Tersurat dan tersirat di sebalik tsunami jepun

Entry kali ni bukan lah nak memburuk-burukan orang jepun cuma sekadar renungan...Nabi sendiri pernah cakap yang ALLAH S.W.T akan turunkan bala atas sebab kemungkaran yang manusia itu sendiri lakukan...

Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu.

~hadis riwayat oleh At-Tarmizi dari Saidina Ali Bin Abi Talib~

Aku tak mahu bergaduh pasal status hadis tu sohih,hasan,dhoif atau maudu, yang penting kita amik yang baik kan hehe...

Berbalik kisah org jepun semua tahu kan yang jepun adalah pengeluar utama movie-movie lucah dan ramai pelakon-pelakon lucah dia terkenal sampai ke indonesia..sampai kan ada orang indonesia letak status kt facebook tolong selamatkan maria ozawa hehehehe....mungkin hanya sekadar gurauan kan...di jepun industry adult movie ni adalah sah dari segi undang2 dorang..dan DVD2 pronography ni dijual secara terbuka di kedai2 movie..wah cam expert je aku ni.cam ade experience je heheheh..takde lah....

Kat jepun gak ada hotel khas untuk pasangan buat maksiat..dorang panggil 'hotel love'

Sampai begitu sekali budaya Jepun ini. Sampai sanggup dia adakan tempat khas untuk pasangan melepaskan nafsu masing-masing.Segala kemudahan disediakan seperti menggalakkan perlakuan zina ini.Buat pasangan muda-mudi yang perlu bersendirian atau istilahnya privasi boleh mencuba hotel Cinta yang cuma ada di Jepun. Hotel ini di reka sedemikian rupa dengan teknologi sehingga semua keperluan sudah siap disediakan sehinggakan tidak diperlukan pekerja membantu.....









sampai begini sekali diberikan tempat khas untuk memudahkan orang melakukan maksiat..

Satu lagi jepun ni adalah negara top ten paling ramai orang bunuh diri..bayangkan sepanjang 2006, seramai 32,155 orang telah membunuh diri di Jepun, menjadikan jumlah ini sembilan tahun berturut-turut melebihi 30,000 orang. Pada 2003, jumlah ini adalah 34,427 orang...setahun lebih 30 ribu org ramai tu hehehe

Punca utama kejadian membunuh diri di Jepun ialah masalah kesihatan iaitu hampir 50 peratus, diikuti beban kewangan dan kesusahan hidup. Sebanyak 48 peratus daripada mereka ini tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Kadar 30,000 orang yang membunuh diri ini dikesan sejak 1998 apabila keadaan ekonomi yang teruk menyebabkan ramai yang muflis, hilang pekerjaan dan kecewa dengan hidup.

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Jepun memperkenalkan undang-undang yang menghendaki pihak majikan menyediakan perkhidmatan kesihatan mental kepada pekerja mereka. Di samping itu berusaha mengurangkan kadar pengangguran dan menapis laman web yang menggalakkan membunuh diri.

Hasrat kerajaan Jepun ialah mengurangkan kadar membunuh diri sehingga 20 peratus dalam masa 10 tahun.

Sumber untuk 'hotel love': http://www.borakkosong.com/2010/12/gila-di-jepun-ada-hotel-khas-untuk.html#ixzz1GKWtA2T0
Sumber untuk 'Bunuh diri':http://en.wikipedia.org/wiki/Suicide_in_Japan
Sumber untuk 'pornography in japan':http://en.wikipedia.org/wiki/Pornography_in_Japan

P.S Telekom Malaysia (TM) kini mengumumkan yang mana para pengguna internet di Malaysia mungkin menghadapi sedikit masalah pelayaran ekoran daripada beberapa kabel yang menghadapi masalah akibat tsunami yang melanda Jepun semalam.

14 comments:

alexayussida said...

negara kita pon ape kurangnye...bayi tak berdosa makin banyak terbuang..harap2 smua amik iktibar:)

Kumbang Jingga said...

@alexa yussida
yup negara kita pun lebih kurang je.dua kali lima.takpa pasni kalau negara kita kena tsunami kali kedua aku wat entry pasal malaysia pulak hehehehe...

Blogger Addict said...

tsunami yg dahsyat berlaku hanya dalam masa 7 tahun....jepun menjadi negara kedua untuk diambil iktibar dalam alaf baru dari bencana alam selepas indonesia....

ntah sy pun xtau aper yg sy komen nie...hehehe

Anonymous said...

hurm. besar kemungkinan. tiap yg terjadi tu ada sebab dan peringatan jgk buat kita

zumar said...

mmm...semua ni adalah sebagai peringatan supaya kita jangan leka..

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

tanx babe kongsi...nice entry..

Nadhirah Nasir said...

actually, tsunami dekat jepun ni da besa berlaku.. sebab jepun terletak kat lingkaran gunug apa pasifik.. sebab tu banyak berlaku gempa bumi.. diorang da besa sebenarnya gempa bumi dan tsunami ni.. cuma kali ni gempa bumi diorng 8.8 R.. tinggi~

Unknown said...

ada kemungkinan jgk..hmm, peringatan yg baik. semoga Malaysia tak jadi mcm tu. walaupun skrg ni dah nampak ke arah camtu. erkk..

AkuMuzikFilem said...

eerm. dorang bebas melampau. kurang nikmat hidup.

Unknown said...

dunia sudah tua.
bersedia lah. perkuatkan diri dari segi kerohanian.

Dekna said...

dunia akhir zaman

macam macam bala akan muncul~

tpai kita tak sedar sedar diri lagi kan

wallahuallam~

Zazachan said...

benda kalau nak jadi, jadi jugak.
dunia dah sampai ke akhirnya sebab tu mcm2 bencana berlaku.

fyy mokhtar said...

erk??? cantik nye tempat nak melakukan maksiat. nape tak bagi tempat tuh untuk kanak kanak afrika kat sane tuh??? =='

Ibu Ammar said...

jepun, ada yang boleh dicontohi, ada yang perlu dijauhi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)