10 Fakta Tentang Diri AKu!!

1. Aku tak pernah naik kapal terbang
~Yup aku tak pernah naik kapal terbang hehe..teringin gila nak naik sekali..tp still tak berpeluang huhuhuh
2. Aku boleh makan 4 keping roti canai dalam satu masa
~Ini orang tak panggil hebat tapi gelojoh hehehe..aku memang selalu makan mcm ni bila keje malam..selalu pesan kt staff2 aku..tapau je..kalau mkn sana mamak tu pandang aku mcm aku org afrika yg kebuluran hehe...


3. Aku boleh makan 2 bungkus maggie curry dalam satu masa
~Ini pun bukan hebat namanya tapi gelojoh jugak hehe..kalau kt umah aku selalu masak maggie 2 bungkus sekali..memang aku makan sampai abis2 bungkus tu....pasal bab makan ni kawan aku ckp aku bela hantu raya sbb mkn banyak tapi tak gemuk...

4. Aku tak merokok
~kebanyakkan kawan2 aku kt opis hisap rokok..tapi aku tak hisap rokok walaupun abah aku sendiri pun hisap rokok..maybe sbb aku ni dulu pengawas sekolah kot hahaha...


5. Aku boleh berenang
~Aku boleh berenang dan menyelam dengan baik..maybe sbb umah aku tepi pantai kot..selalu g menyelam cari kepah hehe...

6. Aku boleh buat somersault 'backflip'
~aku boleh buat somersault cam org gymnastik buat tu..tapi backflip yg biasa je bukan yang sampai 2 3 kali pusing atas angin tu hehe...dulu belajar silat gayong pusaka smpai bengkong merah..sebab tu aku boleh buat..



7. Aku takutkan lintah dan pacat
~tak cool betul laki takut pacat dengan pacat hahaha..walaupun aku org kampung tapi aku memang geli dengan pacat ngn lintah...kalau aku masuk kebun yg banyk pacat aku sapu kaki dengan minyak gamat so pacat tak naik..bijak tak aku hehe...

8. Aku boleh main gitar
~Dulu selalu adik aku yg ajar main gitar..main pun guna gitar dia so secara tak langsung aku pun reti main gitar hehe...

9. Aku tak suka jupe doktor
~Salah satu sebab aku tak suka jupe doktor sbb aku tak suka kena cucuk jarum..rasa ngilu..so bila aku demam aku minum air hundred plus or air kelapa then baik sendiri..kalau gusi aku bengkak makan penadol tahan sakit then baik sendiri..

10. Aku tak pernah kapel time study
~Masa sekolah rendah takde org minat kt aku pun..masa sekolah menengah ada gak lah yg minat tp sorang je kot itupun aku tak layan sbb time tu pikir nk stdy je.mcm secret admirer je lah.and mereka dah kawin!!!hehehe...masa kt universiti plak lebih kurang je....takde masa..walaupun orang lain ade je masa utk kapel..adakah aku menyesal??nope..hehe...

P.S Cukup lah je lah 10..panjang2 kan tak larat nak baca hehehe...

7 comments:

Unknown said...

nice... fakta menarik tentang diri seniri...

AkuMuzikFilem said...

wah. kata tak pandai main gitar. low profile ek. aku juga tak merokok. ya, tak merokok sangat kool. yeah!

Anonymous said...

roti canai?orang panggil keping..

kaAka said...

sgt teruja bca enrty nh...
cool la bro xhsp rokok...
nt kte rmai2 naik flight yee...

Unknown said...

1,3,4,7,9 dan 10 ko sama dgn aku la...

fynahere said...

1,4,9 sama! yeay! hehe

Hanys Najib said...

no 7, mcm ne gayanya kalau pacat tu melekat gak kat kaki ea? agak2 blh menjerit mlompat-lompat x? hehhehehe..
;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)