Artikel dari laman web Justkhai
Khai terima email dari gadis bernama Zafirah berceritakan mengenai kisah cinta seorang pelajar Malaysia di Korea bernama SOPHIA SURAYA BT RIDZA ABDUH. Kisah cintanya gadis bertuah ni pasti akan buat korang tersenyum atau mungkin cemburu gile bagi korang yang perempuan. Boleh dikatakan, kisah cinta seperti Sophia hanya satu dalam sejuta, atau mungkin inilah satu buat selama-lamanya. Bertuahnya gadis melayu ni ya?
Sophia Ridza di Malaysia hanya gadis biasa tetapi bukan di Korea. Di sana, Sophia adalah gadis yang gadis yang sebaris dengan selebriti. Sophia Ridza adalah rakyat Malaysia yang telah berada di korea lebih 5 tahun untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang Engineering. Entah bagaimana, Sophia boleh terjebak menjadi seorang panel dalam sebuah rancangan tv di korea bertajuk Chit Chat of Beautiful Ladies. Sebuah rancangan yang mengumpulkan gadis-gadis cantik dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia berceritakan tentang pengalaman mereka dengan kebudayaan yang ada di Korea tetapi yang lebih dibincangkan, adalah mengenai lelaki di Korea. Ianya ada ditayangkan di KBS World, CH 303 Astro setiap Khamis jam 6:10 Petang.
Selepas dua tahun Sophia bersama rancangan tersebut, tanpa diduga, pada suatu hari rancangan tersebut di datangi seorang jejaka ‘gentleman’ Korea bernama Jang Dong Ock yang melamar Sophia secara LIVE. Diulangi, secara LIVE yang membuatkan Sophia tersipu-sipu kebingungan. Siapa pembaca Justkhai yang berani buat muka tebal macam tu sila angkat tangan? Hehehe.
Dong Ock sebenarnya dah jatuh cinta pada si Sophia ni sejak pertama kali Sophia terlibat dalam rancangan tersebut. Kira cinta pandang pertama tanpa diketahui Sophia. Samalah macam cinta pandang pertama korang kat Lisa Surihani cuma yang bezanya, korang takkan berani ngadap muka Lisa tu untuk propose dia. Hehehe. Melihat gelagat lelaki se’gentle’ Dong Ock melamar Sophia dengan teramatlah berani, membuatkan sesiapa sahaja lelaki di dunia ini pasti tercabar.
Dengarnya, Sophia kini sudah pun pulang ke Malaysia tetapi hubungan
antara mereka berdua still on. Harapanya agak berkekalan la. No wonder
kerana cinta kepada Sophia, perlahan-lahan akan mengeluarkan rasa cinta
jejaka Korea tersebut kepada Allah dan mengubahnya menjadi seorang
Muslim sejati.
Nantikan sahaja perkembangan kisah cinta pasangan cinta terhebat di
abat ini. Sebuah kisah cinta paling mahal bagi Khai yang jarang-jarang
kita lihat. Sophia Ridza dan Jang Dong Ock.
15 comments:
nak kawen dengan orang melayu je. tak payah sunat :D HAHAHAHHA
Heheh. Baru jaa lepas tgok video ni. Peh tu KJ lak buat entry. Live tu! Bertuah nya. She is the one lucky girls! :)
ape kesudahan dekat diorang berdua? kalau tak silap video ni tahun 2009 kan?
bestnye.. mmg bertuah girl tu..
untung la...:)
http://jiwamovie.blogspot.com/
wow~~~ hem,,,bertuah
Hehehe.terima kasih promote saya punya akaun youtube tu..dengar cerita..mereka dah lost contact..tapi tak tahu la sejauh mana kebenarannya.
bile tarikh sebenar kisah ni? baru lg ke?
@hafefee
dah lama..dlm tahun 2010..hehehe dorang berdua pun dh lost contact sbb jarak jauh..hehehe
ok tQ....
(sbb mcm pnh tgk vdeo ni kt utube tp xingt bile)
ee sweet lh.jles die pndai ckp jpun.huhai
xde feel la..ngn mamat mate sepet kulit putih gebu..wahahhaa
sya da tgok ni,..jeles jugkk..bertuah sugguh sopia..huu..nk sgt tau perkembagn mereka,..betul ke da lost contact ?..syg nye..huu...
baru terbaca...huwaaaa gilerr beshh sophia ...klo la msih together2 mmg beshh ahhh...
Post a Comment