"Kami Couple, Tapi Islamic Way"


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...



p/s :


yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri penulis sendiri terutamanya....wallahualam

so kepada sesiapa yang bercouple tu hayatilah kisah di atas..

tak salah nak bercinta tapi biarlah cinta yang halal kerana cinta itu fitrah dan ia hadir tanpa dipinta...Siapa kita untuk menghalang rasa cinta yang diberikan oleh Sang Pencipta Rasa Cinta...

sahabat-sahabat tahu bagaimana kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah bercinta??? Cinta yang sangat mulus... Cinta yang disimpan di dalam hati, dan akhirnya memang itu dinamakan jodoh mereka berdua disatukan dengan ikatan yang halal. InsyaAllah penulis (Muslimah Optimis) akan kongsikan kisah percintaan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah lain kali..

kot-kot rajin nak baca Salahkah aku bercinta dan Rasa Cinta.
Klik jangan tak klik

18 comments:

~SYAZ~ said...

wahh~
cerita yang membuatkan syaz terfikir sejenak..
betollah..yang haram itu tetap haram.. :)

aisha alesya said...

sy dah terkapel..nak clash tak sampai hati..
rasa lega sangat sebab kami kapel jarak jauh..
kadang-kadang rasa macam tak kapel pun..
doakan sy dilindungi selalu ye..
sy sedang berusaha nak jadi lebih baik :)

Dya Lina said...

mula baca cam hampeh..abis baca ada maksud tersirat...best punya post...

A.I said...

wahhh. BABI dan CINTA?
neway mmg takder pon.
itu kira seryesly islamik laa.
kali dak2 kat tmpat aku, they said they couple in islamik, tapi msg abg sayang, tapi msg pg2, malam2, non stop!
aku bukan laki, but i did heard laki kalo org msg abg syg pon lekas ST*M! eh?

btw, jauh sgt lagi au nak ke level nih. adoi.... tenx for advise.

moi said...

bagus!moi pon kne jauhkn..doakn moi..

dyana nana said...

waw!! ssh nak cari or nak tgk couple cara islam nieh...
ape pown mmg good la entry nieh... kkuikui.. (:

Mss Ieza said...

nice.. skong2 :))

silent said...

aku suka post ni

Dzu Aamal said...

love this entry la KJ... walaupun kapel ia tetap haram kan... =)

KUKUMALU said...

wow..nice entry..keep it up!

NUar... said...

t'baekk la kj.. bleh kta ambik sbagai 1p'gajaran lam entry niehh..

Anonymous said...

ye ye, no islamic couple, . . . . tak boleh tetap tak boleh, . . . kalau betul2 nak nikahkan je terus, . . . .

Nurul Shahida (Syada) said...

sembunyikan perhubungan dan pertunaganmu, dan umumkan pernikahanmu...
mintak izin share ye...

Nurul Shahida (Syada) said...

sembunyikan perhubungan dan pertunaganmu, dan umumkan pernikahanmu...
mintak izin share ye...

pria terjelek said...

aku pcaya yg haram tetap haram. yg halal boleh jd haram...


so mang tak leh bercinta??!?? totaly?????..tak cinta maka tak kenal.. itu pepatah.. if semua orng berfikiran mcm korang suma ada baiknya...malah buat dunia aman.. tp zaman skang tak kira lelaki mahupn pmpuan lbh bnyak knal dn cinta walaupn ikut cara sperti crita di atas.malah yg lbh buruk dr itu kmungkinan lbh banyak.. sbagai seorang umat islam afa baiknya menganali hati budi masing agar bmudah bersatu di akad nikah..

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat
adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-
lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan
yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-
perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang
baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-
perempuan yang baik.

doa .... mohon petunjuk.. usaha... mencari sebaik mungkin redhaNYA..

Azza said...

mohon untuk d share...jazakallah khair..

Anonymous said...

Assalam, mohon saya save. terimakasih

md_saf said...

Nice entry... sebab tu ada artikel ni: Patutkah berkahwin awal
jom baca...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)