Pelajar maut gara-gara merempit

KUANTAN - Seorang pelajar yang dipercayai berlumba dengan beberapa rakannya maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Semantan Felda Keratong 4, Bandar Baru Tun Razak, Rompin semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 12.30 malam itu mangsa, Muhammad Khalil Qusyairi Abdul Halim, 15, dipercayai sedang berlumba dengan beberapa rakannya.

"Perlumbaan yang bermula dari Masjid Felda Keratong 4 itu telah menyebabkan motosikal yang ditunggangi mangsa terbabas ke kiri jalan kira-kira 100 meter sebelum garisan penamat di Simpang Jalan Utama Felda Keratong 4.

"Ekoran kejadian itu motosikal mangsa telah merempuh tiang elektrik manakala mangsa jatuh terlentang di atas jalan sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Komuniti berhampiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang tidak mempunyai lesen dan tidak memakai topi keledar meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang lagi penunggang motosikal maut apabila kenderaannya dilanggar sebuah kereta di Jalan Kuantan Bypass dekat Pelabuhan Kuantan berhadapan stesen minyak Shell Balok pada 8.15 pagi semalam.

Katanya mangsa, Ngadinam Panjan, 54, seorang suri rumah dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kemaman.

Fauzi berkata sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai telah mengubah laluan dari kiri ke kanan jalan untuk membuat pusingan U.

Namun katanya motosikal yang ditunggangi mangsa telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta yang berada dilorong kanan laluan sama.

Beliau berkata mangsa yang terjatuh di atas jalan meninggal dunia di tempat kejadian

P.S / Baru tadi masa aku balik aku duk tgk budak2 sekolah menengah duk berlumba kat traffic light..isk2..budak2 remaja nie pemikiran tak matang lg..duk seronok wat bende2 lagha je keje...darah remaja katakan..suka mencuba bende2 baru...ibubapa bg motor untuk kemudahan tapi dorang duk merempit...

Ini lah pengaruh rakan sebaya...renung renungkan dan selamat beramal

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)