Amaran : Jangan cuba untuk menambahkan tahap saspen dengan mendengar lagu Stress sambil membaca. Dan sila baca dalam keadaan bilik yang terang-benderang (sebab membaca dalam keadaan gelap akan merosakkan mata).
Ramai diantara kawan-kawan aku yang memang dah sedia ada pengalaman dikacau hantu. Lebih-lebih lagi mereka yang pernah belajar di sekolah asrama.
Tetapi aku mula bertemu dengan makhluk halus pada usia yang muda... Pengalaman pertama aku dikacau hantu berlaku ketika aku berumur 8 tahun. Tahun 1991. Tahun itu, tahun pertama aku dan adik aku tidur berasingan dari bilik bapa dan mak aku.
Ia berlaku pada satu malam. Aku tak berapa ingat, apa terjadi pada awal malam itu, tapi aku rasa yang aku masuk tidur tanpa mencuci kaki.
Aku memang selalu terlupa untuk cuci kaki. Gosok gigi pun aku selalu buat-buat lupa.
Malam itu, setelah mengucapkan (menjerit sekuat hati) 'Selamat malam' kepada seisi rumah, aku masuk ke bilik tidur.
Aku kunci jam loceng, sebab perlu ke sekolah keesokkan pagi.
Lepas tu aku selimutkan semua bantal-bantal.
Ah, baru boleh tidur dengan aman..
Tidur dengan aman. Tidur dengan aman. Tidur dengan aman.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi benda terjatuh dalam jam 5.30 pagi.
'Pak!' bunyi benda jatuh tu.
Aku tak berani buka mata luas-luas, jadi aku buka mata kecil-kecil.
Aku nampak makhluk berwarna putih seolah-olah sedang bertenggek berhampiran dengan meja tulis aku. Aku takut. Rasa mahu menjerit, tetapi macam ada gumpalan stokin dalam tekak.
Bila aku nak jerit, suara berdegil tak mahu keluar. Damn you suara!
Meja tulis aku terletak di sebelah tingkap, menghadap ke katil. Jadi, makhluk serba putih itu berada betul-betul di hadapan aku, dan ia kelihatan seolah-olah sedang tertunduk sedikit.
Sampai bila-bila aku tak akan lupakan visual itu.
Sampai bila-bila.
Aku pejam mata kuat-kuat dan menyanyikan lagu 'My Favourite Things' dalam hati.
habis menyanyikan lagu itu aku sudah terlelap semula..
Zzzzzz...
Aku terjaga semula pada jam 6.30 pagi. Jam loceng kejutkan aku. Aku lihat meja, makhluk putih sudah tiada... Aku lari capai tuala dan terus ke bilik mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah.
Di dalam kereta, sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, aku memberitahu mak aku tentang kejadian mistik yang aku alami. Raut wajah mak aku berubah dari ceria ke risau bila mendengar cerita tentang makhluk serba putih yang duduk di sebelah tingkap bilik aku. Aku lihat reaksi mak aku seolah-olah dia merahsiakan sesuatu dari aku. Seolah-olah dia tahu mengenai makhluk serba putih itu. Seolah-olah dia juga pernah ternampak makhluk putih itu. Seolah-olah dia tahu yang bilik tidur aku sebenarnya 'berpenghuni'.
Mak aku kata, 'Imaginasi kamu je tu Jebon.. Jangan fikirkan sangat okay.' sambil kucup dahi aku dan aku turun dari kereta dan melangkah longlai masuk ke pagar sekolah. (Bila perlu ke sekolah, memang langkah aku longlai. Aku tak suka pergi sekolah)
Sepanjang hari aku asyik terfikir tentang makhluk serba putih itu dan mengapa mak aku tak mahu berterus-terang sahaja pada aku tentang bilik tidur aku yang sememangnya haunted.
Sejak dari hari itu, aku tak tidur di bilik sendiri lagi. Aku heret adik aku Nombor 2 untuk bersama-sama tidur di bilik bapa dan mak aku.
Aku trauma.
Selama seminggu aku tak dapat tidur dengan tenang. Kadang-kadang aku buat-buat mengigau. Aku akan buat-buat meracau 'Tidak! Tidak! Jangan! Jangan!' Saja nak buat bapa dan mak aku gelabah.
Masuk minggu kedua, barulah mak aku berterus-terang.
Walaupun aku tak suka dengar kebenaran yang terpacul dari mulut mak aku ketika itu, aku menerimanya dengan hati yang tabah.
Makhluk serba putih yang duduk di meja tulis aku adalah mak aku yang bertelekung (baru selesai sembahyang subuh) dan sedang periksa buku latihan aku kut-kut ada homework yang aku tak buat.
Tak boleh ke periksa buku latihan waktu petang?
SUMBER : http://jebonisme.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)
4 comments:
hehe.. ingatkan betul betul hantu lah tadi.
er, copy blog jebon anak mat noor
http://jebonisme.blogspot.com
yup,copy n paste from jebon's blog!
xde highlight pulak tuh di ambil dr mane kan...
-kipassusahmatijebon-
aduuii.... kelakar kot.. pi mule2 tu seram gak laa... ;))
Post a Comment