Jeles dan kagum dengan Salleh Yaacob


Jeles dan kagum dengan Salleh Yaacob..itu lah perasaan yang aku gambarkan bila terbaca salleh yaacob bakal berbini empat belas..eh silap empat je...pastu bakal isteri dia muda dan cun plak tu..hehe jeles2..bukan lah aku nak buruk sangka ape pun..just tumpang happy tuk dia..kenkadang rasa sedeh gak sebab aku yang lebih muda dari salleh ni pun belum lagi kahwin.dia dah empat...huhu tacing2 uwaarggghhhh...

Kalau dia dah buat solat istikharah dan ALLAH s.w.t dah tunjuk kat dia yang itu jodoh dia..kita harus terima dengan hati yang terbuka..jangan lah di pertikaikan pilihan ALLAH.s.w.t.. kerna itu yang terbaik..jodoh itu sungguh misteri kan..

Jom baca kisah dia kt bawah..

‘Suka hidung abang Salih’


BAHAGIA...Salih bersama tiga isterinya.
BAHAGIA...Salih bersama tiga isterinya.
EMI...akui Salih berbeza berbanding lelaki lain
EMI...akui Salih berbeza berbanding lelaki lain
KUALA LUMPUR: “Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.
Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.
Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.


“Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.
Petikan akhbar sebenar

Click pic utk besarkan

P.S Moga ALLAH s.w.t tunjuk kepada ku jodoh ku yang telah ditetapkan di lauh mahfuz. Aku bermohon kepada mu ya ALLAH s.w.t. aminnnn

2 Budak Comel Komen:

Anisa Hang Tuah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cun laaaa
hahaha
untung si salih

FarhanaDr said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Haah, jodoh sesuatu yang misteri. Semuanya adalah ketentuan dari DIA. :)

Moga anda bertemu suri hati anda seperti yang diingini. Mudah-mudahan. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...