Bersama Dr Juanda Jaya
RAMAI hamba Allah yang mengeluh:  “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman  di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang  berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini  semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada  penghujungnya. 
Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke  dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan  akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki  imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya  atau popularitinya supaya tidak musnah.
Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:
# Ibadat tidak berkualiti.  Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng  daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu  syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.
Bawalah  dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman  lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu  kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut  amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada  Allah.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud:  “Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku  dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku  fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri  kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis  riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya  sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.
# Hati yang tidak khusyuk.  Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk.  Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat  kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa  wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar  mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.
Khusyuk  hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah  hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu.  Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam  seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.
Baginda  memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima  puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat  seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan  hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.
# Berlebihan dengan perkara yang mubah.  Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah  baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal  tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh  melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.
Akan tetapi,  perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala  aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat  perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut  dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.
# Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia  mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan  tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa  yang mahu dicapainya?
Semua itu memerlukan jawapan yang pasti  tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk  mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia  perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.
# Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila  iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah  hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya  dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
Mengingati Allah  maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan  takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi  harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan  senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.
Setiap mukmin memiliki  hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling  mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.
Penulis bertugas di Pejabat Mufti Sarawak
Sumber: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Agama/20070708235051/Article/
Tajdid Iman: Perbanyak amalan wajib, sunat mantap kualiti iman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger  Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)
No comments:
Post a Comment