Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.
Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.
Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.
Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.
Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.
“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.
“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.
Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.
“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.
Seluar inikah yang dibelikan oleh ibunya itu???? |
“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
“Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.
Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.
“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.
Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.
“Saya sendiri harap pengajiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.
Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.
Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.
“Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan,” katanya.
Sumber :
1)http://www.sinarharian.com.my/nasional/tuduhan-nur-amalina-liar-hanya-fitnah-1.16296
2)http://padangtemusu.blogspot.com/2012/01/amalina-tidak-liar-saya-yang-belikan.html#comment-form
29 comments:
bagus mak dia...mak dia yg belikan seluar...emak cikgu...penolong kanan lg..no wonder budak2 skolah sekarang xheran dgn cikgu2 skolah
baguslah.. :)
salam kenal dan follow,, jom terjah blog saya.. :)
@nurulsulzali
Hahahaha terbaik punya komen.... Tu lah pasal lol.
la mak dia yang belikan.. mak dia yang amik gambar camtu.. emak cikgu lak tu.. no wonder lak budak2 sekarang camana.. dapat 17a spm.. pandai dalam pelajaran tiket untuk pakai seksi dan kaler rambut da serope omputih ke? lps ni banyak la pelajar sekola perempuan yang tiru amalina..
ayat tak habis tu...
"Saya belikan seluar itu untuk dijadikan seluar dalam..." kata mak amalina.
Amaalina tak liar ! Ibunye yang liar ahaha
hahahha..mak ngn anak sama je..
gambar peribadi????spe suhn lex dlm fb kalu pribadi...
Masy menegur kerana sayangkan anak puan yg dianggap aset negara berbangsa melayu muslim.
Yg sedihnya, masy pula yg dituduh pemfitnah.
Patutnya puan bersyukur krn masih ada yg sayangkn anak puan. Walaupun pahit, anggaplah teguran mrk sebagai muhasabah..
hurm , seorang ibu takkan pernah membiarkan anaknya dikeji dan dikutuk . so, boleh nampak yang ibunya mahu semua ini di hentikan .
so, im wondering . kenapa kaum melayu sibuk sangat mengkeji dan menngutuk amalina ? dea juga seperti remaja lain . buat silap , dea bukan malaikat untuk kita agung2 kan . dan dea bukan makhluk hina yang boleh kita mengata . dea hanya manusia biasa . one day , dea akan sedar kesilapannya sendiri. sudah-sudah lah mengeji . kan tak baik.
sorry . kita doakan sahaja untuknya .
insyaALLAH , dea takkan mengaibkan dirinya lagi . ini sudah cukup sebagai pengajaran .
lkj'kj
p
mak mana ngaku anak buat salah...idola apa ke jadah mcm ni...agak2 dlm keadaan rambut mcm tu, mandi wajib lepas tak?
pakai la tudung time sekolah je....terima kaseh
malu nak ngaku kita cikgu bila penolong kanan pun boleh ckp cenggitu...huhuhu
teruk btl...cmne nk jd contoh...penolong kanan cm2, xheran dak2 sekarang liar...didikan dr sekolah memainkan peranan penting...mmg mak bapak perlu bg perhatian, tp kalo dapat mak cmni...alamat...selamat jalan....
Assalamualaikum…….
Ngapa jadi macam ini,…..dlm Islam kan dah ada cara berpakaiian yg sempurna,….. inilah yg dikatakan berpendidikan tinggi mungkin akan dpt gaji berpendapatan tinggi tetapi kerohanian tahap minima, ingatlah hidup didunia hanya sementara……akhirat kekal abadi. Sampaikan ibu pun pertahankan anaknya, ingailah setiap anak adalah amanah Allah S.W.T. yg akan ditanya nanti bagaimana kita mendidiknya……..ibu & bapa kongsi saham yg sama walaupun tidak menguntungkan…..fikir2kan
Sumber : KENYATAAN IBU - GAMBAR NUR AMALINA CHE BAKRI SEKSI DI SCOTLAND | illustrasiaku .com
Tai kan.. dalam surat khabar harian metro hari ni cakap; amalina cakap "....sebagai seorang ibu, beliau tidak pernah membelikan pakaian yang tidak senonoh"
Hah, tak ke berccanggah kenyataan tu? mane satu betul?
itulah pergaulan memang bisa bikin orang berubah sesuka hatinya
nak try day rmbut blish camni gak ahh .
sebagai ibu dan GPK sekolah akuilah kesilapan dan kealpaan sebagai manusia biasa, janganlah ego dengan mempertahankan kesalahan sendiri dan anak tetapi terimalah segala teguran itu sebagai panduan untuk memperbaiki diri untuk mendapat redha Allah.
tgk,, betapa sygnya mak pada anak,,,, aq rasa,, mak dya sje je ckp cmtu,, tok bela anak dya,, aslkan anak nk berubah,, biarlah segala kesalahn ibu yng tanggung..
cik shaerin, amalina pergi sana bukan guna duit sendiri..tp biasiswa. duit rakyat malaysia...!!
memalukan semua guru di malaysia je...
komen semua maen boo je..
mcm gud2 baek plak..
kan besh klu gpk aku dlu mse sekolah cmtu..pg sekolah pki levi's, rambut kaler..hoh! silap2 pakai short jek aku datang! wuhaiiiiiiiiiiiiiiii
akun dok bayar cukai setiap hari tu antaranya la...hang klu xbayar cukai, jgn citapa....
sebab baik la cakap..lu american lantak lu la...
arap2 xjadi safiah no.2.bru la sesal x sudah mak yg duk bela die.blajo genius..agame..??
buruknya suar tu! lawa lagi guni buah nangka! wekkk, makcik tadak taste ke beli suar?
Post a Comment