PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Ulasan Ustaz Zaharuddin

zaharuddinfeb2010.jpg
Profile
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
(updated on 25 February 2009)
In Bahasa Malaysia
Pengalaman
  • Kaunselor Shariah, Ingress Corporation Bhd
  • Felo Akademi, Pusat Kajian Modeniti & Masyarakat Madani
  • Kolumnis, RHB ISLAMIC Speaks, NST Business Times
  • Pengurus Kanan, Shariah Compliance Department, RHB ISLAMIC Bank Berhad
  • Setiausaha Majlis Penasihat Shariah, Asian Finance Bank Bhd ( Anak Syarikat Qatar Islamic Bank)
  • Penasihat Shariah Luaran, RHB Islamic Bank Berhad
  • Ahli, Konsultan Shariah, Standard Chartered (Sadiq) Bank (Malaysia) Berhad
  • Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, OSK Investment (Islamic) Bank Berhad
  • Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Deutsche (Islamic) Bank, Malaysia
  • Pensyarah Sambilan, (mengajar subjek Fiqh Muamalat dan Usul Fiqh)  European Institute of Human Science, Wales, UK
Sekarang
  • Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Panel Soal Jawab Agama, Majalah I, Terbitan Karangkraf Sdn Bhd
  • Kolumnis Ruangan An- Nur, Akhbar METRO AHAD
  • Kolumnis Majalah Iktisad, terbitan Yayasan Muslimin Berhad
  • Kolumnis Majalah Solusi, (Ruangan Fiqh Muamalat) terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
  • Ahli Majlis Penasihat Shariah, C & S Consulting & Investment Ltd, Trinidad ( Bersama Prof. Dr Monzer Kahf)
  • Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Standard Chartered saadiq Malaysia Berhad
  • Penasihat Shariah, Siraj Capital Ltd, Jeddah 
  • Penasihat Shariah, Yasmin Holdings Group Sdn Bhd
  • Konsultan Shariah & Perbankan Islam, Furqan Islamic Finance Group, Dubai
  • Penasihat Shariah, Storm Readers Sdn Bhd
  • Penerima Anugerah Media Islam Negara Ke3, Laman Web Islamik terbaik
  • Associate Lecturer, The Markfield Institute of Higher Education, United Kingdom
Kelulusan
  • B.A ( Hons) , Usuluddin, Universiti Malaya dan
  • M.A, Shari'ah (Hons) , Univ. Al-Yarmouk, Jordan
  • PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of Wales, United Kingdom ( Candidate)
  • Tawliah Berceramah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Ruj : pmwp/600/2klt.6(138)
  • Tawliah Ceramah , Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
  • Ijazah Ilmiah dari Syeikh Al-Imam Dr Yusuf Al-Qaradawi
Buku ( Books published / to be )
  • Wang, Anda dan Islam terbitan True Wealth Sdn Bhd (Dec 2007) - 7,000 copies in 12 months
  • Money You and Islam, terbitan True Wealth Sdn Bhd (Dec 2008)
  • Formula Solat Sempurna, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (March 2008) - Best Seller 14,000 copies in 9 months
  • Untukmu Wanita, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd (Ogos 2009)
  • Untukmu Umat, terbitan Alaf 21 Sdn Bhd (Julai 2009)
  • Riba dan Isu Semasa Kewangan, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Feb 2010)
  • Kontrak and Produk Perbankan Islam, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Oktober 2009)
  • Islamic banking Products and issues, terbitan Cert Publication Sdn Bhd 
  • Maqasid As-Shariah Fi Ahkam al-Buyu' (in arabic), terbitan IIUM Press (April 2009)
  • How to Perfect Your Solat?, terbitan ... (Nov 2009)
  • Murabahah : Teori, Isu dan Aplikasi, terbitan True Wealth Sdn Bhd (June 2009)
  • Murabahah : Theory, Application and Issues, terbitan
     
    ptptnpic.jpg
     
    Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.
    Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
    Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.
    Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.
    Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.
    UJRAH
    Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam  dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency) seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.
    Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?
    Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.
    YANG BERBEZA
    Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :
    Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
    Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-
    Upah     = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
                = RM 2,100
    Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100
    Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.
     
    APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA
    Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.
    Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.
    Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.
    Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.
    Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.
    Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-
    Ujrah              =                 Actual Administrative Expenses During   The Year                   x          100
                                               Average Asset During The Year
    Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :
    Average asset    =          A1        +          A2
                                                    2
    Nota Keterangan
    A 1 : Total asset at beginning of the period
    A 2 : Total Asset at the end of the period
    Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.
    KESIMPULAN
    Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.
     
    Sekian
    Zaharuddin Abd Rahman
    16 Sha'ban 1430 H
    08 Ogos 2009

3 comments:

Shahada Fauzi said...

aku dah perbetul ayat aku kat entri PTPTN aku tu..ehehe..mekaseh la tegur..sebenarnye analisis aku tu berdasarkan tawaran yg aku terima..bukan semua orang sama kes dgn aku..^_^

dek udie said...

salam.. saya rasa istilah pinjaman harus ditukar kpd "sewa". barulah ia halal dr segi hukum krn sistem sewa diterima dalam islam. oleh itu, penerima wang boleh dipanggil sbg "penyewa" dan dia harus membayar kadar yang ditetapkan oleh pihak ptptn yg telah "menyewakan" wang kpdnya.jika ikut contoh diatas, rm21000 itu boleh dipanggil sbg "barang sewaan" dan jumlah rm2100 itu ialah "jumlah bayaran sewa". sy rasa ianya halal kerana masih mgikut syaria islam (namun halal haram Allah yg tntukan). Maaf andai tersilap. Sy hanya student Dip yg juga meminjam dr ptptn. :)

Anonymous said...

Tahniah kpda admin memberi satu maklumat yang senang untuk dikongsi bersama. Terbaik hendaknya kerana maklumat ini mungkin sedikit tetapi berguna kepada semua. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)