Entri Untungnya Jadi Cikgu Kini Hangat Kembali

Melihat lihat status facebook dan newsfeed, tetiba nampak  macam dah makin banyak pula entri pasal ‘Untungnya Jadi Cikgu‘. Entri pula ditulis oleh kebanyakan blogger yang kebanyakan arif tentang kerja sebagai cikgu, dan mereka tentunya cikgu. Entri itu yang ditujukan khas buat seorang blogger yang sebelum tu telah menulis tentang ketidakpuasan hatinya terhadap guru.  Blog luvlylya sudah diremove mungkin sebab blog tu kena hentam hebat sebab mengecam cikgu,  cikgu2 yang sudah berkecil hati dengan tulisannya yang terang terang menyindir dan memberi padangan peribadi yang agak kureng tepat  mengenai profession perguruan.

Entri menghentam cikgu itu ditulis pada tarikh 28 NOvember 2011, tetapi apabila dishare di facebook seolah olah jadi macam baru semula.

Kalau nak tau kenapa banyak entri yang menghentam blog berkenaan hingga terpaksa tuan blog meremovekan blognya
baca sini  …  Untungnya laa sape jadi cikgu

Profesion apa pun semuanya ada susah dan senang, jadi janganlah kita rasa tidak adil atau menghentam profesion lain, janji kita ikhlas bekerja dan tidak curi tulang. Kalau bekerja dengan muka masam hati tak ikhlas apa kerja sekali pun akan rasa tak puas hati jugak.

Guru umpama pelita yang menerangi kegelapan..terima kasih cikgu..saya masih ingat cikgu saya  semasa darjah satu :)

Antara entri yang agak menarik dari facebook respon kepada blog yang menghentam guru..





Sumber copy bulat2 hehe : http://nurizspace.com/2012/09/entri-untungnya-jadi-cikgu-kini-hangat-kembali.html

4 Budak Comel Komen:

Isabel Diaz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku dh mls nk kutuk psl nie. dye x taw g betapa susahnya nk jd guru. Even aku yg dh 3 sem jd guru pelatih pn msh t'kial2 nk m'ajar and fhm'n owg. mungkin dye dpt ijazah tu dr mak apak dye kot.

Arham Md Ali said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Rasa dah2la share pasal blog dia ni, maybe dia dah insafkan. Lagipun sekarang ni tengok orang dah mula kutuk peribadi dia, tak bagusla, semua orang patut ada peluang kedua.

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sy seorang pensyarah (guru lak jugak kan?). Sy tak menyokong dan juga tak membantah apa yang diperkatakan oleh pemilik blog tersebut. Bagi sy, kita jangan dengan mudahnya menilai sesuatu yang kita baca atau dengar atau tengok. Selidik terlebih dahulu.. Pasti ada sebab mengapa dia berkata demikian.. Sy juga mengajar, sy sendiri akui banyak guru yg masih mengajar sambil lewa. Perlukah disalahkan ibu bapa 100% jika anaknya sudah darjah 2 tapi masih tidak pandai membaca malah masih tidak mengenal huruf? Buka seorang 2 pelajar yg sy jumpa begitu tp ramai.. Jadi, jangan dengan mudah membuat andaian. Andaian yg tidak benar akan menjadi fitnah. Drpd kamu memfitnah lebih baik kamu membunuh.. Bagi semua guru, pendidik termasuklah saya, janganlah menjatuhkan air muka sendiri dengan mengatakan yg bukan2 hanya kerana mahu mempertahankan profession guru tersebut tapi berfikirlah dari sudut positif. Jangan pandai hentam kata-kata kejian tu dengan kejian tapi sebenarnya kamu sendiri tak pernah mahu berubah ke arah menjadi guru yg lebih berdedikasi dan amanah mendidik anak bangsa.. Ingat, apa-apa saja profession yg wujud didunia ni semuanya amanah dan semuanya ada tanggungjawab masing-masing..

Kalau kamu kata jadi guru susah, kamu tak rasa lagi susah menjadi engineer or doktor yg kena bekerja tak kira masa kerana sentiasa on call. kalau kamu rasa jd guru susah, kamu tak rasa lagi kerja memanjat-manjat bangunan, tinggal dilaut berbulan2 tak jumpa family. Dan macam-macam lagi.. Jadi jangan memperkecilkan apa-apa bidang pekerjaan yg wujud didunia ini.

Moralnya, jika kamu merasa kamu susah, ingatlah ada orang yg lebih susah dari kamu.. Jika kamu merasa kamu bagus, ingatlah ada orang lebih bagus dari kamu. Kita manusia tidak akan pernah lari dari kesilapan kerana yg buruk itu dtg nya dari kelemahan kita sebagai manusia, yg baik itu hanyalah dari Allah SWT.

Wallahualam.

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tak dinafikan semua profesion ada tanggungjawab masing2.anda semua telah di pilih untuk memikul tanggungjawab yg diamanahkan.pikullah tanggungjawab dengan sebaiknya.kpd guru2 jgn terlalu cepat melenting sebaliknya pandang positif dan bersyukurlah anda seorg guru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...