01 - Hai anakku, ketahuilah... sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan  yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin  selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang  bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan layarnya adalah TAWAKKAL kepada  Allah.
02 - Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima  nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang  insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa  menerima kemuliaan dari Allah juga.
03 - Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam  beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia  akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat  kepada Allah.
04 - Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan  yang dilakukanmu, maka maruahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi  tanam-tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu  boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang  menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan  sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat  berputus asa dari rahmat Allah.
07 - Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana  tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan  sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah,  memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada  memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu  besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua  itu, adalah bila mana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 - Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai  utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja  yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan  memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah  memberikan akibat yang berbahaya.
11 - Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati  atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati,  sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung Akhirat sedangkan  menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan  duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana  sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila  makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana  manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu  barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit  itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang takwa dan  musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta  nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu  mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak  ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia  tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah  terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam  kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau  mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis  wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya  seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang  berharga.
18 - Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya  sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun,  biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah-laku sebagai orang yang  tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana  itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu  selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah  bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina  daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata  yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila  berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan  manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana  sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang  pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,  janganlah mensia-siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang  pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa  yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan  menyesal.
24 - Hai anakku, bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.  Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini  mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari  mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan  nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan Akhiratmu. Jangan engkau  tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau  akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya,  janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana  sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.  Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka,  kelak akan membinasakan dirimu.
25 Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger  Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)
 
 

1 comment:
syukran jazakallah khairan...
perkongsian yg membina diri =)
Post a Comment