Muhdalena Ahmad pakai topeng lain plak

Kes amuk di JPM: Wanita perlu pemeriksaan mental sebelum bicara


Muhdalena Ahmad hadir memakai topeng 'Power Rangers' di Mahkamah Sesyen, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Abdul Razak Latif 
PUTRAJAYA 12 Sept. - Wanita yang didakwa melakukan ugutan jenayah dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), dua bulan lalu kemungkinan perlu menjalani pemeriksaan mental bagi memastikan dia benar-benar layak dibicarakan atas tuduhan yang dihadapinya.

Peguam M. Visvanathan ketika membayangkan perkara itu berkata, pemeriksaan oleh pakar psikiatri bertujuan menentukan tahap keupayaan mental Muhdalena Ahmad, 28, selain memastikan motifnya terlibat dalam kejadian tersebut.

Sehubungan itu, peguam bela menyatakan, pihaknya kemungkinan akan mengemukakan permohonan rasmi di Mahkamah Sesyen bagi mendapatkan perintah agar tertuduh dirujuk kepada pakar psikiatri terlebih dahulu sebelum perbicaraan dimulakan.

"Saya tidak dapat menyatakan sama ada anak guam saya benar-benar layak dibicarakan sebab itu pemeriksaan mental mungkin perlu dijalankan bagi menentukan tahap keupayaannya," ujar beliau ketika ditemui pemberita selepas sebutan kes itu hari ini.

Seperti sebelum ini, Muhdalena dilihat turut memakai topeng 'Power Rangers' untuk melindungi wajahnya daripada dirakam jurugambar dan jurukamera selepas berakhirnya prosiding tersebut.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 11 dan 12 Oktober depan bagi perbicaraan kes Muhdalena yang menghadapi dua tuduhan berasingan iaitu melakukan ugutan jenayah dan membawa pedang yang dikelaskan sebagai senjata berbahaya.

Hakim Mohd. Kamil Nizam menjelaskan, pindaan terhadap peruntukan undang-undang menghendaki perbicaraan dimulakan dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh pendakwaan (16 Julai) dan ini bermakna, perbicaraan harus dijalankan sebelum 16 Oktober depan.

Sehubungan itu, beliau menetapkan 28 September ini bagi sebutan terakhir bertujuan memastikan urusan penyerahan dokumen diselesaikan sebelum perbicaraan.

Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan turut disaran menjalankan persidangan praperbicaraan sebelum tarikh sebutan bagi memudahkan penyelesaian perkara-perkara berbangkit yang lain.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh memohon tarikh sebutan akhir selepas Visvanathan memaklumkan dia baru dilantik mewakili Muhdalena hari ini.

Kalmizah berkata, pihak pendakwaan sudah menyerahkan beberapa dokumen awal kepada tertuduh termasuk laporan bedah siasat, gambar-gambar dan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan semua dokumen itu perlu diteliti oleh pihak pembelaan.

Pada 16 Julai lalu, Muhdalena didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu di Kompleks B, JPM, Presint 1 di sini.

Pendakwaan terhadapnya dijalankan di Hospital Putrajaya kerana ketika itu dia dirawat akibat cedera dalam kejadian amuk yang turut menyebabkan seorang lelaki yang mengaku dirinya 'Imam Mahadi', Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, terbunuh.

Khalil Afandi maut ketika dalam perjalanan ke hospital itu selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala Muhdalena cedera di paha kanan selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan polis peronda.

Bagi tuduhan pertama, wanita itu didakwa melakukan ugutan jenayah iaitu mengugut untuk mendatangkan cedera parah terhadap seorang anggota polis, Ridzuan Megat Ahmad.
Muhdalena turut menghadapi tuduhan kedua iaitu didakwa membawa sebilah pedang yang dikelaskan sebagai senjata berjadual.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)