Antara Aku dan Manis...

Hai semua ape kabare anda? Lama btol aku tak update blog yer. Sungguh lama. Semalam kot last hehe.. Entah kenape laaa terase malas bebenor. Nak kata bizi tu, takdelah bizi sangat sampai tak update. Tapi aku ni suka menulis bila ada mood jer. Macam sekarang, ada lah mood.. sikit. Hehehe.

Jadi.. apa kaitannya dengan aku dan manis? Jangan salah anggap, aku bukan nak kata aku ni seorang yang manis apatah lagi hitam manis sekalipun (nak kata diri sendiri tak hitam lah ni hehe). Tapi aku nak citer aku ni ada masalah sikit dengan menda-menda manis. Aiseh...

Kepada yang dah kenal aku, mesti tau aku jarang sangat makan menda manis macam kek, cokelat, ataupun minum air manis selalu. Aku banyak makan makanan ruji kita jer, iaitu NASI. Air pulak lagi sedap kalau air kosong jer.

Baru-baru ni aku pergi buat medical check-up, yang free, tajaan Gleaneagles Intan Healthcare(bukan nama sebenar). Sebenarnye diorang nak promote program kesihatan diorang, caranya ialah kasi medical check-up free. Program tu agak murah lah jugak, memang bagus, cuma aku takde budget nak join. Huhuhu. Kalu korang berminat nak join, nanti tanyalah pada aku.

Daripada result medical check-up aku, glucose (sugar level) aku sangat tinggi. 14.9!!! Menghampiri 15. Agak kronik jugak tuh. Bak kata Jo kapasitor, kalu dah tahap tu patutnye kena masuk wad. Hahahaha. Tapi mungkin pasal aku sarapan dengan nasi lemak kot. Lepas check, ada sesi perbincangan sikit, dan aku dinasihatkan kurangkan makan nasi biasa. Elok makan Nasi perang (guna beras padi huma tuh). Macam-macam laa diorang nasihatkan aku, dan aku pulak semakin cuak. Kalau dibiarkan nanti aku akan dapat Kencing Manis pada usia semuda 26 tahun! Aaaaaaaaaaa tak mahu~~~

Nak kata aku minum air manis, tak sangat. Sukan pun selalu. Tapi aku yakin nasiklah yg punya angkara sebenarnya. Malaysia ni negara paling banyak ada pesakit diabetis dalam Asia, seramai 25%! Semuanya disebabkan makanan ruji kita adalah Nasik. Tapi kalu tak makan nasik nanti, susah pulak. Nak-nak lagi kita ni orang melayu, nasik tu takleh dipisahkan dah.

Kepada korang semua, aku nasihatkan rajin-rajinlah pergi buat medical check-up. Korang takkan tahu apa sakit yang korang ada. Tengok macam aku, umur 26 dah tinggi dah sugar level. Sekarang hari-hari aku cuba makan menda pahit. Teh itu inilah. Peria Kataklah. Air yang dah difilter khas lah. Huih macam-macam. Nak sihat punya pasal.

Haih.. manis sungguh darah aku nih...mengalahkan darah manis pengantin baru kihkihkih

2 comments:

Mss Ieza said...

tu bkn thap normal gula dlm drah???

Liyana Zahim said...

Kekdg faktor kturunan.. Oh nasik keparat? Sian nasik itu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)