Pak Arab kebas RM150




ALOR GAJAH - Kedatangan dua pelanggan warga Arab dipercayai sindiket Pak Arab Cepat Tangan untuk membeli 100 helai kertas hanya sekadar penyamaran sebelum melesapkan duit seorang pekerja di sebuah kedai alat tulis di pekan Masjid Tanah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang itu, mangsa, Siti Khadijah Khalil, 19, berada di dalam kedai berkenaan didatangi suspek lelaki dan wanita berkenaan yang menyatakan mahu membeli 100 helai kertas namun tidak mempunyai duit pertukaran.

Menurut Siti Khadijah, suspek lelaki itu memintanya menunjukkan contoh wang kertas RM50, lantas dia ke belakang kedai untuk mengambil dompet.

“Suspek mengekori saya sementara majikan dan rakan melayan wanita terbabit di kaunter pembayaran. Sebaik saya mengeluarkan RM50, lelaki itu terus mencapainya dari tangan saya sambil membelek.

“Kemudian lelaki terbabit terus merampas dompet saya dan mengeluarkan kesemua wang,” katanya.

Katanya, dia yang terkejut terus menarik dompet itu sebelum lelaki itu merampasnya semula dan membelek setiap helaian wang kononnya mahu melihat nombor siri.

“Disebabkan takut, saya terus mendapatkan majikan di kaunter pembayaran. Sejurus tiba di kaunter, lelaki itu turut memasuki ruangan kaunter dan menarik sekali lagi dompet pada tangan saya,” katanya.

Menurutnya, dia yang takut diapa-apakan terpaksa membiarkan sahaja sebelum lelaki itu memasukkan sehelai kertas resit pembayaran.

“Menurut lelaki itu, dia akan datang semula ke kedai ini pada hari Isnin (semalam) sebelum beredar menaiki kereta Proton Wira,” katanya.

Siti Khadijah yang berasa tidak sedap hati segera memeriksa dompetnya mendapati wang RM100 dan RM50 hilang tanpa menyedari bila lelaki berkenaan melesapkannya sedangkan dia memerhati pergerakan lelaki itu.

“Saya berasa seperti dipukau apabila tidak melawan apa saja tindakan lelaki itu, malah saya hanya memerhatinya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan laporan berhubung kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau terserempak dengan individu berkenaan diminta menghubungi balai polis cawangan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5563222,” katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...-rm150-1.83849

P.S / Hati2 skang ramai pak arab mai malaysia bukan nk melancong tpi buat jenayah sbb dorang tau kt malaysia kalau curi kena penjara je bukan kena potong tangan mcm kt tmpt dorang...

0 Budak Comel Komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...