Napi ada kawan nama Leman. Leman ni tak penah gi pekan. Duit Leman
memang banyak, hasil bendang tinggalan arwah ayah Leman 20 ekar. Kalau
nak beli ape ape, Leman pegi jek kat deretan kedai kecik kat ujung
simpang depan tu. Macam macam ada, kedai runcit, kedai basikal boleh
kata macam macam kedai lah ada kat deretan kedai lama tu.
Lepas kenduri arwah abah Napi, Leman tertengok la iklan KFC kat tv umah
Napi tu. Dengan kerangupan kulit ayam KFC original recipe berwarna
perang bercahaya. Uiseyhhh... terpaku Leman tengok iklan KFC tu...
Terliur Leman dibuatnye. Leman tanya Napi, kat pekan ada ke KFC. Napi
jawab la “mesti ler ade”. Mula la Leman terbayang keenakan KFC macam
dalam iklan tadi tu.
Esok paginya, Leman terus mengayuh basikal ke pekan, dah dekat 1 jam
barulah Leman sampai ke pekan. Terpusing pusing Leman kat keliling pekan
mencari KFC. Akhirnya Leman berjaya menjumpai KFC yang menjadi idaman
Leman sejak malam tadi.
Leman masuk KFC terus meluru ke kaunter macam yang Napi cakap malam tadi
dan terus memesan menu yang terpapar kat tepi dinding KFC tu. Kena
pulak yang ada kat kaunter, cashier tu ayu dan mengancam pulak tu.
Cashier : Ye encik, pesanan encik?
Leman : Saya nak no.1,3 ngan no.5 tu ek…..
Cashier : take away atau makan sini
Leman : take away tu aper?
Cashier : ohh…. Take away tu bawak balik…
Leman : ooo… (Leman angguk tanda faham)
Kalau camtu, take away lah
Cashier : Semua tiga puluh ringgit dua puluh lima sen sahaja encik
Leman : nah (Leman menghulur duit kepada Cik Cashier yang manis tu)
Cashier : Thank you
Leman punye senyum berbunga bunga. Uiseyhhh… awek KFC ni cakap ‘Thank you’ ngan aku.
Malam tu Leman terus jumpa Napi.
Leman : Kau tau Pi, minah jual KFC tu cakap ‘Thank you’ ngan aku
tengahari tadi, agak nya ‘Thank you’ tu ‘I love you’ tak….. kan thank
you ngan I luv u tu tak jauh bunyi nye tu….
Napi : giler ko, kau tau tak makna ‘thank you’ tu.. ‘thank you’ tu BOD*H tau tak…..
Leman : takkan lah, mesti lah I luv u
Napi : aku nak tanya ko, dulu ko berenti sekolah darjah berapa? Ko takat
darjah 3 jek tau….. Aku sampai darjah 6…. Mestilah aku tau makne ‘thank
you’ tu BOD*H… percaye lah cakap aku.. (Napi agak agak jek pasal Napi
tak pernah lulus BI pun.. haha...)
Apalagi, membuak ler kemarahan Leman kat minah KFC tadi tu… “ade ker dia
kata aku bod*h”. Esok nye Leman terus gi KFC kat pekan. “memang la aku
belajar takat darjah 3 jek. Tak macam Napi tu….
Dengan muka mencuka, Leman terus memesan. Kali ni Leman nak pesan banyak
banyak. Ape minah KFC tu ingat Leman tak de duit ke nak beli KFC.
Walaupun Leman tak berpelajaran tapi duit Leman banyak tau….
Cashier : Ya encik, pesanan encik?
Leman : No.1, 3 ngan 5. Semua tiga set (Leman pesan dengan nada marah)
Cashier : take away atau makan sini?
Leman : take away (uiseyhhh… Leman dah cakap orang puteh)
Cashier : semuanya seratus lapan ringgit, tujuh puluh lima sen sahaja encik….
Leman menghulur RM150.00 kat minah KFC tu sambil mencebik tanda marah.
Leman : kip der chen
Cashier : thank you
Leman : apa thank you thank you. Kau lah thank you (Leman menjerkah)
Semua pelanggan KFC memandang Leman kehairanan. Leman memaling muka kepada pelanggan KFC…
Leman : kau, kau, kau (sambil menunding jari ke arah pelanggan KFC seorang ke seorang sambil berkata) semua THANK YOU
Thank you (kisah Leman kawan Napi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)
2 comments:
hihihihi.. apalah leman ni..
hak hak hak..gelak guling2 yg last tu..kau,kau,kau semua THANK YOU..
Post a Comment