Kisah anak2 berjaya

Aiman, Salleh,Pijol dan Alias buat reunion di sebuah restoran.Dia orang berborak-borak pasal anak-anak dia orang. Masa tu Aiman pergi ke toilet.
Salleh: Bagaimana bisnes anak ko Lias?

Alias: Anak aku berjaya dalam perniagaannya. Tapi aku ayahnya, tak pernah dibelikan apa-apa. Hmm tapi semalam hari jadi awek dia, dia belikan keta BMW baru – boleh plak.

Salleh: Anak aku pulak seorang pemaju perumahan yang berjaya gak. Tapi rumah aku dah uzur dia tak perbaiki pun. Malangnya semalam hari jadi awek dia, dia belikan banglo mewah 3 tingkat siap perabut sekali di Seremban.

Pijol: Anak aku lelaki juga. Dia seorang broker saham yang berjaya juga macam anak korang. Tapi aku sebagai abah dia, tak pernah hulur pun. Yang sedihnya, semalam besday awek dia juga, dia berikan duit RM100 ribu selamba jer..

Alias: Ha, anak ko Man peciter? (Aiman baru balik toilet)

Aiman: Anak aku sebenarnya seorang lelaki, tapi apabila besar sifat dan wataknya menjadi lembut. Puas aku marah tetapi dia degil sehingga dia berpakaian wanita dan membuka sebuah salon.Namun begitu dia sangat baik dengan aku dan selalu hulur kalau dia ada rezeki lebih.

Semalam hari jadi dia, mungkin dah rezeki dia dan aku sekali…. Ada seorang pemuda dah belikan dia kereta BMW baru, tu yang aku drive tadi. Lagi seorang belikan dia sebuah banglo di Seremban siap perabot sekali, esok aku pindah masuk ke sana.

Dan lagi seorang lagi baik hati, bagi dia duit RM100,000. Dia bagi aku separuh, jadi apa korang nak makan hari ni, order jer aku belanja!

Lagi tiga orang tadi terkesima dan terus pengsan....



ALAMAK kantoi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...