur jalanan paling diminati anak kecil. Beliau juga pernah diundang menjayakan siri rancangan boneka di beberapa stesen televisyen termasuk di TV1 dan TV3.
Bustam berkata, kegagalan dalam STPM tidak pernah menghalangnya untuk terus berusaha mencipta kejayaan dan prinsip hidupnya yang dipegang sehingga kini adalah jangan mudah putus asa.
"Saya malu juga denga kawan-kawan bila kena ulang STPM sampai 7 kali, tapi kena tebal muka sebab saya mahu belajar dan menjadi seorang yang berjaya.
"Kejayaan juga tidak akan datang kalau tidak dicari," kata anak kelahiran Muar, Johor yang kini berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Pengajian Awal Kanak-kanak di Universiti Antarabangsa UNITAR.
Menceritakan sejarah hidupnya, bapa kepada dua anak ini berkata, selepas menamatkan STPM, beliau berjaya menyambung pelajaran di peringkat diploma di MPIK sebelum menyambung ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau turut ditawarkan biasiswa oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Lanjutan dalam bidang kanak-kanak di University Southern Connecticut State, Amerika Syarikat (AS) sebelum menyambung ke peringkat doktor falsafah (PhD) di University Massachusetts (AS).
Kejayaannya menggenggam PhD menjadikan Bustam sebagai rakyat Malaysia pertama mempunyai kelulusan tertinggi daripada luar negara dalam bidang pengajian awal kanak-kanak.
Mengulas lanjut mengenai kerjaya sekarang, Bustam yang juga penasihat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat berkata, impiannya kini hanya mahu melihat bidang perkembangan awal kanak-kanak menjadi antara jurusan yang boleh menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat dan negara.
Katanya, Malaysia masih belum mencapai tahap cemerlang dalam melahirkan graduan yang boleh menyumbang kepada industri perniagaan berasaskan permainan kanak-kanak.
Jika ada pun beliau berkata, ia tidak lebih daripada hanya tertumpu kepada melahirkan warga pendidik seperti guru prasekolah.
"Sebab itulah menerusi fakulti Pengajian Awal Kanak-kanak (Universiti Antarabangsa UNITAR), kita memberi tumpuan kepada usaha untuk melahirkan graduan yang boleh menyumbang kepada industri, khususnya dalam mencipta serta menghasilkan barang permainan yang penuh kreativiti dan boleh merangsang perkembangan minda kanak-kanak,"katanya.
Sumber: BH 28 Okt 2012
P/S - Share citer ni supaya jadi inspirasi kpd pelajar2 kt luar sana..tgk dia ni repeat STPM 7 kali..itu bermakna 7 tahun lah dia amik kan..pastu sambung diploma je dpt..sedangkan sepatutnya pas STPM kalau result bagus leh sambung degree..betapa semangat dia berusaha harus kita contohi..buang sifat malu semua...
Ermm..teringin gak nak amik master then sambung PhD cam kengkawan lain tp masih byk lg komitmen kena buat...
Tips Elak Bayi Tersedak Susu
Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut.

Sebab-sebab bayi tersedak susu
Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. Lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan adalah salah dan merbahaya...
Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi
Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak).
Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Usap dgn lembut belakang baby..klau tepuk pun kena slow betul...
Video how to burp a baby
Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar
.

Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar,dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan

Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
.

Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.
Tips untuk menjaga hati ISTERI
1.Klau die ngamuk baling2 barang
-try awk smbut.Ni la msenye awk tnjuk kpantasan jd gol keper.

2.Klau die mule jerit tibe2
-awk nyanyi kuat2. ni la masenye awk tunjuk suare awk sehebat Black(Mentor)
3.Klau die tngk cam nk telan org
-awk smile je nengok dia! Baru die nampak kecomelan awk!
4.Klau die nk lari umah
- Tolong kemas kan barang dia same2. Ni la masenye awk tunjuk betapa rajinnye awk

5.Klau die nangis sbb sket ati
-awk gelak kuat2 tguling2. Ni la bukti awk usaha wat dia happy time die sedang berduka.
8 Cara untuk tangkap peragut
Rumah jiran kena pecah masuk...
Jadi aku search lah kt internet camne dorang bukak...


Tip mengurangkan berat badan
1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat
Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.
2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.
3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.
4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.
Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.
5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.
6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.
7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.
8)Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!
9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!
10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.
11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!