Koleksi Jenis-jenis dan Fesyen Tudung

Sumber Artikel: http://www.soutulmujahid.com/

Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.

1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan 'Tudung Nasi Lemak'.

2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.


3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan...



4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.



Maksud hadis: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya" [HR Muslim]

5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri...


6. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana... Tak terkata. Fesyen? Entah... Mungkin pembaca lebih arif


7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.


8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]


*****

Entry sentap lagi. Maaf. Bukan nak menghentam kaum wanita. Cuma nak sentap je. Baguslah kalau anda terasa. Tapi terasa je tak cukup. Semoga kalian menjadi muslimah sejati yang menjadi pendokong deen Allah. Amin... :)

492 comments:

1 – 200 of 492   Newer›   Newest»
Shahada Fauzi said...

ahahahaha..woi! lawak la..saket perot aku tengok gambo tu..T_T

Liyana Zahim said...

Hahahahahahahaahahhaahhahaha!!! Ini mmg tol2 tahap gelak tguleng2 smpai jatoh tgolek2 ni! Yg lastu tu takley blah gile!! Hahahahaha

Unknown said...

Yang last tak bley blah..tetibe aku tergelak kuat...cisss...kan dah kantoi tak wat keje

SnowladieS said...

hahahaha adoiyai

Nasuha Norpandi said...

sumpah, gelak guling2 bila baca entri ni

scha_imal87 said...

hahahhaa..tibe2 aku ase nk gelak sampai pengsan..errkkk... =,=!

Anonymous said...

hahaha,share ye:)

elnino de moona said...

hahahaha..tutorial tudung yg tak blh blah..hahahaha.. adeiii

cahaya hidayah said...

sape punye tudung la die kebas...hahahah

Iylia Balqis said...

nak share kad blog boleh ? .. hehe , gamba tuh amek bole ? ckp je boleh or tak , kalaw ta boleh tape , tak terase :)

Anonymous said...

lawak ehhh......kahakhakahakhakhakhakaaaa

Dewi Zinnirah Aisyah said...

letih sy ketawa.. adehh.. nk try la fesyen.. ^_^

suraya inn said...

yang last tu dr blog kak senduk. sy selalu bc blog dia, mmg klakar abis lah ley guling2 gelak rasa nya ni link blog tu http://www.meriahuoll.blogspot.com

Kumbang Jingga said...

@suraya inn
yup suraya..memang sy letakkan sumber dr blog dia..link dia ada kt tgh entry nie klau suraya perasan hehe...

Atiqah Wadiah said...

comeynyer pakai tudung =p

Wanz said...

adeh...pengsan aku nak ketawa di pagi bute nie...

Unknown said...

http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/10/tudung.html

a.d.n.i.n said...

hahahahaha!!!terbaik!

Anonymous said...

hahahah.....lawak!!

Anonymous said...

aku kompius...laki ke pompuan model tudung ni??
hohohoho...

Anonymous said...

seyes kelako....i loike.....

Anonymous said...

wahaha....xleyh benti gelak la.bilebace entry neyh uwaa hahaha

Anonymous said...

hahaha . lawak gile . sakit perut aq gelakk :D

dieyla mohammad said...

smp jth sofa aku gelak bce entry neh...hahaha...

Anonymous said...

gelak jer ker korang.... tak terasa ker??
hahaahahah....

laila tony said...

hahahahaha...gelak tahap gaban.Memang betul apa yang dibagitahu.Siapa makan cili dia rasa pedas,,kan3

Masfufah said...

sumpah lawak....lawak first class ni, leh masuk maharaja lawak next year!!!

Wan said...

erkk.. ak sokong ko nk tegur muslimat yg pkai tdung x btol tu.. tp... laki yg pkai tudung kat bwh tu pon dosa jgk yeee... huhu

Anonymous said...

ALahaiiii....power la tudung yg last tu....:)

Hidayati said...

hahahahaaa....adoi ssakit perut aku ketawa...

Anonymous said...

hahahhahahhahahhahahah................

yura said...

heheheheheheh ader betulnye tapi x bleh bla la..hehehehe lawk..

Cipina said...

hahah..tak pasal bersembur gelak sorang2! tak leh jadi. kena ajak orang lain jugak bersembur hahaha

Anonymous said...

wakakakka..gle..lawak

Unknown said...

terBaek punya fesyen tudung...
memang seswai...

Far said...

pic pertama...ingatkan mmg perempuan ha2 =D

Anonymous said...

macam bagus jaa wat cerita cm nih .. puuiiihhh

nazhahmad said...

hehehehehehe..kelakar..terima kasih untuk peringatan...

Anonymous said...

hahahahahahaha...gile la terbaik.....hahahahaha
sekali tgk mmg cam pom...mcm haram laaa.....hahaha

Anonymous said...

y lqSt 2 mMg cOoL gLeR ~~

NurYaya Othman said...

i follow blog kak senduk tuh.mmg awesome!

Anonymous said...

haha x leyh blah btul yang last2

Anonymous said...

alahai.....semput..!!! haaa....

Anonymous said...

terbaekk...

Unknown said...

adeehhhhh...lawakk tul arr!! tp ade peringatan kat ctuu!! terbaekkk!!

Anonymous said...

sengal lah akak neh ahahahahah lawak gler

Anonymous said...

adoiii sakit perut aku........

♕Rosmiza Wahab said...

hahahah,terbaik lah!

lurve pingu said...

haha...sakit perut gelak tengok tutorial pakai tudung 2...yg last sekali mmg terbaik r...hehe....

Anonymous said...

best sgt kate kt org..awk lelaki tu pakai tudung menyerupai wanita tu hukum die taw x?? nk wat gurau pun biar bertempat..elok2 dah niat nk tazkirah org pmpuan td, wat plak ending camtu..salah ttp salah bro..teguran ikhlas dr hati..

Anonymous said...

dh sebulan aku dok rotate pesen tudung kt atas nun
hahaha
timekaseh bg tutorial ni
hahaha

Anonymous said...

hahahahahaha. lawak giler.. alahai terkena batang idung aku..

Anonymous said...

sempoi lah..hahaha..klakar...

Anonymous said...

hadoii hadoii..

lawakk gilerr ok yg tutorial tudung tu..

kahkahkah.

Amgreatz said...

tudung nasi lemak tu memang tak boleh blah...

sakit perut aku tgk cara2 tudung..TERBAIK BRO

Teratak Zaffendi said...

aduh..kelakar..giler..dlm blog pun boleh buat lawak..terbaek...

Anonymous said...

tudung last tu paling best .. hehe

U-ie said...

haha..adoiii sakit perut gelak..kelakar giler.

Anonymous said...

caya lah bagi perempuan2 kat dunia ni sedar sikit ,,,dari pada pakai tudung yang bukan2 baik bukak terus ,,,,dah tentu neraka jahanam terus peginya haahhhahaaa

Shahizan Azmi said...

Trend akan datang, semua akan follow gaya yang terakhir tu, baik lelaki mahupun perempuan HAHAHA

Anonymous said...

he..he..he..dosa tau kasi org gelak kuat kuat

Aurora said...

Nanges...siot la

Anonymous said...

hahahahahahahahaha......memg gelaak baring la.pengajaran yang patut sume pompuan amek.

-Arfhartoe's Mind- said...

hahahaa..eh..mati la..cam nak mati aku gelak smpi pic bawah tu..kuor air mata ni ha..hahaha..adeh3..

Unknown said...

hahaha..bongoks

nescafeais.com said...

hahaha...giler..terbaik...

Anonymous said...

Mohon carikan nas atau hadis tentang menyakiti hati orang lain. Apabila wanita tidak bertudung ramai yang mencaci, apabila bertudung, banyak pula yang mengeji...selabuh mana hijab atau sepanjang mana janggut anda, tidak bermakna anda lebih baik dari orang lain. Kenapa tidak paparkan artis bernama Waheeda? Berjubah dan bertudung labuh tapi berjaya menghancurkan sebuah rumah tangga! Tahniah, anda hebat kerana berjaya menjadikan isu ini bahan jenaka...

Anonymous said...

antara lain2 lg jenis fesyen tudung yg tertinggal, 3 antaranya jenis fesyen tudung "tanglung" iaitu ada kerongsang anting2 kat bawah dagu mcm tanglung,... jenis tudung kain langsir iaitu ada kelepek2 atau renda mcm kain langsir.. dan tudung fesyen ular tedung, iaitu fesyen tudung mcm rahib Kristian.

nouraeda said...

fuyoooo... yg last tuu best.. hahahaha fesyen tudung kapan 2012..

Anonymous said...

kalo ado masa tu bertobat la copek, sok kt kubur x dan nk golak berdokah2.. kalo betol nk berdakwah tu cari ilmu yg btol dlu bro, jgn main sosah mcm wartawan hiburan pulok.. macam rojak pulok masage yg nk disampaikan tu, ada unsur fitnah lg. kalo tk pandai tnya org pandai, jgn la memandai2..

Anonymous said...

lawak, lawak jgk.. jgn smpai menghina dan menimbulkan kekeliruan... klu kita rasa kita betul tegur dgn cara elok.. senang org nk ikut.. hati pon sedap dengar... utk berdakwah kdg2 perlu guna kekerasan tp tidak melampau batas.. ikut cara yg betul.. Nabi pon berdakwah dengan kata2 yg sopan, dgn lemah lembut... begitu jgk dgn kita sbg hamba, berdakwah dan berpada2... (sekadar berkongsi rasa..) Wallahua'lam.... :)

Anonymous said...

tang tudung siput tu tak tahan....cakap kat si Ct Nurhaliza tu tanggal terus la tudung dia lagi bagus...menyesatkan org aje.....sebenarnya dia bukan nak pakai tudung sangat tapi dah terlepas cakap balik haji nak pakai tudung tuyg terpaksa pakai tu...nakcover la katakannnn...ye takkk

Anonymous said...

yg kOmen2 2 ambillah pgajran,bkn hnya gelak dgn tOpic diatas,

Anonymous said...

Gelak ker.....x gelak ker.....semua manusia akan memakai tudung yang paling last sekali apabila meninggal dunia.....so kaum wanita yang belum memakai tudung sila la bertudung seperti yang termaktub dalam hukum Allah .....jangan sehingga orang lain tolong memakaikan tudung kepada anda nanti....

nurul aqidah said...

hahaha.. lawak gile kot..

Alya Syaqiera said...

adoiiii klakau la,,, hehehhe

Anonymous said...

nk tgur model yg tunjuk contoh tu pn bleh tnjuk rambut n aurat...sesama muslim bersaudara,jgn aibkan sesama saudara..

Anonymous said...

haha I'm not a Muslim, but I think what you've done is right, it's weird when people start wearing tudung like that, they even use headband and big accessories :-D

cik beLLanan said...

hhahahhahaha~ sumpah lawak gile ! style lah ! ;D

Anonymous said...

cerita semua keburukan org tp last2 tuan yg cerita pun dedah aurat ape kes???

Anonymous said...

hahaha...tergelak sambil terguling2....hahahahha

geronggang said...

insaf

Anonymous said...

lawak mmg lawak, smpi sengih2 dpn laptop ni..hubby pun siap tanya, gambo sape 2? hehe

Ummi Hanie said...

alhmdllh sy masih selesa pakai style no.8 tu ... yg lain2 dah try tp rase xserasi jer. ..


bile skrol ke bawah plak , terkekeh2 kugelak sorang2 sampai pelik2 ank2ku tengok ... giler lawakk :p

Anonymous said...

hahaha...lawak giler kot.

Anonymous said...

not cool at all tang gambar meriahdunnotuh!

danial kamil said...

Hahaha...udah rupe pondan tueeeeee

Anonymous said...

like like like

Anonymous said...

mmg lawak..tersembur air aku minum sbb gelak..hahahahaha..mungkin tuan punye blog ni nk menegur ke arah kebaikan..kita ambil yg positif k..

Unknown said...

lawak..=)

kamal_niza09 said...

lu memang sempoi.......pecah perut gua gelak mengilai tgh malam buta nih........terbaek la lu

Anonymous said...

Blog ni ramai follower.apa salahnya kalau teguran yg diberikan bukannya mengutuk tapi membina. Tambah2 bila ada non-Muslim yg baca. apa perspektif mereka tntng Islam nanti? Ayat Allah jgn diletak sesuka hati di tmpt org nak gelak tergolek2, itu zalim namanya. Mereka bertudung, tapi x sempurna.at least mereka bertudung. yg model tu x pakai tudung xpe la pulak.apa2 pun kita cermin kpd Islam. jadi tunjukkanlah contoh yg baik.

nadia said...

Sallam...hihihih huhuhuhu hhahahaha
Lawaknye...kelakor nyer...
haduoi la....huhuhu
Thx to u ..smoga isu ini mdpt liputan luas kepada seluruh muslimah melayu khususnya ;-p

cikmas said...

hahahaha.... hahahaha... hahahaha... hahahahaha...
(sambil air mata menitik2... sambung lagi) hahaha... hahahaha... ahahaha... (anak dah sibuk tanya.. kenapa ma? kenapa ma?... sambung lagi) hahaha... hahaha...

akak terasa said...

empunya Blog ni jantan la sedara. Betul la at least diaorng tu pakai tudung jgk tapi xde makna dlm Islam coz x menetapi syarat spt didlm nas Al-Quran & Hadis.. labuhkan selendang mu menutupi dada..' '... kecuali perhiasan yg ada padamu..' ie kening, hidung dsbnya ie subang, kerongsang, siput, tudung saji, tanglung dsbnya x boleh ditonjolkan. Sbg org Islam kena la take it positive, akui apa yg ditunjukkan itu memang buat menyirap jer tapi x betul ke apa yg bro kmbg jingga kata. akak pun terkena gak.. nak wat camno memg slalu tlupa hukum. bgus gak ada org sesekali ingatkan wlu dgn cara yg nak bg penampar jer. sndiri mau ingat la

Anonymous said...

perghh lawak glerr..dalam melawak ada unsur sindiran yg sinis..masyallah

Anonymous said...

serious funny.. hahaha sengal jew =p bgus2 bt mcm ni!

cik ija said...

Wallawei.. hampeh tul lar brader nih.. kenduri gelak akak anak branak tetengah mlm buto ni

Mirul said...

HAHAHAHAHAHAHAHA, kelakar nak mampos! I like!

Unknown said...

gila kelakar hahahaha.. mati2 aku ingat pompuan.

Anonymous said...

Haha..klakar..tp smua tu betul..

cimöt said...

hahahahahahahahahahahahahaha..

btw, msg sampai!!

Madam Pam said...

adui...berair mata baca entri adik ni...bikin panas je....hahahah..keep the good work!!

cahayamatacollection said...

hehehe lawak2 gud job!!

CucuTokMat said...

hahahhaha.... lawak2... series perli dlm kot cara2 pkai tudung versi ko tuh.. sapa yg tak sedar tuh tak tau la nak ckp ape.. hahaha.
p/s : kpd yg condem entri nie berpikir secara positif k. jgn pndang belah negatif jee... =)

lemoc b0NgoK said...

dunia2..pakai tudung salah,tak pakai pon salah..salah perempuan ja ramai la nak sebok bising2..lelaki main bola pakai seluar pendek atas lutut tak kata apa pulak??

kasirata said...

pecah perut guling2 sampai anak aku terbangun .....

malisretusafmily said...

hahhhhaaahahahhahaaah.....tbaekkk....!!!

Anonymous said...

betul katanya..cuma kita sebagai mnusia mmg slalu terleka..zaman dulu org pakai tdung tp pakai bju lgn pendek xpnh jd isu wlupun bnda tu mmg dosa..tp skrg fesyen tudung mmg dh mnjdi..shingga kita lupa akn hukum2nya....

KenJi said...

Terbaek bro! yup..look into +ve point! Nk cari kslhn mmg lumrah umat muhammad. We're not perfect, but we're meant to be perfect for each others :) -DaSz-

hawa zaired said...

hahahaa...sambil2 gelak..sambil2 jgk ambil pngajaranya...aduyaaaiiii, nk terkencing2 dibuatnya..

Anonymous said...

x slh klu dier nk bt cm2..dier bt sb nk bagi sentap supya org berubah jgn dok pkai cm2..pk positif r..kdg2 nie mnusia bg ayt baik bukn dier nk ikut pun..bg ayt mnusuk ke dlm paru2, jntung hati bru nk pk btol tau x..

Ahmad Fikrizaman said...

What can i said.. terbaik!!!

Anonymous said...

pelik la...apa yang lawak sangat?ada yang sampai terkencing2 tu apa kes??lawak sangat ke??aku rasa xder part yang kelakar pun..

Anonymous said...

motippp??entah apa2 ajer..kot2 bro nih teringin sangat nak merasa pakai tudung kot..

Anonymous said...

sengal lah lu bro.. wa gelak sampai mau pengsan... tp mesej nya jelas kt situ..

Anonymous said...

lepas ni tnjuk cara-cara pakai seluar yg btul utk kaum lelaki yek...same2 kite perbaiki diri baik prmpuan@lelaki....tq...

Admin said...

Olololooo omeynyeeee ;D


Latest Post:
Manusia memang suka cerita tentang keburukan orang lain?

ibuemak said...

tules belog melalui gambar je la wehh. hahahaha.
muka sengal campur photoshoot bergaya, apply modelling jelaa

Anonymous said...

kelakar btl~.. byk btl jenid tudung.. siap tunjuk cara nk pakai lg..

AmirulAzPayne said...
This comment has been removed by the author.
AmirulAzPayne said...

@meerul azmi *pembetulan
fesyen tudung yg last tu lawak, kain putih ngan tali putih hahha

Anonymous said...

tudung senduk??AHAHHA!!KELAKAR UKEH...

cikbedahlaser said...

daebak.... hahahah terbaik....
kalau saya copy sebijik2... minta halal ye... yg part atas tu... best.. yg bawah2 tu. kiuttt??? hahahahahahaha

lamka said...

tatit poyot(sakit perut) baca artikel ni.....
boleh menang kalau masuk Maharaja Lawak

Anonymous said...

aku ketawa sampai ternangis2..hadussss

Hani Syahida ✿ said...

haha..yang last tu lawak

yusrina said...

kelakar siot... hahahaha....

Unknown said...

tutorial yg paling lawak..hahah!

Anonymous said...

Tak kelakar pon.

Anonymous said...

bila orang kata lawak, sy tak tahu kat mane yang lawaknya.. lawak bagi mereka yang menganggap segalanya sebagai hiburan.. tapi kalau diambik semua nie sebagai peringatan, wahai wanita2, kamu takkan kata semua ini lawak..

OhCute (Zila) said...

Membunuh siot tutorial pakai tudung tuh~ last skali yg terbaek!!!!

Anonymous said...

pergghhhh..lawak giler dowh...hahahahah

Anonymous said...

hahahah!!!!ske2!!

Anonymous said...

kenapa perlu memerli orang perempuan yang bertudung sampai perlu buat entry macam ni? u as a man, khalifah kepada kaum wanita sepatutnya menegur cara perempuan dengan baik bukan begini caranya...awak perhatikan kata2 awak tu sebenarnya bukan sebagai satu dakwah tetapi memperlekehkan kaum wanita yg sepatutnya awak bentuk...mungkin ada lebih baik untuk menegur...awak lelaki tetapi bahasa awak seperti makcik2 yang suka mengumpat tuh, tak de beza awak dengan orang yg awak kata...renung2kan selamat beramal

Chenon Ishak said...

Lawak orang tak Ada modal ...tasteless...

Anonymous said...

adoiyai.. teburai usus den golakkan ekau..

Anonymous said...

suka fesyen tudung terbaru bahagian last sekali

Anonymous said...

Lawak tahap gaban!

Anonymous said...

terbaaaeeek!!!!

riena tomato said...

adeh sakit perot aden~

terapi imam muda said...

mak aih..tudung org mati pun ada...

wanie said...

memang cool post ni...hahaha

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHA...xperlu kata apa2. gelak je!NICE!!!

Anonymous said...

lawak ke??kenapa nk perli2 n kutuk2 org yg pkai tudung?org yg x pakai tudung2 tu dh sah dedah aurat..

Anonymous said...

ouh...camwhore rupanya...

pfftt

Family Clicks said...

kelakar nya!! tak tahan nak gelak..

Anonymous said...

Salam, mane boleh lelaki berpakaian menyerupai wanita da.. Entry dh bagus, tp.... :) slmt beramal.

Anonymous said...

lawak gile dowhh..uhuh..tak larat nk gelak..kuikui..

Anonymous said...

hahahaha,,,mmg lawak...berkocak anak dlm perut duk gelak,,,hahhahaha,,,yg marah2 tu terasa ker...hahahaha....

yanti jalaludin said...

boleh teberanak gelak nie..xboleh bla yg last tu..

Azlina S said...

aku suke..aku suke...terbaik la wok

Anonymous said...

@Anonymous model empunyaz tu laki2

Anonymous said...

hahahahahahahahahahhaahahahahaaa...semput perut dok tahan gelak..(satni kantoi x wat keje..)..adoiiii...lawak sungguh..betoi2 apa yg dikata tuh..skrg nih pkai tudung bukan ikut syariat..dh jd trend plak..yg pakai tudung mcm2 tu smua islam acuan sendiri dh skrg nih..astaghfirullahhalazim..

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

hahahaha adoi.. terbaik sialll... suko sgt aku tgk care2 bertudung nie hahaha

Anonymous said...

Kreatis ko ni... Terbaek!!!

Anonymous said...

hahaha..klaka gilee..adoiyai.. :]

warnaeilifeku said...

mantoppp!!!

Aya Ariel said...

muahahah...kak senduk memang best !!
dah baca entry nih..sempoiii..

Anonymous said...

yg siti nurhaliza pakai tu kan TUDUNG SAJI yg org letak kek dan hantaran tu hahaha..mesti dia nyesal seumur hidup pakai benda alah tu serik hahaha

bagus posting ni bro..semoga mendapat pahala daripada nya

faizah M

Adehlaa... said...

Aku baca kat atas neh ada gak NGOK yang dok back up model2 xberbayar kat atas tu (gambar yg last dikecualikan). Come on la dear. Awat yang beriya2 sgt dok menegakkan benang yg basah? Bila Cikgu @ Ustazah kat sekolah dah sampaikan dengan lengkap, yang mana 1 aurat wanita, tapi buat2 bodoh & pekak. Xmau ikut. Tapi bila keluar artikel pasal tudung neh kat sini, terasa hati la pulak. Kenapa jadi gitu? Pasal yg melompat tu makan cili, kan? Pedas rasanya kan? Tak gitu?. Come on la sis. Kalau dah cara baik xnak dengar, haa.. sedara kita neh buat la cara kasar sket. Bila kasar neh, effect dia sampai ke dasar hati. Tapi kalau xpaham2 gak, adoilaa.. Lu Fikir La Sendiri.

Unknown said...

hahahaha ~~~ kelaka giler weeeeiii ! ~ ~ ape2 pown terbaik hahaha..last memang kelako kowt !

Anonymous said...

tibe2 aku rsa bersalah pulak pakai tudung mgikut fesyen ni..

Anonymous said...

klaka tol lar...hahahahaha....bk baca balik2 pon ade...hahahhaa.....

AlamHati said...

best..best...semoga di beri hidayah dan tidak berpaling dari hidayah itu.aminn

PONDOK PONDOK KAYZA said...

Lawak abis. Lelagi bila tgk muka cik kak tu foyos ikat tudung. silap2 gaya cik kak ni lg meletop dr cikgu shida tuuu... Bez... disamping nasihat tentang cara pemakaian tudung ada jgk gurauan sinis wat org tergelak sambil beringat tentang kematian.

Anonymous said...

ade jgk yg pmpn2 ni yg mslim tp xpki tdung...nk tnjuk kan sgt tubuh anda tu..nma je mslim,tp tdung xpkai...ape cer nk bg laki2 tgk rambut...badan...bukit....leher...cantik sgt ke lau xpki tdung ni???sume bnda terdedahhhh bg org lain nmpak????lau bdan tu ramping sgt xpe lar...ni adoyaiii...bertingkat2 kt perut tu...timbul segala2...:))....xmalu ke???jgn plak dh baca sume ni..bru nk wat2 alim yee!!!!nape sblum baca ni...xpkai tdung??????aq pon xabis pikir lar pmpn2 zaman skrg ni...nk sgt ikut tend meneren ni....apa lah sgt tu...jdi kan lah cntoh kt adik2...kwn2...ibu2...bpa2...senang hati diorg tgk anak diorg ni manis bila pki tdung....huuuu.....sape trasa tu aq minta maap ler yee.....dh mmg btul kan....huhu...jgn salah kan org lain yeee....IM SORY....biar pon aq ni non mslim...tp hati aq ikhlas...& teringin nk pkai tdung..nk blajar cara2 smbyg dll....pa2 pon...ubah lah diri anda....(jgn plak bile dh pki 2dung ni,dan2 plak nk gatai2 kt laki org,2nang org,balak org yee!!!!)...

Anonymous said...

@Anonymous

Anon, aper yang ko merapu ni monyet?

Anonymous said...

niat tak menghalalkan cara..niat tu ada nak menegur tapi cara tu macam tak kena...sepatutnya ini bukan bahan lawak. ini soal serius. soal aurat..

Superman said...

aku x nmpk lawak2 kt entri ni..sekadar gurauan tu,biasa la..tp apa yg aku nk tekankan & menarik ttg entri ni,dr segi 'ilmu' & 'peringatan' buat kaum hawa yg MUSLIM...baca je x guna...tp,x berubah gak style tudung tu...sendiri mau ingat...kalau Allah tanya kt akhirat nnt knp pakai tudung singkat&nmpk lurah2/benda2 yg x sepatutnya?jgn pulak nnt djawab "Maaf,saye x tahu..x perasan.." mmg bodoh bangang la jwb gitu dpn Allah..ingat Allah nk terima excuse2 sampah cmni?jalannnn.....

Ena said...
This comment has been removed by the author.
.... said...

terbaek la :)

soutulmujahid.com said...

thnx sudi kongsi trafik. tp nampaknya respond kat sini lagi meletop! huhu. tahniah2...

Ena said...

Adooiiiihaaaiiii
Sakit perut den gelak.. Jem mulut ni... Pipi pn naik tegang dok gelak xyah pakai botox dh.. wakakakaaka

meloon said...
This comment has been removed by the author.
meloon said...
This comment has been removed by the author.
meloon said...

Knapa kak tangkap gambar tak tutup aurat?

Anonymous said...

Hahahahaaa
Tahniah.... Mudah2an ada yg tersentap dan memperbetulkan tudung mereka .... I like...

Anonymous said...

lawak habis... seronok baca... paling best baca perenggan akhir tu... tudung ke kubur tu....

Anonymous said...

@meloon

kerana akak ni lelaki dik~
bukan pompuan tulen~
auwww auwww~

hahaha

Nour Aien said...

HAHAHA :D klaka la mak cikk

Cik Puan Nazatul Sanif said...

TERASA KOT AKU PART2 JENIS-JENIS TUDUNG TU -___-

Amy Lea Fahmi said...

nape model tudung nasilemak ngn tudung siput nmpk muke....????

Anonymous said...

sebagai lelaki, sempurnakan anda?
layakkah anda menjadi imam kepada isteri dan anak-anak?
niat anda xmenghalalkan cara anda,
bagus untuk menegur tapi jadikan ia entry yang lebih telus,
dan bagi pada yang cakap entry ni lawak, its not a joke, u patut pikir.

muuhammad faris said...

mohon share yer...mmg best..hehehe

Anonymous said...

assalammualaikum, wahai pehulis blog. apa yang anda tulis memang betul. dan apa yang mereka lakukan itu memang salah. tetapi tidak perlulah anda menyakitkan jari jemari anda untuk menulis entry ini. janganlah dipertikaikan, kerana sememangnya mereka sudah bertudung dan terbuka hidayah mereka untuk sebegitu rupa. anda sepatutnya menasihati perempuan yang tidak lagi bertudung.kalau semua perempuan di negara kita malaysia yang tercinta ini sudah bertudung barulah ditegur. trend yang dibawa oleh artis itulah yang menyebabkan ramai yang ingin bertudung. biarkanlah mereka, sudah pakai tudung salah, tidak pakai tudung salah. apa yang anda mahu sebenarnya? walaupun mereka bertutup labuh sekalipun nafsu syahwat lelaki akan keluar juga. tolong lah hentikan segala cacian. apa yang kita boleh buat ialah menasihati, bukankah itu lebih baik? masyaallah, kalau ada orang seperti anda di muka bumi ini, sampai bila ajaran islam akan tersebar. fikirkanlah , assalammualaikum.

reiko diana said...

ok yg last tu plg la lawak...aku gelak besar org ingt aku senget sudah!!

maya diana said...

klakar giler yg tutorial tu..congrats bro!!!.hehehe...sakit perut gelak...tak kisah la nak pakai pesen tudung cemana pun....terpulang pada gaya masing2 ..janji tutup aurat...N3 ni sekadar jenaka je...xpayah sentap2....kalo tak ketawa ..hidup tak ceria..bumi pun jadi muram kalo xde manusia2 yg bermacam ragam ni....hehehe

Anonymous said...

Apa2 pn...ambik yg jrnih buang yg keruh....ambikla pngajaran dri apa yg dsmpaikan..jgn cri kburukkan..nti dtutup hidyah Allah pdamu...crilah kbaikan yg dsmpaikan...pd yg blh trima tguran..ambik dn brsyukur...pd yg msh blum dpt trima,jgn dbnding2 kan dn jgn bri alasan...mngkin hdayah Allah blm smpai ..brdoalah

Colourful Life said...

tutorial pakai tudung memang terbaek...!! haha..

Anonymous said...

ada mesej di sini..:)
yang last sekali tu insyaAllah semua merasa..

Anonymous said...

Tahniah pd yg buat entri ni..mmg bagus...nasihat sambil berjenaka..mmg sentapkan hati sape2 yg terasa...so yg tersentap tu...bgus la...berubah je cpt2....

Anonymous said...

yg last2 2 mesti amik dr kak senduk nie.aku ngadu kat dia...hahahaha

ape cer said...

mula2 aku ingat model ni pompuan...kejap je bertukar kejantinaannya pun hadoi cer...

nizam said...

memang bagus entri ni...sentap mak kiah tu...hahaha

Anonymous said...

hahahahha. lawak giler. model to laki ke pompuan? hahha

Linda Harun said...

hahaah sakit perut gelak! mmg best...best sgt2......suke bangat!!!!!

wawaHusin said...

nice..pedas tp ada bernas. n model tu lawa..boleh jd model busana muslimah =p (jgn marah ye, gurau je)

aku tak kesah said...

aku pompuan, tapi aku still rasa mende ni lawak.. korang yang xleh terima, chillax la weh.. lawat terencat sepah, senario & ntah pape lagi yg kt tv tu korang bleh lawak, takkan mende cani korang nak marah??

melayu itu sopan, dalam jenaka ada sindirannya.. apa yg ada kt atas ni, mmg ada benarnye pun..

ismabaizita said...

sakit pewot aku gelak....erm~~tapi ade pengajarannyer.....hu2

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 492   Newer› Newest»

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)