Luar Biasa! Sumpah Mubahalah Saiful Telah Terlihat Kesannya !!!


Waaa panasnya tajuk entry tu hehe..sebenarnya nak cerita pasal skang ni tengah kecoh orang duk bergaduh kat forumer cakap yang anwar kena tuduh pasal video seks tu adalah kesan dari mubahalah saiful....lupa nak cakap..forumer tu orang yang suka berforum hehe..

Jawapan aku senang je..wallahualam..hanya tuhan saje tahu itu kesan dari mubahalah saiful atau tidak..tak yah gaduh2 lah hehehe...apo daa heheh

Jadi entry kali ni aku nak tulis sedikit apakah kesan-kesan kepada orang yang mubahalah ataupun sumpah laknat...

1. Ibn Hajar al-‘Asqallani berkata: “Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan.”

2. Seorang ulama India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari (الشيخ أبوالوفا ثناء الأمرتسري) telah melakukan mubahalah dengan Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang mendakwa dirinya seorang Nabi. Lalu Allah S.W.T. membinasakan Mirza Ghulam Ahmad selepas setahun dari hari mubahalahnya. Manakala al-Syeikh Abi al-Wafa’ terus dipanjangkan umurnya hampir 40 tahun selepasnya. (Sila lihat al-Qadyaniyyah Dirasaat wa Tahlil oleh Ustaz Ihsan Ilahi Zahir. m.s. 154-159)

Sumber:http://soaljawab.wordpress.com/2008/07/09/hukum-hakam-mubahalah/

Sumpah laknat atau mubahalah yang dilakukan pada 15 Ogos lalu, apakah balasan-balasan yang boleh berlaku?

DR. MOHD. RADZI: Hanya Allah yang tahu. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan? Dalam mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat para mukminin. Maknanya sumpah itu meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.

Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira Islam dan bukan Islam. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta.

Sumber:http://drradzi.protajdid.com/?p=3

Al Arqam Hancur Selepas Doa Mubahalah


Al Arqam Hancur Selepas Doa Mubahalah
Zabidi Mohamed
Bekas Penasihat Undang Undang Al-Arqam
Apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin meminta kedua dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya 'bermubahalah’ atau bersumpah, ada yang sangsi adakah cara ini dapat menyelesaikan masalah.
Namun, bagi bekas Penasihat Undang-Undang Kumpulan AI-Arqam, Zabidi Mohamed, kaedah ini pilihan yang sangat baik kerana mengikut pengamatan beliau, inilah penyelesaian yang Allah berikan semasa isu berkaitan ajaran Al-Arqam melanda Negara satu ketika dulu.
“Allah SWT telah memberikan jawapan-NYA kepada sembahyang Hajat dan Doa Mubahallah yang telah kami lakukan di seluruh markas-markas al Arqam di mana para wartawan turut menyaksikannya ketika itu," ujar beliau semasa ditemui di ibu negara baru-baru ini.
Menurut Zabidi, dalam sembahyang hajat dan doa Mubahallah yang dilakukan pada 30 Jun 1994 itu, semua pengikut kumpulan al-Arqam telah memohon kepada Allah agar segera tunjukkan di dunia lagi bahawa 'kebenaran' itu benar- benar kebenaran. Manakala yang 'batil' itu benar-benar kebatilan.
Ketika itu semua pengikut al-Arqam sangat yakin berada di pihak yang
benar. Sebab itu mereka memohon bersungguh-sungguh agar Allah SWT
menunjukkan di dunia lagi supaya yang benar itu dimuliakan. Begitu juga
sebaliknya, bagi siapa yang berada di pihak yang batil, clihinakan mereka dengan segera.
"Malah dalam doa mubahalah itu, Ustaz Ashaari dan kami telah memin­ta Allah berikan jawapan segera dalam tempoh tiga bulan dari tarikh doa tersebut dilakukan, agar yang batil segera di­hukum dan dihina di dunia lagi," jelas Zabidi.
Doa Mubahalah
Menurut Zabidi, transkrip Doa Mubahallah tersebut yang dikarang sendiri oleh Ustaz Ashaari tanpa campur tangan daripada mana-mana pemimpin al-Arqam lainnya, telah beliau bukukan dalam buku karya beliau; Arqam Ter­sungkur di Pintu 'Syurga' yang sehingga kini telah dicetak sepuluh kali cetak dan terjual sebanyak lebih 40 ribu naskah
Butiran doa tersebut adalah:
"Marilah kita pada malam malam Isnin dan Jumaat berkum­pul untuk bertahlil di setiap markas dan perkampungan al Arqam di selu­ruh dunia. Sesuai dengan waktu ini kita sedang dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan oleh pihak tertentu. Maka marilah kita beramai-ramai sebagai orang Islam yang yakin Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Penyelesai segala masalah, sama-sama mengadu kepa­da Allah sungguh sungguh, agar den­gan itu segala fitnah yang sedang me­landa umat Islam segera selesai. Oleh kerana tidak ada lagi tempat untuk kita mengadu di bumi ini maka kepada Allah tempat yang paling tepat dan layak untuk kita mengadu. Bila kita mengadu dengan Allah itu Tu­han kita bersama.
"Marilah kita pasang niat sungguh­ sungguh pada malam-malam tersebut kepada Allah agar Allah tunjukkan ke­benaran itu kebenaran dan batil itu ke­batilan. Siapa yang benar biarlah Al­lah tunjukkan di dunia lagi supaya dia dimuliakan. Begitu juga sebaliknya, ba­gi orang yang bersalah atau batil biarlah di dunia lagi mereka terhina. Andai kata kita yang membawa kebatilan itu, mu­dah-mudahan dengan kebatilan itu kita dapat membaiki diri dan bertaubat. Agar dapat kita selamatkan diri dari azab Ner­aka Allah.
"Begitu juga sebaliknya, jika mer­eka yang menuduh itu yang membawa kebatilan, moga-moga mereka insaf dan sempat pula bertaubat. Kita harap mu­lai tarikh ini hingga sekitar tiga bulan yang akan datang, Allah akan beri jawa­pan. Supaya dengan jawapan itu, orang ramai tidak tertipu dengan mana-mana pihak. Dan mereka dapat menetapkan pendirian di pihak yang benar.
"Kalau ada pula pihak-pihak lain yang tidak senang dengan kami, dan mer­eka ingin membuat majlis seumpama ini, kami juga sanggup untuk turut ser­ta menadahkan tangan berdoa bersama­ sama mereka. Kalau Pusat Islam, Jabatan Agama atau ABIM, hendak mengadakan majlis seumpama ini dan meminta kami ikut Berta meramaikan majlis itu, insya Allah kami juga sanggup ikut bersama­ sama berdoa menadah tangan.
"Sekiranya kamilah yang bersalah, mudahlah untuk kami bertaubat. Ini­lah caranya Mubahallah yang dapat ki­ta buat dengan mengadu kepada Allah Taala. Oleh itu marilah kita sama-sama menadahkan tangan mengadu dengan Allah sepenuh hati. Kami rela wahai Tu­han, kalau kami lah yang bersalah, Eng­kau tunjuklah kesalahan kami supaya kami dapat bertaubat. Begitu juga ka­lau sebaliknya, moga-moga mereka juga akan bertaubat.
"Wahai Tuhan, Engkaulah tempat kami mengadu. Engkaulah sebaik-balk Penghukum, Engkaulah yang Maha Adil dan Engkau yang akan menyelesaikan segala masalah".
Jawapan Allah SWT
Menurut Zabidi, Allah kemudian­nya telah memberikan jawapan-Nya. Tetapi kerana taasub pengikut al-Arqam tidak menyedarinya kerana mereka telah buta mata dan buta hati.
"Saya telah senaraikan apa. yang Al­lah telah tunjukkan berlaku dalam tem­poh tiga bulan seperti yang diminta oleh Ustaz Ashaari," tegas beliau.
2 Julai 1994- Ustaz Ashaari dan rombongannya ketika sampai di Changi International Airport telah dilarang me­masuki Singapura. Ustaz Ashaari terpak­sa bermalam di lapangan terbang tersebut dan kemudiannya telah diarah oleh kerajaan Singapura meninggalkan Singa­pura dan kembali ke Thailand. Peristiwa ini memeranjatkan Ustaz Ashaari kerana dia tidak pernah dihalang memasuki ses­ebuah negara sebelum ini.
5 Ogos 1994- Majlis Fatwa Kebang­saan telah mengisytiharkan Fatwa peng­haraman ke atas Aurad Muhammadi­ah serta amalan-amalan yang berkaitan dengannya. Pengisytiharan ini telah dibuat secara langsung melalui televisy­en kepada. rakyat Malaysia.
24 Ogos 1994- Pertubuhan al-Ar­qam diharamkan oleh Pendaftar Per­tubuhan dan pihak polis memulakan tindakan menyerbu premis dan perkam­pungan al-Arkam di seluruh negara.
2 September 1994- Ustaz Asaari di­tangkap di bawah Seksyen 73 (1) Akta Ke­
selamatan Dalam Negeri (I.S.A).
"Semuanya berlaku dalam tem­poh tiga bulan seperti yang diminta oleh Ustaz Asaari. Allah SWT telah memberi­kan Jawapan-Nya," jelas Zabidi lagi.
Menurut beliau, hakikatnya Allah sendiri yang hancurkan al-Arqam. Sebab itulah mengapa sejarah menyaksikan al­Arqam hancur sebegitu rupa dan sebegi­tu tragis hingga lenyap dari muka bumi ini.
Tragedi umat abad ke 21
Kesalahan Ustaz Ashaari dan al-Arqam bukan se­takat dengan kerajaan dan rakyat Malay­sia, malah yang paling besar kesalahan­nya adalah dengan Tuhan. Iktikad salah yang menjadi pegangan yang telah difat­wakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebang­saan seumpama 'Pintu syurga' yang di­damkan selama ini rupa-rupanya adalah 'Pintu neraka.'
Bagi Zabidi apabila Ustaz Ashaari ti­dak bertaubat sebagaimana yang dijanji­kannya dalam doa. Mubahalah, sehingga berlaku tangkapan kali kedua dalam je­maah al-Arqam. Kesan doa Mubahalah itu masih terus berlaku. Ini dapat dilihat kesukaran demi kesukaran yang ditang­gung Ustaz Ashaari selepas itu.
"Saya melihat dalam al-Arklam ter­dapat ahli-ahli yang ikhlas yang datang kerana dorongan untuk memperbaiki diri dan berkorban demi kemuliaan Is­lam. Saya yakin doa mereka diterima Al­lah. Malangnya Ustaz Ashaari tidak se­dar dan memanipulasi keadaan tersebut dalam 'agenda tersembunyinya' yang terkandung dalam fahaman fahaman yang difatwakan salah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Merujuk kenyataan dan tulisan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menggambarkan kesan Mubahalah kepada fizikal dan pemikiran pelakunya, Zabidi amat bersetuju. Menurut Zabidi, kesan itulah yang ditanggung oleh bekas pemimpin tertinggi al-Arqam.
Katanya, sebagai contoh, Ustaz Ashaari dulunya seorang penulis yang banyak menulis buku-buku yang mam­pu membangkit semangat pengikutnya. Namun selepas pengharaman al-Arqlam, buku karangan beliau yang bertajuk Na­sihat untuk Bekas-Bekas Arqam' mem­perlihatkan kekecewaan beliau dan menggambarkan beliau sebagai seorang yang kalah dan lemah. Buku karangan is­terinya Khadijah Am bertajuk 'Pemimpin Ajaib' tidak mampu menaikkan imej Ustaz Ashaari seperti sebelumnya.
"Saya melihat juga perubahan fizikal beliau. Dari seorang pemimpin yang berkarisma menjadi seorang yang sangat uzur. Saya mendapat khabar, pa­da. tahun 1997 beliau diserang angin ah­mar dan terjatuh di bilik air. Kemudian sukar untuk bercakap dan sejak itu kesi­hatannya semakin menurun. Hari ini be­liau menggunakan kerusi roda dan me­makai lampin pakai buang," ujar Zabidi yang meyakini doa Mubahalah sangat berkesan mencari kebenaran di sebalik kekeliruan yang timbul.

Sumber:http://grenbara.bravejournal.com/entry/27615

P.S Kita tunggu dan lihat je sape yang menerima balasan tuhan..tak mo gaduh2 sesama melayu dan islam..sapa yang rugi..kita juga hehe

8 comments:

SyerAgh said...

mintak izin nak share

! Sam Posmen ! said...

artikel yang menarik. akibat natijah politik, agama sekarang ini selalu di permain-mainkan. memang terdapat kesangsian yang mana betul yang mana salah. kita sebagai rakyat biasa, rakyat yang mempunyai pertimbangan janganlah selalu cemas sampai mengeluarkan fatwa-fatwa yang mengelirukan. fakta yang kesahihannya di ragui. kerana itu boleh menimbulkan firnah dan perpecahan. sebagai mana terbukti dan dapat di lihat sekarang ini sesama agama, sesama bangsa sendiri bercakaran akibat perkara ini. agama lain bertepuk tangan bersuka ria. di mana silapnya? tanyalah diri

Anonymous said...

assalam...menarik entri ini.Aku setuju kita tunggu dan lihat...Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui

Anonymous said...

entry yang best. baru tahu pasal ni. dan setuju, kita tunggu je. tengok siapa yang benar, insyaallah..Allah akan tunjuk..

Kuceng GediX said...

memang ada ker sumpah macam ni dalam Islam??? maaf lah sebab gedix tak pandai agama sangat tapi yang gedix tahu cuma sumpah yang dibuat isteri bila suami menuduh curang...
kalau ada betol2 sumpah macam ni yang boleh dibuat oleh orang yang nak sangat2 kebenaran itu terbongkar, kenapa anwar tak nak buat???
kenapa baru2 ni dia kata mana ada dalam Islam hukum sumpah2 ni...
isteri dia tudung labuh nampak macam alim2 takkan tak tahu wujudnya sumpah macam ni??
musykilnyaaaa permainan dunia...

Kumbang Jingga said...

Entah lah kuceng gedix..KJ pun tak bape tahu..sumpah laknat dalam hubungan suami isteri memang ada..mubahalah ni ikut apa yang KJ tahu adalah jalan terakhir..mesti mula kan dengan hukum hudud qisas dan qazaf dulu...kalau hudud dan qisas tak dapat selesaikan baru guna kaedah lain macam dna ke.gambar ke..video ke.bukti2 lain ke..kalau still tak dapat penyelesaian baru mubahalah..iaitu tuhan yang selesaikan..tuhan sendiri yang akan jadi hakim selepas bermubahalah tu..baik tanya kt ustaz untuk lebih pasti hehehe...

Kumbang Jingga said...

lupa nak cakap..KJ tak sokong anwar..nak tau sebab ape..sebab dia tak membalas sumpah si saiful dan sumpah datok ape tah yg video seks tu...memang lah hukum dia tak wajib membalas sumpah tapi ia penting bagi tak mengelirukan masyarakat...even dr asri bekas mufti perlis pun suh anwar membalas sumpah tu..sumpah laknat ni bukan perkara memain..kalau orang tu berdusta tapi bersumpah dia akan di laknat dan rahmat akan menjauhi...

P.S Ada sapa2 berani nak buat sumpah laknat yang anwar tak bersalah hehehe..kalau ada memang orang tu tak takut mati hehehe

Kuceng GediX said...

hahahaha... dalam hal macam ni... bukan politk yang berkait... tp orangnya...
ramai yamg mungkin sokong dia kerana partinya... tapi orang tak dapat nak bezakan macam mana dua benda tuh jauh menyimpang... sebab parti akan bertukar pemimpin... tape lah... bia semua ni Tuhan yang tunjuk... senang cerita... Dia lagi tau segala2 nya... kan kan kan???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)