Kisah teh tarik...

Sebelum korang baca aku nak bagi peringatan siap2..bukan semua orang akan paham dengan cerita ni sebab org2 yang genius cam aku je paham hehe....

Katakanlah, setiap hari, 10 lelaki pegi mamak minum teh tarik dan jumlah harga teh tarik tu RM10. Kalau diorang bayar harga tu sepertimana kita bayar cukai, pembayarannya lebih kurang begini:-

4 lelaki pertama (paling miskin) takkan bayar apa2.

Lelaki ke-5 akan bayar RM0.10

Lelaki ke-6 akan bayar RM0.30

Lelaki ke-7 akan bayar RM0.70

Lelaki ke-8 akan bayar RM1.20

Lelaki ke-9 akan bayar RM1.80

Lelaki ke-10 (paling kaya) akan bayar RM5.90

Itulah apa yang mereka setuju bayar.

10 lelaki ni minum hari2 dan tak kesah dengan cara pembayaran. Sehinggalah satu hari, pemilik mamak ni mengumumkan "Memandangkan korang ni pelanggan setia kedai aku, aku kurangkan harga teh tarik korang RM2, kira skang bayar RM8 je la".

10 lelaki ni masih nak bayar harga teh tarik dengan cara bayar cukai, jadi 4 lelaki pertama ni tak terjejas. Mereka masih minum dengan percuma. Tapi apa akan jadi dengan 6 lelaki lagi - pelanggan yg slalu bayar? Mcm mana mereka hendak membahagikan penjimatan RM2 tu supaya semua orang dapat merasa "pembahagian yang adil" ? Diorang sedar yang RM2 bahagi 6 jadi RM0.33. Tapi kalau diorang tolak dari sumbangan semua orang, lelaki ke-5 dan ke-6 pulak dibayar balik bila minum. Jadi pemilik mamak ni memberi cadangan supaya sumbangan setiap lelaki ni dikurangkan dalam nilai yang berpatutan, mcm berikut...

Lelaki ke-5 akan minum percuma, mcm 4 lelaki yang pertama

Lelaki ke-6 akan bayar RM0.20 (jimat 33%)

Lelaki ke-7 akan bayar RM0.50 (jimat 28%)

Lelaki ke-8 akan bayar RM0.90 (jimat 25%)

Lelaki ke-9 akan bayar RM1.40 (jimat 22%)

Lelaki ke-10 (paling kaya) akan bayar RM4.90 (jimat 16%)

6 orang lelaki ni dapat la jimat sket dari sebelum nih. 4 lelaki pertama masih minum percuma. Tapi lepas habis minum dan keluar dar mamak ni, mereka mula membuat perbandingan...

"Aku dapat seposen je dari RM2 yang mamak tu diskaun..." rungut lelaki ke-6. Dia bersungut tentang lelaki ke-10 "...tapi dia dapat RM1...".

"Tu la, same la ngan aku, dapat singgit je gak. Mana aci dia dapat 10x ganda dari aku..." cakap lelaki ke-5. "Btul tu, nape dia dapat RM1 padahal aku dapat 2posen je? Orang kaya mmg dah pakat, tau nak untung je" cakap lelaki ke-7.

"Tunggu jap, kitorang tak dapat untung pa pe langsung. Sistem ni tak adil dengan orang miskin mcm kitorang" rungut 4 lelaki pertama.

9 lelaki ni belasah lelaki ke-10.

Malam esoknya, lelaki ke-10 tak datang minum. Jadi 9 lelaki ni minum la mcm bese. Bila tiba masa nak bayar je, diorang perasan satu benda. Diorang ni tak cukup duit langsung nk bayar walaupon separuh dari jumlah harga teh tarik tu!!!

Jadi, tuan2 dan puan2, begitulah caranya sistem cukai kerajaan kita sebenarnya. Siapa yang kaya, memang untung kalau ada apa2 insentif/subsidi/dll. Jangan ketuk diorang banyak sangat sbb diorang kaya, nanti diorang lari gi tempat lain. Tempat yang mana cukai dia lagi simple dan mesra rakyat.

Sbb tu k'jaan naikkan harga minyak RON 97..sbb minyak tu org kaya je pakai..kalau org miskin pakai minyak tu memang tak sedaq diri punya org hehe....

Dipetik dan diolah dari:

David R. Kamerschen, Ph.D.

Professor of Economics, University of Georgia

For those who understand, no explanation is needed.

For those who do not understand, no explanation is possible.

5 Budak Comel Komen:

KUKUMALU said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

owh owh owh

lebih kurang mcm nak byr zakat lah tuu

puteri ain said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice one :)

Frause said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aik....kira aku golongan kaya ka...? aku guna ron 97 la...pasal kalo masuk 95 enjin meragam....pasal 97 jer minyak yang elok....

♥CIK SHA♥ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memula aku blur..baca banyak2 kali boleh la paham sket..

MangkOk cHenTa ♂ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

waaaaooo...really nice entry....like3! =)
cerita ni boleh la bukak minda sket..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...