Gadis perlu tahu tanggani PMS. Foto: Lensahasrul |
Salam semua anak gadis yang tersenyum-senyum.
Hari ini cuti am. Apa yang si anak gadis buat ehh? Hmm anak gadis saya ... sedang tidur dalam buaian... hehehe... Ehh ada ke anak gadis jenguk blog ni ekk? Ada? Kalau ada bagi link kat ruangan komen ehh. :)
Entri kali ini adalah untuk anak-anak gadis; dan untuk lebih khusus kepada mereka yang ada masalah dengan PMS. EHh apa tu PMS? PMS ialah singkatan untuk Premenstrual Syndrome. Ia bukan penyakit, cuma gejala normal untuk gadis yang ada kitar haid.
Bila berlaku PMS pada wanita, selalunya dia akan lebih beremosi dan berasa kurang selesa, dan kadangkala tertekan. Wanita akan cepat marah, selalu moody dan mudah tersentuh. Jadi macam mana nak mengurangkan gejala ini? Sebab gejala ini boleh efek kepada pasangan kita dan orang yang berada di sekeliling kita (kita? saya PMS ke???).
Bagi mengurangkan gejala-gejala PMS, saya nak berikan sedikit petua dan info mengenainya. Jika anda alami PMS, cuba kurangkan atau mengelakkan sama sekali pengambilan kopi, coklat, soda dan makanan yang mengandungi banyak gula. Ini bukan saja suka-suka saya nak cakap ehh .. ini adalah berdasarkan kajian.
Kajian yang dilakukan oleh Barbara Silbert D.C. , seorang pakar kesihatan wanita di Newburyport, Massachusetts, US berkata pengambilan makanan boleh mempengaruhi gejala PMS pada wanita. Malahan, sejumlah pakar menyarankan anda melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang sememangnya kaya serat, di dalam diet anda.
Dan sebagai berpengalaman dalam hal ini (kononnya lah kan), saya saran anda minum atau makan makanan yang mengandungi kacang soya, kerana ia betul2 membantu. Tak percaya? Cubalah yer. Ia dipercayai dapat membantu tubuh mengatasi perubahan hormon selama kitaran haid.
Kajian yang dijalankan oleh Massachusetts Institute of Technology pula mendapati, jus kentang dapat menghilangkan gejala PMS dalam masa lebih kurang setengah jam sahaja. Hmm .... so pastikan ada jus kentang ... erkkk jus kentang? Biar betulll .. ada ke ehh? Ini pertama kali saya dengar akan ujudnya jus kentang. Dari penyelidikan, kentang mengandungi sejenis bahan kimia - triptofan yang diperlukan oleh asid amino yang dapat membantu menstabilkan reaksi kimia, penyebab perubahan mood.
Ketidakseimbangan hormon semasa PMS ini iaitu estrogen dan progesteron dikatakan penyebab kepada masalah kekejangan dan pendarahan yang banyak. Hormon ini memainkan peranan utama dalam sistem reproduksi wanita. Biasanya, wanita yang mengalami masalah haid memiliki terlalu banyak estrogen dan kurang progesteron dalam satu hingga dua minggu sebelum masa haid tiba.
Ketidakseimbangan itu jugalah yang mencetuskan gejala-gejala seperti sakit kepala dan perubahan mood wanita yang ketara.
Jadi cuba kawal situasi semasa PMS. Dan bagi lelaki pula .. jangan persendakan wanita yang mengalami PMS, sila beri sokongan dan faham keadaan mereka. Jangan pula anda tersentuh hati dengan wanita yang berada dalam PMS.
Selamat ehh menghadapi PMS.
1 comment:
aiyakk..haha
Post a Comment