Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya,
dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui
kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah
rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas
pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil
keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat
mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail
pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut
pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai
dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang
tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka
telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang
telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang
lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu
ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika
ini.

0 Budak Comel Komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk