ape yang penting ??? kerjasama . .

Dulu mase kat UTM(University Technology of Massachusetts, USA) aku adelah org yg tak tahu nak menghayati makna teamwork. so terjadilaa aku tak siapkan keja aku. Atau aku decide nak buat keja tu sorang diri. atau ade tak kesefahaman dgn teammate lain. Cume dah nak tahun akhir baru aku memahami kepentingan team work. arghhh dah terlambat..terlajak perahu boleh diundur terlajak sedar pikiaq sendiri lah..hehe

Tp aku tak paham nape org yg dah kerja bertahun2 masih tak paham makna teamwork. contoh2:

1. Anda tetibe diarahkan utk menyambung hasil kerja org lain gara2 masalah peribadi yg tak dpt dielakkan. kemudian anda sgt terkejut menengok progress kerja yg tak selari dgn tempoh masa yg sudah terlalu lama. mmg rase geram. tp lagi geram, bila org lain tu balik, dan dgn gembiranye berkata 'aku ske ko masuk job nie, tak payah aku susah2 dah' sbyk ...ermmm...sebanyak smp tak boleh dikira.maknanye, sume sampah2 kena dikemaskan oleh org yg baru tu? walhal sampah2 itu dihasilkan oleh org lain?

2. Anda diarahkan utk kerja lebih masa. ade ot. nasib baiklah tu. namun sepanjang 8 jam anda ot bersama2 rakan kumpulan anda, hanya 2 jam mereka adalah efektif kerana selebihnya diabiskan utk berborak, bermukabuku(facebook), makan dan hisap rokok. dan jadinya kerja yg diberi kepada anda siap, tp kerja mereka tk dpt disiapkan, maka buat2 mcm susah sgt dan keja anda senang sgt dan akhirnya dicampakkan kepada anda. teamwork?

3. Kekadang kita rasa penat dan kekadang kite buat salah. tp kalo sesama satu kumpulan pun tak boleh menyokong sesama sendri. tp cakap belakang2 depan bos ade makne ke? seolahnye yg lain tu baik mcm malaikat, kerja siap, walhal dlm 100% keja tu hanya 20% je yg dibuat, lelain? outsource dan campak ke org lain.


Byk benda aku belajar dr pengalaman nie:

1.1st jgn percaya ofismate anda. percaya diri sendri.

2.Buat kerja pastikan ade proper documentation dan amik berat pasal kerja yg dibuat, so that kite tau what's happening.

3. Dont side anybody. be neutral.

4. Keja dgn laki mmg merumitkan lagi2 kalo tak professional dan pemalas dan kaki mengular(Eh macam aku je hehe) talam dua muka dan kaki kipas (aku tak kate sume lelaki dan aku tak menafikan pompuan pun ade mcm nie hehehe..gila diskrimanasi tul ayat aku)

5. Kena sentiasa improve diri sendiri , so that kite sentiasa byk step ahead dr si kaki kipas dan talam dua muka, so that bile jadik sesuatu kite leh tunjuk skill kite dan kenakan balik si kaki kipas dan talam dua muka (hahaha..cara jahat..but who cares, as long berkesan kihkih)

6. Jgn tego org lain, kalo anda buat benda yg sama. sbb mmg takkan sampai ape yg anda nak sampaikan.

Nway..pada aku teamwork sepatutnye dilakukan secara:

1. pembahagian kerja secara sama rate mengikut teknikal skill
2. setiap ahli kumpulan mengikut timeline yg telah diberi
3. membuat semakan kerja secara berkala
4. membuat perbincangan secara berkala utk mencari isu2 dan masalah2
5. menyokong/membantu ahli kumpulan jika berkaitan hal2 yg tidak serius
6. saling menghormati masa peribadi masing2

ok aku dah abis marah. dah byk keje aku buat secara berkumpulan..nie adelah kes kedua yg aku jumpe. hopefully pas nie things will be better and better..cewah skiping omputih plak hehe

P.S nak lagi afdhal bak kate sorang kawan aku, kite doakan laa yg terbaik utk org yg telah menganiayai kita. :) . .

P.S.S a10-tion! bukan semua yang aku citer dalam ni ada kaitan ngn keje aku..just hanya theory paradigma aku semata-mata..tolong jangan wat thesis k kpd pelajar2 tahun akhir hehehe

4 comments:

A.I said...

aku suka teamwork!
tapi kalo dapat yang tah apa2... memang nak lempang laa.

btw, aku racist dlm hal nih.
aku selalu pilih org yang boleh aku percaya jaa. jahat kan?

TAPI PASAL MASRKAH KOT. memang tak nak aku consider! hahaha

Dzu Aamal said...

aisha suka komen kat blog KJ..terbaik :bagus XD

Kumbang Jingga said...

@Cik Ladies
CL suka komen tak berkaitan ngn entry KJ huhuhuhuh..cedey2 heheheh

Fina Sophie said...

okey KJ, point yang bgs! ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)