Ada  aku kisah isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... Ada aku kisah  jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak.... Ada  aku kisah jika isteriku berhempas pulas di dapur menyediakan keperluan  pagi esok ketika aku sedang berdengkur... Ada aku kisah siapa yang  mengambil berat tentang keperluan anak2, membeli susu dan pampers dan  ubat-ubatan ketika anak2ku demam dan meragam… Ada aku kisah siapa yang  membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku  bersiram.... Ada aku kisah dah berapa lama isteri aku begitu setia  menggosok kain bajuku... Ada aku kisah betapa isteriku tak pernah jemu  menyediakan kelengkapan diriku, meletak baju, stoking, pakaian dalam dan  sapu tangan dengan kemas setiap hari aku nak pergi kerja… Ada aku kisah  bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... Ada  aku kisah apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah  kusam dan masam.... Ada aku kisah adakah wang yang masih bersisa utk  isteri dan anakku cukup atau tidak ketika aku hendak kepergian.... Ada  aku kisah betapa pedihnya hati isteriku bila aku memarahinya… memaki  hamunnya dengan kata2 kesat setiap kali dia melakukan kesilapan kecil  yang tak disengajakan… Ada aku kisah apa perasaan isteriku bila aku  tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar... Ada aku kisah  jika isteriku saban malam terpaksa bangun membuatkan susu untuk anak2ku…  melayan kerenah anak2ku, merengek, menangis di kala mereka demam… Ada  aku kisah berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang  pudar ditelan masa.... Ada aku kisah bilakah kali terakhir aku  menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... Ada aku kisah bila kali  terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi  isteriku..menjadi ibu kepada anak-anakku… Ada aku kisah kenapa isteriku  terlelap bersama linangan airmata.... Ada aku kisah jika isteriku  terjaga di tengah malam kerana dengkurku... dan aku terus nyenyak tidur  dibuai mimpi indah seorang lelaki....
Tiba-tiba  aku MENJADI KISAH dan MENGAMBIL KISAH… 
Ketika telefon isteriku berdering di malam hari. Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting... Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh cinta padanya... Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan… Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku..... Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ... Ketika dia tidak lagi menyediakan keperluan pakaianku ketika aku mahu ke tempat kerja… Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak KISAH kat aku? :(
P/s  : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri… Jangan  mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu  permaisuri hati kita… Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak  pernah membajanya… Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah  retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.
3 comments:
wa tabik monoshock sama lu kawan....salute........
hmmm..suami isteri ada amanah masing2 dalam kehidupan rumahtangga kan?semoga aku jadi isteri yg berbakti kepada suami aku satu hari nanti dan aku semoga aku dapat suami yg dapat membimbing serta mengasihi aku ke jalan yg diredhai Allah..aminn..^_^
@♥CIK SHA♥
aminnnnnn..
Post a Comment