Jus Kentang untuk Wanita Hadapi PMS

Gadis perlu tahu tanggani PMS. Foto: Lensahasrul
Salam semua anak gadis yang tersenyum-senyum.
Hari ini cuti am. Apa yang si anak gadis buat ehh? Hmm anak gadis saya ... sedang tidur dalam buaian... hehehe... Ehh ada ke anak gadis jenguk blog ni ekk? Ada? Kalau ada bagi link kat ruangan komen ehh. :)

Entri kali ini adalah untuk anak-anak gadis; dan untuk lebih khusus kepada mereka yang ada masalah dengan PMS. EHh apa tu PMS? PMS ialah singkatan untuk Premenstrual Syndrome. Ia bukan penyakit, cuma gejala normal untuk gadis yang ada kitar haid. 

Bila berlaku PMS pada wanita, selalunya dia akan lebih beremosi dan berasa kurang selesa, dan kadangkala tertekan. Wanita akan cepat marah, selalu moody dan mudah tersentuh. Jadi macam mana nak mengurangkan gejala ini? Sebab gejala ini boleh efek kepada pasangan kita dan orang yang berada di sekeliling kita (kita? saya PMS ke???). 

Bagi mengurangkan gejala-gejala PMS, saya nak berikan sedikit petua dan info mengenainya. Jika anda alami PMS, cuba kurangkan atau mengelakkan sama sekali pengambilan kopi, coklat, soda dan makanan yang mengandungi banyak gula. Ini bukan saja suka-suka saya nak cakap ehh .. ini adalah berdasarkan kajian.

Kajian yang dilakukan oleh Barbara Silbert D.C. , seorang pakar kesihatan wanita di Newburyport, Massachusetts, US berkata pengambilan makanan boleh mempengaruhi gejala PMS pada wanita. Malahan, sejumlah pakar menyarankan anda melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang sememangnya kaya serat, di dalam diet anda.

Dan sebagai berpengalaman dalam hal ini (kononnya lah kan), saya saran anda minum atau makan makanan yang mengandungi kacang soya, kerana ia betul2 membantu. Tak percaya? Cubalah yer. Ia dipercayai dapat membantu tubuh mengatasi perubahan hormon selama kitaran haid.

Kajian yang dijalankan oleh Massachusetts Institute of Technology pula mendapati, jus kentang dapat menghilangkan gejala PMS dalam masa lebih kurang setengah jam sahaja. Hmm .... so pastikan ada jus kentang ... erkkk jus kentang? Biar betulll .. ada ke ehh? Ini pertama kali saya dengar akan ujudnya jus kentang. Dari penyelidikan, kentang mengandungi sejenis bahan kimia - triptofan yang diperlukan oleh asid amino yang dapat membantu menstabilkan reaksi kimia, penyebab perubahan mood.


Ketidakseimbangan hormon semasa PMS ini iaitu estrogen dan progesteron dikatakan penyebab kepada masalah kekejangan dan pendarahan yang banyak. Hormon ini memainkan peranan utama dalam sistem reproduksi wanita. Biasanya, wanita yang mengalami masalah haid memiliki terlalu banyak estrogen dan kurang progesteron dalam satu hingga dua minggu sebelum masa haid tiba.

Ketidakseimbangan itu jugalah yang mencetuskan gejala-gejala seperti sakit kepala dan perubahan mood wanita yang ketara.

Jadi cuba kawal situasi semasa PMS. Dan bagi lelaki pula .. jangan persendakan wanita yang mengalami PMS, sila beri sokongan dan faham keadaan mereka. Jangan pula anda tersentuh hati dengan wanita yang berada dalam PMS. 

Selamat ehh menghadapi PMS.

Tariff Elektrik Naik Lagi?Yippie bestnyaaaa


Sy di sini sebagai rakyat yang perihatin terhadap masalah negara ingin mengucapkan terima kasih sebab menaikkan tariff elektrik hehe..takpe naik kan lah kami tak kisah....kami redha aje..sape lah kami hehehe.....lagi pun kami org kaya hehehe..yang kaya bertambah kaya..yang miskin bertambah miskin hehe...

Rakyat malaysia kan berbudi bahasa...biorkan je le...nak naik pun naik ler...naik lagi...naik...naik...tak kisah...nape ayat aku macam sedeh je ni hahaha.....

Nape naik? alasan nak elak seludup elektrik ke negara jiran ke? atau...harga elektrik kita masih termurah di rantau asia? hmmm...kihkih..eh mcm minyak plak aku citer hehe...jawapannya sebab sabidi.eh sub sidi oraza lah..hehe

Syabas kpd kerajaan pimpinan BN prihatin kpd permasaalahan TNB....wajar utk dinaikkan sbb dah lama x naik dr tahuuuuuunn 2009 lg tu...fuh lama gile

Apa kisah kat rakyat kalau x mampu jgn guna elektrik guna pelita minyak tanah jer la...sedar diri tu skit.....Syabas BN....hehe..makan dalam tul hehe...

Kerajaan kita bagus sebab menggalakkan kita berjimat cermat..tido awal jimat karan..kurangkan aktiviti blogging..jimat karan..kurang kan iron baju..jimat karan...ckp kt bos..jimat karan bos tak yah iron baju..kerajaan suh hehehe....kurangkan basuh baju..kuat tu lektrik mesin basuh..kurangkan masak air..kuat gak tu lektrik

Pasni tido tutup lampu semua..takde alasan lagi takut pencuri konon..tapi sebenarnya takut hantu hahahaha....

Akhir sekali aku ingin menyatakan

Terima kasih TNB dan gomen...
sebagai rakyat yg pemurah..
kenaikan ini tidak menjejaskan undi kami!!!!!..kihkih :-P

Aku dan tomato

Ini bukan kisah aku bercinta dengan gadis jepun yang bernama tomato okey hihi..tapi aku nak buat suatu teori dan andaian..aku kalau g makan kat kfc ke mcd ke..aku mesti makan sos tomato.itu pasti.kecuali lah kalau abis aku makan sos cili hehe...bukan aku tak makan sos cili tapi aku lebih suka sos tomato..tak tahu kenapa..macam ada chemistry je aku ngn sos tomato ni hehe...mkn pun kena ada chemistry

Korang suka sos mana..di sini aku nak buat tiga kategori..first org yang bila dia makan sos dia mesti makan sos cili je, kedua orang yang makan sos tomato je..ketiga yang dua2 dia kebas..hehe...jadi kalau korang jenis yg makan sos tomato je korang kena cari pasangan yang makan sos cili...dan sebaliknya....korang jgn tanya aku kenapa..itu semua kajian scientific..g marah scientis nuh hehehe...

Jom kita baca kelebihan tomato


TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.

Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.

Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.

sumber : http://portal.dumei.com/ar_sihat3.php

P.S Bab jodoh ikut sos tomato ngn sos cili tu aku tipu je hehe... jgn caya plak..jodoh ketentuan tu di tangan tuhan hehehe

Dalam Rumah Aku Ada Cicak Tokek!!!!!!

Korang tau cicak tokek tu ape...org kampung aku panggil pok key sbb cicak ni mengeluarkan bunyi pok key hehehe..aritu aku balik kampung kt parit buntar..tapi cicak tokek yang masuk rumah aku ni rumah kami yang lagi satu kt penang...abang ipar ngn abah aku duduk rumah tu...abg ipar aku ckp ada cicak tokek masuk rumah..dah tangkap dah.skang ni duk bela bagi besaq..aku cakap lah biaq betul.ni cicak yg ubat HIV tu ke.pas abg ipar aku tunjuk video baru aku caya...

Bila pikir2 balik baru aku ingt..aku memang pernah nampak cicak tokek ni dalam rumah, dulu masa aku sekolah menengah..dulu aku ingt itu cicak gergasi siap ada corak kt badan...masa tu org tak tau lagi cicak tokek ni ubat virus HIV

Aku rasa cicak tokek tu mai dari bukit2 batu sebelah umah aku lah..kt sebelah umah aku pun ada paya gak.umah aku kat penang tu tepi hutan..ulaq sawa burung ngn ulaq senduk pun pernah masuk rumah tu..Abang ipar aku cakap ada orang nak beli RM5 ribu..dia tak nak jual..dia nk bela bagi besaq dulu..bila aku tengok harga tokek tu..mak ai..lagi mahal dari emas tu...

Jom baca cerita pasal tokek ni


                    Hai..harga saya RM1.2 juta

Cicak ini dikenali sebagai tokek dalam jenis cicak besar yang selalunya ada didalam hutan dan ada juga jenis tokek rumah. ramai yang tidak tahu kini ramai yang menjadi pemburu tokek ini telah merupa kehidupan mereka menjadi lebih baik kerana hanya memburu dan menjual tokek. bagi sesetengah peniaga tokek pula, mereka memilih untuk menternak atau memelihara tokek supaya menjadi lebih berat dan lebih mahal untuk dijual.

tokek dijaga dengan rapi ada yang memberikan susu B complex untuk memastikan tumbesaran cicak tokek ini. sesetengah petua bagi penangkap tokek pula ianya tidak boleh ditangkap menggunakan tangan kerana bimbang tokek akan merasa sakit dan Stress akibat sakit tersebut lalu hilang berat badan tokek itu.
aktiviti memburu tokek ini aktif di borneo iaitu sabah dan serawak dan negara indonesia.

lawak pulak dengarnnya haha tapi itu la kebenarannya. :D

OK sekarang kita berbalik kepada soal harga tokek ni… betul ke harga menatang ni berjuta? jawapannya betul, malah lebih daripada itu kita tengok kadar harga bawah ni:

 
Harga tokek pada May 2010 :
220gram =RM2,300.00
300gram =RM100,000.00
400gram =RM180,000.00
500gram =RM500,000.00
600gram =RM600,000.00
800gram =RM800,000.00
1000gram =RM1,200,000.00
Peningkatan harga yang amat tinggi pada Julai 2010
Harga tokek pada JULAI 2010 :
220gram =RM3,000.00-RM5,000.00
240gram=RM5,000.00-RM8,000.00
250gram =RM8,000.00-RM15,000.00
280gram =RM10,000.00 – RM30,000.00
300gram =RM150,000.00-RM200,000.00
350gram =RM200,000.00 ke atas
400gram =RM300,000.00 ke atas
500gram-999gram =RM1,000,000.00-RM5,000,000.00
1000gram- ke atas =RM6,000,000.00- RM50,000,000.00


Sebelum ini hanya tokek yang beratnya melebihi 300 gram menjadi pilihan pembeli, tetapi kini 200 gram dan ke atas juga turut berada dalam senarai wajib buruan. Berikut adalah senarai perbandingan harga mengikut kajian saya ke atas senarai yang diberikan oleh pembeli Dipercayai senarai harga ini hanyalah pembuka harga kepada si penjual tokek.
Jika senarai ini hanya pembuka harga, sudah tentu harga sebenar tokek di dalam pasaran jauh lebih tinggi daripada senarai tersebut. disebabkan harganya melambung macam biasa la manusia tak boleh nampak duit banyak, ada juga kes berbunuhan di Sabah kerana penjualan cicak ini. dan sebab itu penjualan cicak ni di tempat yang selamat dan rahsia.

Kenapa mahal sangat?
mesti korang baca artikel ni sakit ati, geram sebab nak tau sangat kenapa menatang ni mahal sangat hehe.
Ok..kenapa harga tokek ni mahal? jawapannya Cicak tokek ini  dikatakan mempunyai khasiat menyembuhkan jangkitan virus HIV/AIDS. khasiat ubat penyembuh aids itu didapati pada lidahnya dengan syarat berat tokek ini mestilah 3 aun ke atas dan masih dalam keaadaan hidup… kaedah membuat ubatnya tak payah la aku bagi tau tu kerja diorang.. tapi tokek ini di eksport ke jepun dan China untuk di proses menjadi ubat yang diberi nama  Anti Retroviral (ARV)



Sumber Artikel:http://aidil.clanteam.com/2010/07/harga-cicak-rm1-2-juta-sekilo/

P.S Nape lah aku tak tangkap je dulu cicak tokek ni..buat haiwan peliharaan ke..ape ke hehehe..dh dpt kt abg ipar aku..kaya lah dia pasni hehe

Apa Yang Aku Angan Kan Masa Kecik?

Banyak perkara yang aku angankan masa aku kecik..salah satunya aku berangan nak g melawat ke perkampungan orang bunian..hehe..ini semua angkara abah aku yang tiap2 bulan beli mastika..ye lah masa tu mastika tengah top...kenkadang abah beli variasari gak..bukan sari k hehe.citer2 dalam mastika banyak best2 masa tu..tak tau lah ada yang rekaan atau memang real punya...

Disebabkan angan2 aku tu..pas balik sekolah aku suka g main kat tali2 air ke..parit2 ke..dengan harapan aku diculik oleh orang bunian hehe..malangnya bende tu tak berlaku hehe..maybe sebab aku tak hensem kot..hehe...huhu tak dapat lah berangan nk kawin ngn org bunian hehe

P.S Entry aku kali ni pendek dan ringkas hehe...

Ustaz Harun Din Tumpaskan Mubaligh Hindu


Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.


Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."


"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita. Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi, pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam?
 
Sumber:

Apa Erti Menjadi Isteri Solehah


Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.
Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim    :  Siapakah kamu? 

Menantu          :  Aku isteri Ismail. 

Nabi Ibrahim     :  Di manakah suamimu, Ismail? 
Menantu           :  Dia pergi berburu. 
Nabi Ibrahim     :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga? 
Menantu          : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak  pernah senang dan lapang. 
Nabi Ibrahim    :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya. Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya   menceraikan isterinya). 
Menantu          :  Ya, baiklah.

Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail       : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? 

Isteri               :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 

Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 
Isteri                :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang. 
Nabi Ismail      :  Adakah dia berpesan apa-apa? 
Isteri               :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu. 
Nabi Ismail       :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah. Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.


Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.
Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim     :  Dimana suamimu? 
Menantu           :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. 

Nabi Ibrahim     :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan? 
Menantu           :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang. 
Nabi Ibrahim     :  Baguslah kalau begitu. 
Menantu           :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan sedikit  makanan. 
Nabi Ibrahim     :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan? 
Menantu           :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu. 
Nabi Ibrahim     :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah 
berkat doa Nabi Ibrahim). 
Nabi Ibrahim   :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).


Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail       :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? 
Isteri               :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya sepertimu. 

Nabi Ismail       :  Apa katanya? 
Isteri               :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 
Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 
Isteri               :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum. 
Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa? 
Isteri               :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu. 
Nabi Ismail       :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan. 
Isteri               :  Alhamdulillah, syukur.


Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Kisah sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga  tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri  ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa  perlukan  kesabaran.
Berpandukan sejarah  tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  solehah. Isteri solehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah,  untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri solehah,  hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan  kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang soleh.

Kenapa Aku Asyik Citer Pasal Kahwin???

Kenapa aku asyik citer pasal kahwin???ce citer ce citer..byk faktor2 yang mendorong kepala otak aku untuk menulis pasal kahwin hehehe..sebab yang paling obvious dan ketara dek mata adalah.aku..aku.aku dah tua..arghhhhhhh tidakkkkkkk....kamon lah...anda bukan tua tapi berumur je(sambil menenangkan hati sendiri hehe)....

Lagi satu sebab aku asyik dapat jemputan kahwin melalui facebook sejak dua menjak ni..ye lah aku paham..bulan mengawan dah dekat..memang ramai org nak mengawan..tak leh ke wat kenduri bulan lain..nape mesti time cuti sekolah...nape mesti bulan 6 atau bulan 12?.ramai ke budak sekolah datang makan kenduri?kamon lah..apa pun tak boleh hehe

Sape yang tak nak kawin awal kan..lagi lambat kawin lg lambat dpt anak kan..nanti bila dh tua..anak masih kecik lg hehe...nanti org cakap..cucu ke tu hehehe..

Lagi sebab yang aku tengok..budaya kawin lambat ni makin menjadi2 kat malaysia..apa yang aku lihat sebabnya salah satu hantaran dan kos perkahwinan yang mahal..maybe sebab malaysia makin maju dan modern kot..barang semua makin mahal..huhu cedey tak hehe..sgt bebeza dengan dengan indonesia..sgt murah dan mudah dalam urusan kahwin dorang..maybe sbb tu negara dorang ramai penduduk kot hehe

Actually bukan aku je yg selalu sebut pasal kahwin..tapi ada orang lain yang lebih penting dalam hidup aku duk sebut..orang tu adalah tak lain dan tak bukan..MAK aku sendiri hehehehe...ye lah aku sorang je lagi yg belum kawin dalam family aku..cedey tak cedey tak hehehe..

P.S Kena terima hakikat yang kita semua mahu kahwin dan tak mahu membujang sampai tua hikhik..peace

Kisah aku lupa

Mungkin ramai tak tau yang aku ni keje shift..ingt minah kilang je ke keje shift..hehehe..bila kawan aku tanya keje ape..aku ckp keje shift..pastu dia cakap.macam minah kilang erk..cis..hehe..nak di jadi kan cerita aku mai lah opis..aku ingt shift petang.bila dah sampai opis.tetiba kawan aku cakap..eh ko bukan keje malam ke..laaa baru aku ingt aku keje malam arini.tapi tuk cover line punya pasal aku cakap lah saje datang awal..tunjuk contoh yang baik hehe...nyanyuk tul aku arini..huhu..dh alang2 sampai opis terus aku g tido kat pantry opis...sob sob

Orang keje shift ni bukan je kenkadang leh lupa waktu shift tapi kenkadang hari pun leh lupa..dulu masa aku darjah enam pun pernah gak jadi skali..pas bangun dari tido je aku tengok jam dah pukul 7 pagi..dalam hati aku cakap dah lewat ni nk g sekolah..apa lagi terus mandi macam kerbau..pastu aku pakai baju sekolah..pergi dapur mak aku dah tersengih2..rupa-rupanya baru aku sedaq yang pukul 7 pagi tu sebenarnya pukul 7 ptg..nasib baik aku tak kuar umah g..hehehe

Kesimpulannya jangan tido pas asaq ok..hehe..peace..

Mari Belajar Bahasa Korea : Pelajaran Pertama

Disebabkan dulu aku amat suka tengok filem ngn drama korea so arini aku nak belajar cakap korea.bahasa korea ni mcm bahasa melayu je..senang nak belajar sebab tak macam cantonese yg mesti ada intonasi....dah bnyk perkataan yg aku tau sbb kerap sangat tengok drama korea hehe...so kita mula kan pelajaran pertama..kata dasar dahulu..

네.(예.)
[ Ne.(ye.)]
Ya.

아니오.
[Anio.]
Tidak. (Bukan.)

여보세요.
[Yeoboseyo.]
Halo.

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Apa kabar.

안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Selamat tinggal.

안녕히 가세요.
[Annyeong-hi gaseyo.]
Selamat jalan.

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Selamat datang.

고맙습니다.(감사합니다.)
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
Terima kasih.

천만에요.
[Cheonmaneyo.]
Kembali. (Sama-sama.)

미안합니다.(죄송합니다.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Minta maaf. (Mohon maaf.)

괜찮습니다.(괜찮아요.)
[Gwaenchansseumnida.]
Tidak apa-apa.

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
Permisi.(minta diri)

Click sini untuk mendengar cara sebutan beserta definasi



P.S Kepada si dia yang akan pergi ke korea boleh lah start belajar ok hihihi

Alhamdulilah..Giliran Sham Kamikaze Pula Insaf..


Alhamdulilah..selepas bob lokman.sorang lagi artis sudah insaf dan mula mempelajari ilmu2 agama..dia juga dilihat semakin kerap menghadiri ceramah agama terutama ceramah Dr Asri...bercerita dari kisah mula dia berminat dan diberi hidayah belajar agama ni bila aritu masa imam besar mekah imam sudais datang melawat malaysia

Imam tu pergi ke masjid di kangar..sham lalu kat situ tapi dia pelik tengok sebab ramai sangat orang kt masjid tu..semua orang berebut-rebut nak salam dengan imam sudais..ye lah ini bukan calang2 imam..imam besar mekah..imam yang menangis semasa mengimamkan solat di mekah...imam yang mempunyai bacaan yang meruntun jiwa sesapa yang mendengar

Sham ni tengok dari luar je..dia tunggu kat keter kat luar masjid..tetiba imam ni pergi ke dia pastu imam sudais datang hulur tangan salam ngn sham masa dia lalu kt situ..imam tu tak kenal pun sham ni artis..gitaris band rock dulu..sejak tu lah sham dh mula dapat hidayah....berkat orang2 yang dekat dengan ALLAH.s.w.t..orang soleh lagi bertaqwa

Imam Al Sudais's

Dengar2 citer..si adam AF pun makin rajin mengikut Chico(anak uji rashid) ke ceramah2 agama..moga2 dia pun ikut jejak ye hendaknya...Semakin ramai artis lelaki insaf..terbaru cuma dengar irma hasmi bertudung..amin...tetapi masih kurang artis wanita yang insaf..malah makin ramai tersesat jauh..contoh korang leh baca pasal Tiz Zaqyah nak dye rambut merah..tengok apa reaksi dia bila ditegur [Link]

Ini video semasa sham pergi ceramah Dr Asri





P.S Hidayah ni seperti iman..ada naik dan turun bagai air pasang dan surut..moga2 diberi ketetapan untuk memeliharanya..aminnn

Nak Duit ker..Nak Seronok2?

Lepas balik main badminton singgah kedai mamak makan2 ngn kawan sambil gosip2..hehe.kawan aku fakrul(sudah pasti bukan nama sebenar).dia tanya aku keje gaji bape..best ke tak..bnyk masa uha uha tak..eh mcm2 solan plak dia tanya..mcm aku ni pesakit kanser plak..caring bebenor hehe...dia memang lah jenis gila duit..keje gila2 punya..dia tanya kt aku tak nk ke tukar keje gaji lagi besar.skang semua barang mahal beb..bla bla bla...aku tak marah pun..aku dgr je..sbb aku cool hehe..komen aku??.ermm susah aku nk cakap..bak kata siti..biar lah rahsia hehehe

Balik rumah, aku terfikir, mmg btol la aper yg fakrul(nama jozan slalu pakai) cakap tuh. Kalu nak duit byk, kene lah keje kan? Masalahnye, ramaikah antara kite yg sanggup mengorbankan mase remaja (eh, aku remaja lagi ker????) dengan hanya kerja setiap mase? Kalu duit byk, tp by the time korang berjaye kumpul, adakah keadaan mase tuh mengizinkan korang seronok2 mcm mase korang muda2 dulu? Dan berapa pulak amount yg korang nak set utk mendapatkan title "Sudah Kaya lah Gua". Bile time sekarang korang gaji byk, tp dengan sbb ini jugak tak dapat laa nak jumper member2 duduk borak2 relaks, tak dapat nak bersantai dengan keluarga pasal balik keje dah penat...adakah ianya berbaloi??

Sesetengah member2 yg aku jumper, mmg tak kisah dengan gaji yg RM2k gitu2, as long as they have their life. Diorang happy. Diorang ade mase nak pergi tgk wayang dengan cikas mane tah depa angkut huhuhu. Diorang not willing to sacrifice their Saturday (sorry rozaimi(bukan nama sebenar) aku pinjam statement ko, kalu terbace post ni jgn marah yer).

So, mana yg lebih baik? Keje dengan gaji standard tapi korang ade mase sendiri, atau keje dengan gaji tinggi, yang mana mestilah bile gaji tinggi tanggungjawab terhadap keje pon tinggi.

Bagi aku pulak, aku tak kisah mane2. Kalu aku ade peluang utk gaji tinggi tp takde life, mungkin aku akan amik, bergantung pada keadaan(Maybe bila aku sudah berbadan dua kot..eh silap..bila dah berdua..maksud aku kawin). Kalu nak diikutkan, aku dah pon merasakan zaman2 berfoya2 aku. Tinggal mase je aku nak rase boring dengan keadaan skang. Apa salahnye kan kalu aku keje mcm org gile pulak kan? Mujur jugak takde awek(belum kawin maksud aku ye hehe..inprogress hee) ni, boleh concentrate nnt ye tak? Kalu lepas balik keje terase penat, aku minumlah tongkat ali. Dapat extra energy, boleh ler nak gi bersantai.

Setiap org ade care masing2. Takde jwpn yg btol. It depends. Mungkin biler keje relaks2, nnt biler dah bosan boleh pulun lak. Lagipon kalu nak diciter pasal simpan duit jd kaya ni, sampai bile pon tak habis. Manusia ni.. mane pernah puas btol tak? Lepas ade 1 juta, tetibe terase nak simpan 1 juta lagi. Lepas ade 1 bini, tetibe terase nak...pasang 4 plak. Dah ade kasut baru, minggu depan, beli lagi sepasang lak. Samelah dengan kerje pon. Ikut masing2 punye selera. Persoalan yg sebenar kat sini bukan duit byk atau relaks, tp kenapa diorang pilih cara yg sebegitu. Haaa...

Ade satu cerite ni plak, member aku ni asyik bertukar2 keje. Setakat yg aku tau, dah 10 kali die tukar keje. Lebih kurang camnilah dialog aku dan member aku ni (name terpakse dirahsiakan, tp mamat ni bukannye reti internet sgt, huahua).

Aku: Ko ni apsal hah?? Tukar2 keje je..
Member: Itulah, keje aku sumer tak lekat..
Aku: Apsal tak lekat? Ko tak gam ker?
Member: Hahaha, cilako ko. Aku tak puas hati laa dengan tempat aku keje.
Aku: Gaji murah sgt ker?
Member: Gaji murah, tp keje mcm syial!
Aku: Baper gaji ko dpt?
Member: Yg latest aku berhenti tuh, RM3.5K.
Aku: Woihh! Ok laa tuh. Murah apenye?? Ko kene keje 7 hari seminggu ke??
Member: Tak..aku keje still 5 hari seminggu. Sabtu tak keje.
Aku: Abis tuh? Aper yg ko merungut nye?
Member: Keje byk laaa. 5 hari seminggu pon, tp byk nak mamposs.
Aku: Ade kene extend sampai mlm ke keje ko?
Member: Tak.
Aku: Abis tuh...sigh..
Member: Hehe, aku tak puas hatilah. Nak laa keje relaks2 sket.
Aku: Nak keje relaks2 toksah aa carik tpt gaji tinggi2. Dah dapat tpt keje pon kire ok, lagi mau merungut. Org lain lagi susah nak carik keje.

Begitulah... bukan salah member aku utk merungut. Itu hak die. Tp mcm aku tulis tadi, kenape? aper reason die pikir camtu? Itu yg menariknye...

Aper2pon, pada pendapat aku, nak relaks2 byk mase tp duit masuk, baik buat bisnes. Huhuhuh.

-------------------

Cool Facts!
1. Business.com adalah domain paling mahal sekarang dengan harga jualan $7.5 million.
2. Bulu Beruang Polar sebenarnye bukanlah putih, tetapi telus (transparent, clear).



P.S Aku rasa mcam cool plak bila letak facts sikit kt bawah ni hehehe

Sungguh aku mencintaimu, suamiku…

Cerpen: Nukilan penulis yang tak diketahui asal usulnya...

Cinta itu perlukan kesabaran…
Sampai dimanakah kita harus bersabar menanti cinta kita???
Hari itu.. aku dengannya berkomitmen untuk menjaga cinta kita..
Aku menjadi perempuan yg paling bahagia…..
Pernikahan kami sederhana namun meriah…..
Ia menjadi jejaka yang sangat romantis pada waktu itu.
Aku bersyukur menikah dengan seorang jejaka yang soleh, pintar, tampan dan kaya pula.
Ketika kami berpacaran dia sudah berjaya dalam kariernya.
Kami akan berbulan madu di tanah suci, itu janjinya ketika kami berpacaran dulu..

Dan setelah menikah, aku mengajaknya untuk umrah ke tanah suci….
Aku sangat bahagia dengannya, dan dianya juga sangat memanjakan aku… sangat terlihat dari rasa cinta dan rasa sayangnya pada ku.
Banyak orang yang kata kami adalah pasangan yang serasi. Sangat terlihat sekali bagaimana suamiku memanjakanku. Dan aku bahagia menikah dengannya.

*******
Lima tahun berlalu sudah kami menjadi suami isteri, sangat tak terasa waktu begitu cepat berjalan walaupun kami hanya hidup berdua saja kerana sampai saat ini aku belum dapat memberikannya seorang malaikat kecil (bayi) di tengah keharmonian rumah tangga kami.

Kerana dia anak lelaki satu-satunya dalam keluarganya, jadi aku harus berusaha untuk mendapatkan penerus generasi baginya. Alhamdulillah saat itu suamiku memberi sokongan kepada ku…
Ia mengaggap Allah belum mempercayai kami untuk menjaga titipan-NYA, amanah sang pencipta untuk menjaga malaikat kecil (bayi).


Tapi keluarganya mulai resah. Dari awal kami menikah, ibu dan adiknya tidak menyukaiku. Aku sering mendapat perlakuan yang tidak menyenangkan dari mereka, namun aku selalu berusaha menutupi hal itu dari suamiku…
Didepan suami ku mereka berlaku sangat baik padaku, tapi dibelakang suami ku, aku dihina-hina oleh mereka…

Pernah suatu ketika satu tahun usia pernikahan kami, suamiku mengalami kecelakaan, keretanya hancur. Alhamdulillah suami ku selamat dari maut yang hampir membuat ku menjadi seorang janda itu.
Ia dirawat dirumah sakit pada saat dia belum sadarkan diri setelah kecelakaan. Aku selalu menemaninya siang dan malam sambil kubacakan ayat-ayat suci Al – Qur’an. Aku sibuk berulang alik dari hospital dan dari tempat aku melakukan aktiviti kemasyarakatan ku, aku sibuk mengurus suamiku yang sakit karena kecelakaan.

Namun saat ketika aku kembali ke hospital dari rumah kami, aku melihat di dalam biliknya ada ibu, adik-adiknya dan teman-teman suamiku, dan disaat itu juga.. aku melihat ada seorang wanita yang sangat akrab dengan ibu mertuaku. Mereka tertawa menghibur suamiku.
Alhamdulillah suamiku ternyata sudah sedar, aku menangis ketika melihat suami ku sudah sedar, tapi aku tak boleh sedih di hadapannya.

Kubuka pintu yang tertutup rapat itu sambil mengatakan, “Assalammu’alaikum” dan mereka menjawab salam ku. Aku berdiam sejenak di depan pintu dan mereka semua melihatku. Suamiku menatapku penuh manja, mungkin ia rindu padaku kerana sudah 5 hari mata nya selalu tertutup.
Tangannya melambai, mengisyaratkan aku untuk memegang tangannya erat. Setelah aku menghampirinya, kucium tangannya sambil berkata “Assalammu’alaikum”, ia pun menjawab salam ku dengan suaranya yg lirih namun penuh dengan cinta. Aku pun senyum melihat wajahnya.

Lalu.. Ibu nya berbicara denganku …
“Fis, kenalkan ini Desi teman Fikri”.

Aku teringat cerita dari suamiku bahwa teman baiknya pernah mencintainya, perempuan itu bernama Desi dan dia sangat akrab dengan keluarga suamiku. Hingga akhirnya aku bertemu dengan orangnya juga. Aku pun terus berjabat tangan dengannya, tak banyak aku bicara di dalam ruangan tersebut,aku tak mengerti apa yg mereka bicarakan.

Aku sibuk membersihkan dan mengubati luka-luka di kepala suamiku, baru sebentar aku membersihkan mukanya, tiba-tiba adik ipar ku yang bernama Dian mengajakku keluar, ia minta ditemani ke kantin. Dan suamiku pun mengijinkannya. Kemudian aku pun menemaninya.

Tapi ketika di luar adik ipar ku berkata, ”lebih baik kau pulang saja, ada
kami yg menjaga abang disini. Kau berehat saja. ”

Anehnya, aku tak diperbolehkan bersama dengan suamiku dengan alasan abang harus banyak beristirehat dan kerana psikologinya masih lemah. Aku berdebat dengannya mempertanyakan mengapa aku tidak diizinkan bersama dengan suamiku. Tapi tiba-tiba ibu mertuaku datang menghampiriku dan ia juga mengatakan hal yang sama. Nantinya dia akan memberi alasan pada suamiku mengapa aku pulang tak bersama padanya, suamiku selalu menurut apa kata ibunya, baik ibunya Salah ataupun Tidak, suamiku tetap saja membenarkannya. Akhirnya aku pun pergi meninggalkan hospital itu dengan linangan air mata.

Sejak saat itu aku tidak pernah diizinkan menjenguk suamiku sampai ia kembali dari hospital. Dan aku hanya mampu menangis dalam kesendirianku. Menangis mengapa mereka sangat membenciku.

*********
Hari itu.. aku menangis tanpa sebab, yang ada di benakku aku takut kehilangannya, aku takut cintanya dibagi dengan yang lain.

Pagi itu, pada saat aku membersihkan pekarangan rumah kami, suamiku memanggil ku ke taman belakang, ia baru saja selesai sarapan, ia mengajakku duduk di buaian kegemaran kami sambil melihat ikan-ikan yang bertaburan di kolam air pancur itu.

Aku bertanya, ”Ada apa kamu memanggilku?”
Ia berkata, ”Besok aku akan menjenguk keluargaku di Sabang”
Aku menjawab, ”Ia sayang.. aku tahu, aku sudah mengemasi barang-barang kamu di travel bag dan kamu sudah memegang tiket bukan?”
“Ya tapi aku tak akan lama disana, cuma 3 minggu aku disana, aku juga sudah lama tidak bertemu dengan keluarga besarku sejak kita menikah dan aku akan pulang dengan mama ku”, jawabnya tegas.

“Mengapa baru sekarang bicara, aku pikir hanya seminggu saja kamu disana?“, tanya ku balik kepadanya penuh dengan rasa penasaran dan sedikit rasa kecewa kerana ia baru memberitahukan rencana kepulanggannya itu, padahal aku telah bersusah payah mencarikan tiket pesawat untuknya.
”Mama minta aku yang menemaninya saat pulang nanti”, jawabnya tegas.

”Sekarang aku ingin seharian dengan kamu kerana nanti kita 3 minggu tidak bertemu, ya kan?”, lanjut nya lagi sambil memelukku dan mencium dahiku. Hatiku sedih dengan keputusannya, tapi tak boleh aku tunjukkan pada nya.

Bahagianya aku dimanja dengan suami yang penuh dengan rasa sayang dan cintanya walau terkadang ia bersikap kurang adil terhadapku.

Aku hanya mampu tersenyum saja, padahal aku ingin bersama Suamiku, tapi kerana keluarganya tidak menyukaiku hanya kerana mereka cemburu padaku karena Suamiku sangat sayang padaku.
Kemudian aku memutuskan agar ia saja yg pergi dan kami juga harus bertolak ansur dalam rumah tangga kami.

Karena ini acara besar bagi keluarganya, jadi seluruh keluarganya harus balik. Walaupun begitu, aku pun tetap tak akan diperdulikan oleh keluarganya walaupun datang ataupun tidak. Tidak hadir justeru membuat mereka sangat senang dan aku pun tak mau membuat riuh keluarga ini.

Malam sebelum kepergiannya, aku menangis sambil membereskan keperluan yang akan dibawanya ke Sabang, ia menatapku dan menghapus airmata yang jatuh dipipiku, lalu aku peluk erat dirinya. Hati ini bergumam tak merelakan dia pergi seakan terjadi sesuatu, tapi aku tidak tahu apa yang akan terjadi. Aku hanya mampu menangis kerana akan ditinggal pergi olehnya.

Aku tidak pernah ditinggal pergi selama ini, kerana kami selalu bersama-sama kemana pun ia pergi.
Apa mungkin aku sedih kerana aku sendirian dan tidak memiliki teman, kerana biasanya hanya pembantu sajalah teman ku.

Hati ini sedih akan di tinggal pergi olehnya. Sampai keesokan harinya, aku terus menangis.. menangisi kepergiannya. Aku tak tahu mengapa sesedih ini, perasaanku tak enak, tapi aku tak boleh berburuk sangka. Aku harus percaya apada suamiku. Dia pasti akan selalu meneleponku.

******
Berjauhan dengan suamiku, aku merasa sangat tidak sedap hati, aku merasa sendiri. Untunglah aku mempunyai kesibukan sebagai seorang pegawai kebajikan, jadinya aku tak terlalu kesepian ditinggal pergi ke Sabang.

Saat kami berhubungan jarak jauh, komunikasi kami memburuk dan aku pun jatuh sakit. Rahimku terasa sakit sekali seperti di lilit oleh tali. Tak tahan aku menahan rasa sakit dirahimku ini, sampai-sampai aku mengalami pendarahan. Aku dilarikan ke hospital oleh adik laki-lakiku yang kebetulan menemaniku disana. Doktor diagnosis aku terkena kanser pangkal rahim peringkat 3.

Aku menangis.. apa yang mampu aku banggakan lagi..
Mertuaku akan semakin menghinaku, suamiku yang malang yang selalu berharap akan punya keturunan dari rahimku.. namun aku tak bisa memberikannya keturunan. Dan kemudian aku hanya mampu  memeluk adikku.
Aku rindu sangat pada suamiku, aku selalu menunggu ia pulang dan bertanya-tanya, “bilakah ia segera pulang?” aku tak tahu..

Sementara suamiku disana, aku tidak tahu mengapa ia selalu marah-marah jika meneleponku. Bagaimana aku akan menceritakan keadaan aku jika ia selalu marah-marah terhadapku..
Lebih baik aku tutupi dulu tentang hal ini dan aku juga tak mau membuatnya khuatir selama ia berada di Sabang.

Lebih baik nanti saja ketika ia sudah pulang dari Sabang, aku akan cerita padanya. Setiap hari aku menanti suamiku pulang, hari demi hari aku hitung…
Sudah 3 minggu suamiku di Sabang, malam itu ketika aku sedang melihat foto-foto kami, handphoneku berbunyi menandakan ada sms yang masuk.
Kubuka di inbox handphoneku, ternyata dari suamiku yang sms.

Ia menulis, “aku sudah beli tiket untuk pulang, aku pulangnya satu hari lagi, aku akan beritahu lagi”.
Hanya itu saja yang diberitahunya. Aku ingin marah, tapi aku pendam saja ego yang tidak baik ini. Hari yg aku tunggu pun tiba, aku menantinya di rumah.

Sebagai seorang isteri, aku pun berdandan yang cantik dan memakai perfum kesukaannya untuk menyambut suamiku pulang, dan nantinya aku juga akan menyelesaikan masalah komunikasi kami yg buruk akhir-akhir ini.
Loceng pun berbunyi, kubukakan pintu untuknya dan ia pun mengucap salam. Sebelum masuk, aku pegang tangannya kedepan terus namun ia tetap berdiri, aku membongkok membuka kasutnya, dan stokinnya dan kucuci kedua kakinya, aku tak mau ada syaitan yang masuk ke dalam rumah kami.

Setelah itu akupun berdiri langsung mencium tangannya tapi apa reaksinya..
Masya Allah.. ia tidak mencium dahiku seperti selalu, ia hanya diam dan langsung naik ke bilik atas, kemudian mandi dan tidur tanpa bertanya kabarku..

Aku hanya berpikir, mungkin dia penat. Aku pun segera merapikan bawaan nya sampai aku pun tertidur. Malam menunjukkan 1/3 malam, mengingatkan aku pada tempat mengadu yaitu Allah, Sang Maha Pencipta.
Biasa nya kami selalu berjama’ah, tapi kerana melihat nya tidur sangat nyenyak, aku tak sanggup membangunkannya. Aku hanya mengusap wajahnya dan aku cium dahinya, lalu aku solat tahajud 8 rakaat beserta witir 3 raka’at.

***

Aku mendengar suara keretanya, aku terbangun lalu aku melihat dirinya dari balkoni kamar kami yang bersiap-siap untuk pergi. Lalu aku memanggilnya tapi ia tak mendengar. Kemudian aku ambil tudungku dan aku berlari dari atas ke bawah tanpa memperdulikan darah yg mengalir dari rahimku untuk mengejarnya tapi ia begitu cepat pergi.

Aku merasa ada yang aneh dengan suamiku. Ada apa dengan suamiku? Mengapa ia bersikap tidak biasa terhadapku?

Aku tidak mampu diam begitu saja, firasatku mengatakan ada sesuatu. Saat itu juga aku langsung menelepon ke rumah mertuaku dan kebetulan Dian yang mengangkat telponnya, aku bercerita dan aku bertanya apa yang sedang terjadi dengan suamiku. Dengan lantang dia menjawab, “Kamu pikir saja sendiri!!!”. Telepon pun terus terputus.

Ada apa ini? Tanya hatiku penuh dalam kecemasan. Mengapa suamiku berubah setelah ia kembali dari kota kelahirannya. Mengapa ia tak mau berbicara padaku, apalagi memanjakan aku.
Semakin hari ia menjadi orang yang pendiam, seakan ia telah melepas tanggung jawabnya sebagai seorang suami. Kami hanya berbicara seperlunya saja, aku selalu di siasat seperti penjenayah. Selalu bertanya aku dari mana dan mengapa pulang terlambat dan ia bertanya dengan nada yg keras. Suamiku telah berubah..

Bahkan yang membuat ku kaget, aku pernah dituduhnya berzina dengan bekas kekasih ku. Ingin rasanya aku menampar suamiku yang telah menuduhku serendah itu, tapi aku selalu ingat.. sebagaimana pun salahnya seorang suami, status suami tetap di atas para isteri, itu pedoman yang aku pegang.
Aku hanya berdo’a semoga suamiku sedar akan perilakunya.

***
Dua tahun berlalu, suamiku tak kunjung berubah juga. Aku menangis setiap malam, lelah menanti seperti ini, kami seperti orang asing yang baru saja berkenalan.

Kemesraan yang kami ciptakan dulu telah sirna. Walaupun keadaannya tetap seperti itu, aku tetap merawatnya dan menyiapkan segala yang dia perlukan. Penyakitku pun masih aku simpan dengan baik dan sekalipun ia tak pernah bertanya perihal ubat apa yang aku minum. Kebahagiaan ku telah sirna, harapan menjadi ibu pun telah aku pendam. Aku tak tahu bila ini semua akan berakhir.

Bersyukurlah.. aku punya penghasilan sendiri dari aktiviti sebagai seorang guru ngaji, jadi aku tak perlu meminta duit padanya hanya untuk pengubatan kanserku. Aku pun hanya berubat semampuku.
Sungguh.. suami yang dulu aku puja dan aku banggakan, sekarang telah menjadi orang asing bagiku, setiap aku bertanya ia selalu menyuruhku untuk berpikir sendiri. Tiba-tiba saja malam itu setelah makan malam usai, suamiku memanggilku.

“Ya, ada apa yah!” sahutku dengan memanggil nama kesayangannya “Ayah”.
“Lusa kita siap-siap ke Sabang ya.” Jawabnya tegas.
“Ada apa? Mengapa?”, sahutku penuh dengan keheranan.
Astaghfirullah.. suami ku yang dulu lembut tiba-tiba saja menjadi kasar, dia membentakku. Sehingga tak ada lagi kemesraan antara kami.

Dia mengatakan ”Kau ikut saja jangan banyak tanya!!”
Lalu aku pun bersegera mengemasi barang-barang yang akan dibawa ke Sabang sambil menangis, sedih kerana suamiku kini tak ku kenal lagi.

Lima tahun kami menikah dan sudah 2 tahun pula ia menjadi orang asing buatku. Ku lihat kamar kami yg dulu hangat penuh cinta yang dihiasi foto pernikahan kami, sekarang menjadi dingin.. sangat dingin dari batu kutub utara  . Aku menangis dengan kebingungan ini. Ingin rasanya aku berontak berteriak, tapi aku tak mampu.
Suamiku tak suka dengan wanita yang kasar, bicara dengan nada tinggi, suka membaling barang-barang. Dia kata perbuatan itu menunjukkan sikap ketidakhormatan kepadanya. Aku hanya mampu bersabar menantinya bicara dan sabar mengubati penyakitku ini, dalam kesendirianku..

***
Kami telah sampai di Sabang, aku masih merasa lelah kerana semalaman aku tidak tidur karena terus berpikir. Keluarga besarnya juga telah berkumpul disana, termasuk ibu dan adik-adiknya. Aku tidak tahu ada acara apa ini..

Aku dan suamiku pun masuk ke kamar kami. Suamiku tak selesa didalam kamar tua itu, ia pun langsung keluar bergabung dengan keluarga besarnya.

Tiba-tiba makcik Lia, makcik yang sangat baik padaku memanggil ku untuk bersegera berkumpul diruang tengah, aku pun menuju ke ruang keluarga yang berada ditengah rumah besar itu, yang tampak seperti rumah zaman peninggalan belanda.

Kemudian aku duduk disamping suamiku, dan suamiku menunduk penuh dengan kebisuan, aku tak berani bertanya padanya.
Tiba-tiba saja neneknya, orang yang dianggap paling tua dan paling berhak atas semuanya, membuka pembicaraan.
“Baiklah, kerana kalian telah berkumpul, nenek ingin bicara dengan kau Fisha”. Neneknya berbicara sangat tegas, dengan sorot mata yang tajam.

”Ada apa ya Nek?” sahutku dengan penuh tanya..
Nenek pun menjawab, “Kau telah bergabung dengan keluarga kami hampir 8 tahun, sampai saat ini kami tak melihat tanda-tanda kehamilan yang sempurna sebab selama ini kau selalu keguguran!!“.

Aku menangis.. untuk inikah aku diundang kemari? Untuk dihina ataukah dipisahkan dengan suamiku?
“Sebenarnya kami sudah punya calon untuk Fikri, dari dulu.. sebelum kau menikah dengannya. Tapi Fikri anak yang keras kepala, tak mau di atur,dan akhirnya menikahlah ia dengan kau.” Neneknya berbicara sangat lantang, mungkin logat orang Sabang seperti itu semua.

Aku hanya bisa tersenyum dan melihat wajah suamiku yang kosong matanya.
“Dan aku dengar dari ibu mertuamu kau pun sudah berkenalan dengannya”, neneknya masih melanjutkan pembicaraan itu.
Sedangkan suamiku hanya terdiam saja, tapi aku lihat air matanya. Ingin aku peluk suamiku agar ia kuat dengan semua ini, tapi aku tak punya keberanian itu.
Neneknya masih saja berbicara panjang lebar dan yang terakhir dari ucapannya dengan mimik wajah yang sangat menantang kemudian berkata, “kau maunya gi mana? kau dimadu atau diceraikan?“
MasyaAllah.. kuatkan hati ini.. aku ingin jatuh pingsan. Hati ini seakan remuk mendengarnya, hancur hatiku. Mengapa keluarganya bersikap seperti ini terhadapku..

Aku selalu munutupi masalah ini dari kedua orang tuaku yang tinggal di pulau
kayu, mereka mengira aku sangat bahagia 2 tahun belakangan ini.

“Fish, jawab!.” Dengan tegas Ibunya langsung memintaku untuk menjawab.
Aku langsung memegang tangan suamiku. Dengan tangan yang dingin dan gemetar aku menjawab dengan tegas.
Walaupun aku tidak mampu berdiskusi dulu dengan imamku, tapi aku dapat berdiskusi dengannya melalui bathiniah.
‘’Untuk kebaikan dan masa depan keluarga ini, aku akan menyambut baik seorang wanita baru dirumah kami..”
Itu yang aku jawab, dengan kata lain aku rela cintaku dibagi. Dan pada saat itu juga suamiku memandangku dengan tetesan air mata, tapi air mataku tak sedikit pun menetes di hadapan mereka.

Aku lalu bertanya kepada suamiku, “Ayah siapakah yang akan menjadi sahabatku dirumah kita nanti, yah?”
Suamiku menjawab, ”Dia Desi!”
Aku pun langsung menarik napas dan langsung berbicara, ”bila pernikahannya berlangsung? Apa yang harus saya siapkan dalam pernikahan ini Nek?.”

Ayah mertuaku menjawab, “Pernikahannya 2 minggu lagi.”
”Baiklah kalo begitu saya akan menelepon pembantu di rumah, untuk menyuruhnya mengurus kami ke sana besok”, setelah berbicara seperti itu aku meminta untuk beredar ke kamar.
Tak tahan lagi.. air mata ini akan turun, aku berjalan sangat cepat, aku buka pintu kamar dan aku langsung duduk di tempat tidur. Ingin berteriak, tapi aku sendiri disini. Tak kuat rasanya menerima hal ini, cintaku telah dibagi. Sakit. Diiringi akutnya penyakitku..

Apakah karena ini suamiku menjadi orang yang asing selama 2 tahun belakangan ini?
Aku berjalan menuju ke meja rias, kubuka tudungku, aku bercermin sambil bertanya-tanya, “sudah tidak cantikkah aku ini?“

Ku ambil sisirku, aku menyisiri rambutku yang setiap hari gugur. Kulihat wajahku, ternyata aku memang sudah tidak cantik lagi, rambutku sudah hampir habis.. kepalaku sudah botak dibagian tengahnya.
Tiba-tiba pintu kamar ini terbuka, ternyata suamiku yang datang, ia berdiri dibelakangku. Tak kuhapus air mata ini, aku bersegera memandangnya dari cermin meja rias itu.

Kami diam sejenak, lalu aku mulai pembicaraan, “terima kasih ayah, kamu memberi sahabat kepada ku. Jadi aku tak perlu sedih lagi saat ditinggal pergi kamu nanti! Iya kan?.”

Suamiku mengangguk sambil melihat kepalaku tapi tak sedikitpun ia tersenyum dan bertanya kenapa rambutku gugur, dia hanya mengatakan jangan salah memakai shampo.

Dalam hatiku bertanya, “mengapa ia sangat leka?” dan ia sudah tak memanjakanku lagi. Lalu dia berkata, “sudah malam, kita istirehat ye!“
“Aku sholat isya dulu baru aku tidur”, jawabku tenang.

Dalam sholat dan dalam tidur aku menangis. Ku hitung mundur waktu, bila aku akan berbagi suami dengannya. Aku pun ikut sibuk mengurusi pernikahan suamiku.
Aku tak tahu kalau Desi orang Sabang juga. Sudahlah, ini mungkin takdirku. Aku ingin suamiku kembali seperti dulu, yang sangat memanjakan aku atas rasa sayang dan cintanya itu..

***
Malam sebelum hari pernikahan suamiku, aku menulis curahan hatiku di laptopku.
Di laptop aku menulis saat-saat terakhirku melihat suamiku, aku marah pada suamiku yang telah menelantarkanku. Aku menangis melihat suamiku yang sedang tidur lena, apa salahku? sampai ia berlaku sekejam itu kepadaku.

Aku save di mydocument yang bertitle “Aku Mencintaimu Suamiku.”
Hari pernikahan telah tiba, aku telah siap, tapi aku tak sanggup untuk keluar. Aku berdiri didekat jendela, aku melihat matahari, kerana mungkin saja aku takkan mampu melihat sinarnya lagi. Aku berdiri sangat lama.. lalu suamiku yang telah siap dengan pakaian pengantinnya masuk dan berbicara padaku.

“Apakah kamu sudah siap?”
Kuhapus airmata yang menetes diwajahku sambil berkata :
“Nanti jika ia telah sah jadi isterimu, ketika kamu membawa ia masuk kedalam rumah ini, cucilah kakinya sebagaimana kamu mencuci kakiku dulu, lalu ketika kalian masuk ke dalam kamar pengantin bacakan do’a di ubun-ubunnya sebagaimana yang kamu lakukan padaku dulu. Lalu setelah itu..”, perkataanku terhenti karena tak sanggup aku meneruskan pembicaraan itu, aku ingin menagis meledak.

Tiba-tiba suamiku menjawab “Lalu apa Bunda?”..Bunda panggilan yg sering dia ucapkan kepada ku dahulu
Aku kaget mendengar kata itu, yang tadinya aku menunduk seketika aku langsung menatapnya dengan mata yang berbinar-binar…

“Boleh kamu ulangi apa yang kamu ucapkan tadi?”, pintaku tuk menyakini bahwa kuping ini tidak salah mendengar.

Dia mengangguk dan berkata, ”Baik bunda akan ayah ulangi, lalu apa bunda?”, sambil ia mengusap wajah dan menghapus airmataku, dia agak sedikit membungkuk karena dia sangat tinggi, aku hanya sedadanya saja.
Dia tersenyum sambil berkata, ”Kita lihat saja nanti ya!”. Dia memelukku dan berkata, “bunda adalah wanita yang paling kuat yang ayah temui selain mama”..

Kemudian ia mencium dahiku, aku langsung memeluknya erat dan berkata, “Ayah, apakah ini akan segera berakhir? Ayah kemana saja? Mengapa Ayah berubah? Aku rindu sama Ayah? Aku rindu belaian kasih sayang Ayah? Aku rindu dengan manjanya Ayah? Aku kesepian Ayah? Dan satu hal lagi yang harus Ayah tau, bahwa aku tidak pernah berzina! Dulu.. waktu awal kita menjadi pasangan, aku memang belum mampu melupakannya, setelah 4 bulan bersama Ayah baru mampu aku terima, jika yang dihadapanku itu adalah lelaki yang aku cari. Bukan berarti aku pernah berzina Ayah.” Aku langsung bersujud di kakinya dan muncium kaki imamku sambil berkata, ”Aku minta maaf Ayah, telah membuatmu susah”.
Saat itu juga, diangkatnya badanku.. dia hanya menangis.

Ia memelukku sangat lama, 2 tahun aku menanti dirinya kembali. Tiba-tiba perutku sakit, ia menyadari bahwa ada yang tidak kena denganku dan ia bertanya, ”bunda baik-baik saja kan?” tanyanya dengan penuh khuatir.
Aku pun menjawab, “Mampu memeluk dan melihat kamu kembali seperti dulu itu sudah mebuatku baik, Yah. Aku hanya tak mampu bicara sekarang“. Kerana dia akan menikah. Aku tak mau membuat dia khuatir. Dia harus khusyu menjalani acara proses akad nikah tersebut.

***
Setelah tiba dimasjid, ijab-qabul pun dimulai. Aku duduk diseberang suamiku.
Aku melihat suamiku duduk berdampingan dengan perempuan itu, membuat hati ini cemburu, ingin berteriak mengatakan, “Ayah jangan!!”, tapi aku ingat akan keadaan ku.

Jantung ini berdebar kencang saat mendengar ijab-qabul tersebut. Begitu ijab-qabul selesai, aku menarik napas panjang. Makcik Lia, makcik yang baik itu, memelukku.. Dalam hati aku berusaha untuk menguatkan hati ini. Ya… aku kuat.

Tak sanggup aku melihat mereka duduk bersanding dipelamin. Orang-orang yang hadir di acara resepsi itu hiba melihatku, mereka melihatku dengan tatapan sangat aneh, mungkin melihat wajahku yang selalu tersenyum, tapi dibalik itu.. hatiku menangis.

Sampai dirumah, suamiku langsung masuk ke dalam rumah begitu saja. Tak mencuci kakinya. Aku sangat heran dengan perilakunya. Apa iya, dia tidak suka dengan pernikahan ini?

Sementara itu Desi disambut hangat di dalam keluarga suamiku, tak seperti aku dahulu, yang di musuhi.
Malam ini aku tak mampu tidur, bagaimana mungkin? Suamiku akan tidur dengan perempuan yang sangat aku cemburui. Aku tak tahu apa yang sedang mereka lakukan didalam sana.

Sepertiga malam pada saat aku ingin sholat qiamulail aku keluar untuk berwudhu, lalu aku melihat ada lelaki yang mirip suamiku tidur disofa ruang tengah. Kudekati lalu kulihat. Masya Allah.. suamiku tak tidur dengan wanita itu, ia ternyata tidur disofa, aku duduk disofa itu sambil mengusap wajahnya yang letih, tiba-tiba ia memegang tangan kiriku, tentu saja aku terkejut

“Kamu datang ke sini, aku pun tahu”, ia berkata seperti itu. Aku tersenyum dan megajaknya sholat. Setelah sholat dia berkata, “maafkan aku, aku tak boleh menyakitimu, kamu menderita karena ego nya aku. Besok kita pulang ke Jakarta, biar Desi pulang dengan mama, papa dan juga adik-adikku”

Aku menatapnya dengan penuh keheranan. Tapi ia langsung mengajakku untuk istirahat. Saat tidur ia memelukku sangat erat. Aku tersenyum saja, sudah lama ini tidak terjadi. Ya Allah.. apakah Engkau akan menyuruh malaikat maut untuk mengambil nyawaku sekarang ini, karena aku telah merasakan kehadirannya saat ini. Tapi.. masih mungkinkah engkau izinkan aku untuk merasakan kehangatan dari suamiku yang telah hilang selama 2 tahun ini..

Suamiku berbisik, “Bunda nape kurus?”
Aku menangis dalam kebisuan. Pelukannya masih bisa aku rasakan.
Aku pun berkata, “Ayah kenapa tidak tidur dengan Desi?”
”Aku rindu sama kamu Bunda, aku tak mau menyakitimu lagi. Kamu sudah sering terluka oleh sikapku yang ego.” Dengan lembut suamiku menjawab seperti itu.

Lalu suamiku berkata, ”Bun, Ayah minta maaf telah menelantarkan bunda.. Selama ayah di Sabang, ayah dengar kalau bunda tidak tulus mencintai ayah, bunda seperti mengejar sesuatu, seperti mengejar harta ayah dan satu lagi.. ayah pernah melihat sms bunda dengan bekas kekasih bunda dimana isinya kalau bunda gak mau berbuat “seperti itu” dan tulisan seperti itu diberi tanda kutip (“seperti itu”). Ayah ingin beritahu tapi takut bunda tersinggung dan ayah berpikir kalau bunda pernah tidur dengannya sebelum bunda bertemu ayah, terus ayah dimarahi oleh keluarga ayah karena ayah terlalu memanjakan bunda..”

Hati ini sakit ketika difitnah oleh suamiku, ketika tidak ada kepercayaan di dirinya, hanya karena fitnah keluarganya yang tidak pernah melihat betapa tulusnya aku mencintai pasangan seumur hidupku ini.
Aku hanya menjawab, “Aku sudah ceritakan itu kan Yah.. Aku tidak pernah berzina dan aku mencintaimu setulus hatiku, jika aku hanya mengejar hartamu, mengapa aku memilih kamu? Padahal banyak lelaki yang lebih kaya darimu waktu itu Yah.. Jika aku hanya mengejar hartamu, aku tak mungkin setiap hari menangis kerana menderita mencintaimu..“

Entah aku harus bahagia atau aku harus sedih karena sahabatku sendirian dikamar pengantin itu. Malam itu, aku menyelesaikan masalahku dengan suamiku dan berusaha memaafkannya beserta sikap keluarganya juga.
Kerana aku tak mau mati dalam hati yang penuh dengan rasa benci.

***
Keesokan harinya…
Ketika aku ingin terbangun untuk mengambil wudhu, kepalaku pusing, rahimku sakit sekali.. aku mengalami pendarahan dan suamiku terkejut bukan main, ia langsung menggendongku.
Aku pun dilarikan ke hospital..
Dari kejauhan aku mendengar suara zikir suamiku..
Aku merasakan tanganku basah..

Ketika kubuka mata ini, kulihat wajah suamiku penuh dengan rasa kerisauan.
Ia menggenggam tanganku dengan erat.. Dan mengatakan, ”Bunda, Ayah minta maaf…”
Berkali-kali ia mengucapkan hal itu. Dalam hatiku, apa ia tahu apa yang terjadi padaku?
Aku berkata dengan suara yang lirih, ”Yah, bunda ingin pulang.. bunda ingin bertemu kedua orang tua bunda, antarkan bunda kesana ya, Yah..”

“Ayah jangan berubah lagi ya! Janji ya, Yah… !!! Bunda sayang sangat sama Ayah.”
Tiba-tiba saja kakiku sakit sangat sakit, sakitnya semakin keatas, kakiku sudah tak mungkin bergerak lagi.. aku tak kuat lagi memegang tangan suamiku. Kulihat wajahnya yang tampan, berlinang air mata.
Sebelum mata ini tertutup, kulafazkan kalimat syahadat dan ditutup dengan kalimat tahlil.
Aku bahagia melihat suamiku punya pengganti diriku..

Aku bahagia selalu melayaninya dalam suka dan duka..
Menemaninya dalam ketika ia mengalami kesulitan dari kami pacaran sampai kami menikah.
Aku bahagia bersuamikan dia. Dia adalah nafasku.

Untuk Ibu mertuaku : “Maafkan aku telah hadir didalam kehidupan anakmu sampai aku hidup didalam hati anakmu. Ketahuilah Ma.. dari dulu aku selalu berdo’a agar Mama merestui hubungan kami.
Mengapa engkau fitnah diriku didepan suamiku, apa engkau punya buktinya Ma?
Mengapa engkau sangat cemburu padaku Ma?

Fikri tetap milikmu Ma, aku tak pernah menyuruhnya untuk durhaka kepadamu, dari dulu aku selalu mengerti apa yang kamu inginkan dari anakmu, tapi mengapa kau benci diriku.. Dengan Desi kau sangat baik tetapi denganku menantumu kau bersikap sebaliknya..”

***
Setelah ku buka laptop, kubaca luahan isteriku.
==========================
===========================
Ayah, mengapa keluargamu sangat membenciku?
Aku dihina oleh mereka ayah..
Mengapa mereka baik terhadapku pada saat ada dirimu?
Pernah suatu ketika aku bertemu Dian di jalan, aku menegurnya kerana dia adik iparku tapi aku disambut dengan wajah ketidaksukaannya. Sangat terlihat Ayah..

Tapi ketika engkau bersamaku, Dian sangat baik, sangat manis dan ia memanggilku dengan panggilan yang sangat menghormatiku. Mengapa seperti itu ayah ?
Aku tak mungkin berbicara tentang ini padamu, kerana aku tahu kamu pasti membela adikmu, tak ada gunanya Yah..

Aku diusir dari hospital.
Aku tak boleh merawat suamiku.
Aku cemburu pada Desi yang sangat akrab dengan mertuaku.
Tiap hari ia datang ke rumah sakit bersama mertuaku.
Aku sangat marah..
Jika aku membicarakan hal ini pada suamiku, ia akan pasti membela Desi dan
ibunya..
Aku tak mau sakit hati lagi..
Ya Allah kuatkan aku, maafkan aku..
Engkau Maha Adil..
Berilah keadilan ini padaku, Ya Allah..
Ayah sudah berubah, ayah sudah tak sayang lagi pada ku..
Aku berusaha untuk mandiri ayah, aku tak akan bermanja-manja lagi padamu..
Aku kuat ayah dalam kesakitan ini..
Lihatlah ayah, aku kuat walaupun penyakit kanser ini terus menyerangku..
Aku mampu melakukan ini semua sendiri ayah..

Besok suamiku akan menikah dengan perempuan itu. Perempuan yang aku benci, yang aku cemburui, tapi aku tak boleh ego, ini untuk kebahagian keluarga suamiku. Aku harus sedar diri.
Ayah, sebenarnya aku tak mau diduakan olehmu..
Mengapa harus Desi yang menjadi sahabatku?
Ayah.. aku masih tak rela..
Tapi aku harus ikhlas menerimanya.
Pagi nanti suamiku melangsungkan pernikahan keduanya. Semoga saja aku masih punya waktu untuk melihatnya tersenyum untukku. Aku ingin sekali merasakan kasih sayangnya yang terakhir. Sebelum ajal ini menjemputku.
”Ayah.. aku rindu Ayah..”
=====================================================
’’Dan kini aku telah membawamu ke orang tuamu, Bunda..
Aku akan mengunjungimu sebulan sekali bersama Desi di Pulau Kayu ini.
Aku akan selalu membawakanmu bunga mawar yang berwana pink yang mencerminkan keceriaan hatimu yang sakit tertusuk duri.’’

Bunda tetap cantik, selalu tersenyum disaat tidur..
Bunda akan selalu hidup dihati ayah..
Bunda.. Desi tak sepertimu, yang tidak pernah marah..
Desi sangat berbeza denganmu, ia tak pernah membersihkan telingaku, rambutku tak pernah di shampoo seperti yg kamu buat, kakiku pun tak pernah dicucinya.
Ayah menyesal telah menelantarkanmu selama 2 tahun, kamu sakit pun aku tak perduli, hidup dalam kesendirianmu..

Seandainya Ayah tak menelantarkan Bunda, mungkin Ayah masih tidur dengan belaian tangan Bunda yang halus..
Sekarang Ayah sadar, bahwa ayah sangat memerlukan bunda..
Bunda.. kamu wanita yang paling sabar yang pernah kutemui..
Aku menyesal telah asik dalam ke-egoanku..

Bunda.. maafkan aku.. Bunda tidur tetap manis. Senyum manjamu terlihat di tidurmu yang panjang..
’’Maafkan aku, tak bersikap adil dan membahagiakanmu, aku selalu meng-iyakan apa kata ibuku, karena aku takut menjadi anak durhaka. Maafkan aku ketika kau di fitnah oleh keluargaku, aku percaya begitu saja..
Apakah Bunda akan mendapat pengganti ayah di surga sana?

Apakah Bunda tetap menanti ayah disana? Tetap setia dialam sana?
Tunggulah Ayah disana Bunda..
Boleh kan? Seperti Bunda menunggu ayah di sini.. Aku mohon..
’’Ayah Sayang Bunda….’’ ===============================================================

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)