Ajoi lagi femes daripada Najib

Ajoi dan Sumardi sedang berborak dan macam biasa kalau tak bertekak bukan Ajoi dan Sumardi ler tu…Kali ni Ajoi mengatakan kepada Sumardi bahawa satu Malaysia kenal dia.



Ajoi: Siti Nurhaliza pun kenal aku …!

Sumardi: Tipulah endok.. cuba kau buktikan

Selesai konsert, Ajoi dan Sumardi pergi ke belakang stage jumpa Dato Siti Nurhaliza. Ternyata Dato Siti memang kenal dengan Ajoi…Siap main cubit-cubit lagi “Saya memang suka la lawak you tu Ajoi…kira saya peminat awak la nombor satu tau”

Sumardi terkesima tapi dia masih belum pasrah..


Sumardi: Ala tu kebetulan jer.. cuba ko cakap lagi siapa orang terkenal yang kenal ko..

Kebetulan Tan Sri Syed Mokhtar lalu dan Ajoi pun menyapa ..”Tan Sri..! lama tak jumpa!”

Tan Sri Mokhtar: “Ohh Ajoi, saya nak balik ni. Jom la datang rumah, borak-borak minum kopi”

Ajoi: Terima kasih Tan Sri, tapi hari saya bz sikit…

Sumardi tercengang namun masih tidak puas hati..

Ajoi: Hah! Lu tengok..kan aku dah cakap.

Sumardi: Ok Joi.. kalau lu memang terkenal satu Malaysia, tentu DS Najib pun kenal!

Ajoi: Ok jom kita tengok dia berucap kat stadium tu..

Sumardi: Ok.. (takkan kenal kot..)

Selepas setengah jam menunggu, kemudian tepuk tangan kedengaran gemuruh selepas DS Najib selesai berucap. Ajoi tiba-tiba meluru dan bersalam dengannya. Yang memeranjatkan Sumardi ialah DS pun berjabat tangan tak lepas-lepas sambil main cucuk-cucuk pinggang lagi. Lepas tu sambil letak kat bahu Ajoi, mereka turun dari stage.

Lepas tu, Ajoi pun mendapatkan Sumardi tapi dia tengok Sumardi pengsan. Selepas membuat CPR…(buwek) Sumardi pun sedar.

Ajoi: La.. pesal lu pengsan lak?

Sumardi: Diaorang kenal ko, satu hal Joi… yang buat aku pengsan bila aku dengar penonton belakang aku berkata…

“EH SAPA TU YANG BERJALAN SEBELAH AJOI TU….!”

P.S klau x phm baca sampai paham hahaha

8 Budak Comel Komen:

Sam Banjamin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sumardi sentap sampai pengsan... hihihi

belogkiter said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alamak.. siapa joi ni? siapa? siapa dia

Jejaka Terhangat said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wakaka..ajoi lagi terkenal drpd najib tu. mane tak sentap dengar. kahkah...

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku x paham .. motif

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mmg x faham...

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

paham3..org kt back stage kenai ajoi lag dr DS Najib..dasat gilerr..hehe..tp nape aku x kenai ajoi?;p

Intan Dahlia Hashim said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha... kelakar siot....

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha...ksian kt sumardi...ajoi..mcm mna pown ak x knl ko ajoi..hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...