Kuliah, kerja dan nikah..mungkinkah???

Pembicaraan mengenai pernikahan tidak pernah ada basinya. Romantika di dalamnya amat mengasyikkan. Hanya orang-orang yang berjalan tidak bersesuaian dengan fitrahnya sahaja akan bosan membicarakan masalah pernikahan. Mungkin bagi sesetengah pihak tertimbul persoalan di benak hatinya, mengapa ya pernikahan menjadi suatu elemen penting? Dan mengapa ia menjadi sebahagian daripada kehidupan seorang muslim? Rasulullah telah pun menjawab persoalan ini dalam sabdanya:

“Barangsiapa yang dikurniai seorang isteri(atau suami) yang solehah,bererti dia telah menyempurnakan setengah dari ad-Dinnya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah setengah lainnya”.(Hadith riwayat ath-Thabrani,al-hakim dan al-Baihaqi dari Anas bin Malik)

Pernikahan merupakan jambatan seseorang untuk meraih kesempurnaan separuh dinnya. Kalau seandainya kita mengungkap kembali sirah, kemiskinan tidak sedikit pun membuat Ali bin Abi Talib takut untuk menikahi puteri Rasulullah, Fatimah, sehinggakan baju besi Ali sendiri dijadikan mas kahwin kerana beliau tidak punya apa-apa selain itu. Melihatkan daripada kisah sahabat tersebut, tentunya dalam kondisi kita sekarang ini semakin panasaran mengapa sahabat yang semiskin itu tetap bersemangat untuk menikah, kita bagaimana? Yang perlu kita fahami adalah mereka adalah pemuda-pemuda Islam yang mampu bekerja untuk memenuhi kewajipan keluarga dan tidak perlu mengumpulkan ekonomi yang mapan baru berani untuk menyunting bunga. Mereka mempunyai azam dan matlamat yang jelas dalam pernikahan, iaitu bagi menyempurnakan sebahagian agamanya dan kemudian itu lahirlah generasi-generasi mujahid yang tegar untuk membela Islam. Mereka mendambakan sebuah keluarga Islami yang mampu melahirkan geneasi mujahid untuk akan datang.


Saudaraku, untuk itu janganlah kita memandang sebelah mata sahaja mengenai erti pentingnya pernikahan itu dan janganlah dikhuatiri kalau pernikahan akan membebankan lagi kehidupan ini kerana harus kita ingat bahawa dahulunya mungkin kita berjuang seorang diri, namun setelah menikah kita telah mempunyai kombinasi dua kekuatan juga teman seperjuangan yang cukup hebat yang dapat menjadi tempat penyokong dan lonjakan paradigma untuk terus menggerakkan kita kehadapan. Selain itu, Allah juga telah berfirman :

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk” (Q.s al-Isra’ 17:32)

Islam merupakan agama yang paling mengerti akan fitrah manusia, termasuk fitrah nafsu kita sendiri. Dapat kita lihat di sini ramai mahasiswa juga siswi masa kini kecundang dengan fitrah ini. Amat mudah untuk kita melihat ‘couple’ di sana sini berpacaran, tidak cukup dengan berjalan sama, makan sama di café-café malah yang lebih dahsyat sekali berpelukan sambil si perempuannya membonceng di belakang di atas motor..astaghfirullah... Selain itu, mampukah seseorang yang masih belum menikah itu mampu menjaga pandangannya dengan baik? Allah berfirman:

“Kemudian aku (syaitan) akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”(Q.s al-A’raf 7:17)

Lintasan anak mata yang terlihat tidak akan hilang begitu sahaja bukan? Sedikit sebanyak pasti akan tetap tebayang di pelupuk mata, akhirnya akan berpengaruh pada gelojak hati sehingga semakin resah dan gelisah. Inilah gejala yang sepatutnya kita hindari tambahan pula diri kita digelar sabagai seorang daie Allah dan solusi kepada permasalahan ini adalah dengan menikah yang mana kita dapat menyalurkan fitrah ini dengan cara yang suci dan mengikut syari’at Islam yang sebenar. Imam Muslim meriwayakan sebuah hadith Rasulullah SAW:

“Bahawasanya Rasulullah pernah melihat sorang wanita(baginda melihatnya di jalanan secara tiba-tiba atau tidak sengaja). Kemudian baginda mendatangi isterinya Zainab yang ketika itu sedang sibuk menyamak kulit binatang miliknya, dan kemudian baginda bersama membantu isterinya. Setelah itu, baginda menemui sahabatnya lalu berkata “ Sesungguhnya wanita itu menghadap ke depan dank e belakang dalam bentuk syaitan. Oleh kerana itu, barangsiapa salah seorang kamu melihat seorang wanita, maka hendaklah mendatangi isterinya kerana yang demikian itu akan dapat mengusir apa yang bergelojak dalam dirinya”

Para ulama berpendapat Rasulullah melakukan sedemikian dalam rangka untuk memberikan penjelasan kepada sahabat sekaligus sebagai teladan untuk diikuti jika menghadapi masalah yang sama. Dengan menikah seseorang akan menjadi dewasa dalam berfikir dan lebih mampu mengawal emosinya. Kita akan terlatih untuk memimpin yang bertanggungjawab ke atas komuniti kecilnya iaitu keluarga, sehingga mampu menjadi pemimpin yang baik dalam komuniti yang lebih besar bagi menyempurnakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.

Sering kali orang mengertikan kuliah itu untuk mencari kerja dan setelah itu barulah layak untuk menikah. Sememangnya logik jikalau ketiga aturan ini diterima oleh semua pihak, namun demikian jika anda telah memahami makna kuliah, kerja dan nikah dengan sebenarnya, sudah tentu anda akan menemukan keasyikan tersendiri saat menjalaninya. Harus kita sedari jika seseorang itu mampu menjalankan ketiga,iaitu kuliah kerja dan nikah ini dalam masa yang sama, semestinya ada nilai yang lebih besar akan anda dapati. Kehidupan yang bergelar mahasiswa akan lebih bermakna. Pernikahan bagi seorang muslim diumpamakan seperti sebuah kenderaan yang harus segera dinaiki dalam rangka mnyempurnakan sebahagian dinnya. Maka ayuhlah sahabatku, usah biarkan masa berlalu begitu kerana sudah tiba masanya untuk kita mewujudkan baitul muslim bagi melahirkan generasi rabbani yang mampu menggencarkan lagi Islam di masa depan..InsyaAllah.. Segalanya terletak di tangan anda. wassalam

Semoga Allah menguniakan kita keluarga yang bahagia

Sumber:http://www.halaqah-online.com/index.php?option=com_content&view=article&id=284:kuliah-kerja-dan-nikahmungkinkah&catid=37:kekeluargaan&Itemid=86

1 comment:

A.I said...

KJ kalo boleh aku pon nak tempuh yang nih.
tp susahh bila di praktikan.
belaja sajaa pon dah tak cukup masa.
klas lg. diskussion lagik, projek, etc2.

nak keje mmg tak sempat lah.

so kalo tak keje, cemana pulak nak kawin kan?
hmmmmm~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)