Manisnya Cinta Selepas Nikah Percayalah

Tadi aku ada terbaca satu kisah kt blog akupenghibur rasa agak menarik untuk dikongsi bersama...moga bermanfaat..aminnnn

Ikuti kisah dibawah...
Assalamualaikum

Hai semuanya ,alhamdulilah sekarang acik berada di Uitm menjalani kehidupan seorang student . tetapi di awal sem nie ada masa lagi untuk meluangkan bersama pembaca di blog ini. Petang tadi, acik berjumpa dengan seorang kawan acik yang dulunya kami pernah satu team semasa Kem Ikhlaskan diri,dia senior acik. Di situ acik kenal dengan dia dan kami juga saling berhubung melalui facebook dan email. Petang tadi dia berjumpa dengan acik untuk memperkenalkan suaminya kepada acik kerana dulu kami pernah berjanji siapa yang kawin dulu akan bawa untuk di perkenalkan. Dan Hilma ingin berkongsikan cerita kepada kamu

Acik : Alhamdulilah Hilma akhirnya kamu dapat apa yang kamu impikan selami ini dan sudahpun membina masjid yang agung. Bila berkahwin kepada tak jemput pon ??

Hilma : Alhamdulilah acik, sekarang Hilma rasa bahagia sangat, yelah umur Hilma pun bukan muda lagi , dah 25 tahun baru rasa kebahgiaan ini. Maaflah bukan tak jemput tapi Hilma buat majlis di terengganu dan buat secara biasa saje . Dan niat Hilma nak jemput acik di majlis perkahwinan kami di Johor nanti .. Tak datang siap yer..

Acik : Wahh Hilma nak tanya macam mane boleh berkenalan dengan abang Helmi nie ??sama cantik sama padan lah ... 

Hilmi : Ini semua jodoh ALLAH, dulukan Hilma selalu mengadu dan ceritakan masalah Hilma pada acik. Yelah dulu hilma akui Hilma terlalu cetek tentang ilmu agama. Dulu masa dengan Razif , kami bercinta dekat 5 tahun siap plan nak berkahwin dan siap fikir lagi bila nak kawin nak anak berapa . Tapi itulah bila ALLAH katakan dia bukan Jodoh Hilma maka bukanlah dia. ALLAH tunjukkan penantian Hilma pada Razif hanyalah sia-sia saje sebab dia curang .Memang akui bila putus dengan Razif, Hilma rasa down dan tak percaya pada lelaki. Lelaki tu suma sama.. itu pandangan masa tu. Bertahun-tahun hilma diamkan diri dan tak mahu sebarang hubungan yang serius dengan lelaki. Hilma pilih untuk bersendirian ,memang penat bila nak menjawab pertanyaan orang ..tak ada pakwe ke ?? bila nak kawin ??? nak aku carikan jodoh ?? dan sebagainyalah ..rasa sangat membebankan. Pernah satu ketika Hilma menagis kerana tak tahan semua nie. Tapi hilma tak pernah putus asa dan tak jemu berdoa kepada ALLAH dan merintih pada ALLAH kerana hanya Dia dapat membantu kita. Hampir tiap-tiap malam Hilma buat solat taubat dan solat hajat agar Doa Hilma termakbul dan di dengari ALLAH. Biarlah lelaki yang selayaknya untuk Hilma yang ALLAH berikan.

Acik : So Hilma pernah kenal Abang Hilmi nie ?? Dan apa yang buatkan hilma rasa kuat untuk percaya pada jodoh ALLAH






Hilma : Memanglah dulu hilma rasa bila tak ada boyfriend kita akan jadi anak dara tak laku dan sebagainya. tapi hilma percaya setiap apa yang berlaku dalam diri ini adalah  dirancang oleh ALLAH dan di susun rapi kerna perancangan terbaik adalah ALLAH ... Dia akan berikan sesuatu yang tak pernah kita jangkakan .Kalau acik nak tahu hilma tak pernah kenal dengan Hilmi.Kami pernah berjumpa pon sekali itu pon terserempak .Kebetulan Hilmi juga seperti Hilma kecewa dengan cinta dan tak percaya pada cinta. Dan Hilmi dapatkan maklumat Hilma dari kawan baik Hilma dan di terus masuk meminang, Dia kata, tak kisahlah kenal or tak janji mencuba dulu . Entahlah bila semasa merisik tu hati ini rasa tenang dan terima Hilmi dengan lapang dada... Alhamdulilah Cinta Selepas Nikah bukan bermakna tiada cinta sebelum nikah. Cinta itu memang ada. Perasaan cinta itu memang wujud. cumanya kadangkala manusia berbeza tentang definasi cinta.Percayalah cinta selepas kawin , saya sudah mendapatkan ..anda bila lagi??

Allah berikan  hilmi pada Hilma seadanya dan selayaknya kami. Seronok sangat bila dia jadi imam dalam solat dan Alhamdulilah dia seperti apa yang hilma doa dan harapkan ... Hilma bersyukur sangat acik..


 Mesti ada yang bertanya macam mane kami yang sudah ada pakwe/wakwe nie ?? kena putuskan mereka untuk mencari cinta selepas nikah ?? 
Jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah, tapi jangan “bercinta” sebelum nikah. Kalau kita hendak mencintai seseorang sebelum nikah boleh, tapi “kawal” nafsu, kuatkan iman, tak perlu kita nak katakan/lafazkan cinta itu sebelum nikah. Ingatlah, Cinta itu Fitrah, jangan jadikan ianya fitnah.

Sumber : http://www.akupenghibur.com/2012/09/manisnya-cinta-selepas-nikah-percayalah.html#ixzz26FHsk4hr

4 comments:

huahua said...

http://peaceder.blogspot.com/2012/09/peaceder-airpod-kereta-yang-comel-dan.html.. follow me back

Jai said...

best :)

Akupenghibur.com said...

hehhe wahh tak sangka ada jugak orang nk sharekan cerita ....:)

Akupenghibur.com said...

hai , assalamualaikum, jom join review percuma mnie ..hari terkahir nie di => www.akupenghibur.com/2013/01/panggilan-review-blog-gempak-by.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)