LG Perkenal Model TV Boleh Gulung Seperti Kertas





Setelah berjaya memperkenalkan model televisyen paling nipis di dunia yang boleh dilekatkan di permukaan dinding macamwallpaper bulan lalu, kali ini LG bakal muncul dengan model yang lebih canggih.

Firma gergasi elektronik Korea Selatan itu dilaporkan akan mempamerkan set televisyen saiz kecil dengan skrin boleh digulung sehingga ukur lilit 3 sentimeter seumpama kertas tanpa menjejaskan langsung kualiti lapisan layar.

Ia masih lagi mengguna pakai teknologi televisyen keluaran LG sebelum ini iaitu OLED atau organic light-emitting diode yang dahulunya seumpama kertas dinding untuk ditampal pada ruang permukaan dinding rumah.



Kini teknologi OLED ini diubah suai agar boleh digulung, namun buat permulaan LG hanya mencipta skrin kecil berukuran 18 inci sebelum meningkatkan saiz TV super-tipis itu sehingga 
lebih 60 inci menjelang tahun 2017.

Prototaip model paling canggih tersebut yang ideanya sudah didedahkan kepada umum sejak tahun lalu; bakal dipamerkan menerusi persidangan Society for Information Display 2015 di Amerika Syarikat pada Ahad ini.

OLED dijangka menjadi model televisyen masa depan dan bulan lalu, LG melancarkan beberapa model yang menggunakan teknologi ini dengan saiz ukuran 55 inci yang tebalnya pula kurang daripada 1 milimeter.

Harga TV OLED 65 inci keluaran LG, misalnya mencecah AS$9,000 (RM33,300) tetapi syarikat itu yakin dengan masa depan teknologi tersebut sejajar dengan kecanggihan industri penyiaran dunia.
- CARI Infonet




Sumber : Agensi/ H.A.Amree

0 Budak Comel Komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...