Toyota lancar kereta kompak hibrid, Aqua



Seorang wartawan mencuba Toyota Aqua yang akan dijual di Jepun dengan harga RM66,960. - AFP

TOKYO 4 Jan. – Toyota telah melancarkan kereta kompak hibrid pertama, Toyota Aqua untuk pasaran tempatan.

Kereta baharu berkenaan akan dilancarkan untuk pasaran antarabangsa dengan nama berlainan iaitu Prius C, kata Toyota pada sidang akhbar di sini.

Toyota Aqua dilengkapi enjin 1.5 liter dengan 72 kuasa kuda (hp) dan disokong enjin elektrik berkuasa 60hp dijana oleh bateri hibrid nickel-metal.

Syarikat pembuat kereta terbesar Jepun berkenaan berkata, Toyota Aqua hanya menggunakan 2.8 liter petrol untuk setiap 100 kilometer, 8.5 peratus lebih baik berbanding Prius dan kemampuan memecut pada kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 10.7 saat.

Kereta berkenaan turut dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS), program kestabilan elektronik (ESP) dan hiasan dalaman yang lebih menarik.

Toyota Aqua dijual pada harga 1.69 million yen (RM66,960) di pasaran Jepun.




P.S Ini klau masuk malaysia nie pas tolak cukai mau dpt harga lebih kurang RM150 ribu nie hehe..itu pun nasib baik kerajaan dah lepaskan cukai tuk hibrid kalau tak mau jadi RM230 ribu hehehe...kalau dpt harga mcm kt jepun tu susah proton nk cari mkn hehehehe...ini lah sbb mengapa kereta2 dari oversea mahal walaupun sebenarnya harga2nya lebih kurang harga proton ngn perodua je..kalau wat harga sama mesti proton tak laku hehehe..

3 Budak Comel Komen:

joegrimjow said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

prius sangat best. bleh beat prius ni

kanker usus said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

indah sangat tengok mobil nih

Terbakor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

peh lawa siot.. mmg target keta ni la kalau masuk malaysia nanti.. tapi konfem la harga naik mencanak haha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...