Kenapa hantu kacau manusia??


Aku nk tulis entry nie sbb aku terbaca entry blogger Ady Budika pasal kisah pengalaman misteri dia kt port dickson.. best plak aku baca pengalaman dia...feel seram tu terasa..tetiba je aku rasa mcm ade org kt belakang aku masa baca.wat suspens je tehee..jadi aku tertarik dan tertanya2 nape hantu nk kacau manusia..

Kenapa manusia takut kat hantu??

Kalau dengar orang cerita pasal hantu je mesti meremang bulu roma kan?..napa jadi macam tu??kalau tengok cerita hantu kat TV plak, mesti stanby bantai bantal sebiji depan muka..kalau yang perempuan plak bawak kuar la segala teddy bear, pocoyo, pingu yang ada untuk nak tutup muka..Mengikut hantu dalam TV lah, muka hantu mestilah menakutkan, pakai baju putih, rambut panjang, kuku panjang (sapa rsa kuku dia dah panjang tu bole potong la, hari jumaat sunat tau..free ja pahala dapat), mata merah......dan sebagainya lah..tapi dia pon makhluk Allah gak...kan kan kan...tapi aku pon takut gak...pelik la..napa takut ea?? penah dengar hantu lari melihat manusia?..tak pon dalam surat khabar ke "Pak cik Ali dapat menakutkan hantu hingga menangis teresak-esak"

Selalunya hantu tu datang takut-takutkan manusia dengan muka yang pelik-pelik, pakai contect lens colour merah ang ang,then bila orang takut,dia blah, lari laju-laju...sambil menjerit..argghhhhh...lepas tu hantu tu wat pe????..dia rasa best ke?dalam hati hantu tu cakap "yes! aku dapat takut kan manusia..hik3 *gelak comel"....macam tu?apa yang dia dapat?? Cuba nanti, sapa-sapa yang dapat jumpa hantu kan, gi tanya..apa yang dia dapat dari takut-takut kan manusia ni..dapat hadiah "HANTU PALING MENGERIKAN" dari ABPH ke??..dapat duit?dpt pujian dr hantu yg lain??

Jadi aku rasa memang betul ckp org tua2..kalau nampak apa2 jgn tegur..kalau nampak pun wat dunno je..wat slumber je mcm tak nampak...so secara automatik hantu tu akan pelik hingga dia takut ngn kita plak hehe..maybe dia akan ckp dlm hati "Biaq betui dia tak takut kt aku..tak cukup hodoh ke muka aku nie huhuhuhu..sedeh2" eh hantu ni ckp utaqa plak hehe...

Kalau dalam TV, part-part yang hantu kuar mesti dalam gelap je...elok orang bukak lampu, hantu tu hilang...kan kan kan..kenapa yer?? so, ramai la penakut-panakut hantu tido dalam NUR yang sangat-sangat terang..maka naiklah bil masing-masing..TNB jugak untung huhuh....

Sbenarnya byk lg sbb hantu kacau org antaranya sbb buatan orang, sbb kacau tempat tido dia..sbb terkencing kt umah dia, sbb terbunuh anak dia, sbb dia suka kt org tu sbb org tu cantik dan hensem. eh mcm aku je..mintak dijauhkan..huhu...dan sebab yang aku tulis kt atas nie plak dlm entry aku ni sbb saje suka2 hehehe...syok sendiri hehe...

P.S Pengalaman aku masa kecik..tak seram pun sbb yg kena adik aku hehehe http://kumbangjingga.blogspot.com/2011/03/kisah-seramhati2-kalau-bawak-balik.html


4 comments:

Rasyidah said...

ahahaha! hantu? seram lah...

Liyana Zahim said...

Hahaha.. Anugerah antu plg mngerikan takley blah.. Liyana pcy gak mende2 ni sbb pnh nmpk n kne kacau.. Ustaz ckp jgn tkut.. Kalau tkut die mkn beso.. Dah kalo muke ngeri tak tkut cane.. Hihihi~

Shahada Fauzi said...

mintak simpang le..taknak aku jumpe depa tu..hoho..

Dalilah said...

Hik hik kalah hantu tengok kiter buat blerr!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)