Citer Nikah

Citer 1

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri satu majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum...

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi...tapi bila pengantin tu jawab "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...bleh taik gajah jawapan dari dia.

Citer 2

Tok Kadi : Macam mana cara mandi hadas besar??
Lelaki : Stiap kali saya buang air besar saya mandi hadas besar la!!
Tok Kadi : (Pengsan jap tok kadi)

he..he..he

P.S Kisah2 di atas bukan kisah aku tapi kisah org lain yg aku baca..hehe..y so serious lor ;-p

8 comments:

sea_lavender said...

story ni btul ke~ erm lucu ade jugak..
namun malu ade jgak...kepimpinan seorang Adam untuk membina masjid persiapannya kurang~~ hmm.. agama asas segalanya...ingtan buat diri jga..

Nana said...

hahahaha~~klakar juga citer ni ^O^

*nanti kalo nak kawen nak tenyer soklan camni gak la..hehe~~

Unknown said...

sblum kawen pompuan kena tya kat laki dia dulu.. kalu takleh jawb..reject2!haha

Muslimah Optimis said...

heheheh.. tapi nape xdak rasa nak gelak pulak ek..huhu

naqiah said...

comel la cite ni.. tp hadas besar pon tak tahu.. memang kena byk membaca la.. smoga jadi teladan kat kita smua utk mengetahui lebih pasal islam.. islam kan mudah.. insyaAllah..

sedapnya kasih sayang!!

aniki said...

hahaha...pengantin laki tu memang best..

Anonymous said...

klau aku jdik bapak pmpuan tu..comfirm tngguh kawin... =='

Anonymous said...

biasa lah tgah nikah nerves x igt..
rezki masing2 dpt jawab ke x..
ye dok?peace..hehe..B-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)