Mati dipeluk teman wanita


RUMAH yang menjadi tempat Muhammad Faizal ditemui mati diruang tamu selepas meminum racun serangga manakala Zuzziana pula parah di Taman Bunga Sejati, Rantau semalam.


SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.
Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.
Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.
Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.
Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.
Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.
Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.
“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.
“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Sedehnya baru je memeluk agama islam tapi bunuh diri plak..huhu...kenapa ditiru romeo dan juliet??Pada pendapat korang kalau keluarga kedua2 belah menghalang tapi kedua2 pasangan ni sgt mencintai..macam mana nak buat??adakah putuskan hubungan dan ikut kehendak keluarga kawin dgn pilihan keluarga...atau cuba dulu memujuk dan menjelaskan kpd keluarga elok2..

9 comments:

fi said...

usaha tangga kejayaan..

berusaha untuk yakin kan keluarga...
buat istikharah mintak petunjuk drpd ALLAH SWT..
kalau jodoh tak ke mana..
jangan bunuh-bunuh diri ye :)

myLady said...

astagfiruallah...
Innalillah...
terkejut dengar....
hurm....
nipis nya iman....
sedey rasa...
syaitan bertepuk tangan...
kerana mereka berjaya mengheret ..ke arah yg salah...

semoga roh mereka dicucuri rahmatNYA...

al fatihah....

SaL_HaSa said...

kalu dh mcm ni bek kawen je lah..ish mcm2

Shahada Fauzi said...

tentangan mungkin datang dari pihak keluarga perempuan sebab umur baru 18 tahun kan..pastu lelaki tu pulak mualaf..

tapi salah jugak la kalau keluarga perempuan tu bertindak macam tu..patutnye mereka sokong dan bantu mualaf yg baru msuk Islam tu walaupun bercinta dgn anak mereka yg masih muda..

komplikated jugak kesah percintaan depa ni sampai amek keputusan bunuh diri gamaknye kan?

innalillah..

hud aikara said...

yang lelakinya saya rasa masuk islam pun sbb teman wanitanya..jadi dia goyah sangat pegangannya, tapi yang perempuan tu terlalu nipisnya iman dan terlalu dibutakan oleh cinta dunia. malang betul bila awal-awal lagi sudah menempah neraka...semoga kita yang belum tentu mencium bau syurga ini dijauhi godaan syaitan latnat...

belogkiter said...

kadang kadang cinta pun memabawa maut. tapi seeloknya jangnalah di halang orang yang bercinta... kawin kan jelah ikut secara Islam..

Kumbang Jingga said...

itulah aku setuju ngn pendapat korang..patutnya keluarga harus memahami dan kawin kan je dorang dari dorang wat mende bukan2 mcm kawin lari ke..atleast laki tu yg masuk islam kan bukan pompuan tu yg kuar agama islam...

Unknown said...

ada dua pihak yg kena faham kat sini..keluarga kalo tgk anak dah mendesak sangat, kawenkan je la..jgn paksa kehendak dia..

kedua, si anak jgn terlalu ikutkan perasaan. kalau ibu bapa berdegil..cuba belajar utk redha..

sbb tu dlm segala hal, iman tu yg penting..supaya kita tak lari drpd landasan dan buat benda bodoh.

pengajarannya, mak bapak didiklah anak2 dgn agama yg secukupnya..supaya mereka tak berani utk buat apa yg dilarang agama..

Anonymous said...

my advice-ALWAYS listen to yr parents. I got married despite my parents' objection. And where am I today? 16 yrs of marriage, 4 kids, 2 'madu' and an abusive husband! and now filing for divorce with no money in hand.....dont go suicidal, sometimes apa orgtua kata dan rasa byk betul nye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)