Kisah lift di UTM skudai

Gambar Hiasan

Terdetik hati nak tulis entry ni sebab tadi aku ada terbaca entry Ameenmuslim [Link] . Kisah yang hampir dan jauh sedikit hampir dengan entry yang aku nk tulis ni hehehe...

Kisah ni berlaku masa aku kat UTM skudai dulu..tak silap masa tahun pertama kot. Aku dengan sorang lagi kawan aku farid kamil ( bukan nama sebenar) pergi ke fakulti pengajian islam sebab nak hantar asignment subjek TITAS kot..aku pun dah tak bape ingat sebab musabab kami pergi ke fakulti tu...

Sampai je terus kami bergegas ke lift fakulti tu sebab time tu dah nak lunch..kena rush sikit sebab pukul dua ada kelas lagi..sampai je kat lift fakulti tu..dah ada sorang gadis muslimah tengah tunggu lift turun..maybe dia pun nak naik jugak kot ke tingkat atas..sebab ape aku kata dia gadis muslimah sebab dari pakaiannya bertuduh labuh berbaju kurung tapi masih cantik mata memandang..orangnya jugak boleh tahan manis maybe dari cahaya imannya...huhu

Sampai je kami kat situ pintu lift terbuka bagai sudah tahu kami nak cepat..gadis muslimah tu masuk dulu..pastu baru kami masuk...dia dah tekan nombor pastu dia kuar..kami ni pun apa lagi tercengang lah..aik nape dia kuar balik ni...kami tanya dia tak nak naik ke..dia hanya mengelengkan kepala sambil memeluk buku-buku nya..erm..pastu kami biarkan pintu lift tertutup sendiri dan naik kat atas

Dalam lift sementara sampai kat tingkat atas..aku tanya kawan aku nape dia tak nk naik sekali..kawan aku cakap dia takut kot..ni mesti dia tengok muka ko ni tu yang dia takut tu..aku bergurau dengan kawan aku tu...kawan aku cakap patutnya kita bagi dia dulu naik sorang2 sebab dia dh tunggu lift tu dulu..tetiba kami berdua rasa sangat sangat bersalah..rasa malu sangat2.ye lah kalau dengan gadis lain dorang selumber badak je naik sekali dengan laki...walaupun sorang diri...

Baru kami sedar yang dia adalah seorang gadis muslimah yang solehah lagi beriman.menjaga tatatertib dari menimbulkan fitnah...maybe dia budak ijazah pengajian islam kot sbb tu fakulti pengajian islam

Sebenarnya fakulti pengajian islam ni dekat dengan hostel kami..bila kami naik bas gi kuliah bas ni akan singgah di fakulti ni amik budak PPI (Pusat Pengajian Islam). Sangat kagum dengan dorang ni..ye lah. time tu aku duk sorang kat bangku bas tu..ada lagi satu tempat kosong..bangku lain juga hampir penuh..bila dorang naik je dorang sanggup berdiri tak duduk sekali sebelah laki..jadi bila tengok dorang naik je aku dah tau dah..so aku g duduk di bangku kosong sebelah laki..bagi tempat kt dorang..gentleman tak hehehehe

4 comments:

cik payung umbrella said...

kj, cp baca ni tepat kul 3.16 pagi. cp takut nk baca sbb rasa nak pi toilet kejap lagi..tajuk cam seram je.. tp cp teringin sngt nk baca.. kalau smpat cp baca ye.. cp dah tk berblog buat smentara waktu.. sila lah jenguk ke teratak cp walau tk brtuan..cp da bls komen kj kat en3 cp.. sila la terjah semula. tq

kumbang hitam said...

ni mesti pempuan tu ayu giler2 kan? sebab tu ko rase bersalah giler2.. cube yg pempuan tu gemok, berkulit manggis dan x berape nak cun.. mesti ko jawab, "peduli ape aku die nak naik ker tak".. wakakaka

Syeeda said...

haa tau xpa..lau pmpuan xcantik org xpandang pon kan

Cikgu Dahlia said...

pasni sis pun nak naik lif taknak berkongsi lah dengan lelaki..hehhehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)