Profesor Madya 7 Kali Gagal STPM...

7 kali gagal dalam STPM tidak pernah mematahkan semangatnya untuk bergelar anak tempatan yang berjaya suatu hari nanti.

Malah, Prof Madya Dr Bustam Kamri, 57, juga pernah bekerja sebagai boneka jalanan ketika mudanya selama lebih 5 tahun bagi menyara kehidupan ketika menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras, di samping bertujuan menghiburkan masyarakat khususnya kanak-kanak. 

Minat mendalam dalam dunia kanak-kanak membuatkan Bustam dahulunya turut dikenali sebagai antara penghibur jalanan paling diminati anak kecil. Beliau juga pernah diundang menjayakan siri rancangan boneka di beberapa stesen televisyen termasuk di TV1 dan TV3.

Bustam berkata, kegagalan dalam STPM tidak pernah menghalangnya untuk terus berusaha mencipta kejayaan dan prinsip hidupnya yang dipegang sehingga kini adalah jangan mudah putus asa. 
"Saya malu juga denga kawan-kawan bila kena ulang STPM sampai 7 kali, tapi kena tebal muka sebab saya mahu belajar dan menjadi seorang yang berjaya.

"Kejayaan juga tidak akan datang kalau tidak dicari," kata anak kelahiran Muar, Johor yang kini berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Pengajian Awal Kanak-kanak di Universiti Antarabangsa UNITAR.

Menceritakan sejarah hidupnya, bapa kepada dua anak ini berkata, selepas menamatkan STPM, beliau berjaya menyambung pelajaran di peringkat diploma di MPIK sebelum menyambung ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau turut ditawarkan biasiswa oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Lanjutan dalam bidang kanak-kanak di University Southern Connecticut State, Amerika Syarikat (AS) sebelum menyambung ke peringkat doktor falsafah (PhD) di University Massachusetts (AS). 

Kejayaannya menggenggam PhD menjadikan Bustam sebagai rakyat Malaysia pertama mempunyai kelulusan tertinggi daripada luar negara dalam bidang pengajian awal kanak-kanak. 
Mengulas lanjut mengenai kerjaya sekarang, Bustam yang juga penasihat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat berkata, impiannya kini hanya mahu melihat bidang perkembangan awal kanak-kanak menjadi antara jurusan yang boleh menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat dan negara.

Katanya, Malaysia masih belum mencapai tahap cemerlang dalam melahirkan graduan yang boleh menyumbang kepada industri perniagaan berasaskan permainan kanak-kanak.
Jika ada pun beliau berkata, ia tidak lebih daripada hanya tertumpu kepada melahirkan warga pendidik seperti guru prasekolah.

"Sebab itulah menerusi fakulti Pengajian Awal Kanak-kanak (Universiti Antarabangsa UNITAR), kita memberi tumpuan kepada usaha untuk melahirkan graduan yang boleh menyumbang kepada industri, khususnya dalam mencipta serta menghasilkan barang permainan yang penuh kreativiti dan boleh merangsang perkembangan minda kanak-kanak,"katanya.

Sumber: BH 28 Okt 2012

P/S - Share citer ni supaya jadi inspirasi kpd pelajar2 kt luar sana..tgk dia ni repeat STPM 7 kali..itu bermakna 7 tahun lah dia amik kan..pastu sambung diploma je dpt..sedangkan sepatutnya pas STPM kalau result bagus leh sambung degree..betapa semangat dia berusaha harus kita contohi..buang sifat malu semua...

Ermm..teringin gak nak amik master then sambung PhD cam kengkawan lain tp masih byk lg komitmen kena buat...

3 comments:

Mummy MM said...

Wow, memang thn lh owg tua tu. Even sya yg sekali hadapi exam nie pn mcm nk demam

Unknown said...

kalau nak seribu daya,tak nak seribu dalih..sesuai dengan pepatah tu..orang kita kena fikrkan dan jadikan tauladan.

Unknown said...

Aku nak..
Aku nakk..
Aku nakkk..

Aku takda dalih.. aku akan kerahkan semua upaya.. In Shaa Allah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)