Si pesalah di tanam separuh badan.
Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.
Si pesalah terus mengucap Kalimah
Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab
ketika mengucap bermakna “hanya Allah yang SATU” (tanda TAUHID/ESA)
dalam lafaz “Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah“.
Ketika direjam oleh sebahagian lelaki
Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi
mengambil pengajaran dan keinsafan.
Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.
Semoga Allah swt mengampuni
dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya,
dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan
saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.
Setelah seorang sahabat Rasulullah saw
bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang
sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat” (Sesungguhnya
Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada
seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua).
“Dan orang-orang yang mencuri,
lelaki dan wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap
apa yang telah mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan)
kezalimannya dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi
taubat kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-Maidah:38 – 39)
Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri.
Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh
mencuri secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta
ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut
kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata.
Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar
dendaan tersebut, beliau di istihar “Muflis” dan mungkin dipenjarakan
untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah
keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang
lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau
sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan
terma yang mereka sepakati bersama. Demikian berbilion wang rakyat
dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti
itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan
hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu.
Seorang pesalah sedang dipancung.
Pedang telah diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang
lagi pesalah (berpakaian putih) telah dipancung lehernya.
Kedua-dua pesalah telah dipancung.
Pada Musim Haji 2007M/1428H yang lalu ketika
di Madinah saya sempat melihat perkumpulan manusia di satu padang untuk
menyaksikan hukuman pancung, katanya akan berlangsung pukul 11.00 pagi.
Malangnya apabila saya balik ke hotel untuk mengambil kamera video dan
tiba di tempat tersebut pukul 10.30 pagi, hukuman tersebut telah pun
dilaksanakan pada pukul 10.00 pagi sebenarnya. Yang ada di situ ialah
tompokan-tompokan darah yang sedang dipancutkan air ke atasnya oleh para
pekerja.
Di Nusatara ?
No comments:
Post a Comment