KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO,  Datuk Muhd. Khairun Aseh menyarankan agar Petronas tidak mengambil  tindakan saman terhadap ibu bapa bekas pelajar perubatan University  College Dublin (UCD) yang dilaporkan hilang, Ariff Alfian Rosli, 28,  kerana gagal melunaskan hutang pengajiannya.
Sebaliknya, menurut beliau, tindakan itu perlu dikenakan terhadap  Ariff sahaja kerana beliau telah mempunyai kehidupan sendiri dan berada  dalam keadaan selamat di Dublin, Ireland seperti dilaporkan pihak  kedutaan.
"Diharapkan Petronas dapat mengkaji terlebih dahulu sebelum mengambil  tindakan undang-undang terhadap keluarga Ariff bagi menuntut wang  pengajian berjumlah lebih RM890,000 daripada mereka sebagai penjamin  pertama.
"Kita akan membincangkan perkara ini bersama Petronas sekembalinya  dari United Kingdom (UK) selepas bertemu Ariff nanti," katanya ketika  dihubungi di sini hari ini.
Bekas pelajar tajaan Petronas yang dilaporkan hilang oleh keluarganya  itu disahkan berada dalam keadaan selamat oleh Duta Malaysia ke  Ireland, Datuk Ramli Naam.
Menurut Ramli, pihak kedutaan maklum tentang kehadiran Ariff di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi.
Bagaimanapun, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan  maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati  Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.
Mengulas mengenai misinya ke UK pada 23 Disember ini, Muhd. Khairun  menjelaskan, beliau akan membawa surat amanat dan pesanan ibu Ariff  serta gambar-gambar keluarga dalam usaha memujuknya kembali ke pangkuan  keluarga.
"Kami akan cuba sedaya upaya untuk memujuknya kerana dari segi  moralnya Ariff tidak sepatutnya memutuskan hubungan keluarga, apatah  lagi membebankan mereka dengan hutang.
"Malah dia juga telah mengecewakan Petronas yang diketahui tidak  mudah untuk memberi tajaan kepada pelajar bagi menyambung pelajaran,''  ujarnya.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm 
Jangan ambil tindakan terhadap ibu bapa Ariff
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Gambar Lawak
(835)
Gambar Menarik
(365)
agama
(269)
Kisah Kelakar
(245)
ceritera hidup sang kumbang jingga
(242)
Berita
(223)
Info Berguna
(74)
Fakta Menarik
(71)
Dialog Kelakar
(59)
video kelakar
(54)
Politik
(47)
Ragam Manusia
(35)
Artis
(29)
Bola
(23)
Kisah Seram
(23)
Misteri
(23)
Kesihatan
(22)
Blogger
(17)
Science and Technology
(17)
Tips
(17)
perkahwinan
(15)
Flora
(14)
Kereta
(14)
Kewangan
(14)
video menarik
(13)
Fauna
(11)
Sejarah
(11)
korea
(10)
Wayang
(9)
Blogger  Tutorial
(7)
Filem Review
(7)
Blogger Tips
(6)
Cerpen
(6)
Dialog Seram
(6)
Drama
(6)
Dunia
(6)
My Original Puisi
(6)
Pelik
(6)
bahasa arab
(6)
kreatif
(6)
Download
(5)
Macam-macam
(5)
Petua
(5)
resepi
(5)
sukan
(5)
Review Blogs
(4)
DIY
(3)
Food Review
(3)
IQ Test
(3)
Inspirasi
(3)
Malaysia
(3)
Seram
(3)
Wordless Wednesday
(3)
belajar bahasa korea
(3)
drama melayu
(3)
lawak raya
(3)
Badminton
(2)
Drama review
(2)
E-kad
(2)
Hiasan Rumah
(2)
Lawak Kampus
(2)
Logo
(2)
bahasa jepun
(2)
cinta
(2)
kad raya
(2)
kisah sedih
(2)
novel
(2)
product review
(2)
AES
(1)
Bahasa Ganu
(1)
Contest Dan Segmen
(1)
Fashion
(1)
Gitar Chord
(1)
Hadif
(1)
Kartun Lawak
(1)
Lirik Lagu
(1)
Nuffnang
(1)
Pelancongan
(1)
Pengalaman
(1)
Pesuruh jaya sumpah
(1)
Quiz
(1)
Review
(1)
SMS
(1)
Taman
(1)
UAI
(1)
Youtube
(1)
adam dan hawa
(1)
bahasa Thailand
(1)
bahasa penang hokkien
(1)
bayi
(1)
gadget
(1)
giveway
(1)
herba traditional
(1)
jdrama
(1)
jepun
(1)
kartun raya
(1)
keyword menarik
(1)
koleksi sms raya
(1)
lelaki
(1)
math
(1)
pacat
(1)
raya
(1)
segmen
(1)
sms raya
(1)
teknologi
(1)
 
 

1 comment:
memang bestlah kan bro, haha, biasa post dekat group mana ya dalam fb ? atau page mana-mana ke ? atau ada join busuk tak ? selain busuk, mana lagi yang boleh naikkan trafik ya ?
Post a Comment