Gadis api diganggu rayu pakar perubatan tradisional



Wan Nor Fatihah menunjukkan api yang muncul secara tiba-tiba, ketika wartawan Sinar Harian menemu bualnya kelmarin.


Antara sebahagian telefon bimbit miliknya serta ahli keluarga yang turut terbakar selepas api misteri itu muncul.

KOTA BHARU - ’Gadis api’ yang mengalami masalah diekori api misteri sejak dua tahun lalu dari Kampung Penambang, Bunga Emas, di sini, hanya tenang ketika solat.

Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, meminta agar mana-mana pakar perubatan tradisional atau ustaz dapat merawat gangguan jin yang dikatakan berdampingan dengannya yang juga menjadi punca diekori api itu.

Menurutnya, sejak diekori api berkenaan, hidupnya tidak keruan selain sering dicemuh masyarakat kerana menimbulkan kekecohan di kawasan setempat, setiap kali diekori api misteri itu.

Wan Nor Fatihah berkata, dia begitu mengharapkan pertolongan pihak berpengalaman bagi merawat gangguan itu.

“Saya harap jika ada mana-mana ustaz atau bomoh, yang boleh merawat saya untuk buang gangguan jin ini.

“Lebih teruk lagi, apabila api misteri itu akan muncul hampir 11 kali setiap hari bermula awal pagi sehingga lewat malam, di dalam rumah dengan membakar pakaian, telefon bimbit, almari, selimut selain telefon bimbit dan kamera serta segala peralatan dalam rumah,” katanya.

Pada kunjungan ke rumahnya kelmarin, wartawan Sinar Harian turut merasai pengalaman mengenai kemunculan api misteri itu kira-kira jam 6 petang, hampir dua kali.

Seperti tidak percaya apa yang dilihat, api misteri itu muncul di permukaan kain dan keluarganya terpaksa bertungkus lumus memadamkan api itu.

Sementara itu menurut Wan Nor Fatihah lagi, insiden terbaru, menyebabkan rumah ibu saudaranya juga yang berada berdekatan, turut terbakar selepas dia serta neneknya Zainab Sulaiman, 75 berkunjung ke kawasan itu kelmarin.

“Sudah puas saya ikhtiar sendiri, bertemu berpuluh bomoh dan ustaz di Kelantan dan luar Kelantan, namun gangguan itu tetap muncul semula dan api itu akan muncul pada setiap masa.

“Saya sedih apabila masyarakat memandang serong terhadap diri saya, akibat kejadian ini saya hanya duduk di rumah dan tidak bercampur dengan penduduk sekitar,” katanya.

Biarpun dicemuh dan kecam, namun dia masih berharap ada sinar baru bagi dirinya yang ingin hidup seperti manusia normal lain, dan dapat bergaul dengan masyarakat setempat.

“Saya ingin menjalani hidup seperti orang lain juga, boleh berkawan dengan sesiapa sahaja dan tidak dibelenggu masalah ini setiap masa.

“Akibat kejadian itu, saya takut untuk berkunjung ke rumah orang lain, bimbang jika api misteri itu muncul dan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian,” katanya.

Menurut Zainab, dia sentiasa berharap agar cucunya itu dapat menjalani kehidupan lebih baik selepas ini dan pulih dari gangguan itu.

Ia bukan sahaja menyebabkan dia terpaksa hidup dalam ketakutan, malah anaknya Rafeah Zakaria, 42, yang merupakan ibu kepada Wan Nor Fatihah, selain dua cucunya, Wan Mohd Faiz, 16, dan Wan Nurfatini 12, terpaksa menghadapi kebakaran yang berlaku tidak kira waktu dan ketika.

Mereka turut bertungkus lumus memadamkan api yang membakar apa sahaja yang ada di dalam kediaman mereka.

Sinar Harian sebelum ini, ada melaporkan mengenai kejadian terbabit yang menghantui gadis dan keluarganya itu sejak dua tahun lalu, namun walaupun pernah berubat dengan pelbagai pihak termasuk ustaz dan berjumpa dengan pakar perubatan tradisional, namun kejadian itu tetap mengganggunya dan keluarga sehingga kini.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...sional-1.85205 
P.S / gadis ni mseh muda nak kawal kebolehan api dye, dh macam fantastic four plakk.......

1 comment:

Unknown said...

kes mona fendy paling nostalgic..dulu masa gua muda2 gua rasa takut dgn kes ni..seram dow muka dye..psycho giler..
btw nice sharing..follow me kalo boleh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)