"Saya ingat saya hilang sehari rupanya dua bulan", demikian cerita DJ sambilan, Azhar Muhammad, 45, atau dikenali DJ Kahong yang hilang dua bulan di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang, Jalan Kapar, Klang.
Gambar oleh Sinar Harian
Dia yang ditemui oleh orang ramai dalam keadaan berlumpur di lokasi sama telah menceritakan bertemu seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim yang mengajaknya bersembang serta menyerahkan kepadanya rantai leher dan tangan berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil tertulis ayat al Quran.
Sebelum hilang, dia mencari siput di kawasan hutan bakau di pengkalan nelayan dan disahkan hilang pada 10 Ogos lalu.
Baca selanjutnya : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment